The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pendidikan_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunikasi(MP)_Tahun_4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by msazuin, 2021-06-18 05:23:30

TAHUN 4 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Pendidikan_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunikasi(MP)_Tahun_4

MENCIPTA DAN MENERBIT

Bincangkan perisian yang biasa
digunakan untuk membuat poster.

43

• Aktiviti Interaktif (9)

Kenali Saya

Mari bersama-sama Emran, Kumar, Su Lin dan Sereena
mempelajari fungsi ikon perisian Microsoft Word.

Hari ini, kita akan Ikon itu apa, cikgu?
mempelajari ikon-ikon
dalam Microsoft Word.

Ikon ialah simbol atau
gambar pada skrin komputer
yang mewakili sesuatu
program atau tetingkap.

Ini ikon fon. Fungsinya
adalah untuk memilih
jenis tulisan yang
terdapat dalam koleksi
komputer.

NOTA GURU

4.1.1 • Tunjukkan kepada murid cara menggunakan ikon fon, saiz, penjajaran dan bullets.
44

Saya tahu. Ini ikon saiz.
Fungsinya adalah untuk
memilih ukuran saiz tulisan.

Betul, Su Lin. Ini pula ikon penjajaran
tengah. Ikon ini digunakan untuk
meletakkan teks agar seimbang
di tengah halaman.

Ikon penjajaran penuh
digunakan untuk melaraskan
teks secara sekata di antara
jidar kiri dengan jidar kanan.

Ikon Bullets pula digunakan
untuk membuat senarai bullet.

Guru digalakkan untuk menerangkan
fungsi ikon-ikon lain yang terdapat
dalam Microsoft Word.

Tulis fungsi ikon binei.rikut. Fungsi
Ikon

NOTA GURU 45

• Terangkan kepada murid contoh penjajaran teks yang lain, iaitu jajaran kanan dan
jajaran kiri. 

• Terangkan kepada murid tentang jidar.

CELIK MINDA

Padankan ikon dengan fungsi yang betul.

12 34 5

Untuk Untuk Untuk Untuk Untuk
memilih meletakkan membuat melaraskan memilih
teks agar senarai teks secara
jenis seimbang sekata di antara saiz
tulisan. di tengah bullet. tulisan.
halaman. jidar kiri
dengan jidar

kanan.

46

• Galeri Multimedia (9)

Mudahnya Menaip

Cikgu, apakah perisian yang
sesuai untuk menaip karangan?

Perisian yang sesuai untuk menaip
karangan ialah perisian pemprosesan
kata seperti Microsoft Word.

Mari bersama-sama Sereena mempelajari cara-cara
menaip menggunakan perisian Microsoft Word.

1. Klik . 2. Klik Microsoft Office.

3. Klik Microsoft Word 2010. 4. Skrin seperti di atas akan
terpapar. Taip sebarang
NOTA GURU perkataan.

4.1.2 • Bimbing murid melancarkan perisian Microsoft Word versi lain sekiranya komputer
di sekolah tidak menggunakan perisian Microsoft Word 2010.
47

• Aktiviti Interaktif (10)

Sarawak Bumi Kenyalang

Tempat Menarik di Sarawak

Cikgu Lina meminta murid menaip petikan tentang
negeri Sarawak menggunakan perisian Microsoft Word.
1. Lancarkan Microsoft Word.
2. Taip teks seperti yang berikut:

48

3. Pilih teks “Sarawak Bumi Kenyalang”. Seterusnya,
tukar fon seperti yang berikut:

(a) Fon ditukarkan kepada .

(b) Saiz fon ditukarkan kepada .

4. Pilih teks yang telah ditaip dan klik ikon penjajaran
tengah, ikon penjajaran penuh dan ikon Bullets.

Kamu akan
mendapat hasil
seperti ini.

4.1.2 NOTA GURU

• Bimbing murid menukar jenis fon dalam petikan di atas kepada jenis fon yang lain. 49
• Bimbing murid menukar senarai bullet dalam petikan di atas kepada penomboran

(numbering).

Saya Tahu Cara Simpan

Cikgu Lina menerangkan kepada murid cara menyimpan
dokumen.

Siapakah yang tahu cara Boleh saya
menyimpan dokumen? cuba, cikgu?

Boleh. Tunjukkan
langkah-langkahnya.

1 2 Klik
Klik File. Save As.

3 Klik Documents.

Kemudian, taip nama fail
di File name. Klik Save.

Kumar, boleh ulang langkah-langkah
untuk Save As?

Boleh. Klik File. Kemudian, klik Save As
dan taip nama fail di File name. Klik Save.

NOTA GURU

4.1.3 • Bimbing murid cara menyimpan dokumen menggunakan kaedah kekunci pintas
Ctrl+S.
50

• Galeri Multimedia (10)

Membuka Dokumen

Sekarang, mari cikgu tunjukkan
langkah-langkah membuka fail
yang telah disimpan.

12

Klik File. Klik Open.

3 Wah, mudahnya!
Terima kasih,
cikgu.

Klik Documents. Kemudian, cari nama fail 51
yang disimpan. Klik fail tersebut dan klik Open.

NOTA GURU

• Bimbing murid cara membuka dokumen menggunakan kaedah kekunci pintas
Ctrl+O.

CELIK MINDA

Lengkapkan langkah untuk menyimpan dokumen.

Klik Save Klik Save As
Klik File
Taip nama fail
di File name

52

Saya Siapa?

Bagaimanakah
saya hendak
membuat
poster seperti
ini, cikgu?

Mari cikgu
tunjukkan
caranya.

Mari bersama-sama Su Lin mempelajari tentang ikon
perisian grafik Paint.

Ikon Ikon Ruang kerja
Fill with Shapes
color
Ikon
Ikon Brushes
Copy
Ikon
Ikon Text
Paste

4.2.1 NOTA GURU

• Terangkan kepada murid ikon-ikon lain dalam perisian grafik Paint seperti Colors 53
dan Pencil.

Fungsi Ikon

Apakah fungsi ikon Copy
dan Paste dalam Paint?

Fungsinya adalah
untuk menyalin dan
menampal imej atau
teks, Su Lin.

Untuk menulis teks (huruf, Untuk membuat bentuk-bentuk
nombor atau simbol). yang diberikan.

Untuk mewarnai lukisan Untuk mewarnai sesuatu
menggunakan berus-berus ruang (ruang tertutup atau
yang sesuai. secara keseluruhannya).

NOTA GURU

4.2.2 • Terangkan kepada murid bahawa fungsi ikon Copy dan Paste adalah sama pada

54 perisian seperti Microsoft Word, Microsoft PowerPoint dan perisian-perisian lain.

CELIK MINDA

Tampalkan ikon mengikut Lembaran Kerja
fungsi yang betul. Celik Minda

1. Mewarnai lukisan

menggunakan berus-berus
yang sesuai.

2.

Mewarnai sesuatu ruang
(ruang tertutup atau secara
keseluruhannya).

3.

Menulis teks (huruf, nombor
atau simbol).

4.

Menampal teks atau imej.

5.

Menyalin teks atau imej.

NOTA GURU

• Imbas kod QR untuk mencetak dan memperbanyak halaman ini.

55

• Galeri Multimedia (11)

Mari Melukis Mari cikgu
tunjukkan cara
menggunakan
Paint.

1 Lancarkan Paint.

2 Pilih bentuk bintang pada

Shapes. Kemudian, lukis
bintang tersebut di ruang
kerja.

3 Pilih warna yang

dikehendaki. Kemudian,
klik Fill with color.
Klik pada ruang yang
ingin diwarnakan.

4

Klik ikon Text. Kemudian,
klik dan taip “Bintang”

di bawah bentuk yang
telah dibuat.

5 Lukis bentuk lain mengikut langkah yang sama.

Jangan lupa untuk simpan
hasil kerja kamu.

NOTA GURU

4.2.3 • Bimbing murid melakar lukisan menggunakan perisian grafik Paint.

56

ZON AKTIVITI Saya Kreatif

Kamu dikehendaki:
1. mencipta sebuah robot menggunakan perisian grafik

Paint.
2. memindahkan robot yang dicipta ke dalam perisian

Microsoft Word dengan kaedah salin dan tampal.
3. membina tiga ayat berkaitan dengan robot yang

kamu cipta.

4.3.1 NOTA GURU

• Minta murid membentangkan hasil kerja yang dibuat dan menilai hasil kerja yang 57
dibentangkan oleh rakan mereka.

• Galeri Multimedia (12)

Gunalah Saya

Emran telah menyiapkan tugasannya. Dia meminta
Kumar menunjukkan cara mencetak dokumen.

Bagaimanakah saya
hendak mencetak
hasil kerja ini?

Mari saya
tunjukkan.

1

Klik File.

2

Klik Print.

NOTA GURU

4.3.2 • Bimbing murid membuat pratonton cetak (print preview) untuk mengelakkan
pembaziran kertas dalam menyokong penjagaan alam sekitar.
58

3

Klik butang
Print.

Semak dahulu hasil kerja kamu
sebelum mencetak.
CELIK MINDA

1. Lengkapkan langkah untuk mencetak dokumen.

3
12

59

2. Lengkapkan teka silang kata dengan merujuk
pembayang.

1B

4R 2C 3P
L T

S

5 HA

Pembayang

Melintang:
2. Ikon _______ digunakan untuk menyalin imej dan teks.
4. Pelbagai jenis cara mewarna tersimpan dalam koleksinya.
5. Pelbagai jenis bentuk terdapat dalam koleksinya.

Menegak:
1. Ikon ________ digunakan untuk membuat senarai bullet.
3. Ikon ________ digunakan untuk menampal imej dan teks.

60

1960-an MULTIMEDIA

1970-an

1980-an 1990-an

2000-an 2010-an

Apakah yang kamu faham
tentang multimedia berdasarkan
peralatan di atas?

Maklumat tentang 61
Peralatan

• Aktiviti Interaktif (11) Media Digital

Media Digital

Mari kita lihat tentang
media digital audio dan
media digital video.

Media Digital Audio

Definisi Fungsi

• Gelombang bunyi yang 1. Menjelaskan sesuatu
dirakam, disimpan dan penerangan yang tidak
dihasilkan dalam bentuk boleh diterangkan
digital. melalui teks atau grafik.

• Contoh format fail audio 2. Membantu penyampaian
ialah WAV (*.wav), sesuatu maklumat
MP3 (*.mp3) dan MIDI dengan lebih berkesan.
(*.mid).
3. Menimbulkan suasana
INFO yang lebih menarik dan
ceria.
Terdapat pelbagai jenis
audio seperti muzik, kesan
bunyi, suara dan lagu.

NOTA GURU

5.1.1 • Maklumkan kepada murid bahawa media digital audio dan media digital video
62 adalah sebahagian daripada elemen multimedia.

Media Digital Video

Definisi Fungsi

• Teknik yang digunakan 1. Memberikan pengalaman
untuk memaparkan sebenar terhadap
imej bergerak yang sesuatu kejadian,
dihasilkan daripada satu peristiwa atau fenomena
siri imej statik. yang telah berlaku.

• Ciri utama fail video ialah 2. Membantu murid
tempoh masa tayangan berkeperluan khas untuk
dan dimensi bingkai. mendapat gambaran
lebih jelas dan nyata.
• Contoh format fail video
ialah AVI(*.avi) dan 3. Menjadikan proses
MPEG (*.mpeg, *.mp4). penyampaian lebih
berkesan dan mantap.

4. Menimbulkan suasana
yang lebih menarik dan
ceria.

63

• Galeri Multimedia (13)

Mari Muat Turun Audio

Dari manakah kamu Boleh, mari
dapatkan lagu ini, Kumar? kita ikuti
langkah
Saya muat Bolehkah kamu di bawah.
turun daripada tunjukkan
Internet. kepada kami?

1. Lancarkan .

2. Taip mohe.gov.my/muat-turun/awam/multimedia/
audio/269-lagu-negaraku-1 pada bar alamat.

Kemudian, ketik Enter.

NOTA GURU

5.1.2 • Maklumkan kepada murid aplikasi lain yang boleh digunakan untuk memuat turun

64 audio.

3. Hasil carian akan terpapar.

4. Klik untuk memuat turun Lagu Negaraku.

5. Klik fail yang telah dimuat turun untuk memainkan
lagu tersebut.

65

• Galeri Multimedia (14)

Wah, mudahnya
memuat turun lagu
daripada Internet!

6. Tahniah! Kamu berjaya memainkan audio yang dimuat turun.

7. Fail yang telah dimuat turun disimpan dalam folder

.

NOTA GURU

5.1.3 • Jelaskan kepada murid bahawa aplikasi lalai (default) untuk memainkan audio

66 bergantung pada aplikasi yang telah dipasang.

• Galeri Multimedia (13)

Mari Muat Turun Video

Bolehkah kamu
tunjukkan cara
memuat turun
video pula?

Boleh, Emran. Mari ikuti
langkah di bawah.

1. Lancarkan .

2. Taip mohe.gov.my/muat-turun/awam/multimedia/
video/387-video-korporat-umar pada bar alamat. Ketik Enter.

5.1.2 NOTA GURU

• Maklumkan kepada murid bahawa terdapat aplikasi yang boleh digunakan untuk 67
memuat turun video.

3. Hasil carian akan terpapar.

4. Klik untuk memuat turun video.

5. Klik fail yang telah dimuat turun untuk memainkan
video tersebut.

68

6. Tahniah! Kamu berjaya memainkan video yang dimuat turun.

Terima kasih, Kumar atas
penerangan tersebut.

Sama-sama.

INFO

Terdapat video yang memerlukan pengekod penyahkod
(codec) yang sesuai sebelum video tersebut dapat dimainkan.

5.1.3 NOTA GURU

• Maklumkan kepada murid lokasi lalai (default) untuk mendapatkan fail video yang 69
telah dimuat turun adalah dalam folder Downloads.

CELIK MINDA

Susun langkah memuat turun media digital audio
mengikut turutan.

Stesen Langkah

Taip mohe.gov.my/muat-turun/awam/multimedia/
audio/269-lagu-negaraku-1 pada bar alamat.
Kemudian, ketik Enter.

Klik untuk memuat turun Lagu Negaraku.

Klik untuk mainkan lagu tersebut.

Lancarkan .
Hasil carian akan terpapar.

Apakah yang kamu tahu tentang media digital? Gunakan
peta buih untuk membantu kamu menjawab soalan ini.

70

PENGGUNAAN DATA

Su Lin, pastikan
tetamu duduk di meja
mengikut nombor
yang telah ditetapkan.

Bincangkan cara dan prosedur yang betul
untuk merekod data dalam situasi di atas.

71

• Galeri Multimedia (15)

Data dan Kegunaan

SK Pintar mengadakan
acara sukan tahunan.
Cikgu Lina ditugaskan
menjadi penjaga masa.

Saya perlu mencatat masa larian dan
pemenang dengan betul dan tepat.

Data ialah maklumat atau fakta mentah tentang sesuatu
perkara yang belum diproses dan disusun. Antara kegunaan
data dalam kehidupan harian termasuklah:

Untuk merancang
aktiviti atau program.

Untuk Kegunaan Untuk
membuat Data membuat
kategori jangkaan.
data yang
dikumpul.

Untuk membuat
keputusan dan

tindakan.

NOTA GURU

6.1.1 • Maklumkan kepada murid contoh-contoh kegunaan data dalam kehidupan selain
yang di atas.
72

• Galeri Multimedia (16)
• Aktiviti Interaktif (12)

Jenis dan Sumber Data

Terdapat dua jenis data, iaitu data primer dan data
sekunder.

Data Primer Data Sekunder

Data yang diperoleh Data yang diperoleh
daripada sumber asli atau daripada perantara atau

pihak pertama. melalui pihak kedua.

Data boleh diperoleh daripada dua jenis sumber data.

Pemerhatian Sumber Borang
Data maklumat
Temu Primer
bual
Senarai
semak

Majalah Sumber Surat
Internet Data khabar

Sekunder Laporan
tahunan
Buku

6.1.2 NOTA GURU

• Terangkan kepada murid contoh-contoh data yang diperoleh daripada sumber 73
data primer dan data sekunder.

CELIK MINDA

1. Tampalkan jawapan yang betul pada Lembaran Kerja
ruang yang disediakan. Celik Minda

(a) Nyatakan maksud:

i. data primer. ii. data sekunder.

(b) Nyatakan dua sumber data primer dan data
sekunder.

i. Data primer ii. Data sekunder

2. Berikan empat kegunaan data berserta contohnya.

Nyatakan perbezaan antara data primer dengan data
sekunder.

NOTA GURU

• Imbas kod QR untuk mencetak dan memperbanyak halaman ini.
74

• Aktiviti Interaktif (13)

Ayuh Rekod Data

Cikgu Lina meminta murid mengisi data pada borang
yang disediakan.

Cikgu, apakah Data yang perlu
data yang kamu tulis ialah
hendak ditulis? nama, jantina,
umur dan
tempat lahir.

Bagaimanakah kamu mengumpul data
untuk mendapatkan maklumat?

Langkah mengumpul data bagi mendapatkan maklumat
adalah seperti yang berikut:

Kumpul data melalui Proses data Maklumat
• Pemerhatian • Sunting
• Borang maklumat • Susun
• Senarai semak • Olah
• Simpan

6.1.3 NOTA GURU

• Jelaskan kepada murid cara data diproses untuk menghasilkan maklumat 75
menggunakan beberapa contoh data.

Yang berikut ialah contoh langkah pengumpulan data
yang dijalankan oleh Cikgu Lina:

Langkah Pengumpulan Data

Tentukan Murid dikehendaki mengisi borang maklumat diri:
ciri data
• Nama • Umur

• Jantina • Tempat Lahir

Dapatan Nama: Roslina binti Omar, Emran bin Asyraff,
data Kumar a/l Pubalan, Sereena binti Loren, Lim Su Lin,

Izzuan bin Idris, Noratika binti Rosli,
Rifaie bin Azizul, Lee Zhang Li.

Umur: 10 tahun, Jantina:
11 tahun Data Lelaki, Perempuan

Tempat Lahir: Selangor, Melaka, Sarawak, Sabah

Data Murid Tahun 4 Bijaksana

Nama Jantina Umur Tempat
Lahir

Roslina binti Omar Perempuan 10 tahun Selangor

Emran bin Asyraff Lelaki 10 tahun Sarawak

Kumpul Kumar a/l Pubalan Lelaki 11 tahun Melaka
data
Sereena binti Loren Perempuan 11 tahun Sabah

Lim Su Lin Perempuan 10 tahun Selangor

Izzuan bin Idris Lelaki 11 tahun Selangor

Noratika binti Rosli Perempuan 10 tahun Melaka

Rifaie bin Azizul Lelaki 10 tahun Selangor

Lee Zhang Li Perempuan 11 tahun Melaka

76

ZON AKTIVITI Kumpul Data
1. Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Dapatkan data bagi lima orang guru menggunakan

borang yang mengandungi ciri data seperti yang berikut:

1. Nama

2. Jantina

3. Umur

4. Mata Pelajaran yang Diajar

3. Berdasarkan data yang dikumpul, bina jadual
pengumpulan data seperti yang berikut:

Bil. Nama Jantina Umur Mata Pelajaran
yang Diajar

1.

2.

3.

4.

5.

77

Daripada Data kepada Maklumat

Maklumat boleh dihasilkan daripada data yang dikumpul
secara dalam talian dan luar talian.

Su Lin, Emran, Kumar dan Sereena memperoleh data
peribadi semua murid di dalam kelas. Mereka telah
menyusun semula data yang diperoleh seperti
jadual di bawah.

NOTA GURU

6.1.4 • Terangkan kepada murid bahawa data yang dikumpul perlu disusun mengikut
kategori dan/atau abjad.
78

Su Lin, cuba kamu tulis maklumat
daripada data yang telah dikumpul.

Mari kita lihat contoh maklumat
yang telah dihasilkan.

NOTA GURU 79

• Tunjukkan kepada murid contoh-contoh lain persembahan maklumat seperti carta,
jadual, graf, karangan pendek dan sebagainya.

CELIK MINDA

Berdasarkan jadual maklumat murid berikut, isikan data
ke dalam kad pintar.

Ciri Data Data Kad Pintar 1 Data Kad Pintar 2

Nama Penuh Nur Aisyah Aqilah Muhammad Amar
binti Mohd Zawawi Hakim bin Roslan
Nombor
Pendaftaran ID0065 ID0056
Kelas
4 Terbilang 4 Inovatif

Unit Beruniform Puteri Islam Pengakap

Sukan Catur Bola Sepak

Kelab Komputer Sains

Lembaran Kerja
Celik Minda

Kad Pintar 1 Kad Pintar 2

NOTA GURU

• Imbas kod QR untuk mencetak dan memperbanyak halaman ini.
80

• Kamus Digital

DAFTAR ISTILAH

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Bahasa Inggeris
antara muka interface nama fail file name
bar alamat address bar nama pengguna username
bekalan kuasa power supply papan induk motherboard
buli siber cyberbully papan kekunci keyboard
dalam talian online pelayar web web browser
data primer primary data pembesar suara speaker
data sekunder secondary data pencetak printer
dimensi bingkai frame dimension pengatur voltan automatic voltage
e-mel email automatik regulator (AVR)
enjin carian search engine pengimbasan scanning
fail komputer computer file penjajaran penuh full justify
fon kepala headphones peralatan tools
format fail file format perantara intermediary
grafik graphic perisian software
jidar margin perisian aplikasi application software
kata laluan password perisian grafik graphic software
ketik tap perisian word processing
komputer benam embedded computer pemprosesan kata software
komputer meja desktop computer perkakasan hardware
komputer riba laptop computer pesanan pendek short message
komputer tablet tablet computer rangkaian network
komputer tangan handheld computer ruang kerja workspace
kotak carian search box salin dan tampal copy and paste
laman web web page sidang video video conference
lancarkan launch skrin sentuh touch screen
log keluar logout stilus stylus
luar talian offline storan storage
main play tempoh masa
maklumat information tayangan screen time duration
media sosial social media tetikus
menggodam hacking tetingkap mouse
mesej message unit sistem window
muat turun download wayar penyambung system unit
connecting wire

81

JAWAPAN CELIK MINDA

UNIT 1: PENGGUNAAN TEKNOLOGI Halaman 55 3.
1. 2.
Halaman 8
1. 2. 3. 4. 5. 6. 4. 5.
Halaman 16
1. (a) komputer riba Halaman 59 & 60

(b) komputer meja 1. 1 Klik File
(c) komputer tablet
(d) komputer tangan 2 Klik Print
2. (a) mengeluarkan bunyi
(b) memasukkan data dan arahan ke dalam komputer 3 Klik butang Print
(c) mencetak dokumen dan grafik yang diarahkan
(d) mengeluarkan dan merakamkan bunyi 2. Melintang Menegak

UNIT 2: PENGGUNAAN INTERNET 2. COPY 1. BULLETS

Halaman 25 4. BRUSHES 3. PASTE
(a) Microsoft Edge
(c) Safari (b) Mozilla Firefox 5. SHAPES
Halaman 28 (d) Google Chrome
1. (a) (b) (c) UNIT 5: MULTIMEDIA
KBAT
3 ---> 1 ---> 2 Halaman 70
1. 2 ---> 4 ---> 5 ---> 1 ---> 3
UNIT 3: KOMUNIKASI DALAM TALIAN KBAT
Sebarang jawapan yang munasabah.

Halaman 32 UNIT 6: PENGGUNAAN DATA

1. Bersembang dengan rakan melalui mesej. Halaman 74
1. (a) i. Data yang diperoleh daripada sumber asli
2. Bersembang dengan sepupu di luar negara melalui
atau pihak pertama.
sidang video. ii. Data yang diperoleh daripada perantara atau

3. Berkomunikasi dengan datuk di kampung. melalui pihak kedua.
(b) i. Pemerhatian, temu bual, senarai semak
4. Membuat aduan dalam talian.
ii. Laporan tahunan, majalah, Internet
5. Menerima dokumen melalui e-mel. 2. (a) Merancang aktiviti dan program
(b) Membuat jangkaan
Halaman 35 (c) Membuat keputusan dan tindakan
(d) Membuat kategori data yang dikumpul
1. Telegram 2. Gmail *Contoh yang diberi oleh murid hendaklah
contoh kegunaan data yang munasabah.
3. Twitter 4. WhatsApp KBAT
Sebarang jawapan yang munasabah.
Halaman 39 Halaman 80

1, 2, 3, 5

Halaman 42(KBAT)

Snapchat, Hangouts, Twitter, Zoho Mail,

Google Classroom

UNIT 4: MENCIPTA DAN MENERBIT ID0065 Puteri Islam ID0056 Pengakap
Catur Bola Sepak
Halaman 46
1. Untuk melaraskan teks secara sekata di antara jidar Komputer Sains
4 Terbilang 4 Inovatif
kiri dengan jidar kanan.
2. Untuk memilih saiz tulisan. Nur Aisyah Aqilah binti Mohd Zawawi Muhammad Amar Hakim bin Roslan
3. Untuk memilih jenis tulisan.
4. Untuk meletakkan teks agar seimbang di tengah

halaman.
5. Untuk membuat senarai bullet.
Halaman 52
1. Klik File
2. Klik Save As
3. Taip nama fail di File name
4. Klik Save

82

Dengan ini, SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini
dengan baiknya dan bertanggungjawab atas kehilangannya,

serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada
tarikh yang ditetapkan.

Skim Pinjaman Buku Teks

Sekolah _______________________________________

Tahun Darjah Nama Penerima Tarikh
Terima

Nombor Perolehan: ______________________________
Tarikh Penerimaan: ______________________________

BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL


Click to View FlipBook Version