DAERAH BATU PAHAT (Johor)
1. Nyatakan tiga petunjuk kualiti hidup masyarakat Malaysia dari aspek pendidikan. [3]
Kadar celik huruf
Kadar penyertaan prasekolah
Kadar penyertaan sekolah menengah
Kadar penyertaan universiti
Nisbah guru-murid sekolah rendah
Nisbah guru-murid sekolah menengah
Peratusan pertambahan guru siswazah
2. Jelaskan dua situasi sekiranya prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan dalam Rukun Negara
gagal dihayati.
Keharmonian hidup rakyat terjejas
- Kurang pegangan agama sebagai panduan hidup.
- Kurang toleransi antara agama.
Kurangnya/ runtuhnya jati diri
- Rakyat mudah terpengaruh dengan unsur negatif.
Lunturnya sikap saling menghormati dalam kalangan masyarakat
- Wujudnya persengketaan.
- Pengabaian golongan tua/OKU / kanak-kanak / wanita.
Berleluasanya masalah sosial.
- Mudah terjerumus dalam masalah sosial kerana pegangan agama yang lemah.
- Rasuah, LGBT, sumbang mahram dan pembuangan bayi
Meningkatnya kadar jenayah./ jenayah berleluasa
- Kurangnya pegangan agama menyebabkan rakyat mudah terlibat dengan pelbagai
jenayah.
Kurangnya pengamalan nilai moral dan etika
- Kurangnya nilai agama yang kukuh rakyat tidak dapat membezakan antara perbuatan
baik dan buruk.
Wujudnya kumpulan ekstremis/ pelampau agama
- Terlalu taksub/ obsess kepada pemimpin agama hingga bertindak agresif/ Kumpulan
militant/ ektremis berselindung dengan nama pertubuhan agama
Ajaran sesat mudah tersebar
- Tidak memahami ajaran agama yang sebenar menyebabkan pemikiran rakyat mudah
terpesong.
Perpaduan rakyat sukar dicapai
- Tiada pengamalan nilai agama seperti bertolak ansur/ saling menghormati/ sikap
kesederhanaan dalam kehidupan masyarakat majmuk
Menularnya budaya liberalisme/ hedonisme
- Tanpa pegangan agama budaya hedonisme dan perlakuan seks bebas dilihat sebagai
hak individu atau liberalisme.
3. Nyatakan empat prinsip dalam Dasar Alam Sekitar Negara untuk mengharmonikan
pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar.
Pengawasan alam sekitar
Pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian alam.
Peningkatan berterusan kualiti alam sekitar
Penggunaan mapan sumber asli
Membuat keputusan bersepadu
Peranan sektor swasta
Komitmen dan kebertanggungjawaban
Penyertaan aktif dalam masyarakat antarabangsa
4. Terangkan dua manfaat pelaksanaan Dasar Pembangunan Luar Bandar kepada rakyat.
Meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar
- Memajukan pelbagai sektor ekonomi penduduk luar bandar
Membangunkan persekitaran perniagaan yang kondusif
- Pihak kerajaan dan swasta memberikan sokongan, galakan, bantuan untuk
memajukan kawasan perniagaan penduduk luar bandar.
Melahirkan usahawan luar bandar yang berjaya/ berdaya saing
- Mengikuti program- program keusahawanan yang berteraskan teknologi dan inovasi.
Membangunkan modal insan
- peluang pendidikan, kursus/ latihan TVET untuk melahirkan tenaga kerja mahir/
separuh mahir.
Memperkasakan/ memartabatkan kaum wanita
- penglibatan kaum wanita sebagai tenaga kerja, usahawan dan pemimpin komuniti.
Pembangunan prasarana yang lengkap dan moden
- meningkatkan akses perhubungan, capaian internet dan kemudahan asas lain
Meningkatkan peluang pekerjaan.
- Terdapat peluang pekerjaan dalam pelbagai sector ekonomi.
Taraf sosioekonomi penduduk meningkat
- Pendapatan penduduk meningkat. Penduduk dapat menikmati hidup yang lebih
berkualiti
Alam sekitar yang mapan
- Pembangunan lestari memastikan biodiversiti dan alam sekitar terpelihara.
Muar
1. Berikan empat masalah yang dihadapi oleh kerajaan dalammenyediakanperkhidmatan
kesihatan yang berkualiti.
sikap kakitangan perubatan yang kurang profesional
tekanan kerja yang tinggi pegawai perubatan
peningkatan jumlah pesakit
pengaliran keluar tenaga pakar dari perkhidmatan kerajaan ke swasta
perkhidmatan secara kontrak menyebabkan pegawai perubatan tidak berminat
untukmeningkatkan kemajuan kerjaya
Strategi pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bertujuan untukmelahirkan
keupayaan pelajar yang mampu bersaing di peringkat global.
2. Nyatakan tiga ciri keupayaan pelajar yang mampu bersaing di peringkat global. [3]
Tahap pengetahuan yang baik dalam literasi dan numerasi (matematik, sains, hal -
ehwal negara, seni dan sukan)
Keupayaan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif
Keupayaan kemahiran dwibahasa (menguasai kemahiran Bahasa MelayudanBahasa
Inggeris)
Keupayaan kemahiran memimpin
Memiliki etika dan kerohanian yang mantap
Memiliki identiti nasional
3. Nyatakan empat usaha untuk membentuk sebuah bandar yang mesra ekologi. [4]
Meminimumkan pencemaran alam sekitar.
Memperbanyak kawasan hijau / menanam lebih banyak pokok / landskap hijau.
Menguruskan sisa pepejal dengan sistematik
Mewujudkan sistem pengangkutan awam yang efisien
Menggunakan teknologi hijau.
Menjalankan penyelidikan dan pembangunan(P&P) berkaitan alamsekitar.
Memelihara dan memulihara alam sekitar di bandar
4. Terangkan dua kepentingan negara membentuk masyarakat yang liberal. [4]
membentuk perpaduan
– keterbukaan menerima budaya dan latarbelakangkaumyang berbeza
mewujudkan keharmonian dalam masyarakat
– sikap bersederhana/ tidak ekstrim/ tidak terlalu liberal sehingga mengabaikan
agama.
membentuk masyarakat berbudaya
– mengekalkan kebudayaan yang pelbagai, memelihara kesantunan budaya masing-
masing.
memelihara identiti negara
– menjadikan Malaysia terkenal dengan negarayangmempunyai kepelbagaian budaya.
SMK LEDANG
1) Jelaskan dua isu utama yang harus dihadapi untuk Malaysia mencapai status negara maju.
[4]
Pembentukan satu negara bangsa Malaysia. Perkara ini merupakan satu prasyarat
kemajuan negara kerana tanpanya sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan
terjalin.
Mewujudkan sebuah negara perindustrian. Negara yang berjaya mengubah corak
ekonomi dan kehidupaan daripada pertanian kepada perindustrian merupakan
sebuah negara maju.
Keadilan ekonomi dan sosial. Negara maju perlu kepada masyarakat yang adil dalam
bidang ekonomi dan sosial.
Moral dan etika. Negara maju haruslah berpegang kepada falsafah moral dan etika
yang tinggi berasaskan kepercayaan agama.
Pembangunan masyarakat berdasarkan sistem kekeluargaan. Keluarga menjadi asas
pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara
2) Nyatakan empat kesan kurangnya penghayatan agama dan moral dalam kalangan
masyarakat [4]
Keruntuhan akhlak
Gejala sosial berleluasa
Keamanan negara terjejas
Keluarga berpecah belah
Masalah jenayah meningkat
Mudah terpengaruh dengan anasir negatif
3) Senaraikan tiga objektif Dasar Perbandaran Negara. [3]
Membangunkan bandar yang terancang, berkualiti, progresif dan mampan
Membangun dan memperkukuhkan ekonomi bandar yang berdaya saing
Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pembangunan sosial
Membasmi kemiskinan bandar
Memantapkan institusi pentadbiran dan pengurusan bandar
4) Jelaskan cabaran bagi merealisasikan Prinsip Rukun Negara [4]
Memastikan keharmonian negara berkekalan. Rakyat yang tidak mematuhi prinsip RN
dianggap tidak menghormati rakyat Malaysia yang lain.
Memastikan perpaduan negara terus utuh. Rakyat yang tidak menjaga sensitivity
orang lain boleh mencetuskan rasa tidak puashati rakyat lain.
Memastikan kontrak sosial terus dipatuhi. Rakyat tidak perlu mempersoalkan kontrak
sosial yang telah dipersetujui oleh pemimpin setiap kaum.
Mewujudkan masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Rakyat mudah
terpengaruh kepada ajaran sesat, liberalisasi yang melampau dan ekstrimis negara.
Mendaulatkan institusi raja-raja. Rakyat yang mematuhi prinsip RN akan
mempertahankan institusi kesultanan dan beraja.
Melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Rakyat yang mematuhi prinsip
RN akan mewujudkan rasa saling menghormati dan memahami.
Mempertahankan kemuliaan/kesucian perlembagaan. Rakyat yang mematuhi prinsip
RN akan menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran perlembagaan
SMK PALONG TIMUR, SEGAMAT
1. Kemukakan dua prinsip Rukun Negara dan jelaskan cara rakyat Malaysia dapat
merealisasikan prinsip tersebut.
Kepercayaan kepada Tuhan
-Setiap penganut perlu menjadikan agama dan kepercayaan masing-masing sebagai
panduan hidup mereka.
Kesetian kepada Raja dan Negara
-Setiap rakyat hendaklah menumpukan penuh taat setia, jujur, dan ikhlas kepada
YDPA dan pemimpin negara.
Keluhuran Perlembagaan
-Setiap rakyat perlu menghormati Perlembagaan Perseketuan sebagai undang-
undang tertinggi di negara ini dengan menghormati hak asasi setiap warganegara
Kedaulatan Undang-undang
-Setiap rakyat perlu patuh kepada undang-undang yang digubal di negara ini untuk
memastikan keamanan dan kesejahteraan hidup.
Kesopanan dan Kesusilaan
-Setiap kaum perlu sentiasa saling hormat menghormati dan bertoleransi antara satu
sama lain.
2. Nyatakan tiga pemacu perubahan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK 11) bagi
mempercepatkan pembangunan Malaysia. [3]
Meningkatkan potensi produktiviti.
Meningkatkan taraf isi rumah B40.
Mengupayakan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).
Melaksanakan pertumbuhan hijau.
Menjana kekayaan melalui inovasi
Melabur dalam bandar berdaya saing.
3. Nyatakan tiga indikator negara maju dan sejahtera
Agama dan kepercayaan
Ekonomi
Politik
Prasarana
Sosial dan budaya
Persekitaran (ekologi)
Sains dan teknologi
4. Peningkatan harga makanan ternakan di pasaran dunia telah memberikan impak kepada
industri penternakan Malaysia. Huraikan langkah yang boleh dilaksanakan oleh ke rajaan bagi
mengurangkan kesan peningkatan ini kepada kehidupan rakyat. [4]
Memperkenalkan semula subsidi
-Kerajaan memperkenalkan satu sistem subsidi baru bagi menggantikan sistem subsidi
yang dibatalkan sebelum ini
Penetapan harga siling
-Kerajaan melalui KPDNHEP menetapkan satu senarai harga syiling yang seragam bagi
memastikan peningkatan harga dapat dikawal
Membenarkan pengimportan bahan makanan sejuk beku dari negara luar
-Memberikan kebenaran pengimportan bahan makanan sejuk beku dari luar negara
yang dapat mengimbangi peningkatan kos sedia ada.
Kerjasama dengan pemain industri
-Menggalakkan kilang atau syarikat pembekal makanan ternakan tempatan untuk
meningkatkan hasil pengeluaran bagi memenuhi keperluan tempatan
Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan
-Memberikan kemudahan dan galakan dalam bentuk geran penyelidikan bagi
menggalakkan lagi industri penyelidikan dan pembangunan
SMK PASIR GUDANG 2
1. Nyatakan empat cabaran untuk memajukan ekonomi sesebuah negara [4]
perubahan ekonomi global
krisis kewangan
ketidakstabilan matawang
harga komoditi antarabangsa
peraturan perdagangan
persaingan antara negara
kekurangan tenaga buruh/sumber tenaga manusia
2.
Prasarana yang baik merupakan lambang kemajuan sesebuah negara dan memberi manfaat
kepada negara dan rakyat
Nyatakan empat kepentingan prasarana yang baik kepada sesebuah negara. [4]
Memajukan sistem pendidikan
Kemudahan kesihatan
Melicinkan system pentadbiran
Jaringan pengangkutan dan perhubungan
Jaringan telekomunikasi
3 .Terangkan dua sebab penghayatan Rukun Negara dalam kalangan rakyat semakin terhakis.
[4]
Tidak menghayati pendidikan sejarah
-melihat pendidikan sejarah tiada kepentingan
-belajar sejarah hanya memenuhi syarat lulus peperiksaan
-pendidikan sejarah gagal menanam semangat patriotik
Wujud sentimen politik perkauman
-mempertikai kedaulatan undang-undang
-wujud pencabulan terhadap Rukun Negara
Pengaruh media sosial
-menyebar dan menular isu-isu sensitif dan tidak betul
-penggunaan yang tiada kawalan
-mempersoal isu yang tidak termaktub dalam perlembagaan
Desakan materialistik
-doktrin Rukun Negara tidak diaplikasi di institusi kerjaan
-penyalahangunaan kuasa
-amalan budaya material dalam semua lapisan kepimpinan
Kebebasan bersuara tanpa batas
-Bebas bersuara tanpa mengambil kira prinsip Rukun Negara
-kebebasan tanpa kawalan sehingga menyentuh isu sensitive
-sensitiviti kaum diluah secara terbuka
4. Nyatakan tiga kebaikan kemajuan bidang telekomunikasi terhadap sesebuah negara. [3]
meningkatkan komunisai/perhubungan sesama manusia
meningkatkan pengetahuan rakyat
memudahkan urusan harian rakyat
memudahkan pembelajaran
peluang perniagaan semakin meluas
meneroka pekerjaan baru
menggalakkan pemindahan teknologi
Kedah
1 Jelaskan dua kesan pembentukan Rukun Negara kepada negara
Perpaduan kaum lebih erat
-Masyarakat Malaysia bersatu padu untuk memajukan negara
Cara hidup demokratik
-Rakyat menerima dan menghormati keputusan pilihanraya secara demokrasi
Kemakmuran negara dinikmati bersama secara adil / saksama
-Setiap kaum berpeluang dan dilayan sama rata dalam pelbagai bidang
Bersikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai
-Setiap kaum mempunyai budaya dan kepercayaan yang berbeza yang bebas untuk
diamalkan
Terbentuk masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden
-memberi penekanan kepada kemajuan pendidikan dengan memberi penekanan
dalam bidang sains dan teknologi untuk memajukan negara
2 Nyatakan empat ciri murid yang ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 -2025
Berpengetahuan
Berkemahiran berfikir
Berkemahiran memimpin
Menguasai kemahiran dwibahasa
Mempunyai nilai etika dan kerohanian
Beridentiti nasional yang kukuh
3 Nyatakan tiga kepentingan membangunkan masyarakat demokratik dalam sebuah negara
maju.
Mengukuhkan perpaduan
Menjamin keselamatan negara
Memelihara hak kebebasan asasi rakyat
Menjamin keamanan/ketenteraman negara
Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Mewujudkan pemerintahan/pentadbiran yang adil berteraskan Perlembagaan
4 Nyatakan empat objektif Dasar Pengangkutan Negara 2019 – 2030. [4]
Mencipta ekosistem yang kondusif
Membantu melancarkan pergerakan barangan
Menyediakan mobiliti yang memenuhi permintaan rakyat dan inklusif
Meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam
Menyediakan sistem pengangkutan yang pintar dan selamat
Memastikan bahawa sektor pengangkutan menggunakan sumber secara mampan
KTETF Melaka
1. Nyatakan empat langkah membina Malaysia yang maju dan sejahtera ( 4 m )
Melakukan penghematan dan memperketat perbelanjaan negara.
Membina ekonomi berasaskan pengetahuan.
Meningkatkan sumber daya manusia.
Memperkukuh asas dan fundamental ekonomi negara, serta mencipta bidang-bidang
pertumbuhan baru.
Memperbaik sistem penyampaian dan menghapus sistem birokrasi yang rumit
Meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembinaan dan penyediaan prasarana
rakyat
Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial.
Mengamalkan budaya inovasi dan kreativiti ..
Mentransformasikan pendidikan .
Mengamalkan budaya berprestasi tinggi .
Mempereratkan perpaduan kaum .
2. Jelaskan dua matlamat penggubalan Rukun Negara . ( 4 m )
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat
-Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan
negara tanpa mengira keturunan dan kepercayaan .
Memelihara satu cara hidup demokratik
-Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan hak-hak ini tidak boleh
disalahgunakan untuk menimbulkan isu perkauman dan menghancurkan demokrasi .
Mencipta satu masyarakat yang adil
-Kekayaan dan kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama
Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan
pelbagai kaum
-Masyarakat Malaysia dapat bersikap liberal dan bertolak ansur terhadap amalan
budaya dan sedia menerima kebudayaan kaum-kaum lain
Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi
moden….
-Membentuk masyarakat yang berdaya maju dengan mengaplikasi sains dan teknologi
dalam pekerjaan , perniagaan dan kegiatan pertanian mereka .
3. Apakah tiga faktor yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan sebelum membuat rancangan
pembangunan negara ? (3 m )
Kewangan
Sumber manusia
Politik
Masa
Teknologi
4. Jelaskan dua teras dalam pembangunan Dasar Wawasan Negara (4m)
Membina bangsa yang berdaya tahan
-Usaha untuk memupuk perpaduan, menyemarak semangat, membentuk
kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang
serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi dapat membina bangsa yang
berdaya tahan
Menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama
-Melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan dalam
kalangan dan dalam kumpulan etnik wilayah
Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi
-Mengukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta
pengurusan ekonomi makro
Meningkat daya saing bagi menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi
-Membentuk ekonomi yang dapat bersaing dalam pasaran global dan kebebasan
dalam perdagangan dunia
Membangunkan ekonomi yang berasaskan pengetahuan
-Menjadi langkah yang strategik bagi meningkat nilai tambah bagi semua sektor
ekonomi
Mengukuhkan pembangunan sumber manusia
-Menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan
Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan
-Memperkukuh pertumbuhan ekonomi jangka panjang dengan adanya alam sekitar
yang seimbang
SMK Penanti
1. Nyatakan tiga komponen Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia dari komposit
ekonomi.[3m]
Persekitaran kerja
Pengangkutan
Komunikasi
Pendidikan
Pendapatan dan pengagihan
2. Nyatakan empat indeks dari aspek pendidikan yang digunakan untuk mengukur
peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat Malaysia.[4m]
Kadar celik huruf
Kadar penyertaan prasekolah
Kadar penyertaan sekolah menengah
Kadar penyertaan tertiari atau universiti
Nisbah guru-murid sekolah rendah dan menengah
Peratusan guru siswazah
3. Nyatakan empat kesan pengurusan sisa toksik yang tidak terancang dan sistematik kepada
Kesejahteraan hidup manusia dan alam sekitar.[4m]
Menyebabkan penyakit
Keracunan makanan
Alahan
Genetik terjejas
Pencemaran alam sekitar
Krisis sumber air bersih
Kepupusan flora dan fauna
Keseimbangan ekosistem terganggu
4. Huraikan dua strategi yang dirancang kerajaan untuk memperkasakan belia negara ini.[4m]
Pembangunan ilmu
-Usaha melengkapkan golongan belia dengan pelbagai ilmu sebagai persiapan
memantapkan diri
Pembentukan sikap
-Usaha penerapan nilai-nilai murni dan patriotik dalam pembentukan diri.
Pembangunan kemahiran dan keusahawanan
-Usaha menyediakan kemahiran dan teknologi terkini.
Pemupukan gaya hidup sihat
-Usaha menggalakkan penglibatan dengan aktiviti kesukanan dan kesukarelawan.
Kemudahan interaksi sosial
-Usaha untuk mewujudkan jaringan sosial dengan anggota masyarakat
KTE SERI PUTERA
1. Nyatakan empat langkah yang diambil oleh kerajaan dalam mengoptimumkan sumbangan
sektor pertanian kepada ekonomi negara (4 markah)
mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain
meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian
memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli dengan mampan
memperkenalkan pendekatan perhutani
memperkenalkan pendekatan berasaskan produk
melibatkan sektor swasta
2. Nyatakan empat harapan yang hendak dicapai apabila kerajaan memperkenalkan Dasar
Pandang ke Timur (4 markah)
kerajinan dan disiplin bekerja
kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaaan di mana pekerja bekerja
keutamaan kepada kumpulan dan tidak diri sendiri
tekanan terhadap daya produktiviti dan kualiti yang tinggi
peningkatan kecekapan
pengurangan perbezaan antara eksekutif dan pekerja am
sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak semata-
mata peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka pendek
3. Nyatakan tiga bidang prasarana yang diberi tumpuan oleh kerajaan untuk meningkatkan
kualiti hidup rakyat (3 markah)
perumahan
kemudahan kesihatan
maklumat dan komunikasi
pendidikan
bekalan elektrik
bekalan air bersih
sistem pengangkutan yang cekap
4. Jelaskan dua objektif Dasar Sosial Negara untuk membentuk masyarakat Malaysia yang
maju dan ampuh dalam menangani gejala sosial negara (4 markah)
Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi
-Keperluan asas, persekitaran fizikal, persekitaran sosial yang mencukupi dan sihat
-Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup, kehidupan berkeluarga dan
bermasyarakat serta hak sebagai warganegara yang dilindungi oleh undang-undang
-Keperluan hidup yang lain sesuai dengan perkembangan semasa
Membangun dan memperkasa insan sepanjang hayat
-Membangun dan memperkasa setiap individu tanpa membezakan kumpulan etnik,
agama, budaya, gender, wilayah, fahaman politik, taraf perkahwinan dan keupayaan
fizikal
-Memastikan individu dapat mengguna dan mempertingkatkan sumber serta
kebolehan kendiri secara optimum bagi mencapai matlamat kendiri dan masyarakat
pada setiap peringkat kitaran hidup
Memperkukuh dan membangun sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial
-Memperkuatkan sistem sokongan sosial yang sedia wujud iaitu sistem keluarga,
komuniti, kulpulan etnik, agama, pendidikan dan organisasi sosial
-Membantu setiap anggota masyarakat membangun dan berfungsi secaraoptimum
serta berfungsi sebagai sistem kaawalan sosial
Menjana sinergi multi sektor
-Kerjasama dalam kalangan sektor awam serta antara sektor awam dengan sektor
swasta dan sukarela perlu dipertingkat supaya wujud satu sinergi tenaga dan sumber
dalam masyarakat
-Persaingan dan pertindihan peranan antara pelbagai agensi dan sektor perlu
dikurangi dan diatasi agar penggunaan sumber dan tenaga dapat dioptimumkam
SMK Tagasan, Semporna, Sabah
1 Nyatakan empat langkah kerajaan bagi memastikan negara berjaya mencapai status
negaraberpendapatan tinggi.
Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (P&P / R&D)
Membangunkan modal insan
Meningkatkan pelaburan asing
Meningkatkan infrastruktur negara
Meningkatkan pertumbuhan sektor ekonomi baharu
Mendapatkan penarafan global bagi negara
Membina ekonomi berasaskan pengetahuan
2 Kemukakan tiga sumbangan bidang bioteknologi kepada pembangunan pertanian negara.
[3]
Meningkatkan kualiti benih tanaman dan baka ternakan
Membantu penemuan produk baharu bagi hasil pertanian
Meningkatkan penghasilan teknik penanaman moden
Meningkatkan teknologi pemprosesan hasil pertanian
Membangunkan kaedah rawatan pertanian dan penternakan
3 Jelaskan dua usaha kerajaan dalam meningkatkan bidang teknologi maklumat dan
komunikasi. [4]
Menggalakkan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar/murid - pembelajaran secara
atas talian
-penggunaan internet membawa kepada pertumbuhane-pembelajaran (sama ada
alatan atau perisian/aplikasi).
- mewujudkan lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar di Malaysia untuk
menggunakan internet bagi tujuan pembelajaran melalui aplikasi tertentu.
- Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) telah membangunkan Grid
Malaysia untuk pendidikan.
Menggunakan internet secara lebih menyeluruh
- ICT berperanan dalam meningkatkan produktiviti dayasaing negara.
- mewujudkan Pelan Strategik ICT Sektor Awam berkaitan program perkongsian pintar
antara agensi kerajaan, pihak swasta, dan orang awam
Meningkatkan dan menaiktaraf infrastruktur ICT
- meningkatkan/meluaskan infrastruktur ICT ke kawasan luar bandar dan terpencil.
- menyediakan peruntukan tertentu bagi meningkatkanakses ICT seperti
perkhidmatan telefon selular prabayardan pascabayar.
Membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC)
- menyediakan landasan untuk membangunkansyarikatICT tempatan yang berdaya
saing dalamindustri ICTyang mapan.
- menarik minat lebih ramai pelabur tempatandanasinguntuk menyuntik modal
melalui MSC.
Mengurangkan/ mengecilkan jurang digital
- memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati manfaat daripada ekonomi
berasaskan pengetahuan(K-ekonomi) yang sedang giat dilaksanakan.
- menubuhkan dan menggiatkan programICTdi kawasanluar bandar melalui
kewujudan Pusat Internet Desa, Pusat Akses Komuniti, dan Kelas Literasi Komputer.
Menggalakkan e-dagang (proses jual beli barangan dan perkhidmatan melalui
elektronik)
- menyediakn platform kepada rakyat untuk menjalankanproses jual beli barangan
dan perkhidmatanmelalui elektronik.
- meningkatkan dan menambah aplikasi mudahalihdaninternet serta transaksi secara
elektronik.
Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) dalam ICT
- kerajaan sentiasa menjalankan penyelidikandalambidang ICT melalui pihak tertentu.
- menyediakan peruntukan tertentu dan menambahsuntikan modal kepada agensi
awamdan swastauntukmembangunkan program ICT di seluruh negara
4 Berikan empat manfaat perlaksanaan Revolusi Industri Keempat (IR 4.0). [4]
Meningkatkan kualiti hidup
Meningkatkan kualiti alam sekitar
Menyediakan peluang perniagaan baharu
Menambah peluang pekerjaan berkemahiran tinggi
Meningkatkan produktiviti negara
Meningkatkan pendapatan negara
Mengurangkan kos operasi industri
Meningkatkan kapasiti inovasi dan keupayaan
KTESAAZ
1 Berikan tiga tujuan kerajaan melaksanakan Dasar Penswastaan. [3]
Meringankan beban kewangan kerajaan..
Meningkatkan kualiti / mutu perkhidmatan./ produktiviti
Mengagihkan sumber yang ada dengan cekap.
Menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian dengan lebih cepat.
Mempercepat pencapaian matlamat dasar negara
2 Huraikan dua objektif penggubalan Rukun Negara [4]
Memupuk perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat.. Rukun Negara
membentuk bangsa yang bersatu padu dan mempunyai semangat kesetiaan serta
patriotik yang tinggi terhadap negara.
Mewujudkan sebuah masyarakat yang adil. Semua rakyat tanpa mengira kaum, agama,
keturunan, dan ideologi mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kemajuan
negara.
Memelihara cara hidup yang demokratik. Rakyat boleh bersuara untuk menyatakan
rasa tidak puas hati menggunakan saluran yang betul.
Membina masyarakat yang progresif dan menggunakan sains dan teknologi moden.
Membentuk bangsa yang celik IT dan mengikuti perkembangan teknologi semasa.
3 Jelaskan dua faktor penghalang kepada integrasi kaum. [4]
Penempatan. Penetapan kaum secara berkelompok mengikut kawasan yang berbeza
menjadi penghalang pergaulan dan komunikasi
Ekonomi. Kaum dikenali mengikut jenis pekerjaan /aktiviti ekonomi tertentu dan hal
ini mewujudkan jurang perbezaan dari segi status ekonomi
Pendidikan. Kewujudan sekolah vernakular mengasingkan kaum dan menyukarkan
integrasi kaum.
Sikap perkauman. Anggota masyarakat mengutamakan kepentingan kaum sendiri
sahaja / prejudis kepada kaum lain dan hal ini menyukarkan integrasi
Sosiobudaya. Masyarakat tidak menghormati perbezaan bahasa, cara hidup, tradisi,
kepercayaan dll kaum lain.
4 Berikan empat bidang keberhasilan utama (NKRA) dalam program mentransformasikan
kerajaan [4]
Pendidikan
Rasuah
Pengangkutan
Luar bandar
Jenayah
SMK TELOK DATOK
1. Nyatakan tiga kepentingan negara maju dan sejahtera kepada rakyat. [3]
Memberikan kehidupan rakyat yang selesa
Memberikan kehidupan yang aman/harmoni
Meningkatkan pendapatan rakyat
Meningkatkan taraf rakyat hidup
Meningkatkan tahap kesihatan rakyat
Meningkatkan tahap Pendidikan rakyat
Memperkasa perpaduan negara/negara bangsa
2. Huraikan dua langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memperkukuhkan penghayatan
Rukun Negara dalam kalangan generasi muda. [4]
Kempen kesedaran
-Melalui pelbagai media massa seperti cetak dan elektronik secara berterusan
Pendidikan
-Menekankan aspek prinsip dan matlamat Rukun Negara dalam subjek seperti sejarah
dan dalam aktiviti kokurikulum
Program penghayatan Rukun Negara di peringkat sekolah/universiti
-Memperkaya pengetahuan, pemahaman dan pengamalan Rukun Negara di kalangan
pelajar - Meningkatkan kesedaran pelajar mempraktik Rukun Negara
3. Nyatakan empat kumpulan yang diberi keutamaan dalam pelaksanaan Dasar Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030. [4]
Kumpulan B40/miskin tegar/rentan ekonomi
Masyarakat dalam transisi ekonomi
Masyarakat Orang Asli
Bumiputera Sabah dan Sarawak
Orang kurang upaya
Belia
Wanita
Kanak-kanak
Warga emas
4. Jelaskan dua faktor penghalang kepada integrasi kaum. [4]
Kawasan penempatan
-Penenpatan kaum secara berkelompok mengikut Kawasan yang berbeza menjadi
penghalang pergaulan dan komunikasi
Ekonomi
-Kaum dikenali mengikut jenis pekerjaan dan hal ini mewujudkan jurang perbezaan
dari segi status ekonomi
Pendidikan
-Kewujudan sekolah vernacular mengasingkan kaum dan menyukarkan perpaduan
Sikap perkauman
-Anggota masyarakat berpegang teguh kepada sikap perkauman dan hal ini
menyukarkan integrasi
Terengganu
1. Huraikan dua usaha kerajaan menyediakan prasarana yang moden dan lengkap untuk
kesejahteraan hidup rakyat. [4]
Memodenkan pengangkutan awam
-Kerajaan menaik taraf sistem pengangkutan awam bandar dengan menyediakan
kemudahan canggih dan moden yang mesra pengguna seperti MRT, MONOREL, LRT
-Sistem pengangkutan berpusat
Memodenkan kemudahan pendidikan
-Menggunakan ICT
-Asrama moden
-Perpustakaan Digital
Memodenkan kemudahan kesihatan
-Memperbanyak fasiliti kesihatan
-Pembedahan menggunakan laser
-MRI
Memajukan sistem telekomunikasi
-Memperbanyak pencawang
-Gabung rangkaian telekomunikasi
-Liputan yang pantas dan meluas cth: 5G
2. Berikan empat cabaran kepada negara dalam menjaga sekuriti makanan supaya berdaya
tahan. [4]
Permintaan terhadap makanan meningkat
Kos pengeluaran meningkat
Pelaburan swasta rendah
R&D dalam sektor Pertanian masih di tahap rendah
Aplikasi teknologi moden yang tidak menyeluruh
Jaminan keselamatan makanan
Tahap produktiviti rendah
Perubatan cuaca yang ekstrem
Kekurangan tenaga kerja dalam sektor Pertanian
Persaingan guna tanah
Peningkatan ketara harga barang makanan
Kekurangan khasiat
3. Nyatakan tiga langkah kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara. [3]
Mengkorporatkan Universiti
Meningkatkan keupayaan ICT
Menawarkan kursus yang memenuhi keperluan pasaran
Meningkatkan ranking universiti
Memperbanyak Institusi Pengajian Tinggi Swasta
Meningkatkan profesionalisme pensyarah
Mengatasi masalah penghijrahan pensyarah
Bekerjasama/berkolaborasi dengan universiti luar negara
4. Nyatakan empat isu berkaitan pelaksanaan Dasar Perumahan Negara. [4]
Kualiti rumah yang dibina
Projek perumahan terbengkalai
Permintaan yang tinggi bagi rumah kos rendah dan kos sederhana
Pembanguanan di lokasi yang tidak strategik
Persekitaran dan kemudahan sosial yang kurang kondusif
Harga yang membebankan/terlalu tinggi/di luar kemampuan
KTE PUCHONG
1. Huraikan dengan ringkas dua cara yang perlu dilakukan untuk memupuk kesedaran
menghayati hasrat Rukun Negara. [4]
Kempen Rukun Negara
-Untuk menanamkan dan menghayati prinsip Rukun Negara dalam diri individu.
Contohnya, kempen bersama Menghayati Rukun Negara
Pendidikan
-Di sekolah dan pusat pengajian tinggi. Contohnya, penerapan prinsip Rukun Negara
melalui mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral.
Media Massa
-Media elektronik dan media cetak menyiarkan iklan, artikel atau program yang
memberikan kesedaran kepada penonton dan pembaca tentang kepentingan
menghayati prinsip Rukun Negara
Ibu bapa
-Ibu berperanan memberikan kesedaran dengan memberikan contoh tauladan baik
2. Salah satu daripada petunjuk untuk Malaysia menjadi negara maju ialah mempunyai sistem
pendidikan bertaraf dunia. Nyatakan tiga strategi untuk mencapai tahap tersebut.[3]
Melaksanakan transformasi kepada sistem pendidikan.
Melakukan penggredan universiti.
Melaksanakan program berkembar oleh institusi-institusi pendidikan dengan sektor
swasta.
Meningkatkan profesionalisme perguruan.
Memperbaiki kualiti system peperiksaan.
3. Dasar Jaminan Bekalan Makanan adalah untuk menangani kekurangan bekalan makanan
yang salah satunya disebabkan bencana alam. Huraikan dua objektif dasar ini diperkenalkan.
[4]
Meningkatkan pengeluaran dan produktiviti sektor agro makanan bagi memenuhi
tahap sara diri.
Memastikan bekalan bahan makanan mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.
Memastikan pengusaha pertanian mendapat pendapatan yang setimpal bagi
menjamin pengeluaran bahan makanan tidak merosot.
4. Huraikan dua kepentingan proses transformasi luar bandar. [4]
Membina bangsa yang berdaya tahan
- untuk berdepan dengan segala cabaran globalisasi.
Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi
- dengan merangkumi ekonomi hasil luar bandar.
Mempertingkatkan daya saing
- untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.
Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan
- melalui industri kecil dan sederhana yang melibatkan kawasan luar bandar.
Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan
- dengan aktiviti ekonomi seperti inap desa, nurseri tumbuh-tumbuhan dan
sebagainya
SMK SULTAN ISMAIL
1. Nyatakan empat kesan sekiranya rakyat Malaysia tidak mengamalkan dan menghayati
Rukun Negara dalam kehidupan mereka. [4]
Hilang jati diri sebagai rakyat Malaysia
Meningkatkan gejala sosial dalam kalangan masyarakat
Menggugat keselamatan / kedaulatan negara
Menjejaskan perpaduan rakyat / kaum
Menghakis semangat cinta akan negara / nilai patriotisme
Menjejaskan pembangunan negara
Menjejaskan imej / nama baik negara
Mewujudkan ketidakstabilan politik
Menggugat Perlembagaan Persekutuan
2. Jelaskan dua usaha yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk melahirkan lebih ramai
usahawan di negara ini. [4]
Menyediakan pendidikan / program keusahawanan
-Melalui IPT menawarkan program-program pengajian keusahawanan bagi
melahirkan lebih ramai graduan yang berkemahiran.
Memperuntukan dana / modal / sumber
-Kerajaan melalui beberapa agensi perlu menyediakan modal untuk membantu para
usahawan yang baru menceburi bidang keusahawanan.
Mewujudkan persekitaran dan ekosistem yang kondusif
-Persekitaran dan ekosistem yang baik dapat membantu para usahawan untuk lebih
berjaya dan bersaing secara sihat.
Menubuhkan pusat pembangunan usahawan
-Menjadikan pusat pembangunan usahawan sebagai tempat berkongsi kepakaran dan
ilmu berkaitan dengan keusahawanan antara para usahawan.
Mewujudkan mekanisme pengukuran yang berkesan
-Kerajaan turut menyediakan satu mekanisme yang berkesan untuk mengukur tahap
pengetahuan dan kejayaan para usahawan yang sedia ada.
Mengadakan kolaborasi dengan para usahawan/ industri
-Kerjasama antara para usahawan / industri penting bagi menyokong antara satu
sama lain.
Menyediakan kursus/latihan keusahawanan
-Memberi peluang kepada belia atau golongan berminat untuk mendalami pelbagai
kemahiran dalam bidang ini
3. Nyatakan empat cabaran dalam melahirkan modal insan yang dapat menyumbang kepada
pembangunan negara. [4]
Modal insan yang mempunyai jati diri yang tinggi.
Modal insan yang memiliki semangat cinta akan negara.
Modal insan yang mampu bersaing / berdaya saing.
Modal insan yang boleh mengimbangi perubahan teknologi.
Modal insan yang mengutamakan nilai agama dan moral yang tinggi.
Modal insan yang mempunyai perhubungan komunikasi yang baik.
Modal insan yang dapat membangunkan budaya kepimpinan.
Modal insan yang mempunyai sikap kesukarelaan.
4. Nyatakan tiga petunjuk untuk membuktikan bahawa masyarakat Malaysia hidup dalam
keadaan yang harmoni dan sejahtera. [3]
Penggunaan teknologi tinggi
Kemudahan fizikal / prasarana yang lengkap dan selesa.
Hubungan antara kaum yang erat / bersatu padu.
Kestabilan politik negara.
Rakyat bebas melakukan sesuatu perkara mengikut undang-undang.
Rakyat bebas mengamalkan adat, budaya dan agama masing-masing tanpa halangan
Kelantan
1. Senaraikan empat nilai yang dihasratkan melalui Konsep Keluarga Malaysia
Mengamalkan budaya integriti dalam keluarga
Menjadikan budaya amanah sebagai budaya keluarga
Mengamalkan prinsip keadilan sebagai teras pengukuhan keluarga
Menjadikan bermusyawarah sebagai amalan keluarga
Menerapkan budaya ilmu dalam masyarakat dan keluarga
Menyuburkan budaya komunikasi berhemah dalam keluarga dan masyarakat
Membina akhlak mulia seluruh anggota keluarga
Membina nilai kebertanggungjawaban terhadap keluarga
Membudayakan amalan ihsan dalam memupuk semangat kebersamaan keluarga
Memastikan suasana harmoni dapat dikecapi oleh ahli keluarga
Menyemai budaya khidmat dalam keluarga bagi membantu ahli yang memerlukan
bantuan
Menjaga kehormatan/ maruah keluarga
Menyemaikan semangat prihatin untuk membantu keluarga
Menerapkan budaya kesabaran dalam mengekalkan keharmonian keluarga
Menyemai semangat keamanan dan kesejahteraan dalam diri ahli keluarga
Mengamalkan aspek hidup bersama
Membudayakan amalan sihat fizikal dan mental
Mengekalkan tradisi dan adat kekeluargaan
Membudayakan kasih sayang, hormat dan taat
2. Nyatakan empat usaha bagi menjadikan pendidikan di negara ini bertaraf dunia.
Mengkorporatkan universiti
Mereformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan
Mengubah sistem pendidikan
Menggredkan universiti
Menubuhkan Institusi Pengajian Tinggi Swasta
Mendemokrasikan pendidikan
Meningkatkan profesionalisme keguruan
Mengatasi masalah penghijrahan pensyarah/brain drain
Memperbaik kualiti peperiksaan
3. Terangkan dua cara pihak swasta membantu mengatasi kemelesetan ekonomi di Malaysia.
Penstrukturan semula pekerja
-Untuk mengurangkan kos dan meminimumkan kerugian
Perancangan dan pengurusan proaktif
-Mencari peluang meningkatkan produktiviti
Melaksanakan skim pemotongan gaji kakitangan
-Pemotongan gaji antara 10% hingga 20%
Menawarkan Skim Berhenti Secara Sukarela (VSS
-Menggalakkan pekerja berhenti secara sukarela dengan tawaran faedah/ pampasan
4. Kerajaan telah mengambil inisiatif membentuk Dasar Keselamatan Jalan Raya dalam usaha
untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini. Nyatakan tiga strategi untuk
mencapai dasar tersebut.
Meningkatkan operasi keselamatan jalan raya
Meningkatkan kempen kesedaran keselamatan jalan raya
Memperkasakan penguatkuasaan undang-undang jalan raya
Memantau pengeluaran lesen memandu
Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam
Meningkatkan pendidikan keselamatan jalan raya
KOLEJ TINGKATAN ENAM TAWAU
1. Huraikan dua kesan sekiranya prinsip Keluhuran Perlembagaan menjadi pegangan
penduduk di negara ini.
Menjamin hak / keistimewaan setiap warga negara
- Peruntukan Perlembagaan menjamin hak dan kebebasan rakyat
Mengukuhkan perpaduan antara kaum
- Kewajipan setiap warganegara dalam Perlembagaan untuk mewujudkan perpaduan
kaum
Menjamin keamanan negara
- Rakyat yang memahami maksud dan kandungan Perlembagaan Persekutuan dapat
mewujudkan kemakmuran dan keharmonian negara
Melicinkan pentadbiran kerajaan
- Perlembagaan Persekutuan menjadi asas kepada pentadbiran kerajaan
2(a). Nyatakan dua prinsip teras perpaduan dalam memperkukuh perpaduan nasional
melalui Gagasan 1 Malaysia
Penerimaan
Kenegaraan
Keadilan Sosial
2(b). Nyatakan dua nilai aspirasi dalam Gagasan 1Malaysia untuk menyatupadukan rakyat
Malaysia.
Budaya Berprestasi Tinggi
Budaya Ketepatan
Budaya Ilmu
Integriti
Ketabahan
Kesetiaan
Kebijaksanaan
Budaya Inovasi
3. Nyatakan tiga Bidang Keutamaan yang menjadi teras dalam Pelan Antirasuah Nasional
(NACP) 2019 - 2023.
Tadbir Urus Politik
Pentadbiran Sektor Awam
Perolehan Awam
Perundangan dan Kehakiman
Penguatkuasaan Undang-Undang
Tadbir Urus Korporat
4(a). Nyatakan dua aspirasi murid yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013 – 2025).
Pengetahuan
Kemahiran Berfikir
Kemahiran Memimpin
Kemahiran Dwibahasa
Etika dan Kerohanian
Identiti Nasional / Kebangsaan
4(b). Nyatakan dua anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013 – 2025).
Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa
Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris /
Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan
Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai / Melahirkan rakyat yang
menghayati nilai
Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan / Mentranformasikan profesion
keguruan menjadi profesion pilihan
Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan
Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
Mentranformasikan kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian /
Mentranformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian
Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas
Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung