The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOMPILASI EBOOK PDPR TASKA 3 TAHUN edited (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aishainani, 2021-08-17 13:59:30

KOMPILASI PdPR KANAK-KANAK TASKA (3 TAHUN)

KOMPILASI EBOOK PDPR TASKA 3 TAHUN edited (1)

Keywords: PdPR TASKA MALAYSIA,AKTIVITI TASKA,AKTIVITI KREATIF,AKTIVTI PDPR

HAK CIPTA

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian penulisan e-book ini dalam apa jua bentuk
dengan apa cara sekalipun sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau apa jua
cara kecuali dengan izin penulis.

Penulis juga tidak menjamin apa jua yang terkandung
adalah sesuai untuk pembaca namun semua isi
kandungan adalah melalui pengalaman, kefahaman
dan kepakaran penulis sendiri.

Diterbitkan oleh:
Oxford Global Press
Selangor

Terbitan Pertama:
Ogos 2021

2

LATAR
BELAKANG

Buku ini adalah hasil usaha sama beberapa orang pendidik bagi
merakam memori manis PdPR sepanjang PKP pada tahun 2020
dan 2021.

Pelbagai perkongsian mengenai aktiviti PdPR yang telah
dijalankan bersama kanak-kanak 3 tahun telah dititipkan di
dalam buku ini. Perkongsian yang melibatkan perkataan, gambar
dan video diharap dapat memberikan gambaran jelas tentang
apa yang akan disampaikan.

Buku elektronik ini akan dikeluarkan dalam tiga edisi; edisi
pertama kanak-kanak 2 tahun, edisi kedua kanak-kanak 3 tahun
dan edisi ketiga kanak-kanak 4 tahun bagi memudahkan para
pembaca memahami tips-tips berkaitan perkembangan kanak-
kanak mengikut umur dan perkembangan.

Semoga aktiviti PdPR yang telah kami kongsikan di dalam buku
ini dapat dijadikan bahan bacaan pendidik taska yang lain juga
dapat dijadikan idea kepada ibu bapa untuk merangsang anak-
anak di rumah.

Disarankan untuk membaca buku elektronik ini menggunakan
peranti laptop atau komputer untuk memudahkan pembaca
memuat turun di dalam format pdf, sekali gus memudahkan
pembaca untuk mengakses link video yang disediakan di dalam
buku ini.

Sebelum terus membaca, kami ingin berkongsikan kata-kata ini;

'Teruskan menggilap potensi anak-anak kita, mereka masa depan

3negara. Kita adalah pencorak negara di masa akan datang. '

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, dapat kami
menyempurnakan penghasilan buku elektronik
"Kompilasi PdPR Kanak-kanak Taska" seperti yang
dirancang.
Sekalung penghargaan buat semua pendidik yang
telah bekerjasama menyumbang idea dalam
menghasilkan panduan aktiviti yang mudah, ringkas,
padat dan menarik ini.
Di harap dengan penghasilan buku elektronik ini dapat
memberi manfaat kepada pengusaha, pendidik taska
dan ibu bapa dalam merancang aktiviti mudah yang
bermakna bersama kanak-kanak.

4

KATA-KATA PENULIS

"Lihat apa AKTIVITI kita hari ini dan itu
yang kita AKAN DAPAT esok hari. Semoga
segala AKTIVITI dalam e-book ini memberi

manfaat dan pancaran IDEA buat semua
pembaca."

- NORA AZUA-
"I've challenged myself to produce this e-
book so that I can enhance my creativity
skill. Besides learning and exploring new
things from my colleagues, I also hope
that this e-book will help parents out
there as it can be the first tool for them
to identify and explore their children's
capabilities." -SYARIFAH SURAYA-

"Saya sangat percaya bahawa teknologi
dan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang

asing. Merangsang kanak-kanak pada
jarak jauh adalah keperluan bagi abad ini.

Saya juga percaya dengan penerokaan
berterusan dari pendidik dan kerjasama
yang baik dari ibu bapa, kanak-kanak akan

seronok untuk belajar secara maya."
-AISYAH INANI-

"The early five years of the 5
children's life is crucial as it
shapes who they will become
later. Semoga apa yang di kongsi
memberi manfaat kepada semua."
- ANIS AINI-

KATA-KATA PENULIS

"Peranan pendidik dan keluarga adalah
sangat diperlukan dalam menyokong
pembelajaran kanak-kanak. Pendidik
perlu kreatif dan ibu bapa pula perlu

memberikan kerjasama yang baik supaya
pembelajaran kanak-kanak tidak terjejas
semasa keadaan pandemik COVID-19 ini.

Ayuh kita memperkukuhkan
pembelajaran dalam talian kerana
hakikatnya tugas kita adalah mendidik
bakal pemimpin negara satu hari nanti.
Semoga terus tabah dan teruskan
perjuangan sebagai seorang pendidik dan

ibu bapa." -MUSSALMAH-
"PDPR ini menyedarkan kita bahawa
pendidikan anak- anak khususnya kanak-
kanak 1-4 tahun bukan hanya terikat di
taska dan menggunakan bahan mengajar
yang khusus serta dijalankan secara formal.
Rutin harian kanak - kanak yang gemar
bermain adalah cara sebenar mereka
mempelajari sesuatu yang sangat bernilai.
Pendekatan belajar melalui bermain sangat
berkesan kepada kanak- kanak kerana ia
mendatangkan keseronokan dan kepuasan
kepada kanak-kanak dalam menjalankan
sesuatu aktiviti bermain. Pelbagai aktiviti
bermain yang mudah dan menarik telah
dimuat naik melalui e book ini. Di harap
segala aktiviti e book ini dapat memberi
idea dan manfaat kepada semua."
-NUR SHAZWANI-

6

SENARAI
KANDUNGAN

LATAR BELAKANG 3

PENGHARGAAN 4

KATA-KATA PENULIS 5

PENDAHULUAN 9

VIRTUAL GAMES 11

TEH O AIS LIMAU 15

MICE RACE 19

FEEL AND FIND 22

7

SENARAI
KANDUNGAN

FLOWER FRAME 25

VOLCANO EXPERIMENT 28

SALAD BUAH 32

HEAD, SHOULDER, KNEE AND TOE 35

KESIMPULAN 38

AKHIR KATA 39

BACAAN LAIN BERKAITAN PdPR 40

TENTANG PENULIS 41

8

PENDAHULUAN

Sejarah tercipta apabila kali pertama kami
diminta untuk menjalankan PdPR pada
bulan April 2020 (PKP 1.0). Masa tu
macam-macam reaksi pendidik, macam-
macam soalan lah keluar. Antaranya:

PdPR kanak- Kenapa nak kena
kanak taska? jalankan PdPR
dengan kanak-
Boleh ke? kanak kecil?

Nak ajar apa? Pendidik dah
Macam mana nak bersedia ke?
buat aktiviti secara

virtual?

Tetapi dalam kurang yakin kami teruskan juga.
Teringat lagi antara panduan awal yang diberikan
kepada pendidik adalah, pastikan PdPR yang
dijalankan tidak membebankan ibu bapa dari segi
data internet, bahan, masa dan sebagainya.
Jadi, berbekalkan pengalaman yang sangat kurang,
kami mula mengorak langkah. Memang lucu dan
pelbagai kekangan awalnya, namun semakin lama
boleh dilihat PdPR yang dijalankan oleh pendidik
semakin baik dan menunjukkan peningkatan.

9

PENDAHULUAN

Yang paling penting juga, walaupun pusat/ taska
tidak dapat beroperasi, kami masih dapat
BERHUBUNG dan MEMASTIKAN PERKEMBANGAN
kanak-kanak dapat dirangsang dan mengikut
tahap perkembangan yang sesuai dengan
kebolehan individu.

Namun sudah pasti, semuanya tidak memberi
apa-apa makna jika kami, para pendidik, tidak
dapat menjalankan hubungan baik bersama ibu
bapa. Manakan tidak, kanak-kanak bawah usia 4
tahun, nak baca pun belum tahu. Jadi, ibu bapa
adalah medium yang sangat penting dalam
melaksanakan PdPR.

Mengikut data jumlah penglibatan kanak-kanak
di dalam aktiviti PdPR di tempat kami bertugas,
didapati hampir 85% dapat melibatkan diri
dengan aktiviti dan pembelajaran yang
dijalankan. Ini bermakna, ibu bapa di pusat/taska
ini sangat komited dengan perkembangan kanak-
kanak dan memahami tentang rangsangan yang
perlu dijalankan kepada kanak-kanak di awal
usia.

Jadi, kami akan terus berkongsi kepada semua
pembaca tentang cara PdPR kanak-kanak taska
yang mudah dan sesuai untuk dijalankan oleh
pendidik secara maya. Untuk ibu bapa yang
terbaca, boleh juga gunakan aktiviti di dalam
buku ini untuk merangsang anak di rumah.

Jadi, jom kita mulakan.... PdPR bukanlah perlu
kompleks, asalkan
dapat memberi
MAKNA kepada
kanak-kanak. 10

PdPR TASKA-
VIRTUAL
GAMES

PERKONGSIAN DARIPADA TEACHER AISYAH

TEMA
MINGGUAN:
SUKAN &
PERMAINAN

TEMPOH
PERLAKSANAAN:

1 MINGGU

DARIPADA AKTIVITI INI,
KANAK-KANAK BOLEH:

Memahami arahan-arahan ketika bermain
permainan.
Berkomunikasi bersama rakan melalui
permainan dalam talian
Bermain dan bersaing secara sihat bersama
kawan

Aktiviti ini dijalankan “Develop a passion
pada bulan November for learning. If you
do, you will never
2020.
Pada ketika ini, kanak- cease to grow.”
- Anthony J.
kanak 3 tahun sudah D’Angelo-
mula menunjukkan
11
perkembangan bahasa
dan sosial dengan
sangat baik.

CARA PERLAKSANAAN
PdPR

BAHAN AKTIVITI:
botol, mangkuk,
bijirin pelbagai jenis,
printable maze

Pendidik merancang Pendidik
aktiviti dan memberikan
pilihan waktu
berbincang tentang kepada ibu bapa
bahan-bahan dan kanak-kanak
bagi membuat
bersama ibu bapa. panggilan video
(Google Meet).

Pendidik 12
menjalankan
panggilan video
(Satu kumpulan
tiga/ empat orang
kanak-kanak) dan
bermain bersama
kanak-kanak di
dalam talian.
Yang paling asas dalam
merancang PdPR
dengan kanak-kanak
adalah...
BAHAN YANG MUDAH.

Sebaiknya bahan yang
ada di rumah.

CARA VIRTUAL GAME
DILAKSANAKAN

PERMAINAN PERTAMA: ASINGKAN BIJIRIN

Kanak-kanak diminta untuk mengasingkan bijirin yang
bercampur ke dalam tiga mangkuk.
Kanak-kanak yang siap mengasingkan bijirin, dikira
sebagai pemenang.

Fokus sungguh mereka
mengasingkan cereal

PERMAINAN KEDUA: MASUKKAN BIJIRIN

Kanak-kanak diminta untuk memasukkan 20 bijirin
daripada mangkuk ke dalam botol.
Kanak-kanak yang siap memasukkan 20 bijirin, dikira
sebagai pemenang.

PERMAINAN KETIGA: SUSUN BIJIRIN

Dengan menggunakan bijirin, kanak-kanak diminta untuk
menyelamatkan anak ayam.
Kanak-kanak yang siap menyusun bijirin di dalam ruang,
dikira sebagai pemenang.

13

SOROTAN DARIPADA
AKTIVITI INI

Pada minggu berikutnya, kami bermain lagi
dengan permainan lain iaitu biskut, cawan,
tabung dan sebagainya. Ini kerana, kanak-
kanak gembira dapat berinteraksi secara

maya bersama kawan-kawan.
Untuk makluman, permainan bijirin ini
adalah kali pertama pendidik dan kanak-
kanak menjalankan PdPR secara panggilan
video. Sebelum ini pendidik menggunakan

kaedah video dan tugasan.

TIPS MENJALANKAN PANGGILAN
VIDEO BERSAMA KANAK-KANAK

(SECARA BERKUMPULAN)

Fokus kepada kanak-kanak yang teruja untuk
bercakap, cuba tarik perhatian kanak-kanak yang
malu, tetapi JANGAN PAKSA.
Beri ruang masa kepada kanak-kanak untuk
menjawab soalan yang diajukan.

14

PdPR TASKA-
TEH O AIS
LIMAU

PERKONGSIAN DARIPADA TEACHER SURAYA

TEMA MINGGUAN:
DERIA RASA

TEMPOH
PERLAKSANAAN:

1 MINGGU

DARIPADA AKTIVITI INI,
KANAK-KANAK BOLEH:

Mengenal pasti rasa pahit, manis dan tawar

Membezakan tentang rasa panas dan sejuk

Children use all of their 15
senses in learning.

They touch, smell, taste
and see.

- Susan Blake-

CARA
PERLAKSANAAN

PdPR

kkdmeafeupenrPnianaaedgeknasrrdtaiaekinsldnaiagdintkkdaaaahnaknng- tcmeahrePanOeumnandeijsiumdklibikkmuaaantu

m eI bnug hbaanptaa r Pendidik
video kanak- menjalankan
penilaian terhadap
kanak perkembangan
melaksanakan kanak-kanak
aktiviti di rumah melalui video yang

diberikan

BAHAN YANG 16
ADirI PpaEnRaLsU, aKiAs,Na:ir

masak, teh, gula,
limau, cawan dan sudu

MAKLUMAT
TAMBAHAN
TENTANG AKTIVITI

INI

prmeamdprseieeKagmsrnaaaduaenltabsaruanouakkhbkka-maaankkehnaasunannernnetaastriskabuoaatakpkugai Masukkan air panas dan
air biasa

Masukkan teh dahulu,
kacau dan rasa

Masukkan grauslaa, kacau dan
Masukkan/ perahkan limau,

kacau dan rasa

admibdirmsgeKiemktiameanfeelnasbngabhpiteiaakunannoknkpagdgd-atekaaasiknriransedscaitedu.anibklnrinyiakaaidmtakginiutarikiu mmbdmmeeeeBIrernnaNAtnakggaTNesaaanEarlYnniayoRtAabiakksnAneKaaes.KrnsKyosrSuaaaaArIanlsmaN-atgasnua,a,,

APA RASA LIMAU,
TEH, GULA DAN TEH O

AIS LIMAU?

17

RESPONS KANAK-
KANAK BAGI
AKTIVITI INI

Kelatnya
rasa tekak

saya...

Masam sungguh
rasa air ni

KEEP CALM
AND HAVE A
GLASS OF ICED
LEMON TEA!

18

PdPR TASKA-
MICE RACE

Perkongsian daripada
Teacher Shazwani

TEMA
MINGGUAN:

HAIWAN

TEMPOH
PERLAKSANAAN:

1 MINGGU

Daripada aktiviti BAHAN YANG
ini, DIPERLUKAN:
Kertas A4, pensel, marker
kanak-kanak pen, pembaris, gunting
dapat:

Menggunting Time spent
garis lurus playing with
children is never
Bermain permainan
ciptaan sendiri wasted
dengan gembira – Dawn Lantero-

19

CARA PERLAKSANAAN
PdPR

Pendidik memberi bimbingan penuh
langkah-langkah perlaksanaan

aktiviti melalui video pengajaran

Pendidik memberi penekanan
tentang penguasaan motor halus
melalui kemahiran melukis garisan
lurus, menggunting dan melipat

kertas.

Setelah siap, kanak-kanak
diberi ruang untuk cuba
bermain terlebih dahulu.

20

MAKLUMAT TAMBAHAN
TENTANG AKTIVITI
MICE RACE

Klik sini untuk melihat
TUTORIAL LENGKAP
berkaitan aktiviti ini

Klik sini untuk melihat
KANAK-KANAK
MENJALANKAN

AKTIVITI MICE RACE
di rumah

TIPS UNTUK PENDIDIK

Sentiasa memberikan bahan alternatif
kepada ibu bapa ketika berkongsi aktiviti

Sentiasa mengutamakan penglibatan
kanak-kanak yang dijalankan secara
sukarela bukan paksaan

Sentiasa memberikan penerangan yang jelas 21
dan lengkap di dalam video mahupun
penerangan bertulis

PdPR TASKA-
FEEL AND FIND

Perkongsian daripada
Teacher Nora

TEMA MINGGUAN: BAHAN YANG
MAKANAN DIPERLUKAN

TEMPOH Kertas/kain
PERLAKSANAAN: Salotape

1 MINGGU Peralatan dapur (pinggan,
mangkuk, cawan, sudu,
garfu dll)

Daripada aktiviti ini,
kanak-kanak boleh:

Mengambil barang dapur The best inheritance a
di dalam kotak PARENT can give his
CHILDREN is a few
minutes of his time each

day

Meneka dan menyebut dengan

betul nama peralatan dapur

Menunjukkan cara menghidang
makanan di atas meja dengan
menggunakan peralatan yang betul

22

CARA PERLAKSANAAN
PdPR

Klik sini bagi menonton video
pembelajaran yang telah
disediakan

Peralatan dapur Ibu bapa sediakan
diperkenalkan satu kotak bersaiz
kepada kanak-kanak
iaitu pinggan, sederhana dan
mangkuk, cawan, ditutup dengan
sudu dan garfu
secara tayangan kain.

video.
Peralatan dapur
dimasukkan ke
dalam kotak dan
kanak-kanak mula
bermain bersama ibu

bapa

CARA BERMAIN: 23
Masukkan tangan ke dalam kotak yang bertutup.
Cuba mencari peralatan dapur yang ada dalam kotak.
Cuba teka peralatan tersebut (pegang dan sebutkan nama).

Keluarkan peralatan dan lihat betul @ tidak.

MAKLUMAT TAMBAHAN BAGI
AKTIVITI INI

Penggunaan bahan
yang fleksibel

dan bersesuaian
dengan aktiviti.

Disarankan untuk
menggunakan
peralatan

yang selamat- plastik
dan tidak tajam

Children learn more
from what you are
than what you teach

-w.e.b. Du Bois-

24

PdPR TASKA-
FLOWER FRAME

Perkongsian daripada Teacher Anis

TEMA
MINGGUAN:
TUMBUHAN

TEMPOH
PERLAKSANAAN

AKTIVITI:
1 MINGGU

DARIPADA AKTIVITI A CHILD MORE
INI, THAN ANYONE

KANAK-KANAK ELSE, IS A
BOLEH: SPONTANEOUS
OBSERVER OF
Mencari bunga-bunga yang
terdapat di sekitarnya NATURE”
dengan baik -MARIA
MONTESSORI-
Menggunakan kreativiti
untuk menghasilkan bingkai 25
bunga

CARA PERLAKSANAAN
AKTIVITI PdPR

BAHAN YANG DIGUNAKAN:
Gunting, bekas, pinggan
kertas/ kotak, selotape

Pendidik bercerita Pendidik
tentang bunga menyediakan video

melalui video dan aktiviti untuk
mengenalkan jenis- rujukan ibu bapa
bagi membimbing
jenis bunga
anak-anak di
rumah

Daripada video Kanak-kanak
dan gambar yang menjalankan
aktiviti di rumah
diberikan, bersama ibu bapa
pendidik
membuat 26
penilaian
perkembangan

CARA MEMBUAT FLOWER FRAME
BERSAMA ANAK

Ajak anak-anak bermain dan berjalan di luar
rumah sambil mengajak anak-anak
menggunting atau memetik bunga.

Jika bunga bukan di laman rumah sendiri,
jangan lupa meminta izin
Kurang sesuai untuk dijalankan bagi kanak-kanak
yang tinggal di apartment, flat dan kondominium

Guntingkan bahagian tengah pinggan kertas
dan tampalkan selotape pada bahagian yang
berlubang.

Dengan menggunakan bunga yang telah
dikutip, ajak anak-anak menghias ruang yang
telah diletakkan selotape.

SELAMAT MENCUBA

27

PdPR TASKA-
VOLCANO EXPERIMENT

Perkongsian daripada Teacher Aisyah

TEMA
MINGGUAN:
IKLIM & CUACA

TEMPOH
PERLAKSANAAN

AKTIVITI:
1 MINGGU

Daripada aktiviti ini,
kanak-kanak boleh:

Mengikut arahan mudah ketika
menjalankan eksperimen

Meneroka perubahan air apabila EXPERIMENT.
dicampurkan pelbagai bahan FAIL.

Memahami tentang kejadian LEARN.
gunung berapi REPEAT.

28

CARA PERLAKSANAAN
AKTIVITI PdPR

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

Bekas, soda bikarbonat, air, sabun
cuci pinggan, cuka, sudu, pewarna
makanan

Pendidik memberikan video penerangan
tentang gunung berapi kepada kanak-kanak

(secara ringkas)

Pendidik menunjukkan eksperimen yang akan
dijalankan bersama-sama di dalam video

Pendidik meminta ibu bapa menyediakan
bahan-bahan eksperimen dan memilih masa
yang sesuai untuk menjalankan Google Meet

Pendidik menjalankan eksperimen di dalam
talian bersama kanak-kanak dan

menerangkan tentang eksperimen dan
gunung berapi

29

CARA MENJALANKAN
VOLCANO EXPERIMENT

Masukkan bahan-bahan di bawah ini
di dalam bekas:

Soda Klik untuk lihat
bikarbonat cara menjalankan

eksperimen

Air dan Cuka
sabun dan
basuh kacau
pinggan
Pewarna
makanan

Kita akan lihat buih yang banyak akan
keluar daripada bekas.

Ini lah yang akan kelihatan apabila
terjadinya gunung berapi- pendidik boleh

berkongsi video gunung berapi kepada
kanak-kanak sebagai pemahaman
tambahan.

30

SOROTAN DARIPADA
AKTIVTI INI

Tips menjalankan eksperimen di dalam
talian bersama kanak-kanak:

Pastikan eksperimen dapat menunjukkan
perubahan yang segera dan jelas.

Pastikan kanak-kanak boleh mengikut arahan
dengan baik dan eksperimen sesuai dengan
umur kanak-kanak.

31

PdPR TASKA-
SALAD BUAH

Perkongsian daripada Teacher Suraya

TEMA MINGGUAN:
MAKANAN
SIHAT
TEMPOH

PERLAKSANAAN
AKTIVITI:
1 MINGGU

DARIPADA AKTIVITI INI,
KANAK-KANAK BOLEH:

Melibatkan diri dalam
menghasilkan salad buah -
memotong buah, mencampurkan
mayonis, menggaul buah.

Mengenal makanan sihat dan EAT HEALTHY,
keperluan mengamalkan FEEL HEALTHY &
makanan sihat LOOK HEALTHY

32

CARA PERLAKSANAAN
AKTIVITI SALAD BUAH

Bahan yang diperlukan:

Mangkuk
Papan pemotong
Pisau kanak-kanak

Sudu
Mayonis
Beberapa jenis buah yang lembut

Kanak-kanak menyebut
nama buah-buahan yang ada

Kanak-kanak memotong buah-
buahan dan masukkan ke dalam

mangkuk

Kanak-kanak menggaulkan
buah-buahan dengan mayonis
sehingga rata menggunakan sudu

Kanak-kanak mula menghidangkan

salad buah kepada keluarga dan makan

bersama-sama 33

PERKONGSIAN
TAMBAHAN TENTANG
AKTIVITI SALAD BUAH

Pilih apa sahaja buah yang mempunyai rasa
yang sedap dan digemari oleh kanak-kanak

Pilih buah yang bertekstur lembut agar
kanak-kanak dapat menjalankan aktiviti

dengan sendiri

Pantau dan berceritalah kepada kanak-
kanak tentang khasiat buah-buahan
sepanjang aktiviti dijalankan

Boleh kembangkan aktiviti ini dengan
mengajak kanak-kanak untuk

menjalankan aktiviti capan tangan
membentuk buah.

Melalui aktiviti ini, selain daripada mengenalkan
tentang khasiat buah-buahan, kita juga

menambahkan nilai yakin diri dan berdikari dalam diri
kanak-kanak apabila kita galakan mereka untuk
membuat salad buah dengan sendiri.

34

PdPR TASKA-
HEAD, SHOULDERS,

KNEES & TOES

Perkongsian daripada Teacher Mussalmah

TEMA MINGGUAN:
ANGGOTA BADAN

TEMPOH PERLAKSANAAN
AKTIVITI:
1 MINGGU

DARIPADA AKTIVITI INI, Music gives a soul to the
KANAK-KANAK BOLEH universe, wings to
the mind, flight to
Menamakan anggota badan the imagination
and life to
Membuat pergerakan kreatif everything
menggunakan lagu – Plato-

"Chicken Dance Mix Head, 35
Shoulders, Knees and Toes"

CARA PERLAKSANAAN
AKTIVITI PdPR

Pendidik menyediakan Klik sini untuk melihat video
video pembelajaran pembelajaran

dan video pergerakan
kreatif “Ayuh Goyangkan
Badan” untuk ditonton oleh

kanak-kanak.

Pendidik menjalankan sesi Google
Meet bersama kanak-kanak untuk

mengajak kanak-kanak
menamakan bahagian anggota

badan bersama-sama.

Pendidik juga mengajak ibu bapa untuk
menjalankan aktiviti ini di rumah bersama

kanak-kanak

PANDUAN KEPADA IBU BAPA BAGI
MENJALANKAN AKTIVITI INI BERSAMA

ANAK-ANAK DI RUMAH

Pasangkan lagu daripada TV atau telefon bimbit
dan ajak anak-anak bergerak bersama lagu yang
dipasangkan.

Ibu bapa bercerita dengan anak tentang anggota 36
badan- nama, fungsi, jumlah anggota badan, dll
(mengikut tahap kebolehan
anak-anak)

PERKONGSIAN
TAMBAHAN DARIPADA

AKTIVITI INI

Kanak-kanak teruja membuat pergerakan
sepanjang lagu dimainkan.

Ahli keluarga kanak-kanak di rumah juga
turut menyertai aktiviti ini bersama-
sama

FAEDAH PERGERAKAN 37
KREATIF

Mengembangkan kawalan badan kanak-
kanak

Meningkatkan koordinasi dan
keseimbangan melalui pergerakan yang
pelbagai

Menggalakkan penyertaan kanak-kanak

Meningkatkan kemahiran mendengar

Menggalakkan kemahiran sosial

Menyihatkan badan

“Pergerakan merupakan salah
satu cara untuk mengungkap

perasaan melalui muzik”
-Emile Jaques Dalcroze-

KESIMPULAN

Dalam situasi pandemik ini, sebaiknya pendidik di
taska kerajaan mahupun swasta bersedia untuk
menguasai cara merangsang kanak-kanak melalui
pelbagai medium.

Terdapat banyak kesan-kesan baik yang telah
diceritakan di dalam buku ini, seperti;

1- Dapat memberi pendedahan terhadap cara
pembelajaran menggunakan teknologi di awal umur
dengan menggunakan Google Meet, video.

2- Dapat berhubung dengan kanak-kanak walaupun
operasi taska ditutup. Kami kira dengan cara ini,
pengurangan bayaran bulanan juga tidak perlu
dilakukan kerana pendidik masih menjalankan
pembelajaran dalam medium berbeza berbanding
dengan tanpa sebarang usaha untuk reach kepada
kanak-kanak dan ibu bapa sepanjang penutupan.

3- Pendidik dapat meningkatkan kemahiran diri dalam
menguasai teknologi. Kita sudah mencecah ke tahun
kemajuan, jadi pendidik perlu melangkah ke hadapan
dan menguasai kemahiran teknologi ini, kerana kita
tak boleh jangka apa seterusnya yang bakal terjadi.
Jadi, sebaiknya kita bersedia.

Moga dengan perkongsian ini dapat membuka mata
pendidik taska untuk bersama dengan ibu bapa dan
kanak-kanak bagi menjalankan PdPR mudah dan
bermakna kepada semua.

Menyiapkan kanak-kanak yang 38
bersedia mendepani zaman

pembelajaran melalui teknologi
adalah tugas kita orang DEWASA.
Jadi, jom kita cuba sebaiknya...

APA KATA PENDIDIK
TENTANG PdPR KANAK-
KANAK 3 TAHUN?

Teacher Muss

Kanak-kanak membina pengetahuan melalui pengalaman
pembelajaran yang bermakna seperti belajar melalui bermain.
Pada tahap umur kanak-kanak 3 tahun, kanak-kanak sudah boleh
memberikan tumpuan dengan baik dan bermain dengan aktif.

Oleh yang demikian, pendidik dan ibu bapa perlu bijak dan
kreatif dalam memastikan segala aktiviti yang disediakan
semuanya mempunyai elemen bermain. Biarpun dalam aktiviti

rutin yang mudah, penerapan elemen bermain dapat
memaksimumkan lagi hasil pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu,

pelbagaikan aktiviti kanak-kanak agar mereka lebih bebas
meneroka dunia ini dengan cara bermain!

Teacher Nora

Proses pembelajaran secara bersemuka dan pembelajaran secara
dalam talian adalah dua perkara yang berbeza. Kanak-kanak pada
peringkat awal usia yang mudah terganggu dengan persekitaran.

Hal ini menyebabkan mereka sukar untuk fokus pada sesi
pembelajaran. Seterusnya cabaran dari aspek pemahaman. Kanak-

kanak pada peringkat ini, memerlukan rangsangan secara
bersemuka dengan menggunakan bahan maujud. Namun dengan
sesi pembelajaran secara dalam talian, mereka perlu menukar

cara pembelajaran kepada pembelajaran dalam skrin.

39

APA KATA PENDIDIK
TENTANG PdPR KANAK-
KANAK 3 TAHUN?

Teacher Anis

Kanak-kanak memerlukan hubungan sosial yang nyata untuk
perkembangan mereka dan "screen time" yang terlalu lama tidak

digalakkan oleh pakar. Oleh itu, pendidik perlu bijak untuk
mengambil pendekatan yang boleh merangsang perkembangan
kanak-kanak disamping mengisi keperluan sosial mereka. Salah
satu cara yang boleh diambil ialah pendekatan projek/aktiviti
yang memerlukan penglibatan ahli keluarga yang lain. Dengan
cara ini, disamping membuat aktiviti pembelajaran, kanak-kanak

dapat memenuhi keperluan emosi dan sosial mereka.

Teacher Wani

Hubungan sosial dengan ahli keluarga dapat mengurangkan
tekanan emosi dan cabaran yang dihadapi dalam menjalani PdPR

di musim pandemik ini.
Luangkan masa bersama, beri perhatian,bermain dan kerap
berkomunikasi adalah tips terbaik yang boleh diamalkan dalam

memastikan tahap emosi berada pada tahap yang baik.
Persediaan emosi yang baik mampu membawa perubahan dalam
aspek emosi dan tingkah laku anak-anak dalam menjayakan sesi

PdPR.

40

APA KATA PENDIDIK
TENTANG PdPR KANAK-
KANAK 3 TAHUN?

Teacher Suraya

Umur 3 tahun adalah tahap klimaks untuk perkembangan
kanak-kanak kerana pada ketika ini kanak-kanak

mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Mereka
akan meneroka persekitaran mereka dengan kadar
maksimum. Jadi, pendidik dan ibu bapa perlu kreatif

dalam menarik perhatian kanak-kanak agar mereka dapat
menjalankan aktiviti dengan sebaiknya.

Teacher Aisyah

Melalui PdPR pendidik tidak dapat merangsang perkembangan
bahasa kanak-kanak dengan baik disebabkan kekangan medium
tersebut contohnya suara kurang jelas, pergerakan mulut yang
tidak jelas dan sebagainya. Namun, bagi memastikan kanak-kanak
dapat menguasai kemahiran ini, pendidik kerap menjalankan sesi
PdPR dengan cara dalam talian yang melibatkan (Google Meet,
Whatsapp call, persembahan You Tube). Dengan cara ini, pendidik
bukan sahaja dapat membimbing kemahiran komunikasi kanak-
kanak, pendidik juga dapat meningkatkan sifat yakin diri pada
kanak-kanak dalam menjalankan sesi PdPR melalui teknologi.

41

BACAAN LAIN
BERKAITAN PdPR
KANAK-KANAK TASKA

DI MALAYSIA

KAJIAN PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MELALUI
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI
RUMAH (PdPR) DALAM KALANGAN PENDIDIK
GENIUS NEGARA

KOMPILASI AKTIVITI KANAK-KANAK DI RUMAH

KOMPILASI PdPR KANAK-KANAK TASKA
(edisi 2 tahun)

42

43


Click to View FlipBook Version