TOKOH SUKAN
Datuk Mohd Azizulhasni Awang
Nama :
Nur Qaseh Qalesya binti Syaiful Azrie
Kelas / Sekolah:
6 Aspirasi / SK Langkawi
P engena la n
Nama Mohammad Azizulhasni bin Awang sering kedengaran dalam industri sukan negara.
Generasi muda juga pasti mengenali pemuda hebat yang dikenali dengan gelaran the
pocketrocketman ini.
Adakah beliau seorang atlet olahraga, aktiviti sukan luar dan sebagainya? Yang pasti,
beliau sangat berbakat dan telah menyumbang banyak hal yang menarik kepada negara
kita.
Sebelum tu, mari kenali terlebih dahulu siapakah pemuda yang dimaksudkan ini. Jom lihat
latar belakangnya dan sumbangannya terhadap negara yang sangat menarik.
Latar Belakang Datuk Mohd Azizulhasni Awang
Azizul Hasni Awang atau nama panggilannya iaitu Jijoe dilahirkan pada 5 januari 1988.
Beliau merupakan anak ke-8 daripada 9 adik beradik. Beliau berasal dari Terengganu dan
sudah mendirikan rumah tangga.
Kini, beliau telah mempunyai 2 anak perempuan iaitu Amna Mariam dan Amna Khadeeja.
Isterinya adalah Athiah Ilyana Abdul Samat. Dalam melayari kehidupan sebagai suami dan
bapa, beliau telah mengharumkan nama negara dengan baik sekali.
Siapakah Beliau Sebenarnya ?
Bagi anda yang pernah mendengar namanya tetapi tidak tahu banyak tentangnya, beliau
sebenarnya adalah seorang pelumba basikal trek profesional Malaysia. Pelbagai kejayaan
dan sumbangan hebat serta menarik telah beliau hadiahkan terhadap negara kita.
Pendidikan dan Kelayakan Azizul Hasni Awang
Tahukah anda, Azizul Hasni merupakan bekas
pelajar sekolah sukan Bukit Jalil (SSBJ) yang amat
terkenal dalam bidang sukan. Patutlah sangat aktif
bersukan, rupanya dari sekolah lagi memang
sangat minat bidang ini.
Namun sebelum memasuki sekolah sukan tersebut, Sekolah Sukan Bukit Jalil
beliau telah mengasah bakat dalam salah satu
program sukan iaitu Pasukan Berbasikal
Terengganu. Dengan bakat dan minat beliau,
akhirnya beliau mengambil langkah yang lebih
serius untuk berkecimpung dalam bidang ini.
Untuk pengetahuan anda juga, Azizul Hasni Universiti Deakin, Australia
Awang juga pernah melanjutkan pengajian di
peringkat Ijazah Sarjana Muda Perdagangan
(Pengkhususan dalam pengurusan sukan) di
Universiti Deakin, Australia.
.
Sumbangan Azizul Hasni Awang
Terdapat banyak perkara dan sumbangan Azizul Hasni Awang kepada negara kita yang
ramai tak tahu. Beliau telah banyak mengharumkan nama negara Malaysia di serata dunia.
Antara perkara dan sumbangan terbaik bagi beliau adalah kejayaan yang dikecapinya
dalam Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asea, Sukan Sea dan kejohanan lain.
Semuanya amat membanggakan negara kita. Sebagai rakyat, kita pun sangat teruja dan
bangga sekali. Berikut adalah perkara dan sumbangan Azizul Hasni Awang juga
merupakan penglibatan serta kejayaan yang telah dikecapinya sehingga kini.
➢ Pernah memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne Australia pada
Januari 2009 serta pingat emas acara keirin dan pecut 200m Kejohanan Trek Asia
pada April 2008.
➢ Beliau merupakan seorang pembawa bendera bagi pasukan kebangsaan Malaysia di
Sukan Olimpik Beijing 2008. Dengar macam biasa sahaja kan, tetapi ia adalah
sesuatu yang sangat membanggakan.
➢ Beliau telah menduduki Ranking Pertama di Dunia bagi acara Keirin.
➢ Pencapaian terbesar beliau ialah pernah memenangi pingat emas dalam Kejohanan
Dunia Berbasikal Trek UCI 2017 dan pingat gangsa di Sukan Olimpik 2016 di Brazil
dalam acara keirin.
➢ Beliau juga telah memenangi pingat perak pada Kejohanan Dunia 2009 bagi kategori
pecut dan pingat perak pada Kejohanan Dunia 2010.
➢ Beliau digelar Sportsman Malaysia Tahun pada tahun 2009 dan 2010.
➢ Azizul Hasni Awang juga telah berjaya mendapat tempat ke-111 mewakili Malaysia
dalam mencapai sasaran pingat Sukan Sea keseluruhannya selepas memenangi
kategori sprint lelaki di Velodrom Nasional di Nilai.
➢ Azizul juga merupakan pemain bendera untuk Malaysia pada Sukan Asia Tenggara
2017 bersama dua juara dunia iaitu Cheong Jun Hoong dan eksponen silat Mohd Al-
Jufferi Jamari.
➢ Azizul Hasni Awang juga telah menerima Anugerah Atlet Terbaik 100Plus pada
tahun 2009 dan 2017 dari Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM).
➢ Beliau juga telah memenangi tempat ketiga dalam perlumbaan Siri Piala Dunia
Klasik UCI (International Cycle Union) di Manchester, England yang diadakan pada
Februari 2011.
Perkara dan sumbangan Azizul Hasni Awang ini sangat bernilai dan takkan mampu dibalas
oleh sesiapa pun. Sungguh negara kita memerlukan seorang atlet yang sangat berkaliber
dan berpotensi tinggi seperti beliau.
Pencapaian “ The Pocket Rocketman”
Terkini :
Pingat perak dalam acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo
Semangat Dan Perjuangan Membanggakan Negara
Biarpun beliau telah memenangi tempat ketiga dalam perlumbaan Siri Piala Dunia Klasik
UCI, sebenarnya telah berlakunya tragedi yang tak dapat dielakkan dan tidak dapat
dilupakan.
Beliau telah tertusuk serpihan kayu sepanjang 20 cm di betisnya ketika bertanding acara
keirin pada waktu itu. Namun, sikapnya yang tidak putus asa dalam perjuangan
membuatkan beliau kuat dan meneruskan kayuhannya sehingga berjaya menduduki tempat
ketiga.
Selain tragedi itu, perjuangan dan latihan yang beliau lakukan sangat bersungguh-sungguh
demi untuk menggapai kejayaan yang diimpikan. Beliau adalah contoh terbaik bagi belia
yang meminati sukan dan berdaya saing.
Teknologi Basikal
Basikal yang direka mengikut kesesuaian tiga pelumba negara iaitu Azizulhasni Awang,
Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Zonis, diperbuat daripada
bahan karbon fiber yang lebih keras tetapi ringan dengan menggunakan teknologi
aerodinamik terkini untuk memastikan rintangan angin lebih rendah.
. Basikal berkenaan dihasilkan menerusi projek penyelidikan dan pembangunan (R&D)
berjumlah RM13 juta antara Institut Sukan Negara (ISN) dengan syarikat dari United
Kingdom, TOTALSIM Ltd., yang mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan aerodinamik
Galeri Gambar
P engha rga a n
Assalamualaikum dan salam sejahtera, syukur kepada Tuhan kerana dengan
limpah kurniaNya, dapat juga saya menyiapkan buku skrap saya yang telah
diusahakan selama ini yang bertajuk “Tokoh Sukan Malaysia, Datuk
Azizulhasni Awang”.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak
membantu saya sepanjang saya menyiapkan buku skrap ini iaitu kepada Cikgu
Nor Hanani binti Saaid, Guru Sejarah, 6 Aspirasi, SK Langkawi kerana beliau
telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua murid.
Sekalung penghargaan kepada kedua ibu bapa saya kerana telah memberikan
tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan buku skrap ini. Jasa mereka
akan saya kenang hingga ke akhir hayat.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama
berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan masing-masing. Bantuan
dan budi baik kalian dari segi informasi berkaitan buku skrap amatlah saya
hargai. Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu
saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang penghasilan buku skrap ini.
Sekian.