DUB 2012
NILAI
MASYARAKAT
MALAYSIA
PROJ
EK II
NAMA PENSYARAH :
PUAN ZALINA BINTI MD ARIS
SESI I : 20
22/2023
HARNISWARY VAIRAM
(28DRM21F2008)
Undang-undang
Negara
(Kedaulatan
Undang-undang)
ISI KANDUNGAN
0.1 PENGENALAN
0.2 APA ITU KEDAULATAN
UNDANG - UNDANG
0.3 KEPENTINGAN
MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN
NEGARA
0.4 MENGEKALKAN KEDAULATAN
UNDANG - UNDANG
0.5 PRINSIP KEDAULATAN UNDANG-
UNDANG
0.6 KEBAIKAN KEDAULATAN UNDANG
- UNDANG TERHADAP MASYARAKAT
0.7 KESIMPULAN
0.8 LAMPIRAN
0.9 RUJUKAN
0.1 PENGENALAN
KEDAULATAN
UNDANG - UNDANG
Kedaulatan undang-undang ialah prinsip perundangan
yang menyatakan bahawa keseluruhan negara harus
diperintah oleh undang-undang. Prinsip tersebut
biasanya merujuk kepada pengaruh undang-undang
kepada keseluruhan masyarakat, terutamanya para
pemerintah pengatur perilaku, termasuk perilaku para
pejabat pemerintah. Dalam hal ini, kedaulatan
undang-undang adalah lawan kepada tirani atau
oligarki, di mana para pemerintah berada di atas
undang-undang. Istilah ini berasal dari budaya Inggeris
pada abad ke-16, dan pada abad berikutnya, ahli
teologi Scots Samuel Rutherford menggunakan istilah
tersebut dalam hujah menentang hak ketuhanan raja.
0.2 APA ITU KEDAULATAN UNDANG-
UNDANG??
Apa yang menariknya, iaitu berbeza dengan
fahaman umum, Kedaulatan Undang-Undang
bukanlah sebuah peraturan (Rule) ataupun
undang-undang (Law), namun ia adalah sebuah
komponen falsafah utama didalam undang-
undang, khususnya undang-undang
perlembagaan. Kepentingan konsep ini dinegara
kita dijunjung begitu tinggi, sehingga ianya
diiktiraf sebagai salah satu prinsip didalam
Rukunegara. Secara mudahnya, konsep
Kedaulatan Undang-Undang menuntut
kepatuhan dan keterikatan terhadap undang-
undang, tanpa mengira darjat atau latarbelakang,
sama ada rakyat kebanyakan mahupun
pemerintah.
0.3 KEPENTINGAN
MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN
NEGARA
Mempertahankan kedaulatan negara amat penting bagi
mengukuhkan perpaduan antara kaum di Malaysia,
seperti Cina,Melayu dan India secara umumnya ia
berperanan dalam mengekalkan hak isitimewa golongan
bumiputera. Selain itu, ia juga menjamin perkembangan
ekonomi negara di Malaysia. Bukan itu sahaja,
perlembagaan Malaysia amat menitikberatkan
pentadbiran dan pemerintahan yang adil serta telus.
Seterusnya, menjamin keamanan sesebuah negara
untuk mewujudkan kestabilan ekonomi. Di samping itu,
ia amat penting bagi menjamin taat setia
rakyat.Tambahan pula, melindungi kepentingan semua
etnik di dalam negara. Selain daripada itu, mewujudkan
rangka sistem politik yang sistematik adalah
kepentingan yang amat penting. Akhir sekali, menjadi
kepentingan dalam rujukan, menggubal undang -
undang.
0.4 MENGEKALKAN KEDAULATAN
UNDANG- UNDANG
Malaysia ialah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum, agama dan
budaya. Walaupun pernah dijajah oleh kuasa barat dan Jepun selama lebih
empat abad, namun hari ini Malaysia berdiri sebagai sebuah negara berdaulat.
Pada hari ini kita mempunyai hak dankuasa sepenuhnya atas urusan
pemerintahan dan pentadbiran negara kita sendiri. Hal inibermakna kita tidak
perlu mengikut telunjuk mana-mana kuasa besar bagi menentukan arah dan
hala tuju negara sama ada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial. Dari segi
politik misalnya, kita dikatakan mengamalkan sistem demokrasi tetapi tidaklah
seratus- peratus mengikut sistem demokrasi barat atau mana-mana negara lain
di dunia. Demokrasi yang diamalkan di negara kita telah diubah suai mengikut
acuan, keperluan dankepentingan masyarakat berbilang agama dan budaya
yang kita warisi sejak dahulu. Hal ini adalah semata-mata untuk menjaga
kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Kedaulatan negara ialah suatu yang
perlu dijaga dan dikekalkan. Negara yang masih dijajahsecara langsung atau
tidak langsung oleh kuasa atau pemimpin asing mengambarkan kelemahan
masyarakat dan pemimpin negara tersebut. Hal ini menunjukkan kerendahan
maruah bangsa dan negara tersebut pada mata dunia. Negara yang dijajah
bukan sahaja dipandang hina bahkan tidak dapat menjaga kepentingan
rakyatnya kerana sumber kekayaan negara akan dikuasai oleh penjajah atau
orang asing. Hal inilah yang telah berlaku semasa negara kita dijajah oleh
Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun pada masa dahulu. Bukan itu sahaja,
bahkan banyak kekayaan warisan budaya seni dan sastera negara kita telah
dibawa keluar oleh penjajah ke negara mereka. Menjaga dan menpertahankan
kedaulatan negara adalah menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk
pemerintah, masyarakat dan setiap individu yang mengaku dirinya
warganegara malaysia.
0.5 PRINSIP KEDAULATAN
UNDANG -UNDANG
Kedaulatan undang-undang adalah satu lagi prinsip dalam
konsep faham Perlembagaan. Bagi Malaysia, prinsip
kedaulatan undang-undang merupakan Rukun Negara yang
keempat. Dalam perundangan Islam prinsip ini juga telah
diperkenal terlebih dahulu.
Perkataan “kedaulatan” bermaksud “kekuasaan yang
tertinggi”. Oleh itu, prinsip “kedaulatan undang-undang”
bermaksud “kedudukan undang-undang sesebuah negara
sebagai kuasa tertinggi yang mesti dihormati dan dipatuhi oleh
semua pihak atau lapisan masyarakat”.
Prinsip kedaulatan undang-undang ini mengandungi dua
perkara umum. Pertama, kuasa yang dilaksana oleh kerajaan
hendaklah mempunyai asas atau disandarkan kepada sumber
yang sah (legitimate). Ini menjadikannya sistem yang
mendaulatkan undang-undang, bukan sistem yang
mendaulatkan individu a government of law, not a government
of men.
Kedua, badan kerajaan hendaklah bertindak mengikut undang
yang mengandungi piawaian ‘keadilan’ yang diterima oleh
masyarakat bersandarkan nilai-nilai tertentu yang disepakati
dalam pengisian Perlembagaan.
0.6 KEBAIKAN KEDAULATAN UNDANG -
UNDANG TERHADAP MASYARAKAT
Terdapat banyak kebaikan kedaulatan undang-
undang terhadap masyarakat di negara kita.
Antaranya, adalah dapat mencapai perpaduan dalam
kalangan rakyat. Tambahan pula, ianya dapat
memelihara dan mengekalkan cara hidup
demokratik. Di samping itu, mewujudkan satu
masyarakat yang adil iaitu kemakmuran Negara
dinikmati bersama secara adil dan saksama .
Sementara itu, memberi perlindungan kepada
anggota masyarakat. Begitu juga dengan, dapat
mengawal tingkah laku anggota - anggota
masyarakat. Seterusnya, kebaikan kepada
masyarakat terjamin kebebasan asasi. Selain itu,
mekanisme untuk menjamin ketenteraman sosial.
Dalam pada itu, melahirkan masyarakat yang
harmoni dan bertolak ansur.Akhir sekali, membantu
ketika kesusahan melanda.
0.7 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kita perlulah mempunyai
pengetahuan tentang Kedaulatan Undang- Undang
di Malaysia serta peraturan dan kesan – kesannya .
Ini dapat membantu meningkatkan kestabilan
ekonomi Negara disamping menjamin perpaduan
dan keamanan dalam kalangan masyarakat.
Setiap warganegara mempunyai hak untuk
mendapat maklumat dan kebenaran
melalui suara rakyat yang ingin mengetahui
perkembangan mengenai status mengenai
kedaulatan undang - undang. Hal ini demikian
kerana rakyat juga berhak mengetahui apa yang
berlaku di sebalik sesebuah pentadbiran negara.
Akhir sekali, kita perlulah memahami dan
mematuhi undang - undang di Malaysia supaya
mengurangkan jenayah dalam kalangan
masyarakat.
0.8 LAMPIRAN
0.9 RUJUKAN URL
ikim.gov.my/index.php/2015/02/17/
kedaulatan-undang-undang-2/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kedaulatan
https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/memelihara-kedaulatan-
undangundang