The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhafizah, 2020-04-02 23:23:17

KOMPILASI 4.0 PENGENALAN

KOMPILASI 4.0 PENGENALAN

1.0 PENGENALAN

Pendidikan bermaksud perihal atau perbuatan mendidik (Kamus Dewan Edisi
Keempat, 2017). Pelaksanaan bermaksud hal terlaksana atau hasil melaksanakan
sesuatu (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2017). Dalam sistem Pendidikan negara
Malaysia, kerajaan telah melaksanakan pelbagai program antaranya ialah program
NILAM. Program NILAM dilaksanakan bertujuan untuk menggalakkan pelajar
membaca dan membantu pelajar mendapatkan markah kokurikulum. NILAM ialah
akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan
penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan
di sekolah seluruh negara. NILAM juga merupakan kaedah khusus untuk menangani
masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga
sekolah dan masyarakat Malaysia amnya. Program NILAM juga menggalakkan
pelajar untuk memupuk tabiat membaca dengan memberi sokongan dalam pembacaan
bahan bukan buku. Walaupun buku telah dibaca secara atas talian melalui e-book,
markah NILAM masih juga akan dikira sekiranya rekod NILAM diisi oleh pelajar.
Sebenarnya, murid-murid boleh membentangkan bahan bacaan yang telah dibaca
dalam pelbagai cara seperti bercerita, lakonan, bercerita bersama dan sebagainya.
Cara ini juga akan diberi markah walaupun murid membentang buku tersebut sama
ada dalam cara yang formal atau tidak formal (Noorsiah bt Mohamed Nor, 2011).

Sepatutnya, pelajar harus menjadikan membaca sebagai satu tabiat dalam
kehidupan harian. Namun, situasi yang berlaku pada hari ini adalah disebaliknya.
Pelajar pada masa ini suka bermain telefon dan tidak minat dalam pembacaan buku
(Mohd Al Qayum Azizi, 2019). Menurut Christina Lian (2019), pelajar dalam era
globalisasi ini kurang minat membaca. Majalah telah menjadi pilihan utama untuk
dibaca oleh pelajar. Hal ini demikian kerana, gambar dan maklumat yang ditampilkan
telah menarik perhatian ramai orang tanpa mengira usia. Selain itu, sikap keluarga
juga salah satu faktor yang menyebabkan pelajar tidak minat membaca buku. Hal ini
disebabkan oleh sikap ibu bapa yang tidak menegur anak yang sentiasa bermain di
rumah dan tidak membaca. Oleh itu, tindakan ini menyebabkan pelajar kurang minat
untuk membaca buku. Sebahagian daripada ibu bapa juga kurang membeli bahan
bacaan untuk anak masing-masing dan menyebabkan anak tiada bahan bacaan untuk
dibaca. Segelintir ibu bapa juga tidak mengawal masa anak untuk menonton
televisyen. Selain itu, kempen membaca juga kurang dilaksanakan di semua sekolah

dalam Malaysia. Hal ini menyebabkan pelajar tidak menjadikan membaca sebagai
satu tabiat. Pelajar tidak ada contoh yang boleh dijadikan teladan. Ibu bapa yang
selalu bermain telefon telah menjadi contoh yang tidak baik untuk anak.

Menurut Dr Abu Hassan Abdullah (2015), mahasiswa Malaysia hanya
membaca empat buak buku dalam setahun. Jadi, cabaran dalam pelaksanaan program
NILAM amat besar pada era globalisasi ini. Hal ini demikian kerana, masih terdapat
pelajar yang tidak menguasai kemahiran asas literasi dan tidak boleh dilibatkan dalam
Program NILAM. Sebahagian pelajar juga belum menguasai cara merekod buku
NILAM. Selain itu, pelajar mempunyai bahan bacaan yang terhad dan menyebabkan
pembacaan buku tidak dapat dilakukan setiap hari (Lavina Aquarius, 2019).

Rasional kajian ini adalah untuk mengukuhkan kefahaman pengkaji tentang
program NILAM dan cabaran pelaksanaannya dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 di
Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Kuantan. Selain itu, kajian ini boleh
dijadikan sebagai bahan bacaan tambahan untuk pengkaji akan datang.

Kesimpulannya, program NILAM boleh memajukan tahap pendidikan
Malaysia. Program NILAM juga mampu melahirkan pelajar yang lebih berkualiti
kerana ilmu yang diperoleh bukan sahaja terhad kepada silibus di sekolah. Oleh itu,
pelajar harus memupuk tabiat suka membaca sejak kecil supaya sosial budaya
masyarakat akan menjadi lebih baik pada masa depan.

1) WONG

Penyataan umum mantap
Jargon
Gap
Isu/penyataan masalah
Rasional kajian
Kesimpulan

1.0 PENGENALAN

Menurut Mohd Azif Bin Shukor (2017), semua institusi pendidikan di
Malaysia khususnya sekolah mempunyai peraturan sendiri. Tujuan peraturan ini
dilaksanakan adalah untuk menjaga keamanan sekolah dan dalam masa yang sama
untuk membentuk disiplin atau pun ketertiban pelajarnya. Berdasarkan Kamus Pelajar
Edisi Kedua (2015), disiplin bermaksud peraturan untuk melatih seseorang supaya
berkelakuan baik. Antara peraturan yang lazimnya ada di setiap sekolah adalah pelajar
tidak dibenarkan hadir lewat (Mohd Azif Bin Shukor, 2017). Lewat bermaksud
sesudah waktunya atau melampaui waktunya (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2017).
Kehadiran lewat ke sekolah adalah salah satu masalah salah laku yang kerap berlaku
bagi segelintir murid di sekolah harian. Biasanya murid-murid yang sering hadir lewat
ke sekolah kebanyakannya adalah terdiri daripada murid yang sama (Mohd Azif Bin
Shukor, 2017). Masalah pula bermaksud sesuatu yang mesti diselesaikan (Kamus
Pelajar Edisi Kedua, 2015).

Sepatutnya, pelajar haruslah menepati masa untuk datang ke sekolah dan tidak
hadir lewat. Hal ini lantaran kerana, lewat hadir ke sekolah akan membawa impak
yang besar dalam pengurusan disiplin di sesebuah sekolah. Namun begitu, pelajar
pada masa ini menganggap masalah tersebut sebagai salah laku disiplin yang kecil
sahaja dan tidak mementingkannya (Mohd Azif Bin Shukor, 2017). Menurut Nur
Amirah (2009), faktor yang menyebabkan para pelajar lewat hadir ke sekolah adalah
untuk melarikan diri dari tanggungjawabnya. Sebahagian pelajar memilih untuk lewat
hadir ke sekolah kerana lupa menyiapkan tugas sekolah yang harus dihantar.
Seterusnya, cabaran untuk mengurangkan masalah pelajar lewat hadir ke sekolah
adalah sekolah tidak mempunyai disiplin tegas yang boleh menakutkan para pelajar.
Pelbagai cara diambil untuk mengatasi masalah pelajar lewat hadir ke sekolah,
antaranya adalah dihukum dengan aktiviti bercucuk tanam dan membersihkan
kawasan kebun di sekolah. Dengan cara ini pelajar bukan sahaja boleh dididik untuk
menghormati masa dan datang sekolah mengikut masa yang tepat tetapi juga boleh
belajar dan mengenali pelbagai jenis tanaman dan tumbuhan (Essan Yahya, 2018).

Rasional kajian ini adalah untuk mengukuhkan kefahaman pelajar tentang kesan
hadir lewat ke sekolah. Selain itu , kajian ini adalah untuk meningkatkan kesedaran
pelajar supaya tidak terlibat dalam masalah hadir lewat ke sekolah. Di samping itu,

kajian ini juga adalah untuk dijadikan bahan bacaan tambahan kepada pengkaji yang
akan datang .

Kesimpulannya, kurangnya masalah disiplin lewat hadir ke sekolah akan
melahirkan pelajar yang mantap sahsiahnya kerana berjaya mematuhi peraturan yang
ditetapkan. Apabila sahsiah pelajar mantap, maka dunia pendidikan Malaysia akan
terus gemilang pada masa akan datang.

2) KEN

Penyataan umum mantap
Jargon
Gap
Isu/penyataan masalah
Rasional kajian
Kesimpulan

1.0 PENGENALAN

Menurut Athirah Md Desa (2018), semenjak awal 1990an lagi kerajaan telah
mengambil inisiatif untuk menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam bidang pendidikan. Proses pengajaran dan pembelajaran pada
zaman ini tidak lagi tertumpu pada buku semata-mata, tetapi penggunaan alat-alat
teknologi dan peranti mudah alih sangat digalakkan sebagai bahan bantu mengajar
sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Pembelajaran bermaksud perihal atau
proses belajar (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2015). Salah satu peranti mudah alih yang
biasa digunakan adalah telefon bimbit. Telefon bimbit bermaksud telefon mudah alih
tanpa wayar yang berfungsi dengan menggunakan isyarat gelombang (Kamus Pelajar
Edisi Kedua, 2015). Menurut Norliza A.Rahim (2013), kini telefon bimbit tidak lagi
terhad penggunaanya bagi tujuan menerima dan membuat panggilan semata-mata.
Telefon bimbit juga sudah dilengkapi dengan kemudahan menghantar dan menerima
e-mail, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat pesanan multimedia (MMS)
yang hadir dalam bentuk gabungan muzik, gambar, dan rakaman video pendek. Selain
itu, dengan menggunakan telefon bimbit pengguna juga boleh melayari laman web
dan melayari pelbagai aplikasi komputer. Oleh itu, telefon bimbit menjadi pilihan
utama pelajar untuk merealisasikan hasrat penggunaan alat teknologi dalam aktiviti
pembelajaran. Penggunaan telefon bimbit bukan sahaja mudah tetapi seakan telah
menjadi satu kebiasaan pada hari ini tidak kira dalam aktiviti apa-apa sekalipun.

Sepatutnya, penggunaan telefon bimbit dalam pembelajaran boleh
mendatangkan banyak manfaat dan mampu membantu pelajar untuk menyelesaikan
masalah dalam pembelajaran. Namun, kemunculan telefon bimbit dalam proses
pembelajaran bukan sahaja tidak mendatangkan manfaat tetapi menjejaskan
pembelajaran. Penggunaan telefon bimbit di juga dianggap sebagai salah satu
gangguan (Prof Mansor, 2015).

Selain itu, menurut Purcell (2010), pengunaan telefon bimbit dalam bilik
kuliah merupakan satu bentuk gangguan terhadap pelajar yang lain serta pensyarah
yang sedang mengendalikan kuliah atau menjayakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Walaupun telefon bimbit mendatangkan banyak manfaat dalam
pembelajaran tetapi pada masa yang sama aplikasi atau mesej di dalam telefon bimbit
menjadi salah satu punca utama pelajar hilang perhatian. Walaupun hanya
menggunakan telefon beberapa saat untuk membalas mesej tetapi pelajar hilang

perhatian kepada kandungan pembelajaran yang diajar oleh guru di hadapan kerana
asyik menunggu balasan mesej. Menurut Neuhauser (2012), pelajar di universiti
majoritinya bersetuju bahawa pengunaan telefon bimbit semasa kuliah akan mengalih
fokus sendiri dan pelajar lain dalam menumpukan sepenuh perhatian kepada
pembelajaran.

Rasional kajian ini adalah untuk meninjau pandangan pelajar tingkatan enam
terhadap penggunaan telefon bimbit dalam aktiviti pembelajaran. Di samping itu
kajian ini juga dilaksanakan untuk mengukuhkan kefahaman pelajar tentang tujuan
penggunaan telefon bimbit dalam aktiviti pembelajaran dan dijadikan bahan bacaan
tambahan kepada pengkaji akan datang.

Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam aktiviti pembelajaran boleh
mendatangkan kebaikan dan keburukan. Namun, kebijaksanaan pengguna untuk
menggunakan telefon bimbit dengan cara yang betul sangat penting agar hasrat negara
menjadi hub pendidikan bertaraf antarabangsa pada masa hadapan akan tercapai.

3) HONG SHENG

Penyataan umum mantap
Jargon
Gap
Isu/penyataan masalah
Rasional kajian
Kesimpulan

1.0 PENGENALAN

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) (2020), sivik bermaksud
ilmu tatarakyat ataupun hak dan perasaaan tanggungjawab seseorang terhadap
masyarakatnya. Menurut Laman Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
(2019), Pendidikan Sivik membawa maksud ilmu berkaitan tatarakyat dan bagaimana
menggerakkan seseorang warganegara itu supaya bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara. Menurut YB Maszlee Malik (2019), asas Pendidikan Sivik
dan Kewargenegaraan dilaksanakan adalah untuk membentuk seorang warganegara
yang mengetahui hak, bertanggungjawab dan berakhlak mulia bagi menyumbang ke
arah kesejahteraan masyarakat, negara dan global. Pendidikan Sivik merupakan antara
ilmu yang paling penting dalam pembentukan individu yang lebih bermoral dan
rasional. Melalui Pendidikan Sivik, setiap individu akan menjadi lebih matang dan
seterusnya membentuk masyarakat yang lebih aman damai. Oleh itu, mata pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewargenegaraan merupakan subjek yang sangat penting untuk
dipelajari oleh murid sejak kecil lagi. Dengan penambahan rakyat yang berfikiran
matang, Malaysia semestinya berkeperluan untuk mencapai kestabilan dari segi
politik, ekonomi dan sosial. Tambahan pula, perkembangan teknologi juga akan
berjalan dengan pesat demi memajukan infrastruktur negara.

Menurut PRPM (2020), persepsi bermaksud gambaran atau bayangan dalam
hati atau fikiran tentang sesuatu atau turut membawa erti pandangan dan tanggapan.
Di Malaysia, persepsi tentang kepentingan penerapan aspek sivik kepada setiap
warganya menjadi satu polemik yang sentiasa meniti di bibir setiap rakyat.
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dilihat sebagai medium yang sangat berguna
dalam usaha melahirkan masyarakat yang saling mampu berkomunikasi dan terhindar
dari sikap mementingkan diri sendiri (Muhammad Nazreen, 2013).

Sepatutnya, setiap rakyat perlu sedar kepentingan Pendidikan Sivik dan
Kewargenegaraan dalam membentuk satu negara bangsa yang maju. Namun, situasi
tersebut belum berlaku secara total di Malaysia. Menurut Laman Web Sinchew Daily
(2020), reaksi rakyat Malaysia terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
dilaksanakan bermula pada 18 Mac 2020 yang mana tujuannya untuk merendahkan
penyebaran Virus Covid-19 juga dapat mencerminkan bahawa ada sesuatu yang tidak
kena tentang kesedaran sivik pihak-pihak yang terlibat. Selain itu, isu dua buku roti
Gardenia yang telah dibuang dalam tempoh PKP dilaksanakan juga merupakan bukti

zahir tentang kelakuan kurang penerapan nilai sivik dalam kalangan rakyat Malaysia.
Situasi ini sebenarnya bukan sahaja merujuk pada aspek membazir makanan
keperluan yang sangat penting, malah lebih parah kaitannya dengan aspek sivik
individu yang dilihat seakan mementingkan diri sendiri. Begitu juga dengan sikap
sebahagian rakyat yang masih degil dan ingkar arahan PKP juga telah menyebabkan
Kementerian Pertahanan Malaysia menghantar tentera untuk membantu pihak polis
mengawal rakyat. Menurut Berita Harian Online (2020) pula, empat orang remaja
telah didakwa kerana ingkar PKP dengan melepak di kawasan luar. Hal-hal ini telah
mencerminkan sikap rakyat yang kurang rasional dan kurang mengambil berat
terhadap isu serius yang sedang berlaku di seluruh dunia.

Selain itu, menurut Fareez Azman(2019), Perdana Menteri Ke-7, Tun Dr
Mahatir Mohamad meluahkan rasa malunya terhadap golongan yang kurang
mengambil berat tentang nilai sivik di negara ini, contohnya berkaitan isu tandas
kotor dan vandalisme yang kerap berlaku di Malaysia. Hal sedemikian mencerminkan
wujud rasa tiada tanggungjawab sivik dalam masyarakat Malaysia.

Rasional kajian ini adalah untuk mengukuhkan kefahaman dan meningkatkan
kesedaran pengkaji tentang kepentingan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewargenegaaan. Selain itu, kajian ini juga penting untuk dijadikan bahan bacaan
kepada pengkaji yang akan datang.

Kesimpulannya, penerapan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang
mantap kepada masyarakat merupakan asas yang amat penting khususnya kepada
kemenjadian seseorang individu. Tanpa kesedaran sivik yang mantap dalam kalangan
warganya, Malaysia akan sukar untuk mencapai perpaduan dan kemajuan. Oleh itu,
semua pihak harus bertungkus lumus untuk menjadikan hasrat itu suatu realiti pada
masa hadapan.

4) CHAN

Penyataan umum mantap
Jargon
Gap
Isu/penyataan masalah
Rasional kajian
Kesimpulan

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2015), pembelajaran bermaksud perihal
atau proses belajar. Manurut Dr Ragbir Kaur Joginder Sigh (2012), gaya
pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar dalam
memperoleh pengetahuan. Gaya pembelajaran juga merupakan cara seseorang
bertindak balas terhadap dunia sekitarnya dan menggunakan gaya pembelajarannya
untuk berinteraksi dengan persekitarannya. Salah satu cara untuk belajar adalah
melalui pembelajaran kendiri. Kendiri bermaksud sendiri, kekendirian atau sifat
kendiri (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Oleh itu, pembelajaran kendiri
membawa maksud proses belajar untuk diri sendiri.

Pembelajaran kendiri merupakan pemikiran baru dalam bidang pendidikan di
mana murid boleh bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri (CikguSemasa,
2012). Pelajar akan menentukan sendiri tajuk dalam sesuatu bidang yang ingin
dipelajari. Objektif utama pembelajaran kendiri adalah untuk mempertingkat
pembelajaran sendiri dan menguasai konsep pembelajaran sepanjang hayat.
Pembelajaran dilakukan langkah demi langkah mengikut kadar keupayaan sendiri.
Pembelajaran ini memberi ruang kepada pelajar untuk memantau kemajuan
pembelajaran diri (Laman Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997).
Pembelajaran kendiri ini juga lebih berfokuskan kepada pembelajaran berpusatkan
murid. Dengan adanya teknologi maklumat (ICT), konsep pembelajaran kendiri ini
lebih mudah untuk direalisasikan (Laman Web Prezi.Com, 2020). Menurut Kalaivani
Kaliappan (2018), aktiviti pembelajaran kendiri adalah aktiviti yang wajib dijalankan
oleh semua pelajar kerana pengetahuan yang dipelajari di sekolah tidak mencukupi
untuk menghadapi peperiksaan. Aktiviti pembelajaran ini membawa manfaat untuk
pelajar itu sendiri supaya dapat melatih beberapa kemahiran untuk diri sendiri dan
membolehkan keputusan yang cemerlang diperoleh

Sepatutnya, semua pelajar tingkatan enam di seluruh Malaysia perlu ada
kemahiran untuk melakukan aktiviti pembelajaran kendiri sebagai persediaan
menghadapi peperiksaan dan jaminan memperoleh keputusan yang cermerlang.
Namun, situasi yang berlaku hari ini tidak sedemikian. Tidak dapat dinafikan bahawa
gaya pembelajaran sebenarnya terletak pada individu itu sendiri. Tidak ada satu pun
gaya pembelajaran yang sempurna dan biasanya pelajar lebih komited untuk
meneruskan pembelajaran di dalam kelas dan sukar menyesuaikan diri dengan gaya

pembelajaran kendiri ini (MD Noor Saleh, 2019). Ada sesetengah pelajar tidak dapat
menyesuaikan diri dengan aktiviti pembelajaran kendiri. Pelajar lebih cenderung
menggunakan teknik pembelajaran secara kreatif dan inovatif iaitu dengan
menggunakan ICT dan itu adalah rahsia kejayaan pelajar cemerlang Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran
(UtusanBorneoOnline, 2018). Menurut GPSBestari (2018), terdapat tiga jenis gaya
belajar yang utama iaitu visual, auditori dan kinestetik. Walaupun setiap orang
mempunyai ketiga-tiga jenis gaya ini, namun seseorang itu mempunyai satu gaya
yang dominan dalam diri masing-masing.

Rasional kajian ini adalah untuk meningkatan kefahaman tentang aktiviti
pembelajaran kendiri oleh pelajar tingkatan enam dan memberi kesedaran tetang
kepentingan pembelajaran kendiri kepada pelajar tingkatan enam. Selain itu, kajian ini
juga boleh dijadikan sebagai bahan bacaan tambahan kepada pengkaji pada masa akan
datang.

Kesimpulannya, pembelajaran kendiri yang sesuai dengan keupayaan masing-
masing amat penting untuk semua pelajar yang sedang menuntut ilmu pengetahuan
supaya kecemerlangan dunia pendidikan pada masa hadapan akan terus gemilang.

5) SHI HAO

Penyataan umum mantap
Jargon
Gap
Isu/penyataan masalah
Rasional kajian
Kesimpulan

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2015), pelaksanaan bermaksud
perbuatan atau hal melaksanakan, mengusahakan atau menjalankan sesuatu. Di
Malaysia, pelbagai pelaksanaan program telah dirancaang bertujuan untuk
memartabatkan bidang pendidikan, antaranya adalah aktiviti NILAM. Program
NILAM ialah budaya ilmu iaitu aktiviti ilmiah yang dipraktikan oleh masyarakat
untuk menjadikan masyarakat lebih bertamadun. Peradaban ini akan terus relevan dan
berkembang jika diasah dan diperturunkan kepada generasi muda dalam masyarakat.
Pembentukan bangsa atau masyarakat dapat dibina jika mengamalkan budaya ilmu.
Salah satu asas yang penting bagi budaya ilmu adalah amalan membaca.
Kecemerlangan bangsa dan negara akan dapat dicapai jika masyarakatnya
membudayakan amalan membaca sebagai rutin harian. Sekaligus pengetahuan dan
pengalaman melalui pembacaan dijadikan asas pembentukan modal insan yang
cemerlang bagi membentuk negara yang maju (Noorsiah Mohamed Noor, 2011).

Pelaksanaan program NILAM telah diwajibkan kepada semua sekolah di
Malaysia sebagai langkah memantapkan budaya membaca dalam kalangan murid.
Mulai tahun 2016, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan program NILAM
yang ditambah baik untuk melestarikan budaya pembacaan berkualiti, membantu
proses pencarian ilmu pengetahuan, membina kemahiran, penguasaan literasi
maklumat digital sepanjang hayat di samping menyediakan murid Malaysia untuk
menjawab soalan pemikiran aras tinggi (KBAT) yang menguji keupayaan menaakul,
membuat refleksi dan menilai melalui pengayaan. Aktiviti pengayaan NILAM
termasuklah seperti bercerita, menulis resensi buku, pidato, teater pembaca dan bicara
buku mampu membantu mencungkil “soft skill” murid iaitu suatu kemapuan, bakat
atau keterampilan yang ada dalam diri setiap manusia (Norafizah Abdul Razak,
2017).

Sepatutnya, setiap pelajar harus sedar tentang kepentingan program NILAM
yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Hal ini demikian kerana, pelajar dapat
memupuk tabiat membaca melalui program NILAM. Selain memupuk minat
membaca, ilmu pelajar dapat dipertingkatkan untuk tujuan akademik.
Berdasarkan Laporan Profil Kajian Tahap Pembacaan Rakyat Malaysia (2005), adalah
didapati bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku dalam
setahun. Program NILAM yang dijalankan di sekolah juga menunjukkan

hanya 22.91% pelajar terlibat dalam program tersebut pada tahun 2012. Walaupun
statusnya adalah wajib dan mempunyai instrumen yang mantap, namun pelajar masih
tidak melaksanakan program NILAM.

Rasional kajian ini dilaksanakan adalah untuk memupuk kesedaran tentang
kepentingan tabiat membaca. Selain itu, kajian ini juga dilaksanakan untuk
mengukuhkan kefahaman pengkaji tentang cabaran pelaksanaan program NILAM dan
dalam masa yang sama untuk dijadikan bahan bacaan tambahan kepada pengkaji akan
datang.

Kesimpulannya, masyarakat yang berjaya adalah masyarakat yang mencintai
ilmu dan gemar membaca. Walaupun pelaksanaan program NILAM dalam dunia
pendidikan berhadapan dengan pelbagai cabaran, namun semua pihak harus berusaha
mengatasinya agar minat membaca dalam kalangan masyarakat boleh dipupuk.
Tambahan lagi golongan pelajar adalah aset yang bakal mencorakkan negara pada
masa hadapan.

6) JEN

Penyataan umum mantap
Jargon
Gap
Isu/penyataan masalah
Rasional kajian
Kesimpulan

1.0 PENGENALAN

Pendidikan amat penting kerana merupakan salah satu tunjang utama dalam
pembangunan sesebuah negara. Menurut Azizi Bin Jaafar (2009), pendidikan adalah
usaha sistematik yang disengajakan, yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk
menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha
memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Di Malaysia, pendidikan Tingkatan 6 adalah tahap yang tidak kurang
pentingnya bagi pelajar lepasan Tingkatan 5. Dalam pengajian di Tingkatan 6, mata
pelajaran Pengajian Am adalah sangat penting kerana statusnya wajib lulus. Menurut
Jupilin Rangin (2018), Pengajian Am adalah satu mata pelajaran di peringkat Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang menyatupadukan pelbagai ilmu
pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam memastikan wujud pembelajaran sepanjang
hayat.

Minat pula adalah suatu proses yang tetap untuk memperhatikan dan
menfokuskan diri pada sesuatu yang diminatinya dengan perasaan senang dan rasa
puas (Hilgar & Slameto,1988). Minat adalah suatu peringkat mental yang terdiri dari
suatu campuran dari perasaan, harapan, pendirian, prasangka, rasa takut atau
kecenderungan lain yang mengarahkan individu kepada suatu pikiran tertentu
(Maprare dan Slameto,1988). Jadi, dapat disimpulkan minat adalah suatu proses
pengembangan dalam mencampurkan seluruh kemampuan yang ada untuk
mengarahkan individu kepada suatu kegiatan yang diminatinya. Oleh yang demikian,
tahap minat pelajar Tingkatan 6 terhadap mata pelajaran Pengajian Am amat
dipercayai dapat menentukan keputusan mata pelajaran Pengajian Am masing-masing.

Sepatutnya, semua pelajar Tingkatan 6 perlu sedar kepentingan menguasai
dengan cemerlang mata pelajaran Pengajian Am kerana permohonan yang lebih tinggi
memerlukan pelajar wajib lulus penuh mata pelajaran ini iaitu sekurang-kurangnya
dengan Gred C. Namun, situasi di dunia realiti adalah sebaliknya. Pelajar tingkatan 6
sering menganggap mata pelajaran Pengajian Am sebagai satu mata pelajaran yang
sukar (Dr.R.Dhanapal, 2013). Selain itu, pada masa akan datang, suka atau tidak

kerajaan perlu mengambil kira bahawa mata pelajaran Pengajian Am adalah penting,
tidak kira sama ada diberi nama Pengajian Malaysia atau Pengajian Kenegaraan
(Norazlan Hadi Yaacob, 2019).

Rasional kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui tahap minat pelajar
Tingkatan 6 terhadap mata pelajaran Pengajian Am. Selain itu, kajian ini juga dapat
mengukuh kefahaman pengkaji terhadap cabaran mata pelajaran Pemgajian Am dan
dijadikan sebagai bahan bacaaan tambahan kepada pengkaji akan datang.

Kesimpulannya, pelajar Tingkatan 6 harus mempunyai minat yang mendalam
terhadap mata pelajaran Pengajian Am. Hal ini demikian kerana, bertitik tolk daripada
minat barulah pelajar mampu melakar keputusan terbaik dalam peperiksaan Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan situasi ini dapat mencorakkan dunia
pendidikan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

7) JUN YOU

Penyataan umum mantap
Jargon
Gap
Isu/penyataan masalah
Rasional kajian
Kesimpulan

1.0 PENGENALAN

Berdasarkan Kamus Dewan (2005), ponteng didefinisikan sebagai lari
daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Selain itu, ponteng juga merujuk
kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah
satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari. Ponteng
sekolah merujuk kepada tindakan pelajar yang tidak hadir ke sekolah secara sengaja
untuk pergi ke tempat lain-lain.

Menurut Rasidah Omar (2005), ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai
ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang
munasabah. Masa yang sepatutnya diisi dengan proses menimba ilmu pengetahuan di
bangku sekolah telah pun dihabiskan dengan melakukan aktiviti yang tidak
bermanfaat seperti melepak di komplek membeli belah atau pusat rekreasi dan pusat
hiburan. Ponteng sekolah boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu ponteng
hati, ponteng kerana bangun lewat, ponteng kelas dan ponteng sekolah. Walaupun
adanya peraturan atau disiplin sekolah yang ketat, namun gejala ponteng tetap berlaku.
Dalam mencari penyelesaian kepada isu ini persepsi dan pendapat guru tidak pernah
diketepikan. Menurut Laman Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka (2020), persepsi
membawa maksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran sesuatu;
tanggapan dan pandangan.

Sepatutnya, seseorang pelajar perlulah belajar dengan bersungguh-sungguh
untuk cemerlang dalam akademik. Namun, situasi yang berlaku pada hari ini adalah
sebaliknya. Pelajar pada masa ini lebih mementingkan keseronokan daripada
akademik masing-masing. Menurut Noor Azman Mahat (2015), sebab pelajar ponteng
sekolah sering dikaitan dengan sikap kurang berminat terhadap pengajaran dan
pelajaran di sekolah. Pelajar datang ke sekolah semata-mata untuk memenuhi
kehendak ibu bapa dalam memilih mata pelajaran, pengajaran guru yang tidak
memberi impak yang positif kepada pelajar dan juga tahap kesukaran yang tinggi
bagi mata pelajaran terutamanya Aliran Sains. Selain itu, pelajar yang ponteng
sekolah dianggap tidak mendapat didikan yang baik di rumah. Dengan membuktikan
keadaan tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di luar dari awal pagi sampai tengah
malam. Masa bersama-sama dengan anak semakin berkurang sehingga anak-anak
tidak dapat menyampaikan perasaan kepada ibu bapa dan hilang pemerhatian, kasih
sayang daripada ibu bapanya dan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawab sebagai

seorang ibu bapa. Di samping itu, pelajar yang ponteng sekolah lebih mementingkan

keseronokan daripada pelajaran. Hal ini dijelaskan kerana, terdapat sebilangan pelajar

yang ponteng sekolah dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di suatu tempat

terutamanya pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan lain-lain.

Tambahan pula, jika kadar pelajar yang ponteng didapati kerap maka rekod kehadiran

dan reputasi sekolah akan terjejas.

Menurut Nowieyieda (2005), pembaziran masa berlaku jika pelajar ponteng

sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana, masa yang dibazirkan tidak akan

dipulang ataupun dikembalikan. Seterusnya, pelajar yang ponteng dianggap tidak

matang dalam menentukan masa depan sendiri. Pelajar dala kategori ini dianggap

gagal dan masa depannya akan hancur kerana tidak lagi dapat dipercayai oleh

masyarakat dan negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan. Selain itu,

pelajar yang ponteng sekolah menggambarkan imej negatif pada diri sendiri.

Masyarakat akan memandang rendah ataupun hina dan ini secara tidak langsung

mereka akan memalukan maruah keluarga. Bukan itu sahaja, proses pembelajaran

pelajar lain akan terganggu jika pelajar kerap ponteng. Pelajar yang ponteng sering

menganggu kelas dan pelajar lain serta memburukkan pencapaian mata pelajaran iaitu

melibatkan keseluruhan tahap pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran tertentu.

Dengan itu, keputusan akademik pelajar akan terjejas jika kerap ponteng sekolah.

Rasional kajian ini adalah untuk mengukuhkan kefahaman tentang isu ponteng

sekolah dalam kalangan pelajar. Selain itu, kajian ini dilakukan bagi memahami

cabaran yang dihadapi oleh guru berkaitan isu ponteng sekolah dan dijadikan sebaigai

bahan bacaan tambahan kepada pengkaji akan datang.

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah berganding bahu untuk membanteras

isu ini hingga ke akar umbi. Jika isu ponteng sekolah tidak dihayati, pastilah pelbagai

masalah lain yang lebih buruk boleh dicetuskan. Kerjasama dan sikap prihatin

masyarakat akan membantu sekolah menangani isu ponteng dengan lebih berkesan

kerana generasi muda hari ini ialah pemimpin masa depan .

8) JASON

Penyataan umum mantap

Jargon
Gap
Isu/penyataan masalah
Rasional kajian
Kesimpulan

1.0 PENGENALAN

Pendidikan bermaksud perihal atau perbuatan mendidik (Kamus Dewan Edisi
Keempat, 2017). Dalam memantapkan sistem pendidikan negara Malaysia, kerajaan
telah melaksanakan pelbagai program antaranya ialah kokurikulum. Kegiatan
kokurikulum ertinya apa-apa yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelanjaran dalam bilik darjah yang memberikan murid pelbagai peluang untuk
menambah, mengukuh, mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
dipelajari di bilik darjah (Warta Kerajaan Jilid 41,1997).

Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan mampu membentuk sahsiah pelajar.
Pembangunan sahsiah adalah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku,
pemikiran, perasaan, sosial dan rohani individu. Pembangunan sahsiah juga membawa
maksud iaitu membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat melahirkan
seseorang individu yang bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Laman Web
Wordpress, 2014). Selain itu, menurut Shahabuddin (2007), sahsiah bermaksud
akhlak yang mana kategorinya dipecahkan kepada dua iaitu akhlak terpuji dan akhlak
tercela.

Sepatutnya, setiap pelajar harus aktif dalam aktiviti kokurikulum yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. Namun, situasi yang berlaku kini adalah disebaliknya.
Terdapat pelajar yang tidak mahu terlibat dalam aktiviti kokurikulum kerana
beranggapan aktiviti tersebut tidak membawa apa-apa faedah dan membazirkan masa
sahaja. Justeru, hanya segelintir pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum
(Mahshitah, 1994). Hal ini menyebabkan penghasilan kumpulan pelajar yang
mempunyai kesihatan yang baik, personaliti yang terrpuji, bertanggungjawab, mampu
bekerjasama dan mempunyai kemahiran bersosial yang baik adalah terlalu sedikit.
Pelajar yang tidak melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum tidak akan mempunyai
ciri-ciri tersebut. Menurut Dr Mohd Jaflus Bahari (2017) wujud masalah kurangnya
penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Ramai pelajar beranggapan kegiatan
kokurikulum tidak penting dan membuang masa kerana kokurikulum tidak dinilai
sebagaimana kegiatan yang melibatkan akademik. Selain itu, melibatkan diri dalam
kegiatan kokurikulum juga dianggap satu beban kerana pengendalian program-
program yang tidak sempurna. Menurut Adnan (1990) , walaupun sumbangan
kokurikulum kepada pendidikan dan pembetukan sahsiah telah diakui, tetapi

konsepnya masih kurang difahami, malah lebih parah ada yang menganggap
kokurikulum sebagai kegiatan luar.

Rasional kajian ini adalah untuk mengukuhkan kefahaman pengkaji dan
meningkatkan kesedaran pelajar Tingkatan 6 tentang kepentingan penglibatan dalam
aktiviti kokurikulum terhadap pembentukan sahsiah. Kajian ini juga diharapkan boleh
dijadikan bahan bacaan kepada pengkaji yang akan datang.

Kesimpulannya, pelajar harus menlibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
yang dianjurkan supaya dapat membentuk sahsiah dan personaliti diri yang mantap.
Aktiviti kokurikulum boleh memajukan tahap Pendidikan Malaysia dan melahirkan
pelajar yang cemerlang dalam banyak aspek. Oleh itu, pelajar harus aktif melibatkan
diri dalam aktiviti kokurikulum supaya menjadi pelajar yang lebih cemerlang
seterusnya menjamin sosial budaya Pendidikan menjadi lebih baik pada masa akan
datang.

9) NICHOLAS

Penyataan umum mantap
Jargon
Gap
Isu/penyataan masalah
Rasional kajian
Kesimpulan

1.0 PENGENALAN

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), gaya bermaksud sikap,
kesukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang sama ada cara menulis,
bertutur atau cara membuat sesuatu. Menurut tokoh ahli psikologi, Robert M Gagne
(1970), definisi pembelajaran adalah perubahan atau kemampuan seseorang yang
dapat dikekalkan tetapi tidak disebabkan oleh pertumbuhan. Perubahan yang
dipanggil pembelajaran diperlihatkan melalui perubahan tingkah laku dengan
membandingkan tingkah laku seseorang individu sebelum didedahkan kepada situasi
pembelajaran dengan tingkah lakunya selepas didedahkan dengan situasi
pembelajaran.

Oleh itu, gaya pembelajaran menurut Rohaila Yusof (2005), bermaksud
kecenderungan individu dalam cara menerima dan memproses maklumat yang
merupakan satu faktor perbezaan individu. Gaya pembelajaran adalah indikator yang
stabil tentang cara pelajar melihat, berinteraksi dan bertindak balas terhadap
persekitaran pembelajaran. Menurut Eva Chiong (2012), sesetengah individu dapat
belajar dengan berkesan dalam keadaan sejuk, senyap dan teratur. Ada pula yang
hanya boleh belajar dengan adanya muzik. Ada pula pelajar yang gemar cara belajar
bersendirian. Tidak ada satu pun gaya pembelajaran yang boleh dikategorikan sebagai
paling baik atau paling teruk kerana setiap gaya pembelajaran yang patut dipilih oleh
setiap individu itu adalah gaya yang paling sesuai dengan diri masing-masing.

Sepatutnya, pelajar tingkatan 6 perlu berupaya menetapkan gaya pembelajaran
yang sesuai dengan diri masing-masing kerana kefahaman terhadap gaya
pembelajaran tersebut telah diperoleh bermula daripada sekolah kebangsaan atau
sekolah jenis kebangsaan sehingga sekolah menengah. Namun, gaya pembelajaran
yang diamalkan oleh pelajar akan mempengaruhi pencapaian masing-masing.
Menurut Azizi Yahya (2003), gaya pembelajaran akan mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar, maka pemilihan gaya belajar yang baik merupakan satu tugasan
yang berat. Selain itu, menurut Abdul Ghani Awang (1996), segelintir pelajar hari ini
gagal kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara pengajaran dan pembelajaran
serta tidak mempunyai gaya pembelajaran yang betul.

Rasional kajian ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kefahaman
pengkaji tentang gaya pembelajaran. Di samping itu, kajian ini dapat mewujudkan

kesedaran bahawa gaya pembelajaran yang sesuai adalah sebahagian daripada
penentu kejayaan pelajar dan boleh juga dijadikan bahan bacaan tambahan kepada
pengkaji akan datang.

Kesimpulannya, semua, pelajar harus sedar kesan pemilihan gaya
pembelajaran kepada aspek akademik. Oleh itu, gaya pembelajaran yang betul adalah
pemangkin yang mencorakkan kecemerlangan pendidikan pada masa yang akan
datang.

10) CHOI

Penyataan umum mantap
Jargon
Gap
Isu/penyataan masalah
Rasional kajian
Kesimpulan

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2012), pendidikan diertikan sebagai
perihal mendidik, ilmu pendidikan, ilmu didik, ilmu mendidik, pengetahuan mendidik
dan didikan, latihan mahu pun ajaran. Pendidikan adalah salah satu agenda besar yang
boleh mempengaruhi kualiti dan ketamadunan sesebuah bangsa di dunia. Individu dan
keluarga yang berilmu dan meletakkan ilmu sebagai cara hidup akan lebih mudah
membuat sesuatu keputusan yang tepat (Wan Hassan, 2007).

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, salah satu mata pelajaran yang dilihat
tidak kurang pentingnya adalah Sains. Sains bermaksud ilmu pengetahuan yang
teratur dan dapat dibuktikan kebenarannya. Sains juga merupakan cabang ilmu
pengetahuan yang berdasarkan kenyataan semata-mata seperti kimia dan fizik (Kamus
Pelajar Edisi Kedua, 2017). Menurut Osman Bakar (1991), definisi dan pemaknaan
Sains semakin berkembang apabila Sains berkait rapat dengan keupayaan manusia
mengenal Pencipta alam semesta. Penjelasan Sains dan konsep ketuhanan adalah
bahawa sains dan saintis zaman pertengahan tidak pernah memisahkan ilmu-ilmu
kerohanian (spiritual knowledge) dan menganggap bahawa ilmu yang berasaskan
tauhid kepada Allah merupakan menifestasi tertinggi dalam pembinaan yang
diasaskan oleh penyelidikan sains yang terlaksana. Dengan erti kata lain, komuniti
yang mengamalkan konsep sains bersepadu dengan ilmu kerohanian adalah
diistilahkan sebagai kesatuan organik (organic unity).

Sepatutnya, pelajar perlu ada minat yang mendalam terhadap mata pelajaran
Sains. Namun, situasi yang berlaku hari ini tidak seperti dihasratkan. Ada pelajar yang
bersikap negatif terhadap Sains mungkin kerana tidak berminat atau takut dan hal ini
menyebabkan kegagalan dalam Sains. Sedangkan hakikatnya, sikap adalah faktor
yang penting bagi menentukan keberkesanan dan kejayaan seseorang pelajar
mempelajari Sains (Abu Hassan Kasim, 2003). Pelajar perlu mempunyai minat
terhadap mata pelajaran Sains. Hal ini demikian kerana, dalam pembelajaran sains,
pelajar seharusnya tidak duduk di dalam kelas semata-mata dan seharusnya
digalakkan untuk meneroka persekitarannya. Misalnya, jika belajar tentang tumbuh-
tumbuhan, pelajar seharusnya diberi peluang untuk melihat, merasai dan mengkaji
tumbuhan dalam alam persekitaran. Jika belajar tentang serangga pula, guru boleh
membenarkan pelajar mencari serangga dari taman di persekitaran sekolah.

Pembelajaran Sains akan menjadi lebih menarik jika pelajar tidak hanya duduk di
dalam kelas (Azrina Binti Sobian, 2009).

Menurut Presiden Akademi Sains Malaysia, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali
(2017), terdapat hanya 90,000 pelajar Aliran Sains yang serius menduduki
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan angka ini jauh kurang berbanding
270,000 pelajar yang diperlukan setiap tahun. Menurut Datuk Seri Madius Tangau
(2017), pelajar merasakan susah atau terbeban mempelajari subjek berkenaan selain
ibu bapa tidak nampak akan potensi bidang Sains terhadap pembangunan negara pada
masa depan (2017).

Rasional kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengukuhkan kefahaman
pengkaji tentang tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains. Selain itu, kajian
ini juga dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan mata
pelajaran Sains dan dapat dijadikan bahan bacaan tambahan kepada pengkaji yang
akan datang.

Kesimpulannya, pelajar harus memupuk minat yang mendalam terhadap mata
pelajaran Sains supaya ilmu yang diperoleh berupaya mencorakkan pendidikan
Malaysia yang bertaraf antarabangsa pada masa akan datang.

11) YOOGINI

Penyataan umum mantap
Jargon
Gap
Isu/penyataan masalah
Rasional kajian
Kesimpulan

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), pendidikan didefinisikan
sebagai perihal mendidik serta didikan, latihan dan ajaran. Pendidikan adalah salah
satu agenda besar yang boleh mempengaruhi kualiti dan ketamadunan sesebuah
bangsa di dunia. Manusia dianggap mundur sekiranya tiada pendidikan. Individu dan
keluarga yang berilmu dan meletakkan ilmu sebagai cara hidup akan lebih mudah
membuat keputusan yang tepat. Pendidikan dalam sesebuah masyarakat memerlukan
sistem nilai yang mampu dikembangkan dan disuburkan supaya warganya memiliki
etika yang tinggi dalam kehidupan. Pendidikan juga merupakan satu proses menimba
ilmu terpenting dalam kehidupan manusia. Proses pendidikan akan berlaku sepanjang
hayat manusia. Fasa pendidikan tersebut akan berlangsung dalam kehidupan manusia
sama ada secara formal ataupun tidak formal. Dalam proses pendidikan ini manusia
membangunkan semua potensi yang ada merangkumi potensi akal, jasmani, rohani
dan rohani. Semua potensi ini berkembang dalam kehidupan manusia bermula sejak
dilahirkan. Perkembangan semua potensi tersebut dapat meningkatkan kapastiti daya
intelektual, kemahiran dan kepekaan kepada persekitaran sosial terutamanya melalui
tunjuk ajar (Lamam Web Eprints.Utm, 2019).

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, Matematik adalah subjek yang penting.
Matematik didefinisikan sebagai ilmu hisab, iaitu perhitungan dan perkiraan (Kamus
Dewan Edisi Keempat, 2005). Matematik merupakan ilmu yang berkaitan dengan
nombor dan pengiraan. Perkataan matematik bermakna sains, ilmu dan pembelajaran
(mathematikos) yang bermaksud suka belajar. Istilah itu kini merujuk kepada
sejumlah ilmu tertentu seperti pengajian deduktif pada kuantiti, struktur, ruang, dan
tukaran. Secara umumnya, matematik boleh dibahagikan kepada kajian kuantiti,
struktur, ruang, dan perubahan contohnya arithmetik, algebra, geometri, dan analisis.
Terdapat juga sub-bahagian yang dikhususkan untuk penerokaan hubungan dari dasar
matematik kepada bidang-bidang yang lain contohnya logik matematik, teori set
(asas), matematik empirikal untuk pelbagai sains (matematik gunaan), dan yang
terbaru untuk kajian teliti tentang ketidakpastian (Muhammad Faiz Norman, 2011).

Sepatutnya, mata pelajaran Matematik harus dikuasai oleh setiap pelajar untuk
melahirkan insan yang seimbang. Namun, kemerosotan bilangan pelajar yang
mengambil mata pelajaran Matematik masih membimbangkan pelbagai pihak.

Melalui rasional pendidikan sekolah Matematik yang diterbitkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), Matematik dilihat sebagai satu wadah terbaik untuk
mengembangkan profisiensi intelektual individu dalam membuat penaakulan logik,
visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak. Hal ini demikian kerana, murid
boleh mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan
menyelesaikan masalah melalui pembelajaran dan aplikasi Matematik (Laman Rasmi
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Namun, hasrat KPM itu hanya mampu
direalisasikan jika pelajar ada minat yang tinggi pada mata pelajaran Matematik.
Minat bermaksud keinginan, kesukaan dan kecenderungan (Kamus Dewan Edisi
Keempat, 2015). Minat didefinisikan sebagai suatu perasaan atau emosi yang
menimbulkan perhatian kepada sesuatu objek, kejadian atau proses. Di samping itu,
minat merupakan keinginan yang terbentuk melalui pengalaman yang mendorong
individu mencari objek, aktiviti, konsep dan keterampilan untuk tujuan mendapatkan
perhatian atau penguasaan (Asesmen Pembelajaran Aud dan Tk, 2018).

Rasional kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui tahap minat pelajar
terhadap mata pelajaran Matematik. Di samping itu, kajian ini juga dilaksanakan
bertujuan untuk membantu pengkaji mengukuhkan kefahaman tentang cabaran mata
pelajaran Matematik terhadap pelajar dan secara tidak langsung menjadi bahan bacaan
tambahan kepada pengkaji yang akan datang.

Kesimpulannya, minat pelajar terhadap ilmu yang diterima adalah penting kerana

situasi tersebut akan mempengaruhi penguasaan pelajar. Para pelajar juga hendaklah

menanamkan minat terhadap pembelajaran ilmu pengetahuan supaya lebih mudah

diingati dan diaplikasi dalam kehidupan seharian. Apabila minat pelajar terhadap

Matematik meningkat, maka pencapaian akademik akan menjadi lebih cemerlang.

Jika pencapaian akademik cemerlang, maka bidang telah terbukti bahawa bidang

pendidikan yang diterima adalah baik dan berguna untuk sosial dan budaya pada masa

hadapan.

12) JADE

Penyataan umum mantap

Jargon
Gap
Isu/penyataan masalah
Rasional kajian
Kesimpulan

1.0 PENGENALAN

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2017), stres didefinisikan sebagai
keadaan resah, cemas dan tegang disebabkan oleh tekanan mental atau fizikal.
Menurut Dr Izzat Hazmir Ismaal (2017), stres atau tekanan ialah keadaan seseorang
itu mengalami ketidakstabilan sama ada fizikal ataupun mental dan ianya berkaitan
dengan cara hidup seseorang. Stres yang melebihi pada tahap tertentu sekiranya tidak
dikawal akan mewujudkan pelbagai masalah kepada setiap individu (Romas dan
Sharma, 2004).

Berdasarkan Statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS)
(2017), keadaan kesihatan mental dalam kalangan anak remaja semakin
membimbangkan. Stres merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi oleh
pelajar universiti. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan
Pustaka (2020), pelajar bermaksud anak yang sedang belajar atau berguru. Seorang
pelajar, ada keperluan untuk mengadaptasi beberapa perubahan seperti sistem
pembelajaran dan pengajaran yang berbeza dengan alam persekolahan, perubahan
cara hidup dan juga persekitaran sosial. Tambahan pula, pelajar di universiti
khususnya perlu mencapai tahap lulus minima yang ditetapkan untuk membolehkan
bergraduasi. Pencapaian itu pula dinilai setiap semester sepanjang pengajian di
universiti melalui tugasan, aktiviti di dalam kelas, pembentangan projek dan juga
peperiksaan akhir (Ong & Cheong, 2009).

Sepatutnya, pelajar harus mempunyai kesedaran tentang faktor yang
menyebabkan stres. Namun, situasi yang berlaku pada hari ini adalah disebaliknya.
Menurut kajian Statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS)
(2012), perilaku mahu membunuh diri dalam kalangan kelompok usia remaja
meningkat disebabkan oleh stres. Menurut Campbell dan Svenson (1992), apabila
tahap stres terlalu tinggi, ia boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan
pencapaian akademik seseorang pelajar. Kajian stres dalam persekitaran pembelajaran
yang dijalankan oleh Deckro,et al. (2002), menunjukkan bahawa stres memberi kesan
kepada pencapaian akademik, kekecewaan, kesihatan fizikal dan idea untuk
membunuh diri. Kesan negatif dari stres ini akan menghalang pelajar dari mencapai
sasaran yang diingini. Pelajar yang lemah dalam pelajaran mengalami stres. Jika stres
tersebut tidak ditangani, pelajar ini didapati akan memilih aktiviti yang salah dan akan
lebih kerap gagal berbanding pelajar lain (Brewster, 2001).

Menurut Azhar M. Zain (2002), kira-kira 25 hingga 35 peratus pelajar di
negara ini mengalami tekanan perasaan akibat bebanan pelajaran yang semakin
meningkat. Sistem pendidikan di Malaysia yang mengutamakan kecemerlangan
dalam bidang akademik menyebabkan pelajar tidak mempunyai waktu untuk berehat
dan mengadakan aktiviti kegiatan yang lain. Manakala tekanan daripada ibu bapa dan
guru supaya pelajar menunjukkan prestasi cemerlang di sekolah menyebabkan
tekanan berlaku.

Rasional kajian ini adalah untuk mengukuhkan kefahaman tentang stres dalam
kalangan pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib,
Kuantan. Selain itu, kajian ini juga dapat menimbulkan kesedaran kepada pelajar
dalam usaha mengurangkan stres dan sebagai bahan bacaan tambahan untuk pengkaji
akan datang.

Kesimpulannya, stres merupakan satu fenomena yang menekan keadaan
mental seseorang dalam mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu, stres dalam kalangan
pelajar yang membimbangkan perlu ditangani secara menyeluruh dan secepat
mungkin supaya masa depan pelajar terjamin dan dunia pendidikan akan menjadi
lebih baik pada masa yang akan datang.

13) MEI SHAN

Penyataan umum mantap
Jargon
Gap
Isu/penyataan masalah
Rasional kajian
Kesimpulan

1.0 PENGENALAN

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, prauniversiti adalah antara tahap yang
penting kepada pelajar lepasan Tingkatan 5. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2017), pendidikan bermaksud perihal atau perbuatan mendidik manakala
prauniversiti bermaksud tempoh sebelum memasuki universiti (Kamus Dewan Edisi
Keempat, 2017). Maksud persepsi ialah pandangan (Kamus Pelajar Edisi Kedua,
2015). Tingkatan Enam telah mula beroperasi di sekolah-sekolah menengah harian
bantuan penuh kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu. Murid-murid yang telah
menamatkan pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM), layak ditawarkan untuk meneruskan pendidikan pasca
menengah iaitu Tingkatan Enam, jika menepati syarat-syarat umum dan khusus bagi
jurusan, selama tiga semester. Terdapat dua aliran yang ditawarkan untuk Tingkatan
Enam di sekolah menengah harian iaitu Jurusan Sains Sosial dan Jurusan Sains.
(Laman Web My Government, 2019). Tempoh program ini adalah selama 1 tahun 6
bulan dan kosnya agak rendah berbanding diploma di universiti awam atau swasta
(Rozana Sani, 2020).

Sistem pendidikan ini beralih dari sistem Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM) Terminal kepada sistem STPM Baharu (Modular). Sistem STPM baharu ini
membahagikan pengajian di Tingkatan Enam kepada tiga penggal iaitu bermula dari
penggal pertama, penggal kedua, dan penggal ketiga. Setiap satu penggal mengambil
masa selama sekitar enam bulan dan di akhir setiap penggal dan calon wajib
menduduki peperiksaan STPM. Pelajar yang gagal atau mendapat keputusan kurang
memuaskan boleh mengambil peperiksaan ulangan sekali lagi untuk memperbaiki
gred dan 'pointer' peperiksaan. Setiap penggal akan menyumbang 'pointer' yang akan
dikumpulkan dan dikira pada akhir ketiga-tiga peperiksaan ini untuk mendapatkan
Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) peperiksaan STPM yang sebenar. Kerja Kursus
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan di Tingkatan Enam turut
menyumbang peratusan yang akan mempengaruhi keputusan keseluruhan STPM.
PBS harus dilaksanakan dengan sebaiknya agar ia dapat membantu meningkat markah
peperiksaan STPM. Penjenamaan semula Tingkatan 6 juga menyaksikan beberapa
perubahan lain termasuk pelajar tidak perlu memakai uniform sekolah tetapi
berpakaian kemas seperti pelajar Diploma dan Matrikulasi. Dapat dijelaskan bahawa
pelajar yang memilih memasuki Tingkatan Enam mendapati program pengajian itu

mampu membentuk peribadi menjadi lebih dewasa dan mempunyai pemikiran kreatif,
selain bersedia memasuki institusi pengajian tinggi selepas memperoleh keputusan
baik dalam STPM (P Kamalanathan, 2015). Selain itu, kerajaan melalui Kementerian
Pendidikan Malaysia telah melaksanakan perubahan drastik kepada organisasi
pengurusan Tingkatan 6. Pusat Tingkatan Enam akan diasingkan sepenuhnya daripada
sekolah arus perdana secara berperingkat menerusi tiga mod sebelum sekurang-
kurangnya hanya sebuah pusat pendidikan Tingkatan Enam beroperasi di setiap
Pejabat Pendidikan Daerah (Wazzan, 2015).

Sepatutnya, kepentingan pendidikan prauniversiti haruslah disedari oleh
semua pihak. Tingkatan enam dikatakan lebih mudah membantu pelajar memperoleh
tempat di universiti. Namun, disebabkan persepsi masyarakat, tingkatan enam makin
terpinggir biar pun suatu ketika dulu ia menjadi jalan utama ke menara gading
(Ruhaiza Rusmin dan Ihsan Noorzali, 2015).

Berdasarkan statistik pada tahun 2008, bilangan calon yang menduduki SPM
adalah 442,936 dan daripada jumlah itu, 12.2 peratus mendapat tempat di tingkatan
enam, 9.16 peratus di politeknik, 2.07 peratus di kolej komuniti dan 4.02 peratus di
matrikulasi KPM. Sejumlah 72.53 peratus lepasan SPM tidak dapat dikesan sama ada
melanjutkan pengajian ke institusi swasta, agensi kerajaan lain, ke luar negara atau
tidak meneruskan pengajian. Data itu jelas menunjukkan bilangan pelajar ke
Tingkatan Enam rendah jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan lepasan SPM
tahun 2008. Walaupun bilangan lepasan pelajar SPM tahun 2008 besar dan meningkat
setiap tahun, namun calon yang mahu meneruskan pelajaran ke Tingkatan Enam
sangat kurang. Untuk menggalakan pelajar lepasan Tingkatan 5 meneruskan pelajaran
ke Tingkatan 6, lima fokus utama perlu diberi perhatian iaitu imej dan anjakan minda,
infra dan info struktur, pengurusan pentadbiran, mod pengajaran dan pembelajaran
(PdP) serta kurikulum. Ia selaras bagi memastikan pelajar Tingkatan Enam dapat
mengembangkan bakat serta kreativiti untuk menjadi generasi muda berimpak tinggi,
glokal dan universal yang membawa kesejahteraan kepada negara. Sistem pendidikan
di Tingkatan Enam mengalami perubahan sekitar tahun 2012.

Rasional kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui faktor utama pelajar
memilih tingkatan 6 sebagai langkah melanjutkan pelajaran. Selain itu,kajian ini juga
untuk mengukuhkan kefahaman tentang cabaran yang sedang dihadapi oleh pelajar
Tingkatan 6. Di samping itu,kajian ini juga untuk dijadikan bahan bacaan tambahan
kepada pengkaji yang akan datang.

Kesimpulannya, masyarakat haruslah mengikis persepsi yang sinis kepada
program prauniversiti Tingkatan 6 ini supaya program prauniversiti ini dapat
diteruskan dalam sistem pendidikan Malaysia. Masyarakat juga harus memberi
sokongan yang secukupnya kepada program prauniversiti supaya taraf pendidikan
Tingkatan 6 dapat dipertingkat pada masa yang akan datang.

14) HAI YONG

Penyataan umum mantap
Jargon
Gap
Isu/penyataan masalah
Rasional kajian
Kesimpulan

1.0 PENGENALAN

Menurut Najeemah Yusof (2006), pendidikan dianggap sebagai proses dan
hasil interaksi yang berterusan antara individu dengan rangsangan serta motivasi
dalam persekitaran dan masyarakatnya. Selain itu, menurut Najeemah Yusof(2006),
pendidikan juga ialah aktiviti perkembangan dan penyuburan pemikiran serta kuasa-
kuasa semula jadi melalui pembelajaran yang sudah dirancang, meliputi pendidikan
formal dan bukan formal. Pendidikan Malaysia juga telah dibahagikan kepada 2 aspek
iaitu kurikulum dan kokurikulum.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), penglibatan didefinisikan
sebagai perihal melibatkan diri dalam sesuatu perkara. Kokurikulum pula bermaksud
aktiviti atau kegiatan selain mata pelajaran yang dianjurkan di dalam bilik darjah
tetapi yang dianggap sebagai bahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah.
Munurut Mohd Zulfadli Rozali (2014), kegiatan kokurikulum ialah aktiviti-aktiviti
yang melibatkan kegiatan sukan, persatuan atau kelab.

Sepatutnya, semua pelajar mempunyai kesedaran tentang kepentingan aktiviti
kokurikulum dalam pembelajaran. Namun, terdapat masalah tentang kurangnya
penglibatan pelajar terhadap aktiviti kokurikulum seperti sukan kerana beranggapan
aktiviti tersebut membuang masa dan tidak membantu dalam proses perkembangan
akademik (Mohd Zulfadli Rozali, 2014).

Pihak sekolah pada zaman ini hanya memfokuskan pada kecemerlangan
akademik sahaja. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk
meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik. Sebagai contohnya,
kelas tambahan biasanya akan menggantikan waktu Pendidikan Jasmani kepada
waktu mata pelajaran. Kepentingan aktiviti kokurikulum telah dipandang rendah oleh
sesetengah pihak. Menurut Ahmad Marzuki Ismail (2004), sebagai seorang pelajar
sekolah, pelajar perlu mengambil peluang-peluang yang ada, berfikiran positif dan
memahami bahawa penglibatan dalam kegiatan luar bilik darjah tidak akan
menjejaskan proses pembelajaran seharian. Penglibatan pelajar dalam kegiatan
kokurikulum merupakan usaha untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara
(FPN). Namun, ramai pelajar yang tidak memahami kepentingan penglibatan aktiviti
kokurikulum. Oleh itu, pelajar tidak cenderung untuk mengambil berat hal tersebut
(Laman Web Kementerian Pendidikan, 2019).

Rasional kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengukuhkan kefahaman
tentang cabaran pelaksanaan aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar. Selain itu,
kajian ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang
kepentingan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dan sebagai bahan bacaan
tambahan kepada pengkaji pada masa akan datang.

Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu meningkatkan kesedaran
tentang kepentingan penglibatan kokurikulum supaya hasrat KPM untuk menjadikan
pelajar sebagai modal insan yang seimbang bukan sahaja berfokus kepada dunia
pendidikan mampu dicapai pada masa hadapan.

15) JIA YEE

Penyataan umum mantap
Jargon
Gap
Isu/penyataan masalah
Rasional kajian
Kesimpulan

1.0 PENGENALAN

Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008), pendidikan bermaksud perihal atau
perbuatan mendidik. Maka, pendidikan adalah pengajaran dan ianya termasuklah semua
perkara atau perihal yang berkaitan dengan mendidik atau mengajar. Hal ini juga bermakna
pendidikan boleh melibatkan perkara yang baik mahupun yang tidak baik. Apa-apa sahaja
perkara yang boleh diajar adalah termasuk sebagai pendidikan. Maka, semua orang harus
benar-benar memahami erti sebenar pendidikan ini. Menurut UU SISDIKNAS (2003),
pendidikan merupakan suatu usaha yang dilakukan secara sedar dan terencana untuk
mewujudkan suasana dan proses pembelajaran agar peserta yang dididik secara aktif mampu
mengembangkan potensi yang ada di dalam dirinya untuk memiliki kekuatan spiritual
keagamaan, kepribadian yang baik, pengendalian diri, berakhlak mulia, kecerdasan dan
keterampilan yang diperlukan oleh dirinya dan masyarakat. Manusia dilahirkan tanpa ada
satu kebiasaan pun. Namun, semakin seseorang itu membesar, di situlah letaknya
tanggungjawab semua yang di sekeliling untuk mencorakkan peribadi dan mewujudkan
kebiasaan pada diri seseorang itu.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008), definisi persepsi adalah gambaran atau
bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu. Persepsi juga didefinisikan sebagai
pandangan menerusi pancaindera menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010).
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), sahsiah bermaksud keperibadian atau
peribadi. Sahsiah juga sinonim dengan perwatakan dan personaliti. Menurut Made in UiTM
(2017), MUET (Malaysian University English Test) ialah ujian Bahasa Inggeris yang
dijalankan di peringkat pra-universiti, matrikulasi, asasi, diploma, dan STPM. MUET
diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar-pelajar institusi
pengajian tinggi dan bagi yang bercadang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

MUET wajib diduduki oleh pelajar yang mahu melanjutkan pengajian di peringkat
Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) tempatan. Secara
umumnya, peperiksaan MUET diberikan markah berdasarkan ujian pendengaran, ujian lisan,
ujian pemahaman dan ujian penulisan. Markah penuhnya ialah sebanyak 300 markah dan
keputusan diberikan berdasarkan gred yang dinamakan Band. Band boleh dikategorikan
kepada enam band, iaitu Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6. Band 1
merupakan pengguna Bahasa Inggeris yang amat terhad manakala Band 6 merupakan
pengguna Bahasa Inggeris yang sangat bagus. Pelajar boleh mengetahui aspek-aspek yang
akan diuji dan bentuk-bentuk soalan tahun-tahun lepas sebelum mengambil ujian. Sijil

MUET ini bertempoh sah lakunya adalah selama 5 tahun mulai tarikh keputusan ujian
dikeluarkan. Ujian MUET berlangsung tiga kali setahun iaitu Mac, Julai dan November.
(UiTM, 2017)

Sepatutnya, semua pelajar tingkatan 6 perlu sedar kepentingan dan manfaat mata
pelajaran MUET. Namun, situasi yang berlaku adalah sebaliknya. Pelajar tingkatan 6
memandang rendah terhadap kelas MUET. Sedangkan kebanyakan universiti di Malaysia
menetapkan pencapaian minimum Band 3 untuk layak melanjutkan pelajaran. Menurut Prof.
Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak (2020), prestasi MUET setiap tahun semakin
meningkat. Kebanyakkan universiti di Malaysia, menetapkan minimum Band 3 untuk layak
melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Syarat kemasukkan berdasarkan
nilai Band juga bergantung kepada program yang diambil. Prof Shukri (2015) menyatakan
bahawa persepsi masyarakat juga perlu berubah dan membuang tanggapan bahawa individu
yang bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai ‘berlagak’. Dalam perbentangan Bajet 2015,
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bermula tahun hadapan, syarat
kemasukan am ke IPTA yang mengkehendaki pelajar mencapai tahap minimum Band 1
dalam Muet akan dipertingkatkan bagi meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran
berkomunikasi bahasa itu. Tahap minimum baharu Band Muet untuk kemasukan bagi
pengajian Sastera dan Sains Sosial ditingkatkan kepada Band 2 (syarat graduasi ditetapkan
Band 3); pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menjadikan Band
3 (syarat graduasi Band 4); manakala Band 4 ditetapkan untuk Pengajian Undang-Undang
dan Perubatan (syarat graduasi Band 5).

Rasional kajian ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan kefahaman tentang kesan
baik mempelajari MUET terhadap aspek pembentukan sahsiah. Selain itu, kajian ini
membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan MUET kepada pelajar tingkatan 6
dan sebagai bahan bacaan tambahan kepada pengkaji akan datang.

Kesimpulannya, keberkesanan pengajaran mata pelajaran MUET dan kesan baiknya
kepada pembentukan sahsiah mampu mencorakkan dunia pendidikan Malaysia ke arah yang
lebih gemilang pada masa akan datang.

16) XIN ZHI

Penyataan umum mantap
Jargon
Gap
Isu/penyataan masalah
Rasional kajian
Kesimpulan

1.0 PENGENALAN

Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua (2015), pendidikan bermaksud perihal atau
perbuatan mendidik. Manakala berdasarkan Kamus Dewan Edisi keempat (2015), pendidikan
diertikan sebagai perihal mendidik; ilmu pendidikan dimaksudkan sebagai ilmu didik, ilmu
mendidik pengetahuan mendidik; diertikan sebagai didikan, latihan, ajaran. Seterunya,
budaya bermaksud kemajuan fikiran, akal budi atau cara berfikir yang sudah maju (Kamus
Dewan Edisi Keempat, 2015). Persepsi pula bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati
terhadap sesuatu (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2015). Pelaksanaan bermaksud perbuatan atau
hal melaksanakan, mengusahakan atau menjalankan sesuatu (Kamus Edisi Keempat, 2017).

Sebelum ini, mutu pencapaian bahasa Inggeris di Malaysia menampakkan
kemerosotan yang ketara. Sejak pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsan yang
menghapuskan aliran bahasa Inggeris, penguasaan para pelajar dalam bahasa Inggeris amat
rendah. Hal ini dapat dibuktikan melalui keputusan-keputusan peperiksaan pada tahun-tahun
yang lalu. Oleh hal yang demikian, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad
membuat keputusan untuk mewajibkan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran dalam
bidang Sains dan Matematik Tahun Satu dan Tingkatan Satu mulai tahun 2003 iaitu Dual
Language Program (Cikgu Anelyza, 2010).

Dual Language Programme (DLP) adalah program yang diperkenalkan di bawah
dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang
memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang memenuhi kriteria untuk mengadakan sesi
pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sepenuhnya selain daripada bahasa
Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta
Reka Bentuk dan Teknologi. Tujuan program tersebut adalah untu memberi peluang
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid melalui pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran bidang Sains dan Matematik dan seterusnya memberi peluang kepada murid untuk
meningkatkan akses bagi penerokaan pelbagai bidang ilmu agar dapat bersaing pada
peringkat global dan meningkatkan kebolehpasaran murid dalam alam pekerjaan. Selaras
dengan aspirasi Pelan Pembanggunan Pelajaran Malaysia agar murid menguasai kemahiran
dwibahasa, DLP memberi peluang kepada murid untuk mengguna pakai bahasa Inggeris
melalui mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka
Bentuk dan Teknologi. DLP membolehkan masyarakat Malaysia meningkatkan akses bagi
penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2018).

Sepatutnya, semua pihak haruslah sedar kepentingan pelaksanaan program DLP
dalam usaha mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris. Namun begitu, realiti situasi yang
belaku tidak sedemikian. Merujuk berita atas talian, SelangorKini (2016), selain orang
perseorangan, terdapat satu pertubuhan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menjadi
kumpulan pendesak utama menolak pelaksanaan DLP . Hal ini dilihat sebagai satu cubaan
mengembalikan cadangan Dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains Matematik dan Bahasa
Inggeris (PPSMI) yang dimansuhkan secara rasmi pada 2012.

Rasional kajian ini adalah untuk mengukuhkan kefahaman pengkaji tentang program
DLP dalam kalangan pelajar di sekolah. Seterusnya, kajian ini juga untuk meningkatkan
kesedaran tentang kepentingan melaksanakan DLP dan untuk dijadikan bahan bacaan
tambahan kepada pengkaji pada masa yang akan datang.

Kesimpulannya, para pelajar haruslah sedar kebolehan dan tujuan program DLP iaitu
untuk meningkatkan penguasaan berbahasa Inggeris seseorang. DLP adalah sesuatu program
yang dapat menjadi pemangkin kepada penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar
selain menjadi nilai tambahan kepada dunia pendidikan Malaysia pada masa yang akan
datang.

17) KONG

Penyataan umum mantap
Jargon
Gap
Isu/penyataan masalah
Rasional kajian
Kesimpulan


Click to View FlipBook Version