TTIPIPSS MENULIS
EESSEEII
PPEENNGGAAJJIIAANN AAMM
40 minit / esei
Tolong ingat
berapa lama
masa yg
dicadangkan
2 minit pertama :
calon analisis soalan
Cari :
i) Tema/Isu
ii) KT
iii) KS + Format
jawapan
Soalan 20 (STPM 2018) :
Banyak faktor yang menyebabkan gejala rasuah
berlaku. Oleh itu, langkah-langkah tertentu perlu
dilakukan untuk mengawal gejala ini daripada
terus berkembang. Huraikan.
i) Tema/Isu Sosial :
rasuah -jenayah
i) KT
i) KS + Format Huraikan
jawapan Faktor + Langkah2
(2+3 @ 3+2)
8 minit pertama :
calon senaraikan draf 5 idea
a) Faktor berlakunya rasuah :
1) sikap materialistik
2) sikap masyarakat
3) kurang penghayatan agama/moral
b) Langkah atasi rasuah :
4) memperkasa penguatkuasaan undang2
5) mengadakan kempen kesedaran
Jadi....
Baki 30 minit masa yg ada
perlu digunakan dgn baik utk
menulis esei yang mempunyai
5 IDEA + HURAIAN YANG
MATANG
Macam mana nak
tulis??
Ingat semula...
- esei PA perlu ada 7 perenggan.
1) Tulis pendahuluan.
* 25 – 30 patah perkataan shj.
* Tips : Pastikan dlm ayat ada Isu dan KS
Soalan 20 (STPM 2018) :
Banyak faktor yang menyebabkan gejala rasuah berlaku. Oleh itu,
langkah-langkah tertentu perlu dilakukan untuk mengawal gejala ini
daripada terus berkembang. Huraikan.
Banyak faktor yang menyebabkan gejala rasuah
berlaku. Oleh itu, langkah-langkah tertentu perlu
dilakukan untuk mengawal gejala ini daripada terus
berkembang.
Bagus!
Elakkan tulis pendahuluan yang terlalu
panjang. Sebab ada risiko kesalahan struktur
ayat dan bazir masa.
Contoh :
Rasuah boleh didefinisikan sebagai memberi atau
menerima sesuatu bertujuan mempengaruhi keputusan
yang dibuat oleh seseorang pegawai yang berkaitan atau
berpangkat tinggi. Peningkatan gejala ini boleh
menjejaskan imej dan kesejahteraan negara. Maka, faktor
berlakunya rasuah, langkah mengatasinya akan
dibincangkan seperti berikut.
Tidak
Bagus!
2) Tulis idea pertama hingga kelima dlm perenggan
berbeza
* 1 perenggan lebih kurang 70 patah perkataan.
* Dalam perenggan biasanya ada
- AYAT IDEA (AI) WAJIB PADA AYAT PERTAMA
- ayat huraian (AH) Tips :
- ayat huraian tambahan (AH+) sertakan
- ayat contoh (AC) ISU & KS
- ayat rumusan (AR)
Contoh idea 1 faktor : sikap materialistik
Antara faktor berlakunya rasuah adalah kerana
sikap materialistik. Ada individu yang mahu hidup
mewah sehingga lupa kemampuan diri.
[ ]AI AH
Keutamaannya terletak pada kekayaan kebendaan
dan status diri. Contohnya, anggota polis yang tidak
bergaji besar tetapi ada keinginan untuk hidup
[ ]AH+ AC
mewah dan mengambil jalan mudah dengan
]menerima rasuah. Maka, jelaslah bahawa sikap AR
materialistik adalah faktor berlakunya rasuah.
Bagus!
Contoh idea 1 faktor : sikap materialistik
Ada individu yang sangat mementingkan TR
kemewahan dan kekayaan tanpa mengambil kira
kemampuan diri sendiri. Individu yang materialistik
ini sentiasa mahu di pandang tinggi kerana tamak
dengan harta dunia dan sering bangga dengan
barang berjenama. Contohnya, ada anggota polis
yang sanggup menerima sogokan wang puluhan
ribu ringgit semata-mata untuk menutup kes
berprofil tinggi yang sedang dikendalikannya
asalkan kemewahan yang dihajati mampi dimiliki.
Tidak
Bagus!
Contoh idea 2 faktor : sikap masyarakat
Selain itu, rasuah juga berlaku kerana faktor sikap
masyarakat. Ada segelintir masyarakat yang tidak
mahu memberikan kerjasama untuk membuat
[ ]AI AH
]laporan kepada pihak berkuasa seperti SPRM AC
walaupun tahu berlakunya rasuah. Hal ini demikian
[AH+ kerana, mereka tidak mahu menjadi saksi sekiranya
kes dibicarakan di mahkamah. Oleh itu, jelaslah
]bahawa sikap masyarakat juga merupakan faktor AR
rasuah berlaku
Bagus!
Contoh idea 2 faktor : sikap masyarakat
Selain itu, rasuah juga berlaku kerana
faktor sikap masyarakat. Ada segelintir
masyarakat yang menanggung kos hidup
yang terlalu tinggi kerana tinggal di bandar
besar dan bekerja dengan gaji mereka pula
terlalu rendah sedangkan banyak yang perlu
mereka tanggung bukan sahaja diri sendiri
tetapi juga ahli keluarga turut perlu difikirkan.
Mereka perlu memikirkan sewa rumah dan
belanja harian yang tinggi untuk
kelangsungan hidup.
Tidak
Bagus!
Contoh idea 3 faktor : kurang penghayatan agama/moral
Seterusnya, kurang penghayatan agama juga
merupakan faktor berlakunya rasuah. Individu yang
tidak menghayati ilmu agama biasanya tidak sedar
[ ]AI AH
[AH+ konsep dosa dan pahala. Hal ini menyebabkan
mereka mudah terjebak dengan rasuah. Sebagai
]contoh, penjawat awam menerima hadiah daripada AC
pihak tertentu sebagai jaminan untuk mendapatkan
]kelulusan tender awam. Maka, jelaslah bahawa AR
kurang penghayatan agama merupakan faktor
berlakunya rasuah.
Bagus!
Contoh idea 3 faktor : kurang penghayatan agama/moral
Selain itu, kurang penghayatan moral. i3 - 2
]Sesetengah pihak mengabaikan prosedur
tertentu semata-mata untuk memudahkan
sesuatu proses dan mereka beranggapan
pemberian sesuatu untuk mendapat jaminan
kelulusan tender contohnya bukanlah satu
kesalahan dan tidak langsung menyalahi
etika perkhidmatan awam. Maka, kurang
penghayatan moral merupakan faktor
berlakunya rasuah.
Kurang
Bagus!
Contoh idea 4 langkah mengatasi :memperkasa dan menguatkuasakan
undang-undang
Di samping itu, langkah untuk mengatasi rasuah
[AI adalah dengan memperkasa penguatkuasaan
undang-undang. Pihak yang bertanggungjawab
]seperti SPRM perlu melaksanakan kaedah AH
penyiasatan yang lebih berkesan terhadap aduan
[ rakyat. Siasatan perlu dilaksanakan dalam tempoh
AH+ yang relevan agar wujud kepercayaan rakyat. Akta
sedia ada perlu dikaji dari semasa ke semasa.
Hukuman yang setimpal perlu diberikan kepada AC
]individu yang terlibat dengan rasuah seperti denda
]5 kali nilai suapan. Maka, jelaslah memperkasa AR
penguatkuasaan undang-undang adalah langkah
untuk mengatasi rasuah.
Bagus!
Contoh idea 4 langkah mengatasi :memperkasa dan menguatkuasakan
undang-undang
Selain itu, menguatkuasakan undang- ]i4 -1
undang. Ada pihak yang ada kuasa dan ada
peluang untuk terlibat denga rasuah.
Contohnya pegawai kastam yang menerima
rasuah dan meloboskan sendiket
penyeludupan rokok. Pegawai ini boleh
dikenakan hukumah jika didapati bersalah
oleh pihak mahkamah selepas perbicaraan
dilaksanakan kerana terdapat prima facie ke
atasnya.
Kurang
Bagus!
Contoh idea 5 langkah mengatasi :mengadakan kempen kesedaran
Langkah seterusnya untuk mengatasi rasuah
[AI adalah dengan mengadakan kempen kesedaran.
Pihak kerajaan seperti SPRM dan SKMM boleh
]bekerjasama dengan NGO untuk menganjurkan AH
kempen kesedaran seperti iklan di media massa
]seperti televisyen atau di media sosial seperti AC
Instagram. Kempen kesedaran seperti “Rasuah
Musuh Negara” ini penting untuk menyedarkan
[AH+ masyarakat tentang keburukan rasuah. Oleh itu,
]jelaslah bahawa mengadakan kempen kesedaran AR
adalah salah satu daripada langkah untuk
mengatasi rasuah.
Bagus!
Contoh idea 5 langkah mengatasi :mengadakan kempen kesedaran
Faktor seterusnya adalah mengadakan ]i5-TR
kempen kesedaran. Kerajaan boleh
melaksanakan kempen seperti iklan di
televisyen untuk memberi kesedaran kepada
rakyat. Atau kerajaan boleh mengadakan
pameran di mana-mana pasaraya untuk
melibatkan masyarakat setempat. Apabila
masyarakat turut terlibat maka mereka akan
tahu bahawa rasuah ini ialah perkara yang
tidak baik dan ada kesan negatif.
Tidak
Bagus!
3) Tulis kesimpulan.
* 25 – 30 patah perkataan shj.
* Tips : Pastikan dlm ayat ada Isu
Soalan 20 (STPM 2018) :
Banyak faktor yang menyebabkan gejala rasuah berlaku. Oleh itu,
langkah-langkah tertentu perlu dilakukan untuk mengawal gejala ini
daripada terus berkembang. Huraikan.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama
untuk membendung gejala rasuah daripada terus berlaku
agar imej negara sentiasa terpelihara.
Bagus!
- Elakkan tulis kesimpulan yang terlalu panjang.
Sebab ada risiko kesalahan struktur ayat dan bazir
masa.
- Tidak tulis kesimpulan, F = 0 markah
Contoh :
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh
bahawa pihak berkuasa haruslah bertegas dalam
menangani isu rasuah terutamanya bagi
pekerjaan yang berisiko terdedah dengan
peluang melaksanakan rasuah. Hal ini kerana,
rasuah bukan sahaja memberi kesan negatif
kepada individu yang terbabit dan malah juga
keluarganya. Tidak
Bagus!
Hadiah paling manis
untuk dikenang
adalah apabila kamu
memperoleh
fizah kejayaan setelah
penat berusaha
Sekian, terima kasih.....
* Cikgu fizah : 17/8/2021*