SEKOLAH KEBANGSAAN GANTISAN KOTA KINABALU
MODUL PDPR
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN 6 (SIRAH)
TAJUK:
DISEDIAKAN OLEH:
USTAZAH SARINAH @ SHARIE BINTI SABLI
GURU PENDIDIKAN ISLAM SKG.
PENGENALAN MODUL
PdPR ialah PdP dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau mana-mana
lokasi yang bersesuaian.PdPR yang dilaksanakan boleh dilaksanakan di luar talian
dengan berstruktur dan terancang.Kaedah PdPR adalah dengan menggunakan sama
ada modul yang dirancang secara berstruktur untuk memenuhi keperluan mata pelajaran
atau berasaskan projek yang dilaksanakan mengikut matapelajaran.
Modul Pendidikan Islam Sirah tahun 6 ini dihasilkan bagi memudahkan murid-
murid melaksanakan tugasan yang diberi secara terancang bagi mencapai objektif
pembelajaran dan memudahkan guru melaksanakan pentaksiran individu setiap
murid.Melalui modul ini juga, murid akan menjalankan modul versi PBL yang mana
murid-murid akan menghasilkan projek berkaitan tajuk bagi membantu murid agar lebih
memahami dan menghayati peristiwa sebenar melalui projek yang dihasilkan.
Objektif pembelajaran modul ini adalah bagi mencapai standard seperti berikut:
Murid dapat
1. Menerangkan latar belakang peristiwa Haji Wida’.
2. Menjelaskan kronologi peristiwa Haji Wida’
3. Menganalisis isi-isi penting daripada khutbah terakhir Rasulullah SAW.
4. Merumus dan mengaplikasikan iktibar daripada peristiwa Haji Wida’
Semoga dengan adanya modul ini ,akan dapat membantu murid-murid agar
dapat mengikuti pembelajaran dalam norma baharu ini.Akhir kata, diharap modul ini
memberi manafaat kepada sesiapa sahaja yang mengunakannya.
SELAMAT BELAJAR DAN BERKARYA
PANDUAN PENGGUNAAN MODUL
1. Mohon kerjasama ibubapa agar mematuhi SOP semasa mengambil dan
mengembalikan Modul PdPR Pendidikan Islam tahun 6.
2. Sila tulis nama dan tandatangan semasa mengambil modul dan memulangkan
semula modul ini pada masa tempoh yang ditetapkan.
3. Setiap murid akan mendapat satu set Modul PdPR Pendidikan Islam ini.
4. Murid dikehendaki menyiapkan setiap tugasan latihan dan projek yang diberikan
di dalam Modul ini.
5. Ibubapa/ penjaga perlu membimbing dan memberi tunjuk ajar untuk memastikan
latihan dan tugasan dapat disiapkan sepanjang berada di rumah.
6. Sila tulis nama dan kelas pada ruangan yang telah disediakan.
7. Kerjasama tuan/puan dalam memastikan anak-anak jagaan dapat menyiapkan
tugasan dan latihan dalam modul ini amatlah diharapkan dan diucapkan ribuan
terima kasih.
8. Tempoh pelaksanaan Modul ini ialah 2 minggu dari tarikh Modul ini diedarkan
kepada murid-murid.
NAMA:
KELAS:
NOTA:
NOTA: LATAR BELAKANG
HAJI WIDA’
MAKSUD HAJI TARIKH 25 ZULHIJJAH DISERTAI SERAMAI
PERPISAHAN 10 HIJRAH
90 000 ORANG UMAT
ISLAM
KRONOLOGI PERISTIWA HAJI WIDA’
DARI MADINAH BERMALAM DI SAMPAI DI
MENUJU ZU TUWA MEKAH
ZULHULAIFAH BAITULLAH
BERMALAM DAN RASULULLAH
BERIHRAM MELAKUKAN
TAWAF DAN SAIE
11-13 ZULHIJJAH
MELONTAR 8 ZULHIJJAH
JAMRAH DAN BERMALAM DI
MENYEMBELIH MINA
UNTA DI MINA
9 ZULHUJJAH
10 ZULHIJJAH WUKUF DI
BERMALAM DI ARAFAH
MUZDALIFAH MENYAMPAIKAN
KHUTBAH
NOTA:
ISI KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH.
1.Tidak mengamalkan riba 2.Menunaikan ibadah
3.Adil terhadap wanita 4.Berpegang pada AlQuran dan
sunnah
5.Menjaga agama
6.Semua umat islam bersaudara
7.Wajib mentaati pemimpin
9.Menunaikan solat,puasa ,zakat 8.Menjauhi amalan jahiliyah
dan haji
IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA HAJI WIDA’
KITA HENDAKLAH MENGASIHI RASULULLAH SEBAGAIMANA RASULULLAH
SAW SEBAGAIMANA RASULULLAH MENGASIHI KITA.
UMAT ISLAM MESTI HIDUP BERSATU PADU KERANA SETIAP MUSLIM
ADALAH BERSAUDARA.
KITA HENDAKLAH BERSUNGGUH-SUNGGUH MENUNAIKAN SESUATU
IBADAH SEBAGIMANA DITUNJUKKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW DAN
KAUM MUSLIMIN.
KITA MESTILAH MENJADIKAN AL QURAN DAN AS SUNNAH SEBAGAI
PANDUAN HIDUP KITA,MENTAATI PERINTAH ALLAH DAN RASUL SERTA
MENINGGALKAN LARANGANNYA.
JAWAB SEMUA SOALAN DI BAWAH.
1.Apakah maksud Haji wida’?
a. Haji perpisahan
b. Haji pertama
c. Haji mabrur
d .Haji Bakhil
2. Haji Wada' berlaku pada tahun ?
a. ke sembilan hijrah
b. ke sepuluh hijrah
c. ke lapan hijrah
d.ke sebelas hijrah
3.Berapakah jumlah umat muslimin yang mengikuti nabi untuk mengerjakan haji?
a.80 000
b.90 000
c.70 000
d.60 000
4. Bilakah Nabi dan sahabat berangkat ke Mekah?
a.20 Zulqaedah tahun ke sepuluh hijrah
b.20 Zulhijjah tahun ke sepuluh hijrah
c.25 Zulqaedah tahun ke sepuluh hijrah
d.25 Zulhijjah tahun ke sepuluh hijrah
5. Antara berikut kronologi yang manakah yang betul ?
a.Zulhulaifah-Zuthua-Mekah-Arafah-Muzdalifah-Mina-Mekah
b.Zuthua-Zulhulaifah-Mekah-Mina-Arafah-Muzdalifah-Mina-Mekah
c.Zulhulaifah-Zuthua-Mekah-Mina-Arafah-Muzdalifah-Mekah-Mina
d.Zulhulaifah-Zuthua-Mekah-Mina-Arafah-Muzdalifah-Mina-Mekah
6. Apakah perkara yang Nabi lakukan semasa berada di Zulhulaifah?
a.Bermalam dan memberi khutbah
b.Bermalam dan melakukan solat sunat
c.Bermalam kemudian berihram
d.Bermalam dan melakukan tawaf
7. Dimanakah Nabi menyampaikan khutbah terakhir baginda?
a.Masjidil Haram
b.Madinah
c.Mekah
d.Arafah
8. Antara berikut yang manakah amalan yang wajib dilakukan ?
a.Membaca Al-quran
b.Membaca doa iftitah
c.Taat pada pemimpin selagi tidak melanggar hukum syara'
d.Aqiqah
9. Sepanjang hayat Nabi,berapa kali Nabi mengerjakan haji ?
a.1
b.3
c.2
d.5
10. Antara berikut yang manakah pengajaran peristiwa hajjatul wida'.Jawapan boleh
lebih daripada 1
a.Hendaklah bersungguh-sungguh menunaikan sesuatu ibadah
b.Menjadikan Al-quran sunnah sebagai panduan
c.Mengasihi Rasullah
d.Hidup bersatu padu
1. Semua di atas
2. a dan b
3. a, b dan c
4. b dan c
SELAMAT MENJAWAB
MINDA AKTIF
Murid dikehendaki mengisi tempat kosong carta alir peristiwa perjalanan Haji Wida’
berdasarkan nama tempat mengikut kronologi yang betul.
SOALAN TUGASAN PBL 1 : PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
Murid-murid dikehendaki menghasilkan dioarama kronologi peristiwa Haji Wida’
mengikut kreativiti masing-masing.
TEMPOH PELAKSANAAN 1 MINGGU
TAJUK PBL
DIORAMA KRONOLOGI
STANDARD KANDUNGAN PERISTIWA HAJI WIDA’
STANDARD 5.4 Merumus dan mengklasifikasikan
PEMBELAJARAN iktibar daripada peristiwa haji wida’.
5.4.2 Menjelaskan kronologi
peristiwa Haji Wida’
OBJEKTIF PEMBELAJARAN Murid dapat:
Menjelaskan kronologi
peristiwa Haji Wida’
PANDUAN PELAKSANAAN
PROJEK
Rujukan https://youtu.be/wetdSMvjiWI
(link youtube berkaitan bagaimana cara menghasilkan diorama)
Bahan material ialah kotak terpakai,gunting warna ,soletap dan gam serta yang
difikirkan perlu mengikut kreativiti murid.
Panduan ibubapa penjaga memastikan murid-murid melihat tayangan video yang
dikongsi melalui ink yang diberi.
Bantu murid menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk projek berikut
serta memahami setiap langkahdalam pelaksanaan projek.
Buat rakaman video jika perlu semasa pelaksanaan projek.
Panduan untuk murid:
1. Sediakan bahan yang diperlukan seperti yang disebut di atas.
2. Lihat tayangan video pada link yang diberikan.
3. Contoh projek yang akan terhasil adalah seperti gambar dibawah:
4. Murid perlu melabelkan diorama mengikut kronologi peristiwa Haji Wida’
5. Gambar hasil projek kemudian kongsikan kepada guru dan perlu murid perlu
menghantar projek selepas 1 minggu.
6. Galakkan soal jawab(2 hala) melalui wassup/telegram antara guru dan murid
di talian http://www.wasap.my/60178611575/
SOALAN TUGASAN PBL 2 : PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
Murid-murid dikehendaki menghasilkan PENANDA BUKU“Kami Sayang Rasulullah”
dengan kreatif.Tulis pesanan Nabi Muhammad SAW dalam khutbah terakhir kepada
umat Islam.
TEMPOH PELAKSANAAN 1 MINGGU
TAJUK PBL Penanda Buku “kami Sayang
Rasulullah”
STANDARD KANDUNGAN
5.4 Merumus dan mengklasifikasikan
STANDARD iktibar daripada peristiwa haji wida’.
PEMBELAJARAN
5.4.3 Menganalisis isi-isi penting
daripada khutbah terakhir
Rasulullah SAW.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN Murid dapat:
Menganalisis isi-isi penting
daripada khutbah terakhir
Rasulullah SAW.
Panduan untuk murid:
1. Sediakan bahan yang sesuai mengikut kreativiti masing-masing untuk
menghasilkan penanda buku.
2. Tulis pesanan Nabi Muhammad SAW dalam khutbah terakhir kepada umat
Islam pada penanda buku anda.
3. Gambar hasil projek kemudian kongsikan kepada guru dan perlu murid perlu
menghantar projek.
LENGKAPKAN PETA BUIH DI BAWAH.
IKTIBAR PERISTIWA
HAJI WIDA’
RESPON IBUBAPA/ PENJAGA
CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN
Tandatangan Ibubapa/Penjaga,
_________________________
Nama:
No tel:
TERIMA KASIH