Isi Kandungan 2
3
Kata Alu-Aluan 4
Menteri Kanan Pendidikan Malaysia 5
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia 6
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia
Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian 7
Pengarah Pendidikan Negeri Perak 8
9
Anggota Majlis Sukan Sekolah Malaysia 10
Sekretariat Majlis Sukan Sekolah Malaysia 11
Penyelaras Sukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia 12
Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah Malaysia 13
Pengerusi Teknik Dan Pembangunan Sukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia 14
Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) Akuatik 15
Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) Boling Tenpin 16
Jawatankuasa Induk Kejohanan 17
Jawatankuasa Kecil Pengelola Kejohanan 19
Urus Setia Kejohanan 23
Kronologi Kejohanan 24
Atur Cara Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah Malaysia 25
Atur Cara Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah Malaysia 26
Atur Cara Majlis Penyampaian Hadiah
Analisis Pegawai dan Atlet Murid Mengikut Negeri (Akuatik) 27
Analisis Pegawai dan Atlet Murid Mengikut Negeri (Boling Tenpin) 28
Tempat Kejohanan 29
Pautan Laman Web Rasmi
Penghargaan
1 KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
Kata Alu-aluan
Menteri Kanan Pendidikan Malaysia
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah saya ucapkan kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum
dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas kejayaan menganjurkan
Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bagi tahun 2022.
Kejohanan MSSM yang diadakan saban tahun memberi peluang kepada murid menyertai aktiviti
menyeronokkan di samping dapat mencungkil bakat dan potensi atlet murid yang mampu
bersaing di peringkat nasional serta antarabangsa. Ini juga sejajar dengan konsep Sekolahku
SEJAHTERA yang menerapkan elemen penting dalam kehidupan seperti mewujudkan suasana
dan persekitaran sekolah yang selamat, sihat dan seronok untuk semua warga sekolah.
KPM sentiasa menggalakkan pelibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum melalui
pelbagai pendekatan bagi menarik minat murid. Aktiviti sebegini dapat memberi ruang untuk
murid menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran serta nilai-nilai yang dipelajari
dalam bilik darjah. Dalam konteks pentaksiran pula, penglibatan murid dalam kegiatan sukan
dan kokurikulum direkod dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
yang merupakan antara komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Oleh demikian,
MSSM dapat menjadi salah satu platform utama dalam membantu sekolah merancang program
kokurikulum, khususnya bagi tujuan pembangunan dan kecemerlangan sukan atlet murid.
Saya yakin bahawa pelibatan murid dalam Kejohanan MSSM sebagai sebahagian daripada
aktiviti kokurikulum ini dapat membantu mereka membina sahsiah, jati diri dan karakter, dan
seterusnya menjadi generasi pewaris negara yang mampu menyumbang kepada masyarakat
dan negara. KPM komited memberi sepenuh sokongan kepada usaha MSSM dalam menyahut
saranan Kerajaan untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat seawal usia
mereka, iaitu sejak di peringkat sekolah rendah lagi.
KPM akan terus mempergiatkan kerjasama dengan pihak berkepentingan yang terlibat bagi
menyemarakkan lagi penganjuran MSSM. Pendekatan yang dilaksanakan juga perlu
ditambahbaik dari semasa ke semasa agar seiring dengan peredaran zaman serta bersesuaian
dengan keperluan semasa bagi menarik lebih banyak penyertaan atlet murid.
Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran
kejohanan MSSM pada tahun ini. Selamat maju jaya!
DR. RADZI JIDIN 2
KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
Kata Alu-aluan
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberikan ruang dan peluang
untuk menitipkan ucapan dalam buku program Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bagi
tahun 2022 yang penuh bermakna ini. Sudah pastinya segala usaha yang telah dimainkan oleh
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal
diterjemahkan dalam kejohanan yang bakal berlangsung di seluruh negara untuk murid-murid
sekolah menyerlahkan bakat mereka dalam bidang sukan yang diceburi.
Tahniah juga diucapkan atas usaha anak-anak ini yang telah bertanding di peringkat sekolah, daerah
dan seterusnya di peringkat negeri dengan bersungguh-sungguh dalam memartabatkan mutu sukan di
tanah air. Sudah pastinya peranan guru dalam melatih atlet murid dalam kemahiran sukan tertentu
tidak ternilai harganya. Pada masa yang sama, aspek akademik sudah pastinya tidak pernah
diketepikan kerana dengan pendidikan kita dapat melahirkan atlet yang mampu berfikir pada aras
yang lebih tinggi.
Di samping itu juga, 14 elemen yang terdapat dalam konsep Sekolahku SEJAHTERA sudah pasti dapat
diterapkan dalam aktiviti bersukan sama ada semasa menjalani latihan mahupun semasa menyertai
pertandingan. Aspek sosial murid dapat ditingkatkan selari dengan perkembangan jasmani dan emosi
kerana dalam sukan itu sendiri banyak menerapkan nilai-nilai yang saling berkait.
Sebelum menutup bicara, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan MSSM Kali Ke-62 pada tahun ini.
Sesungguhnya, tanpa usaha sama semua pihak segala yang direncanakan itu sudah pastinya tidak
membuahkan hasil seperti yang dihasratkan. Selamat maju jaya kepada semua atlet murid yang bakal
bertanding dalam kejohanan pada tahun ini. Anda semua ialah Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC) yang
bakal menjadi generasi pewaris negara pada masa hadapan. Selamat maju jaya!
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
3 KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
Kata Alu-aluan
Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia.
Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam buku
program ini. Saya juga merakamkan ucapan tahniah kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menggalas tanggungjawab menganjurkan Kejohanan Majlis
Sukan Sekolah Malaysia Kali Ke-62.
Penganjuran kejohanan MSSM ini diharap dapat menjadi titik permulaan kepada atlet murid untuk
mengembangkan bakat sukan dan menonjolkan potensi diri selaras dengan hasrat Dasar Sukan Negara
untuk melahirkan atlet berprestasi tinggi yang mempunyai sahsiah yang positif, komitmen diri yang tinggi
dan berdaya saing. Melalui penganjuran kejohanan ini juga, secara tidak langsung dapat memberikan
impak yang positif kepada keberhasilan atlet murid dan menggalakkan pertandingan yang sihat, sikap
muhibah serta toleransi yang tinggi, persefahaman, pembinaan kualiti moral dan fizikal yang berterusan
seperti mana yang terkandung dalam Dasar Sukan Negara.
Pada peringkat KPM, MSSM merupakan watak utama dalam merancang dan melaksanakan program
pembangunan atlet murid di peringkat akar umbi yang bermula dengan hasrat 'Sukan Untuk Semua' di
bawah Dasar 1Murid 1Sukan sehinggalah kepada aspirasi Sukan Untuk Kecemerlangan di bawah Program
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah.
Ketelusan dan tadbir urus yang baik hendaklah sentiasa diamal serta diutamakan pada setiap masa dalam
penganjuran kejohanan sukan bagi meningkatkan kualiti pengurusan MSSM pada kali ini. Justeru, semua
aspek pengelolaan kejohanan hendaklah dilaksanakan dengan nilai akauntabiliti yang tinggi serta
mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Akhir kata, syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran dan pengelolaan
kejohanan ini kerana telah melaksanakan tanggungjawab dengan berdedikasi dan cemerlang. Semoga
kejohanan MSSM tahun 2022 ini berlangsung dengan jaya dan mencapai matlamatnya.
Sekian, terima kasih.
DATUK YUSRAN SHAH BIN MOHD YUSOF
KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN 4
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
Kata Alu-aluan
Pengarah
Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia.
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian sentiasa berusaha untuk memberi ruang dan peluang kepada
murid melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Kokurikulum merupakan
wadah paling berkesan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terutamanya dalam konteks
melahirkan murid seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Bagi mencungkil bakat dan potensi
murid dalam bidang sukan, usaha ini dijana melalui pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan yang mana dasar ini
mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan sebagai sebahagian daripada
aktiviti kokurikulum di sekolah. Selaras dengan hasrat ini juga, Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan
inisiatif berterusan demi meningkatkan pelibatan murid terutamanya dalam sukan prestasi tinggi sekolah.
Antaranya melalui pelaksanaan pelbagai program pembangunan bagi mengupayakan minat dan
kecenderungan murid dalam bidang sukan.
Justeru, Bahagian ini telah mengambil langkah yang proaktif dengan menghasilkan Pelan Pendidikan Sukan
Negara (PPSN) 2021-2030 sebagai usaha untuk meningkatkan aspek kemenjadian dan keberhasilan atlet
murid dalam bidang sukan secara keseluruhannya. Malah, KPM juga telah menyalurkan sejumlah peruntukan
yang besar bagi memastikan program pembangunan sukan sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan dan
efisien. Maka dengan itu, saya berharap agar peruntukan yang disalurkan ini dapat digunakan sebaik-baiknya
dalam membangunkan dan melahirkan atlet murid yang cemerlang dalam bidang sukan dan memberikan
pulangan serta impak yang positif terhadap KPM dan negara.
Dalam pada itu, Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) memainkan peranan yang amat besar untuk menggilap
potensi dan menghasilkan atlet murid yang cemerlang dalam sukan. Bagi penganjuran dan pengelolaan
Kejohanan MSSM pada tahun ini, KPM telah bersetuju agar kejohanan MSSM dilaksanakan secara bersemuka
setelah berakhirnya pandemik Covid-19 di negara ini. Dengan pelaksanaan kejohanan secara bersemuka ini,
diharapkan agar semua pihak yang terlibat dapat memberikan penekanan kepada nilai dan budaya kerja yang
cemerlang dan berintegriti. Melalui nilai kerja yang terpuji, saya yakin segala aspek positif dapat diserap
dalam tadbir urus kejohanan bagi memastikan penganjuran program yang terbaik dan cemerlang.
Di sini, saya juga mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
dalam usaha menjayakan kejohanan MSSM tahun 2022. Semoga segala usaha kita merealisasikan harapan
untuk meningkatkan aspek kemenjadian dan keberhasilan atlet murid dalam arena sukan khususnya KPM
dapat dicapai sepenuhnya dengan cemerlang demi kelestarian sukan negara amnya.
DR. LATIP BIN MUHAMMAD
5 KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
Kata Alu-aluan
Pengarah Pendidikan Negeri Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia.
Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memberi kepercayaan kepada
Jabatan Pendidikan Negeri Perak untuk mengelola Kejohanan Akuatik dan Boling Tenpin Majlis Sukan
Sekolah Malaysia (MSSM) bagi tahun 2022.
Kejohanan Akuatik dan Boling Tenpin MSSM yang diadakan ini merupakan satu wadah yang dapat
mengeratkan persahabatan dan dapat menjana intergrasi kaum dengan lebih berkesan seiring dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam pembentukan disiplin kendiri dan semangat berpasukan yang
tinggi. Ruang dan peluang ini perlu kita sediakan agar generasi muda dapat memperlihatkan
kehebatan dan bakat mereka secara positif. Sesungguhnya kecemerlangan dalam kedua-dua bidang
akademik dan sukan akan dapat melahirkan bakal pemimpin yang mempunyai sahsiah dan jati diri
yang tinggi serta berketrampilan.
Kejohanan MSSM pada tahun ini disambut penuh makna selepas dua tahun kita tidak dapat
menganjurkannya ekoran pandemik Covid-19. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini
mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia serta semua pihak
yang menyumbang tenaga dan usaha bagi menjayakan Kejohanan Akuatik dan Boling Tenpin MSSM
2022 yang dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Teruslah mematuhi SOP yang ditetapkan
demi kesihatan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Akhir kata, saya mengharapkan dengan kejohanan yang dijalankan akan melahirkan atlet yang
berkualiti, berwawasan dan dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
AZNAN BIN HAJI ALIAS, A.M.P.
KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN 6
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
7 KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
PENYELARAS SUKAN 8
PENGERUSI TEKNIK DAN
PEMBANGUNAN
SUKAN MSSM
KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
9 KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN 10
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
11 KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
PTPS AKUATIK MSS NEGERI 2022
KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN 12
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
PTPS BOLING TENPIN MSS NEGERI 2022
13 KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN
PENGERUSI YBrs. Encik Aznan bin Haji Alias, AMP.
TIMBALAN PENGERUSI Pengarah Pendidikan Negeri Perak
NAIB PENGERUSI I / Encik Zulkafli bin Mohamed Mokhtar
SETIAUSAHA AGUNG Timbalan Pengarah Pendidikan
NAIB PENGERUSI II / Sektor Pembangunan Murid
PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG
BENDAHARI Puan Hajah Rahimah binti Mohamed
EX - OFFICIO Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Perancangan Dan Pengurusan PPD
Tuan Haji Azmi bin Dahali
Timbalan Pengarah PendidikanSektor Pembelajaran
Puan Sabarina binti Jamaluddin
Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah
Encik Mohamad Sayuti bin Abas
Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid
Dr. Adlan bin Mohamed Yusof
Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan)
Encik Azizul Hakim bin Ismail
Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan)
Puan Liza binti Mohd Alias
Penyelaras Akuatik MSSM
Puan Marziaton binti Daud
Penyelaras Boling Tenpin MSSM
Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Encik Mohd Hishamudin bin Che Omar
Penyelaras Akuatik MSS Perak
Puan Adilah binti Mohammad Mazli
Penyelaras Boling Tenpin MSS Perak
Cik Goh Kim Nee
PTPS Akuatik MSSM
Encik Mohd Isa bin Sulaiman
PTPS Boling Tenpin MSSM
Encik S. Alageasan a/l Singaram
PTPS Akuatik MSS Perak
Encik Mazni bin Othman
PTPS Boling Tenpin MSS Perak
KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN 14
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
JAWATANKUASA KECIL PENGELOLA KEJOHANAN
BIL JAWATANKUASA AKUATIK BOLING TENPIN
SMK Kg. Pasir Puteh
1 TEKNIKAL & PERTANDINGAN SMK Methodist (ACS),
Ipoh SMK Seri Ampang
2 STATISTIK & KEPUTUSAN SJK (C) Ave Maria Convent SK Marian Convent
3 KECEMASAN SMK Ave Maria Convent SMK Tambun
4 KESELAMATAN SMK Yuk Choy SMK Rapat Setia
5 SIJIL, HADIAH, CENDERAMATA SMK Perempuan
Methodist SMK Bandar Baru
6 PERSIAPAN TEMPAT DAN Kolej Ting. Enam Seri Putera
PERALATAN Putera
7 KEPEGAWAIAN SMK Tasek Damai
SMK Sungai Pari
8 MINUMAN PESERTA SMK Dato Ahmad Said
SK Seri Ampang
9 MINUMAN PEGAWAI
SK Cator Avenue
10 MAKANAN / JAMUAN
Sektor Pengurusan
11 DOKUMENTASI DAN
LAPORAN
12 PENGANGKUTAN
13 PERHUBUNGAN SK Raja Dihilir Ekram
(“LIAISON OFFICER”)
14 PUBLISITI, SERANTA & SIARAYA SMK Menglembu
BUKU CENDERAMATA / SMK Jelapang Jaya
Sektor Pengurusan Maklumat
15 BUKU PROGRAM
16 LAMAN WEB RASMI
17 RAKAMAN DAN FOTOGRAFI Sektor Sumber Teknologi Pendidikan
18 KEBERSIHAN SK Sri Kinta SK Coronation Park
19 PENGINAPAN Sekolah Tuanku Abdul Rahman
20 PENGINAPAN PENGADIL SMK Gunung Rapat
SMK Raja Chulan
21 PTPS AKUATIK SMK Raja Permaisuri Bainun
MSS PERAK Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan)
Encik S. Alageasan a/l Singaram
22 PTPS BOLING TENPIN MSS SMK Methodist (ACS), Ipoh
PERAK
Encik Mazni bin Othman
SK Kpg. Dato’ Seri Kamaruddin
15 KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN 16
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
KRONOLOGI KEJOHANAN
TARIKH MASA AKTIVITI TEMPAT / CATATAN
30 Jun 2022 Mesyuarat Jawatankuasa Unit Pembangunan
(Khamis)
9.00 pagi Pengelola Kejohanan Bil. Bakat Murid, JPN
1/2022 Perak.
13 Julai 2022 9.00 pagi Mesyuarat Jawatankuasa Bilik Mesyuarat SUK
(Rabu) Pengelola Kejohanan Bil.
2/2022 (Bersama
13 Julai 2022 penyelaras sukan BSKK)
(Isnin)
Siaran 1 Dikeluarkan Semua JPN
19 Julai 2022
(Rabu) 5.00 petang Tarikh Akhir Pengesahan Semua Negeri
Penyertaan dan Calon
21 Julai 2022 9.00 pagi – 5.00 Pengadil Unit Pembangunan
(Rabu) petang Bakat Murid, JPN
Mesyuarat Teknikal Perak.
Kejohanan Akuatik dan
Boling Tenpin MSSM
17 Ogos 2022 9.00 pagi Mesyuarat Jawatankuasa Unit Pembangunan
(Rabu) Pengelola Kejohanan Bil. Bakat Murid, JPN
3/2022 Perak.
18 Ogos 2022
(Khamis) Siaran 2 Dikeluarkan Semua JPN
Kontinjen melapor diri
3 September Asrama Penginapan
2022 2.00 petang – 5.00
Tower Regency Hotel &
(Sabtu) petang Pengadil melapor diri Apartments (Akuatik)
4 September 3.00 petang Mesyuarat Pengurus MU Hotel, Ipoh
2022 Pasukan Akuatik (Boling Tenpin)
(Ahad) 3.00 petang Taklimat Pengadil
Akuatik Pusat Akuatik Tuanku
8.00 malam Zara, Ipoh.
Mesyuarat PTPS Akuatik Pusat Akuatik Tuanku
5.00 petang Zara, Ipoh.
Mesyuarat Pengurus Tower Regency Hotel &
6.00 petang Pasukan Boling Tenpin Apartments.
8.00 malam – Taklimat Pengadil Boling
10.00 malam Tenpin MU Hotel, Ipoh.
8.00 pagi – 6.00
Penyesuaian ‘lane’ MU Hotel, Ipoh.
petang
8.30 pagi – 7.00 Kejohanan Akuatik Ampang Superbowl,
Ipoh Parade.
petang Kejohanan Boling Tenpin Pusat Akuatik Tuanku
(Acara Individu) Zara
Ampang Superbowl,
Ipoh Parade
17 KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
KRONOLOGI KEJOHANAN
TARIKH MASA AKTIVITI TEMPAT / CATATAN
4 September 8.00 pagi – 6.00 Kejohanan Akuatik Pusat Akuatik Tuanku
2022 petang Zara
(Ahad)
8.30 pagi – 7.00 Kejohanan Boling Tenpin Ampang Superbowl,
5 September petang
2022 (Acara Individu) Ipoh Parade
(Isnin) 8.00 pagi – 6.00
petang Kejohanan Akuatik Pusat Akuatik Tuanku
6 September Zara
2022 8.30 pagi – 7.00
petang Kejohanan Boling Tenpin Ampang Superbowl,
(Selasa) (Acara Individu & Beregu) Ipoh Parade
8.00 pagi – 6.00
7 September petang Kejohanan Akuatik Pusat Akuatik Tuanku
2022 Zara
(Rabu) 8.30 pagi – 7.00
petang Kejohanan Boling Tenpin Ampang Superbowl,
8 September (Acara Individu & Ipoh Parade
2022 8.00 pagi – 6.00 Masters)
petang
(Khamis) Kejohanan Akuatik Pusat Akuatik Tuanku
8.30 pagi – 7.00 Zara
petang
Kejohanan Boling Tenpin Ampang Superbowl,
08.00 pagi (Acara Masters & Step Ipoh Parade
Ladder)
Kontinjen Akuatik dan
Boling Tenpin bertolak
pulang
KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN 18
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
ATUR CARA KEJOHANAN AKUATIK
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) TAHUN 2022
Hari Pertama
4 September 2022 (Ahad)
Acara Renang 9.00 Pagi
Gaya Kupu-Kupu
Gaya Kupu-Kupu
Gaya Kupu-Kupu
Gaya Kupu-Kupu
Gaya Kupu-Kupu
Gaya Kupu-Kupu
Gaya Bebas
Gaya Bebas
Gaya Bebas
Gaya Bebas
Gaya Bebas
Gaya Bebas
Gaya Dada
Gaya Dada
Gaya Dada
Gaya Dada
Gaya Dada
Gaya Dada
Acara Terjun : 1.00 Petang
Papan Anjal 1 M 2TKB ( Lelaki & Perempuan )
Acara Renang 4.00 Petang
Rampaian Perseorangan
Rampaian Perseorangan
Gaya Lentang
Gaya Lentang
Gaya Lentang
Gaya Lentang
Gaya Lentang
Gaya Lentang
Gaya Bebas Berganti-Ganti
Gaya Bebas Berganti-Ganti
Gaya Bebas Berganti-Ganti
Gaya Bebas Berganti-Ganti
Gaya Bebas Berganti-Ganti
Gaya Bebas Berganti-Ganti
19 KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
ATUR CARA KEJOHANAN AKUATIK
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) TAHUN 2022
Hari Kedua
5 September 2022 (Isnin)
Acara Renang 9.00 Pagi
Acara Terjun Gaya Dada
Papan Anjal 1 M Gaya Dada
Gaya Dada
Gaya Dada
Gaya Dada
Gaya Dada
Gaya Lentang
Gaya Lentang
Gaya Lentang
Gaya Lentang
: 1.00 Petang
15TKB & 18TKB ( Lelaki & Perempuan )
Acara Renang 4.00 Petang
Gaya Bebas
Gaya Bebas
Gaya Kupu-Kupu
Gaya Kupu-Kupu
Gaya Kupu-Kupu
Gaya Kupu-Kupu
Gaya Kupu-Kupu
Gaya Kupu-Kupu
KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN 20
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
ATUR CARA KEJOHANAN AKUATIK
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) TAHUN 2022
Hari Ketiga
6 September 2022 (Selasa)
Acara Renang 9.00 Pagi
Acara Terjun Gaya Kupu-Kupu
Papan Anjal 1 M Gaya Kupu-Kupu
Gaya Kupu-Kupu
Gaya Kupu-Kupu
Gaya Bebas
Gaya Bebas
Gaya Bebas
Gaya Bebas
Gaya Bebas
Gaya Bebas
: 1.00 Petang
12TKB ( Lelaki & Perempuan )
Acara Renang 4.00 Petang
Rampaian Perseorangan
Rampaian Perseorangan
Rampaian Perseorangan
Rampaian Perseorangan
Rampaian Perseorangan
Rampaian Perseorangan
Gaya Lentang
Gaya Lentang
Gaya Lentang
Gaya Lentang
Gaya Lentang
Gaya Lentang
21 KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
ATUR CARA KEJOHANAN AKUATIK
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) TAHUN 2022
Hari Keempat
7 September 2022 (Rabu)
Acara Renang 9.00 Pagi
Acara Terjun Gaya Bebas
Papan Anjal 3 M Gaya Bebas
Gaya Bebas
Gaya Bebas
Gaya Bebas
Gaya Bebas
Gaya Dada
Gaya Dada
Gaya Dada
Gaya Dada
Rampaian Berganti-ganti
Rampaian Berganti-ganti
Rampaian Berganti-ganti
Rampaian Berganti-ganti
Rampaian Berganti-ganti
Rampaian Berganti-ganti
: 1.00 Petang
15TKB & 12TKB ( Lelaki & Perempuan )
Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah : 3.00 Petang
** Catatan:
Sebarang pindaan kepada susunan acara boleh diaplikasikan setelah dipersetujui dalam
Mesyuarat Pengerusi Teknik Akuatik MSSM sebelum kejohanan berlangsung.
KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN 22
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
ATUR CARA KEJOHANAN BOLING TENPIN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM)
23 KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
ATUR CARA MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
KEJOHANAN AKUATIK
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) TAHUN 2022
Tarikh : 7 September 2022 (Rabu)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Pusat Akuatik Tuanku Zara, Ipoh
2.45 pm : Kontinjen negeri mengambil tempat
2.50 pm : Ketibaan Dif-dif Jemputan
3.00 pm : Ketibaan YBrs. Pengarah Pendidikan Negeri Perak
: Lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Ucapan oleh YBrs. Pengarah Pendidikan Negeri Perak
: Penyampaian Hadiah
: Bersurai
ATUR CARA MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
KEJOHANAN BOLING TENPIN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) TAHUN 2022
Tarikh : 7 September 2022 (Rabu)
Masa : 5.30 petang
Tempat : Ampang Superbowl, Ipoh Parade, Ipoh
5.00 pm : Kontinjen negeri mengambil tempat
5.30 pm : Ketibaan YBrs. Pengarah Pendidikan Negeri Perak
: Lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Ucapan oleh YBrs. Pengarah Pendidikan Negeri Perak
: Penyampaian Hadiah
: Bersurai
KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN 24
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
ANALISIS PEGAWAI DAN ATLET MURID
MENGIKUT NEGERI
Kejohanan Akuatik MSSM 2022
25 KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
ANALISIS PEGAWAI DAN ATLET MURID
MENGIKUT NEGERI
Kejohanan Boling Tenpin MSSM 2022
BILANGAN
BIL. NEGERI PEGAWAI PEGAWAI ATLET ATLET
LELAKI WANITA LELAKI PEREMPUAN
JUMLAH
5
1 Perlis 4 3 6 6 20
5 4 6 6 20
2 Kedah 3 3 6 6 20
5 3 6 6 18
3 Pulau Pinang 3 3 6 6 20
4 3 6 6 18
4 Perak 3 4 6 6 20
4 3 6 6 18
5 Selangor 5 4 6 6 20
5 2 6 6 19
6 Melaka 2 6 6 19
5
7 Negeri
Sembilan 4
5
8 Johor 5
9 Pahang 65
10 Terengganu
11 Kelantan
12 WP Kuala 3 6 6 20
Lumpur
13 WP Putrajaya 4 6 6 20
6 6 6 23
14 Sarawak 3 6 6 20
15 Sabah
16 WP Labuan
JUMLAH 50 90 90 295
KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN 26
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
TEMPAT KEJOHANAN
BOLING TENPIN
Ampang Superbowl Ipoh Parade
27 KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
Pautan Laman Web Rasmi
Kejohanan Akuatik & Boling Tenpin MSSM 2022
Akuatik
https://bit.ly/akuatikMSSM2022
Boling Tenpin
https://bit.ly/bolingMSSM2022
KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN 28
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
Penghgaan
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Akuatik dan Boling Tenpin
Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2022
Merakamkan
Setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih kepada:
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM
Pengarah Pendidikan Negeri Perak
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak
Ketua Polis Negeri Perak
Pengarah Kesihatan Negeri Perak
Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Perak
Majlis Bandaraya Ipoh
Persatuan Renang Amatur Perak
Nestle Products Sdn. Bhd.
VGO Global Sdn. Bhd.
Media Cetak dan Elektronik
Semua Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Perak
Semua Pengetua / Guru Besar Sekolah-sekolah Negeri Perak
Serta semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan
Kejohanan Akuatik dan Boling Tenpin MSSM
Tahun 2022
29 KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022
Autograf
KEJOHANAN AKUATIK DAN BOLING TENPIN 30
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2022