19
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2019)
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
EDUP3023
Disediakan oleh:
NAMA: SITI FATIMAH AKMA BINTI ABD LATIF
NO. KAD PENGENALAN: 010218110464
ANGKA GILIRAN: 2020192340234
KUMPULAN/ UNIT F12
TN. HJ. OMAR BIN CHEK MAN
NAMA PENSYARAH:
TUGASAN 1
TAJUK TUGASAN: 4 NOVEMBER 2020
TARIKH PENYERAHAN:
TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
Isi Kandungan Muka Surat
1.0 Pengenalan 3
2.0 Konsep perkembangan kognitif Jean Piaget 3
3.0 Kepentingan seseorang guru menguasai peringkat perkembangan 3-4
kanak-kanak berdasarkan teori jean piaget. 4
5-6
3.1 Guru dapat memahami diri pelajar 6
7
3.2 Guru dapat membantu murid untuk meningkatkan daya 7
kognitif. 8-9
3.3 Guru dapat menyesuaikan bahan bantu mengajar (BBM)
mengikut peringkat kognitif pelajar.
3.4 Membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih sistematik.
4.0 Kesimpulan
5.0 Rujukan
2
1.0 Pengenalan
Dalam menempuh pawana globalisasi yang penuh dengan kokurensi sengit ini, pendidikan
merupakan salah satu indikator untuk menjadi sebuah negara yang maju ke hadapan. Hal ini
dikatakan demikian kerana pendidikan mampu menjadikan negara kita sebagai hab atau
pusat pendidikan serantau. Oleh itu, guru yang merupakan pemacu untuk melahirkan
generasi yang berintelektual perlulah peka terhadap perkembangan kognitif para pelajar.
Menurut Sutarto (2017), kognitif merujuk kepada aktiviti mental seperti berfikir, menaakul,
menganalisis, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Jadi, perkembangan kognitif dapat
didefinisikan sebagai kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, serta
mengingati sesuatu perkara yang berlaku di persekitaran.
2.0 Konsep Perkembangan Kognitif Jean Piaget
Jean piaget telah memperkenalkan lima konsep utama dalam teori perkembangan kognitif,
iaitu skema, asimilasi, akomodasi, adaptasi dan keseimbangan. Menurut Ujang Khiyarusoleh
(2016), skema terbentuk melalui proses asimilasi dan akomodasi manakala keseimbangan
pula terbentuk melalui kemahiran seseorang untuk menangani konflik kognitif melalui proses
asimilasi dan akomodasi. Adaptasi pula terjadi apabila berlakunya ketidakseimbangan antara
individu dengan persekitaran.
Selain itu, Piaget mengatakan bahawa persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-
kanak sebaliknya, kanak-kanak membina persekitarannya. Hal ini dikatakan demikian kerana
kanaka-kanak membentuk kognitif melalui penerokaan, manipulasi dan menilai
persekitarannya (Yahya, 2018). Dalam pada itu, Piaget mendapati bahawa perkembangan
kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah mengikut perubahan umur mereka. Oleh
itu, Piaget telah memperkenalkan empat peringkat perkembangan kognitif, iaitu peringkat
sensori motor (0 hingga 2 tahun), peringkat praoperasi (2 hingga 7 tahun), peringkat operasi
konkrit (7 hingga 11 tahun) dan peringkat operasi formal (11 hingga 15 tahun).
3.0 Kepentingan Seseorang Guru Menguasai Peringkat Perkembangan Kanak-Kanak
Berdasarkan Teori Jean Piaget
Seseorang guru perlulah menguasai proses perkembangan kognitif kanak-kanak agar proses
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dapat memberi kesan yang positif terhadap
perkembangan kognitif mereka. Oleh itu, terdapat pelbagai kepentingan seseorang guru
3
dalam menguasai peringkat perkembangan kanak-kanak melalui teori perkembangan kognitif
Jean Piaget. Berikut merupakan kepentingannya:
a) Guru dapat memahami diri pelajar
b) Guru dapat membantu murid untuk meningkatkan daya kognitif.
c) Guru dapat menyesuaikan bahan bantu mengajar mengikut peringkat kognitif pelajar.
d) Guru dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan lebih
sistematik.
3.1 Guru dapat memahami diri pelajar
Daya kognitif pelajar berkembang semasa mereka dapat menyelesaikan sesuatu
masalah. Oleh itu, seseorang guru perlulah memahami diri pelajar dengan tidak terlalu
cepat menghukum apabila pelajar melakukan kesalahan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP) sebaliknya, guru perlu menjadi pemudah cara jika pelajar
sukar mengaplikasikan konsep yang telah dipelajari dalam menyelesaikan sesuatu
soalan (Shima Dyana dan Siti Marziah Zakaria, 2018). Oleh itu, penyelesaiannya ialah
guru boleh mengadakan sesi perbincangan atau sesi soal jawab secara berperingkat
mengenai perkara yang telah dipelajari. Sebagai contoh, pelajar mengalami kesukaran
untuk mengelaskan persamaan antara haiwan karnivor dan haiwan omnivor. Jadi,
guru boleh mengadakan sesi perbincangan dengan bertanya kepada pelajar tentang
nama-nama haiwan karnivor dan omnivor. Selepas itu, guru melanjutkan
perbincangan dengan menjurus kepada soalan penyelesaian tadi. Guru boleh
bertanya tentang pemakanan bagi haiwan omnivor dan karnivor. Jadi, murid akan
menjawab haiwan karnivor memakan daging haiwan lain manakala makanan bagi
haiwan omnivor ialah tumbuhan dan daging haiwan lain. Jadi, melalui sesi
perbincangan ini, murid dapat mengetahui bahawa kedua-dua haiwan karnivor dan
omnivor memakan daging. Oleh itu, amat penting bagi guru memahami diri pelajar
terutamanya apabila proses ketidakseimbangan berlaku dalam diri pelajar.
Pernyataan ini sejajar dengan pendapat Norliza Jaafar et al. (2015) yang menyatakan
keseimbangan tidak akan tercapai apabila seseorang individu tidak dapat memahami
sesuatu perkara menerusi proses asimilasi dan akomodasi. Oleh itu, teori ini perlulah
dikuasai oleh guru agar bimbingan yang sewajarnya dapat diberikan kepada pelajar
untuk mencapai keseimbangan ketika menyelesaikan sesuatu masalah.
4
3.2 Guru dapat membantu murid untuk meningkatkan daya kognitif.
Melalui teori ini, guru dapat meningkatkan daya kognitif dalam kalangan pelajar
dengan lebih efektif. Dalam proses PdP, guru boleh menggalakkan pelajar untuk
menyelesaikan sendiri sesuatu masalah setelah mereka memahami konsep yang
telah diajarkan. Menurut Suppiah Nachiappan (2012), guru perlu mengelakkan diri
daripada hanya menyampaikan maklumat sebaliknya, guru perlulah memberi peluang
kepada pelajar untuk meneroka sendiri tentang konsep yang telah dipelajari. Melalui
cara ini, guru dapat memastikan penglibatan yang aktif dalam kalangan pelajar.
Menurut Imam Hanafi dan Adi Sumitro (2019), guru boleh menggunakan kaedah soal
jawab untuk merangsang minda para pelajar secara logikal dan analitikal. Contohnya,
guru boleh melaksanakan aktiviti soal jawab semasa ujian kebalikan dalam aktiviti
kekalan isipadu cecair. Rajah di bawah dapat menjelaskan cara aktiviti tersebut dapat
dilaksanakan:
Rajah 1: Pelaksanaan Aktviti Kekalan dan Kebalikan Isipadu Cecair.
Berdasarkan rajah 1, pada konsep kekalan, guru boleh bertanyakan soalan
kepada murid mengenai perbezaan jumlah air dalam cawan 1 dan cawan 3. Jika
pelajar menjawab cawan 3 mempunyai jumlah air yang lebih banyak maka, pelajar
tersebut masih belum menguasai konsep pengekalan isipadu. Oleh itu, bagi memberi
kefahaman yang lebih mendalam kepada murid, guru boleh mengaplikasikan konsep
kebalikan dalam aktiviti tersebut. Caranya adalah dengan mengarahkan pelajar untuk
menuangkan semula air dari cawan 3 ke dalam cawan 2. Kemudian, guru bertanyakan
semula kepada murid tentang perbezaan jumlah air yang dituang ke dalam cawan 3
dengan cawan 1. Oleh itu, melalui cara ini, murid dapat memahami bahawa isipadu
tidak berubah apabila air dituangkan ke dalam cawan yang berbeza bentuk (Joko
Suratno et al., 2015).
Jadi, berdasarkan aktiviti ini, guru dapat mewujudkan proses asimilasi dan
akomodasi dalam kalangan pelajar untuk memperluas skema yang sedia ada. Hal ini
sejajar dengan pendapat Rafidah Ruhani et al. (2016) yang menyatakan manusia
5
membina skema melalui proses asimilasi dan akomodasi. Skema yang dimaksudkan
adalah apabila murid sudah faham bahawa air yang dituangkan ke dalam cawan 3
mempunyai isipadu air yang sama dengan cawan 1. Oleh itu, jelaslah bahawa teori
ini penting bagi guru untuk menggalakkan murid menyelesaikan sesuatu masalah.
3.3 Guru dapat menyesuaikan bahan bantu mengajar mengikut peringkat
kognitif pelajar.
Sebagaimana yang kita tahu, peringkat kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat
peringkat. Kesemua peringkat ini mempunyai daya kognitif yang berbeza. Jadi, teori
ini dikatakan penting kepada guru supaya bahan bantu mengajar yang disediakan
adalah sesuai mengikut peringkat kognitif para pelajar. Mok Soon Sang (2009)
menyatakan bahawa bahan pengajaran harus sesuai dengan keupayaan murid agar
mereka dapat menaakul dan memahami isi pelajaran yang hendak disampaikan oleh
guru. Contohnya, pada peringkat praoperasi, guru tadika boleh melaksanakan
pembelajaran melalui aktiviti ‘minds-on’ seperti permainan menyusun ‘puzzle’ gambar
buah epal. Jadi, melalui cara ini, secara tidak langsung keupayaan kognitif kanak-
kanak dapat ditingkatkan apabila mereka berusaha untuk mencantumkan ‘puzzle’
Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga akan berusaha untuk mengetahui gambar ‘puzzle’
tersebut dan perkara ini akan mendorong mereka mengenali buah epal.
Seterusnya, pada peringkat operasi konkrit, iaitu ketika kanak-kanak berumur
antara tujuh hingga sebelas tahun, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar
yang bersifat konkrit (Fatimah Ibda, 2015). Hal ini dikatakan demikian kerana pada
peringkat ini, murid masih tidak mampu untuk menyelesaikan masalah secara abstrak.
Sebagai contoh, apabila guru bertanya soalan seperti:
“Aiman lebih tinggi berbanding Ali tetapi Aiman lebih rendah berbanding Ishak,
Jadi, siapakah yang paling tinggi?”
Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini, guru boleh mengarahkan Aiman, Ali
dan Ishak untuk berbaris. Melalui cara ini, murid dapat memahami bahawa Ishak ialah
orang yang paling tinggi. Oleh itu, dapatlah dilihat bahawa teori perkembangan kognitif
penting agar murid dapat memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru.
6
3.4 Membantu Guru untuk Melaksanakan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
dengan Lebih Sistematik.
Guru yang berpegang kepada proses kognitif, iaitu skema, adaptasi, asimilasi,
akomodasi dan keseimbangan sudah pasti dapat melaksanakan PdP dengan lebih
sistematik. Hal ini dikatakan demikian kerana guru sedar bahawa PdP yang dijalankan
perlu dilaksanakan secara berperingkat supaya pelajar dapat memahami perkara yang
disampaikan oleh guru. Menurut Faridah Nazir et al. (2014), pengajaran perlulah
dilakukan dari tahap yang mudah kepada tahap yang sukar, dari konkrit kepada
abstrak, dari jauh kepada dekat dan daripada pengalaman sedia ada kepada
pengalaman baharu. Oleh itu, teori ini dikatakan penting agar guru mengikut sukatan
topik pembelajaran yang telah ditetapkan kerana menurut Manisah Mohd Ali dan
Norizza Sahal (2016), semua sukatan pelajaran telah ditetapkan adalah dari tahap
yang mudah kepada yang tahap yang sukar. Jadi, dalam proses PdP, guru perlulah
memperkenalkan konsep asas terlebih dahulu sebelum melanjutkan pengajaran
kepada subtopik yang lebih kompleks. Sebagai contoh, sebelum guru mengajar topik
kelajuan, guru perlu mengajar topik jarak dan masa terlebih dahulu. Hal ini dikatakan
demikian kerana rumus kelajuan adalah jarak/masa.
Jadi, seseorang guru perlulah mengambil cakna mengenai konsep asas
mengenai sesuatu topik agar perkara ini tidak memberi kesan terhadap pemahaman
para pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana jika skema mengenai jarak dan masa
tidak diketahui oleh pelajar, maka, perkara ini akan menyukarkan pelajar untuk
memahami topik kelajuan. Pernyataan ini sejajar dengan pendapat Maridah Alias et
al. (2013) yang menyatakan bahawa pembentukan sesuatu skema terhadap konsep
asas penting agar penambahan skema yang baharu tidak mengelirukan para pelajar.
Oleh itu, guru perlulah menguasai perkembangan kognitif Jean Piaget agar
pengetahuan murid mengenai konsep asas adalah kukuh.
3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam mengaplikasikan teori
perkembangan kognitif Jean Piaget. Hal ini dikatakan kerana melalui cara ini, guru dapat
memastikan tahap perkembangan kognitif para pelajar mencapai tahap optimum. Oleh itu,
setiap guru perlulah menguasai teori perkembangan kognitif Jean Piaget agar dapat
menjamin keberkesanan PdP dan pada masa yang sama, guru dapat meningkatkan daya
kognitif para pelajar.
7
Rujukan
Faridah Nazir, Norhiza Mohd Salleh & Zairinah Mohd Shukur. (2014). Perkembangan kanak-
kanak. Penerbitan Multimedia.
Fatimah Ibda . (2015). Perkembangan kognitif: Teori Jean Piaget. Jurnal Intelektualita, 3(1),
27-38.
Idrus Alhaddad. (2012). Penerapan teori perkembangan mental Piaget pada konsep kekalan
panjang. Infinity Journal , 1(1), 31- 44. https://doi.org/10.22460/infinity.v1i1.p31-44.
Imam Hanafi & Adi Sumitro. (2019). Perkembangan kognitif menurut Jean Piaget dan
implikasinya dalam pembelajaran. Jurnal Pendidikan Dasar, 3(2), 87-93. https://doi.
org/10.24929/alpen.v3i2.30.
Jaenudin. (2018). Pengajaran bahasa Arab di taman kanak-kanak (tinjauan teori
perkembangan kognitif Jean Piaget) . Jurnal Lisanuna, 8(1), 32-44. http://dx.doi.org/10
.22373/l.v8i1.3475.
Joko Suratno, Niken Wahyu Utami & Hariyati Hamid. (2015). Konsep kekalangan bilangan
dan substansi: Percobaan pembuktian teori perkembangan kognitif Jean Piaget.
Jurnal Matematika dan Pendidikan Matematika, 4(1), 42-56. http://dx.doi.org/10.3338
7/dpi.v4i1.143.
Manisah Mohd Ali & Norizza Sahal. (2016). Intervensi meningkatkan tumpuan dalam
pembelajaran murid bermasalah pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 4(1), 1-6.
Maridah Alias, Khairuddin Mohamad & Wong Kiet Wah. (2013). Siri pendidikan guru:
Perkembangan kanak-kanak. Oxford Fajar.
Mohd Zuri Ghani. (2014). Pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan kanak-kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. .
Norliza Jaafar, Lew Moi Mooi & Norulazilah Md Nordin. (2015). Perkembangan kanak-kanak.
Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.
Rafidah Ruhani, Wong Kiet Wah & Mohamad Isa Azis. (2016). Siri pendidikan guru:
Perkembangan kanak-kanak edisi kedua. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
8
Ridho Agung Juwantara. (2019). Analisis teori perkembangan kognitif Piaget pada tahap anak
usia operasional konkret 7-12 tahun dalam pembelajaran Matematika. Jurnal Ilmiah
Pendidikan Guru Madrasah Ibtidaiyah , 9(1), 27-34.
Shima Dyana & Siti Marziah Zakaria. (2018). Kesan penggunaan gajet kepada perkembangan
kognitif dan sosial kanak-kanak prasekolah. Jurnal Wacana Sarjana, 2(4), 1-6.
Suppiah Nachhiappan. (2012). Pembelajaran dan perkembangan pelajar. Oxford Fajar.
Sutarto. (2017). Teori kognitif dan implikasinya dalam pembelajaran. Jurnal bimbingan dan
konseling Islam, 1(2), 1-26.
Ujang Khiyarusoleh. (2016). Konsep dasar perkembangan kognitif pada anak menurut Jean
Piaget . Jurnal Dialektika Jurusan PGSD, 5(1), 1-10.
Yahya. (2018). Konsep perkembangan kognitif perspektif Al-Ghazali dan Jean Piaget. Jurnal
Bimbingan dan Konseling, 5(2), 97-104. https://doi.org/10.24042/kons.v5i2.3501.
9