The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhafizah, 2021-07-24 17:35:20

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Keywords: EDUCATIVE

TAJUK 2
MALAYSIA KEKAL BERDAULAT

2.2 Perlembagaan Persekutuan
2.2.1 Peruntukan Perlembagaan
Persekutuan
2.2.2 Sistem dan Struktur Pemerintahan
2.2.3 Demokrasi dan Pilihan Raya

2.2.1 Peruntukan
Perlembagaan Persekutuan

Konsep Perlembagaan

Merupakan undang-undang tertinggi sesebuah
negara bagi membolehkan sesebuah kerajaan
memerintah dengan lebih licin dan teratur.

Dokumen yang mengandungi semua undang-undang
asas dan dasar yang akan menentukan arah politik
sesebuah negara.

Mengandungi satu set hak, kuasa dan prosedur yang
mengawal perhubungan antara kerajaan dengan
rakyat.

2.2.1 Peruntukan
Perlembagaan Persekutuan

2.2.1 Peruntukan
Perlembagaan Persekutuan

Sebagai perlembagaan bertulis bagi Malaysia.

Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.

Pembentukan Malaysia pada 16 September
1963 menyebabkan Perlembagaan
Persekutuan (PP) 1957 dipinda untuk
membentuk PP yang digunakan sekarang.

PP telah dikanunkan tetapi boleh dipinda
mengikut keperluan negara.

2.2.1 Peruntukan
Perlembagaan Persekutuan

Konsep Ketertinggian Perlembagaan

Undang-undang yang tertinggi bagi Persekutuan,
dan mana-mana undang-undang yang dibuat
selepas Hari Merdeka yang bertentangan
dengan perlembagaan ini maka setakat
mana pertentangannya, di sinilah
terbatalnya undang-undang itu.

Perlembagaan Persekutuan, Perkara 4(1)

2.2.1 Peruntukan
Perlembagaan Persekutuan

Konsep Ketertinggian Perlembagaan

– Undang-undang tertinggi negara

– Menjadi asas kepada penggubalan undang-undang
yang lain.

– Menggariskan bidang kuasa eksekutif,
perundangan dan kehakiman.

– Menentukan kuasa Ketua Negara, YDPA.

– Undang-undang lain yang bertentangan dengan PP
akan terbatal setakat mana undang-undang itu
berlawanan dengan PP.

15 Bahagian 183 Perkara 13 Jadual
Bahagian Isi Kandungan Perkara

1 Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang Bagi Persekutuan 1-4

2 Kebebasan Asasi 5-13

3 Kewarganegaraan 14-31

4 Persekutuan 32-69

5 Negeri-negeri 70-72

6 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri 73-95E

7 Peruntukan Kewangan 96-112D

8 Pilihan Raya 113-120

9 Kehakiman 121-131A

10 Perkhidmatan Awam 142-148

11 Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat 149-151

12 Am dan Pelbagai 152-160

12A Perlindungan Tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak 161-161H

13 Peruntukan Sementara dan Peralihan 162-180

14 Perkecualian bagi Kedaulatan Raja-Raja 181

15 Prosiding Terhadap Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja 182-183

2.2.1 Peruntukan
Perlembagaan Persekutuan

Mengasaskan Malaysia sebuah Negara Persekutuan;
Perkara 1 (2)

Raja berpelembagaan; Perkara 32

Demokrasi berparlimen; Perkara 44, 113

Islam agama rasmi; Perkara 3

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi; Perkara 152

Hak istimewa Melayu/Bumiputera; Perkara 153

Pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan.

2.2.1 Peruntukan
Perlembagaan Persekutuan

Perkara 1(1) : Nama Persekutuan ialah MALAYSIA.

Perkara 1(2) : Negeri-negeri Persekutuan : Johor,
Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau
Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu,
Pahang, Sarawak dan Sabah.

Perkara 1(4) : Wilayah Persekutuan terdiri
daripada Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

AGAMA BAGI PERSEKUTUAN

❖ Perkara 3(1) : Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi
agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan
damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

❖ Perkara 3(2) : Sultan/Raja sebagai ketua agama Islam bagi
negeri-negerinya.

❖ Perkara 3(3) : YDPA sebagai ketua agama Islam bagi negeri
Melaka, Pulau Pinang, Sabah & Sarawak.

❖ Perkara 3(5) : YDPA juga sebagai ketua agama Islam bagi
Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya dan Labuan.

BAHASA KEBANGSAAN

❖ Perkara 152(1) : Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.

❖ Bahasa Melayu mesti digunakan dalam semua urusan
rasmi.

❖ Boleh mengguna, belajar atau mengajar bahasa lain.

2.2.1 Peruntukan
Perlembagaan Persekutuan

Pindaan Perlembagaan Persekutuan
1) Persetujuan majoriti Dewan Rakyat
2) Persetujuan 2/3 Dewan Rakyat
3) Persetujuan 2/3 Dewan Rakyat dan

perkenan MRR
4) Persetujuan 2/3 Dewan Rakyat dan

YDPN Sabah & Sarawak

Peruntukan Utama dalam
Perlembagaan Persekutuan

KEWARGANEGARAAN

Kuatkuasa Naturalisasi /
undang-undang Masukan

Pendaftaran Penggabungan
wilayah
Rujuk : www.jpn.gov.my

KUAT KUASA UNDANG-UNDANG

Lahir di dalam dan di luar Persekutuan

– Perkara 14(1)(a) - bagi orang-orang yang lahir
sebelum Hari Malaysia (16 September 1963).
Rujuk Bahagian I Jadual 2.

– Perkara 14(1)(b) - bagi orang-orang yang lahir
pada atau selepas Hari Malaysia (16 September
1963). Rujuk Bahagian II Jadual 2.

KUAT KUASA UNDANG-UNDANG

– Seseorang yang dilahirkan dalam Malaysia
dengan salah seorang ibu atau bapanya pada
ketika dia dilahirkan adalah seorang
warganegara atau pemastautin tetap.

– Seseorang yang lahir pada atau selepas Hari
Malaysia di luar Persekutuan yang bapanya
pada masa kelahiran itu seorang warganegara.

www.jpn.gov.my

PENDAFTARAN

Perkara 15(1) - Isteri kepada Warganegara
Permohonan oleh mana-mana perempuan yang
bersuami dan suaminya seorang warganegara dan
perkahwinannya masih berterusan.
– telah bermastautin dalam Persekutuan

sepanjang tempoh dua tahun sebelum daripada
tarikh permohonan
– berniat hendak bermastautin tetap di
Persekutuan; dan berkelakuan baik.

PENDAFTARAN

Perkara 15(2) - Anak kepada
Warganegara yang Berumur Kurang 21
Tahun

– salah seorang dari ibu atau bapanya (atau pada
masa kematiannya) seorang warganegara.

MASUKAN/NATURALISASI

PERKARA 19(1) DAN 19(2) - BERUMUR 21
TAHUN ATAU LEBIH
bermastautin dalam Persekutuan selama tempoh
kesemuanya tidak kurang daripada 10 tahun
dalam 12 tahun termasuk 12 bulan terdahulu
daripada dan hingga tarikh permohonan
dikemukakan.
berniat untuk bermastautin dalam Persekutuan
selama-lamanya.
berkelakuan baik.
mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang
memadai.

PERCANTUMAN WILAYAH

Mana-mana wilayah yang bergabung dgn
Persekutuan selepas Hari Malaysia
Parlimen boleh menetapkan penduduk
wilayah tersebut menjadi warganegara.
Contoh : penduduk Sarawak dan Sabah
menjadi warganegara setelah bergabung
dengan Malaysia

• Berminat untuk tinggal di Persekutuan telah
bermastautin di Persekutuan selama 10 daripada

12 tahun sebelum permohonan.

Penyataan di atas merujuk kepada syarat
asas untuk memohon kewarganegaraan
secara (STPM2008 No 25)

A masukan

B pendaftaran

C Percantuman wilayah

D Kuat kuasa undang-undang

Encik X berasal dari India dan menjadi warganegara
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Encik X memperoleh kewarganegaraan
secara (STPM2007 No 25)
A masukan
B pendaftaran
C Percantuman wilayah
D Kuat kuasa undang-undang

Apakah cara menjadi warganegara?

Pemohon Warganegara secara

Seorang doktor dari negara ?
Myanmar. Bekerja di Malaysia
selama 10 tahun. ?

Lahir pada tahun 1970 di Kuala ?
Lumpur. Ibu bapanya
warganegara Malaysia.

Seorang wanita rakyat England.
Suaminya seorang warganegara
Malaysia.

PENAMATAN
KEWARGANEGARAAN

2 cara :

– Penolakan secara sukarela (Perkara 23)
– Pelucutan kewarganegaraan (Perkara 24)

Syarat menolak kewarganegaraan

– Berumr 21 tahun dan ke atas
– Warganegara negara lain
– Waras, tidak gila
– Akuan didaftarkan oleh KP

Pelucutan Kewarganegaraan

Telah menjadi warganegara asing
mengguna hak warganegara asing dgn sengaja
perempuan yang peroleh warganegara secara pendaftaran,
telah berkahwin dgn lelaki bukan warganegara
Pendaftaran/naturalisasi :

– tidak setia melalui percakapan @ perbuatan
– melakukan perniagaan @ hubungan dgn musuh negara semasa

peperangan
– dihukum penjara x lebih drp 12 bulan @ denda tidak kurang

RM5000 & tidak dpt pengampunan dlm tempoh 5 thn mulai tarikh
jadi warganegara
– terima jawatan/pekerjaan negara asing dgn perlu sumpah, ikrar @
akuan taat setia

Hak Kebebasan
Memiliki Diri

Harta Abdi &
Kerja
Paksa

Hak KEBEBASAN Perlindungan
Pendidikan ASASI drp Undang2

Jenayah &
Perbicaraan

Berulang

Kebebasan Sama
Beragama Rata

Kebebasan Larangan
Bercakap, Buang
Berhimpun &
Menubuhkan Negeri &
Persatuan Kebebasan
Bergerak

Perkara 5 Kebebasan Diri

tidak boleh ambil kebebasan diri orang lain (dibunuh,
ditahan) kecuali menurut undang-undang.
jika ditahan pihak berkuasa atas suatu kesalahan,
hendaklah dibawa ke hadapan majistret utk mendapat
perintah tahanan dalam tempoh 24 jam
jika dtangkap oleh pihak berkuasa hendaklah
diberitahu sebab-sebabnya dan dibenarkan berunding
dengan peguam.
Jika ditahan tidak ikut undang-undang, warganegara
boleh pohon “habeas corpus” daripada mahkamah
untuk bebas diri.

Perkara 6 Kerja Paksa & Keabdian

Tidak boleh menahan seseorang
sebagai hamba abdi
kerja secara paksa dilarang ~ Parlimen
boleh (dgn undang) membuat
peruntukan bagi perkhidmatan
kerahan bagi maksud-maksud negara.

Perkara 7 Perlindungan daripada Undang-undang
Jenayah yang Berkuatkuasa Kebelakangan dan
Perbicaraan Berulang

tidak boleh dihukum kerana suatu
perbuatan yang tidak menjadi kesalahan
pada masa perbuatan itu dlakukan.

warganegara yg telah dibebaskan drp suatu
kesalahan @ disabitkan dgn sesuatu
kesalahan tidak boleh dibicarakan semula

KECUALI keputusan itu dibatalkan oleh
mahkamah yang lebih tinggi.

Perkara 8 Sama Rata

Sama rata di sisi undang-undang
berhak mendapat perlindungan yang
sama rata dari segi undang-undang
Tidak didiskriminasikan dari segi agama,
kaum, keturunan @ tempat lahir.

Perkara 9 Larangan Buang Negeri
dan Kebebasan Bergerak

tidak boleh dibuang negeri

Tidak boleh ditahan daripada memasuki
Persekutuan.

Berhak untuk bergerak dengan bebas dan
bemastautin di mana-mana (kecuali
dikenakan sekatan undang-undang).

Seseorang hanya boleh dihalang daripada
bergerak oleh Parlimen jika keselamatan
dan ketenteraman terjejas.

Perkara 10 Kebebasan Bercakap

Bebas bercakap & mengeluarkan fikiran.
Berhak untuk berhimpun dengan aman.

– Akta Perhimpunan Aman 2011
membenarkan rakyat menganjurkan
perhimpunan aman tanpa perlu memohon
permit dengan mengambil kira keselamatan
awam.

Berhak untuk menubuhkan persatuan

Perkara 11 Kebebasan Beragama

Bebas menguruskan hal ehwal agama sendiri
Warganegara berumur 21 tahun ke atas bebas
memilih agamanya sendiri
Menubuh dan menyelenggara yayasan bagi
maksud agama
Memegang harta dan bangunan tempat ibadat
Menyekat penyebaran agama lain kepada orang
Islam
Dilarang mengamalkan ajaran/agama sesat yang
mengganggu ketenteraman dan keselamatan
negara

Perkara 12 Hak Berkaitan Pelajaran

tidak boleh diskriminasi berdasarkan
agama, kaum, keturunan @ tempat lahir.
Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk
tubuh & meyelenggara institusi kanak-
kanak dalam kumpulan itu sendiri.

Perkara 13 Hak Terhadap Harta

tidak boleh merampas harta kecuali
mengikut undang-undang.
Tidak boleh mengambil @ mengguna
harta dgn paksa tanpa pampasan yang
mencukupi.

SEKATAN TERHADAP KEBEBASAN ASASI

Jenis Undang-Undang Ringkasan
Undang-Undang
Subversif Menahan dan menghukum mereka
Undang-undang Darurat yang mengancam keselamatan negara.

Akta Kesalahan • Perintah berkurung
Keselamatan (Langkah- • Menembak dan membunuh sesiapa
Langkah Khas) 2012
Akta Universiti dan Kolej yang mengingkari undang-undang
Universiti 1971 darurat tanpa perbicaraan

Ditahan tidak melebihi 29 hari bagi
maksud penyiasatan tanpa perintah
mahkamah.

Pelajar dilarang daripada terlibat dan
bergerak aktif dalam politik.

SEKATAN TERHADAP KEBEBASAN ASASI

Jenis Undang-Undang Ringkasan

Akta Rahsia Rasmi 1972 • Melindungi dokumen dan maklumat
negara yang dikelaskan sebagai rahsia
Akta Mesin Cetak dan
Penerbitan 1984 • Sesiapa yang membocorkan rahsia
tersebut boleh didakwa dan dijatuhi
Akta Hasutan 1948 hukuman
Hak Keistimewaan
Sabah dan Sarawak Media cetak dan media elektronik
dilarang membangkitkan isu-isu sensitif
yang boleh mangancam keselamatan
negara

Sesiapa dilarang daripada menabur
fitnah dan mengungkit isu sensitif.

Kerajaan Sabah & Sarawak berkuasa
mengawal kemasukan rakyat dari

Kepentingan Perlembagaan
Persekutuan

Memastikan sistem pentadbiran yang cekap dan
berkesan.

– menentukan corak pemerintahan,
– pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta
– prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan.
– Undang-undang dasar yang menentukan arah masa depan negara

Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

– menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap,
kebebasan beragama dan pemilikan harta.

– mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan.

Kepentingan Perlembagaan
Persekutuan

Menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan
atau larangan

– seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan.

– Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum.

Memudahkan perpaduan nasional dan
pembangunan negara.

– Perlembagaan melindungi kepentingan semua kaum.

– Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara kaum.

– Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan
mempertingkatkan pembangunan negara.


Click to View FlipBook Version