The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aisyah, 2024-03-15 00:48:34

MANUAL AAC

MANUAL AAC

PKUK1152 DISEDIAKAN OLEH: NURUL AISYAH MURNI BINTI HAMDANI (PPS2-2) PENSYARAH: DR. LIM CHIN YIN “COMKIT”


ISI KANDUNGAN Nama produk 01 Rasional produk 02 Langkah-langkah sistem AAC 03 dalam penghasilan produk 04 Idea produk 05 Penggunaan produk 06 Impak ke atas MBPK 07 Kajian berkaitan ke arah penghasilan produk Rujukan 08


03 NAMA PRODUK Nama bagi produk yang dihasilkan ialah ‘Comkit’ yang berasal daripada gabungan dua perkataan Bahasa Inggeris iaitu communication dan kit. Hal ini demikian kerana produk ini adalah dalam bentuk beg dan boleh juga dijadikan sebagai buku yang berfungsi sebagai alat komunikasi bagi MBPK yang mempunyai masalah dalam komunikasi harian. Comkit dihasilkan dalam dua bentuk supaya MBPK dapat membawa produk AAC ini ke manamana dan dapat disesuaikan mengikut keadaan.


Objektif bagi penghasilan produk ini adalah untuk membantu Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang mengalami masalah komunikasi dan pertuturan dalam kehidupan seharian. Produk ini juga dihasilkan bertujuan untuk meningkatkan tahap keberkesanan komunikasi bagi MBPK dan membolehkan kanakkanak menyatakan kehendak dan hasrat mereka kepada orang lain tanpa sebarang halangan. OBJEKTIF : PENGGUNA PRODUK : Comkit ini dihasilkan khususnya kepada kumpulan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang mengalami masalah Complex Communication Needs (CCN) seperti murid autisme. 04 RASIONAL PRODUK


05 LANGKAH-LANGKAH DALAM PENGHASILAN PRODUK LANGKAH-LANGKAH DALAM PENGHASILAN PRODUK 1.PENGUMPULAN SIMBOL DAN GAMBAR Memilih gambar-gambar yang sesuai untuk dijadikan sebagai simbol dengan menggunakan aplikasi Picto4me. Kemudian, simbolsimbol ini akan dibahagikan mengikut beberapa kategori seperti rumah, sekolah, tempat, aktiviti, makanan dan minuman serta perasaan. Setiap simbol akan dilabel dengan perkataan. 2. PENYEDIAAN BAHAN Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan produk AAC seperti apron, papan, velcro dots, eva foam dan lain-lain. Kemudian, simbol dan gambar yang telah dikumpul akan dicetak.


Cantumkan bahan-bahan seperti apron dan papan bagi menghasilkan produk dalam bentuk beg 1. Sebuah buku dihasilkan menggunakan eva foam dan cincin kertas 2. Tampalkan simbol-simbol pada bahagian buku menggunakan velcro dots dan asingkannya mengikut setiap kategori 3. Lekatkan buku tersebut di bahagian dalam beg menggunakan velcro tape 4. Letakkan nama produk dan hiasan di bahagian hadapan produk 5. 1 06 LANGKAH-LANGKAH DALAM PENGHASILAN PRODUK LANGKAH-LANGKAH DALAM PENGHASILAN PRODUK 3. PROSES PENGHASILAN PRODUK 2 5 4 3


07 Pictures Exchange Communication System (PECS) adalah sesuai digunakan kepada murid yang bermasalah untuk komunikasi khususnya murid autisme kerana sistem ini bersesuaian dengan cara mereka berfikir iaitu menjadikan gambar sebagai bahasa pertama (Rabiyatul Adawiah Wahid et. al, 2017). Sistem ini dapat membantu mengurangkan tanda-tanda autisme dan memaksimumkan pembelajaran. Hal ini juga membolehkan golongan profesional, ibu bapa dan guru-guru untuk menyediakan intervensi awal prabahasa terhadap kanak-kanak autisme. Menurut Taryadi dan I Kurniawan (2018), kebanyakan kanakkanak autisme mempunyai ingatan visual yang lebih baik berbanding ingatan daripada pendengaran. Ini bermakna kanakkanak autisme lebih cenderung untuk menumpukan perhatian melalui pembelajaran secara visual. Sebuah kajian oleh Yoder dan Stone membuktikan bahawa PECS merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menyokong kanak-kanak autisme untuk berkomunikasi sekiranya kaedah ini dilakukan sebelum usia 6 tahun. Menurut Jade (2021), PECS dapat membantu kanak-kanak autisme untuk meminta perkara yang mereka perlukan. Hal ini dapat mengelakkan kanak-kanak tersebut berasa kecewa akibat daripada ketidakupayaan mereka untuk beinteraksi dan menyampaikan kehendak mereka seperti kanak-kanak yang lain. Pada masa yang sama, perkembangan emosi kanak-kanak autisme juga akan meningkat. KAJIAN BERKAITAN KE ARAH PENGHASILAN PRODUK KAJIAN BERKAITAN KE ARAH PENGHASILAN PRODUK


08 Picture Exchange Communication System (PECS) “Comkit” merupakan adaptasi dari Picture Exchange Communication System (PECS) iaitu sistem komunikasi augmentatif dan alternatif yang menggunakan simbol atau gambar sebagai item utama untuk berkomunikasi (Rabiatul Adawiah Wahid et. al., 2017). Sistem ini dibangunkan oleh Lori Frost dan Dr. Andrew Bondy pada tahun 1984. Matlamat bagi PECS adalah untuk menggalakkan kanak-kanak yang mempunyai masalah komunikasi terutamanya kanak-kanak autisme untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian (Lauren Kaduk, 2017). Kesannya, kanak-kanak boleh menyampaikan keinginan dengan lebih mudah berdasarkan gambar yang telah dipaparkan mengikut kategori (Taryadi, 2019). REKA BENTUK PRODUK Comkit direka bentuk menjadi beg dan buku supaya MBPK dapat menggunakannya mengikut kesesuaian tempat dan masa. Produk ini juga disertakan dengan tali yang boleh laras mengikut ketinggian dan keselesaan kanak-kanak. Seterusnya, bahan-bahan yang digunakan adalah lembut dan ringan serta mudah dibawa ke mana-mana. IDEA PRODUK


1 2 3 09 Murid memerhati item atau gambar yang disusun mengikut kategori dan memilih gambar yang sesuai berdasarkan kehendak mereka 1. Kemudian, murid akan mengeluarkan gambar-gambar yang dipilih dan melekatkannya pada velcro tape yang terdapat di tapak berwarna hitam 2. Seterusnya, gambar-gambar akan disusun bagi membentuk satu ayat atau frasa 3. Akhir sekali, murid dapat menyatakan keinginan mereka kepada ibu bapa, guru atau orang sekeliling dan mesej dapat disampaikan dengan jelas. 4. PENGGUNAAN PRODUK


10 Meningkatkan perkembangan motor halus Perkembangan motor halus kanakkanak merujuk kepada pergerakan otot kecil pada jari serta digabungkan dengan visual (Hidayah Hazirah Hisyam et. al., 2021). Produk ini memerlukan kekuatan pada jari untuk mengeluarkan gambar-gambar yang dilekatkan pada velcro dots. Hal ini dapat membantu kanak-kanak memperoleh kemahiran motor halus dengan mudah. Meningkatkan kosa kata Produk ini disusun mengikut kategori dan membolehkan MBPK mempelajari pelbagai kosa kata melalui simbol yang terdapat dalam setiap kategori. Hal ini dapat melatih murid untuk menggunakan bahasa dalam kehidupan seharian serta dapat memupuk kemahiran literasi kanak-kanak. IMPAK KE ATAS MBPK Membantu MBPK menyuarakan kehendak Produk ini membolehkan MBPK menyuarakan kehendak serta memberi respon melalui simbol-simbol yang terdapat di dalam Comkit. Dengan ini, komunikasi yang berkesan dapat dihasilkan. Tambahan pula, hal ini dapat menggalakkan murid menjalinkan hubungan dengan ibu bapa, guru-guru serta rakan-rakan yang lain.


11 RUJUKAN


Click to View FlipBook Version