The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) topik Daya dan Gerakan Sains tingkatan 2 adalah sebuah modul pembelajaran yang dibina sebagai bahan bantu mengajar yang boleh diaplikasikan dalam menjalankan aktiviti Pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d083311, 2021-11-07 08:46:04

MODUL PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH TOPIK DAYA DAN GERAKAN

Modul Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) topik Daya dan Gerakan Sains tingkatan 2 adalah sebuah modul pembelajaran yang dibina sebagai bahan bantu mengajar yang boleh diaplikasikan dalam menjalankan aktiviti Pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

SAINS TINGKATAN 2

DISEDIAKAN OLEH :
NUR NAJIHAH BT ABDULLAH RAMAN
ABDULLA

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

ISI KANDUNGAN 1
Pra-Kata 2
Pengenalan Modul Pbm Topik Daya Dan Gerakan Sains Tingkatan 2 3
Matlamat Dan Objektif Perlaksanaan Modul Pbm Topik Daya Dan Gerakan Sains Tingkatan 2 4
Objektif Pembelajaran Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (Dskp)

MODUL PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH TOPIK DAYA DAN GERAKAN 5
6-8
PERBEZAAN KETUMPATAN DENGAN KESAN KEAPUNGAN 9
➢ Aktiviti pembelajaran dan pengajaran 10
➢ Lampiran rumusan aktiviti 1
➢ Lembaran kerja 1 11
12-14
KONSEP TEKANAN GAS BERDASARKAN TEORI KINETIK GAS
➢ Aktiviti pembelajaran dan pengajaran 15
➢ Lampiran rumusan aktiviti 2 16
➢ Lembaran kerja 2
17
TEKANAN ATMOSFERERA DAN KESAN ALTITUD KEPADANYA 18-21
➢ Aktiviti pembelajaran dan pengajaran 22-23
➢ Lampiran rumusan aktiviti 3
➢ Lembaran kerja 3 24

TEKANAN CECAIR DAN KESAN KEDALAMAN TERHADAPNYA 25
➢ Aktiviti pembelajaran dan pengajaran 26-28
➢ Lampiran rumusan aktiviti 4
➢ Lembaran kerja 4 29
30
SKEMA JAWAPAN
PENUTUP KATA 31
RUJUKAN 39
40

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

PRAKATA
Segala puji bagi Allah S.W.T diatas segala limpah kurnia-Nya dalam memberikan segenap
kekuatan dan pengharapan dalam melaksanakan modul Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)
bagi topik daya dan gerakan Sains Tingkatan 2. Modul ini merupakan modul pengajaran yang
boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam mengimplementasikan kaedah
pembelajaran berasaskan masalah yang mengkhususkan subtopik yang terkandung dalam bab 8
daya dan gerakan Sains tingkatan 2. Modul ini diharap dapat dijadikan sebagai inisiatif kepada
warga pendidik Sains untuk menggunakannya dalam melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran (Pdpc) bagi meningkatkan lagi kepelbagaian dan kualiti pengajaran.
Modul ini telah dilaksanakan bagi menjayakan kursus projek tahun akhir yang menggunakan latar
belakang konsep reka bentuk pembangunan ADDIE. Reka bentuk ADDIE menerapkan lima fasa
utama dalam membangunkan modul iaitu fasa analisis, reka bentuk, pembangunan , perlaksanaan,
dan penilaian. Aktiviti yang terkandung di dalam modul PBM ini adalah mengunakan kaedah yang
diperkenalkan oleh Lynda Wee (2014) yang menjelaskan tujuh kaedah perlaksanaan iaitu
pembahagian kumpulan, mengenal pasti masalah, menjana idea, isu-isu pembelajaran ,
pembelajaran kendiri, sintesis dan aplikasi serta refleksi ataupun tindak balas. Saya dengan
sepenuh pengharapan, mengharapkan agar pembinaan modul ini mampu memberikan impak yang
positif untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada warga pendidik untuk menerapkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah dalam sesi Pdpc.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah penyelia, Dr Alene Bt
Tawang di atas sokongan dan tunjuk ajar sepanjang saya melaksanakan dan menjayakan
perlaksananaan modul PBM bagi topik daya dan gerakan Sains tingkatan 2

1

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

PENGENALAN
Kurikulum standard sekolah menengah (KSSM) mendukung cita-cita murni dan unggul selaras
dengan harapan Falsafah Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan murid
yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan
pengetahuan pada abad ke-21. Modul pembelajaran berasaskan masalah ini telah disediakan untuk
membantu guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains
Tingkatan 2 khusus bagi subtopik yang terkandung pada bab 8 Daya dan Gerakan Sains tingkatan
2.

Modul ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada murid kepada kaedah pembelajaran secara
berasaskan masalah yang menumpukan khas kepada konsep penyelesaian masalah yang
memfokuskan kepada beberapa konsep daripada kesan kewujudan daya dalam kehidupan seharian
dengan menggunakan fasa-fasa kaedah penyelesaian pembelajaran berasaskan masalah yang
terdapat dalam model yang diperkenalkan oleh Lynda Wee(2014). .Modul ini bertumpukan kepada
subtopik dibawah tajuk daya dan gerakan bab 8 iaitu subtopik 8.2 kesan daya yang melibatkan
aplikasi empat komponen utama kesan daya iaitu perbezaan ketumpatan dengan kesan keapungan,
tekanan gas , tekanan atmosfera dan tekanan cecair. Setiap komponen yang terlibat akan diberikan
penyataan masalah serta aktiviti untuk menjana idea murid menjawab dan menyelesaikan
penyataan masalah yang terlibat. Contoh yang terdapat dalam modul ini hanya meliputi sebahagian
daripada keseluruhan topik bab daya dan gerakan Sains murid tingkatan 2 .

Modul ini menyediakan empat rancangan pengajaran harian (RPH) yabg tersedia di manual
penggunaan beserta empat cadangan aktiviti yang boleh digunakan oleh guru yang beteraskan dan
bertunjangkan kepada kaedah pembelajaran secara berasaskan masalah untuk mengasah
kemahiran penyelesaian masalah murid bagi mencapai Standard Pembelajaran yang telah
ditetapkan. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam modul ini telah mengambil kira amalan
terbaik bagi membantu murid mencapai standard pembelajaran yang ditentukan di samping untuk
menerapkan pemikiran generic berdasarkan kepada aktiviti penyelesaian masalah yang telah
dilaksanakan di dalam modul ini semasa pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengalakkan lagi budaya kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif serta kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT).

2

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2
MATLAMAT PERLAKSANAAN MODUL PBM BAGI TOPIK DAYA DAN

GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

Matlamat utama pembinaan modul PBM ini adalah bagi menyediakan sebuah bahan
mengajar untuk digunakan oleh guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) khusus bagi topik daya dan gerakan yang melibatkan aplikasi
kesan daya bertumpukan kaedah pembelajaran secara penyelesaian masalah yang
berkait dengan kehidupan seharian.

OBJEKTIF PERLAKSANAAN MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS
TINGKATAN 2

❖ Meningkatkan penguasaan kemahiran penyelesaian masalah terutama
melibatkan aplikasi konsep dalam kehidupan seharian.

❖ Mengalakkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam menyelesaikan
sebuah permasalahan yang melibatkan konsep Sains.

❖ Melahirkan generasi-generasi intelektual dalam bidang Sains dan teknologi
yang mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam
melaksanakan dan menyelesaikan sebuah permasalahan.

3

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

OBJEKTIF PEMBELAJARAN BERDASARKAN DOKUMEN STANDARD
KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP).

Modul ini mengandungi empat aktiviti utama yang mempunyai empat objektif utama berdasarkan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (Dskp) iaitu :

Bab : Bab 8 Daya dan Gerakan

Subtopik : 8.2 Kesan Daya

Tajuk Aktiviti Objektif Pembelajaran

Mengesan perbezaan ketumpatan dan kesan 8.2.2 Menerangkan dan berkomunikasi

keapungan mengenai perkaitan antara perbezaan

ketumpatan dengan kesan keapungan dalam

kehidupan harian.

Mengenal pasti konsep tekanan gas 8.2.6 Menghuraikan dan berkomunikasi
mengenai tekanan gas dengan merujuk kepada
teori kinetik gas.

Mengenal pasti kewujudan tekanan 8.2.7 Menerangkan dan berkomunikasi

atmosfera dan kesan altitud kepadanya. mengenai kewujudan tekanan atmosfera dan

kesan altitud kepada tekanan atmosfera.

Mengenal pasti konsep tekanan cecair 8.2.8 Menerangkan kesan kedalaman terhadap

berdasarkan kedalaman tekanan cecair.

4

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

MODUL PEMBELAJARAN
BERASASKAN MASALAH TOPIK

DAYA DAN GERAKAN

SAINS TINGKATAN 2

PERBEZAAN KETUMPATAN
DENGAN KESAN KEAPUNGAN

5

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TOPIK : PERBEZAAN KETUMPATAN DENGAN KESAN KEAPUNGAN

Tujuan : Mengkaji perbezaan ketumpatan dengan kesan keapungan.
Objektif : Menerangkan dan berkomunikasi mengenai perkaitan antara perbezaan ketumpatan
dengan kesan keapungan dalam kehidupan harian.
Cadangan Tempoh perlaksanaan aktiviti : 2 jam / 120 minit
Perlaksanaan aktiviti :
Fasa pembahagian kumpulan

➢ Guru akan membahagikan kepada 4-5 orang satu kumpulan dan meminta mereka memilik
ketua kumpulan bagi setiap wakil kumpulan.

➢ Pelajar akan duduk secara berkumpulan di meja untuk melaksanakan aktiviti.
Fasa mengenalpasti masalah :

➢ Guru akan membekalkan pelajar dengan lembaran kerja 1 yang telah dibekalkan
dibahagian lembaran kerja.

➢ Lembaran kerja 1 mengandungi penyataan masalah yang melibatkan tajuk perbezaan
ketumpatan dengan kesan keapungan dan soalan berkaitan penyataan masalah.

➢ Pelajar dikehendaki berbincang secara berkumpulan bagi menyelesaikan penyataan
masalah yang diberikan dan membentangkan hasil dapatan jawapan kepada seluruh kelas.

Fasa menjana idea :
➢ Pelajar akan dibekalkan dengan beberapa buah radas bagi melaksanakan sebuah aktiiti
bagi menjana idea untuk menyelesaikan penyataan masalah yang diberikan.
➢ Aktiviti yang akan dijalankan oleh pelajar adalah diberi nama terapung atau tenggelam.
➢ Guru akan memberikan bimbingan dan tunjuk cara perlaksanaan aktiviti sebagai panduan
kepada pelajar seperti berikut .

6

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

Nama aktiviti : Tenggelam atau terapung
Bahan dan radas : Tin minuman , botol air mineral, buah-buahan(oren,epal) , plastisin, bongkah
kayu , dan bebola besi .
Kaedah perlaksanaan :

• Setiap kumpulan diberikan bahan dan radas seperti yang telah dinyatakan.
• Setelah menerima bahan yang diberikan, pelajar perlu memasukkan bahan tersebut ke

dalam air.
• Pelajar dikehendaki merekodkan objek mana yang tenggelam ataupun terapung di

dalam ruangan rumusan aktiviti 1 yang dibekalkan guru.
• Pelajar dikehendaki memberikan sebab kepada keputusan yang telah diperolehi.

Perkaitan isu topik :
➢ Berdasarkan aktiviti tenggelam atau terapung yang dijalankan guru meminta pelajar
memberikan punca kepada hasil dapatan aktiviti dengan melengkapkan lampiran
rumusan aktiviti 1 yang diberikan
➢ Guru menerangkan konsep ketumpatan yang telah dipelajari untuk mengaitkan dengan
aktiviti yang dijalankan sebagai panduan kepada pelajar.
➢ Guru meminta pelajar mengaitkan pemerhatian dengan situasi penyataan masalah yang
telah dibekalkan pada lembaran kerja 1.

Pembelajaran kendiri :
➢ Pelajar diminta mencari maklumat tambahan mengenai garisan plimsoll yang terdapat pada
kapal kargo sebagai bahan tambahan bagi membantu memahami dan menjawab persoalan
yang terdapat pada lembaran kerja 1.
➢ Pelajar diminta membuat kesimpulan terhadap aktiviti yang telah dijalankan dengan
merumuskan informasi-informasi yang sesuai yang boleh didapatii daripada bahan
pembacaan di perpustakaan ataupun sumber internet yang boleh dilayari di makmal
komputer.

7

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2
Sintesis :

➢ Pelajar mengumpulkan semua maklumat yang diperolehi dan mengesahkan kesahihnya
daripada koleksi sumber yang mereka perolehi dan berbincang bersama ahli kumpulan bagi
menyelesaikan penyataan masalah yang diberikan

➢ Pelajar secara berkumpulan akan membangunkan kaedah penyelesaian terbaik bagi
menyelesaikan penyataan masalah yang diberikan melalui hasil perbincangan bersama.

Refleksi :
➢ Setiap pelajar daripada setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil jawapan
lampiran rumusan aktiviti 1 dan lembaran kerja 1 kepada ahli kumpulan lain dengan
membincangkan hasil dapatan mereka dan membincangkan kembali dalam kumpulan
masing-masing hasil dapatan daripada semua kumpulan untuk merumuskan jawapan yang
sebenar. Guru memberikan markah berdasarkan jawapan dan hasil pembentangan pelajar
pada borang penilaian markah berdasarkan rubrik yang telah dibekalkan
➢ Pelajar menjawab borang penilaian kendiri yang dibekalkan oleh guru untuk melihat hasil
dapatan yang diperolehi oleh pelajar dalam sesi pembelajaran yang dijalankan.

8

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2
LAMPIRAN RUMUSAN AKTIVITI 1

Nama aktiviti : Tenggelam atau terapung

Arahan : Bincangkan bersama ahli kumpulan dan lengkapkan soalan yang diberikan dibawah.

Keputusan :

Arahan : Sila lengkapkan jadual dibawah dengan meletakkan kedudukan objek diruangan yang
disediakan berdasarkan hasil dapatan aktiviti yang telah dijalankan.

Tenggelam Terapung

Pemerhatian :
Nyatakan punca kepada keputusan diatas :
_____________________________________________________________________________________

Kesimpulan :
Nyatakan kesimpulan daripada aktiviti yang telah dijalankan

_____________________________________________________________________________________

9

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

LEMBARAN KERJA 1

TOPIK : PERBEZAAN KETUMPATAN DENGAN KESAN KEAPUNGAN
PENYATAAN MASALAH :

Rajah 1.2 : Sebuah Kapal Kargo yang membawa muatan
Gambar rajah 1.2 diatas menunjukkan sebuah kapal kargo yang sedang berlayar di lautan sambil
membawa muatan yang mempunyai berat beribu-ribu tan. Berdasarkan pengetahuan dan aktiviti

yang bakal anda lakukan , terangkan jenis daya yang wujud pada kapal kargo dan bagaimana
sebuah kapal kargo mampu mengekalkan keapungan yang selamat apabila berlayar yang berbeza

jenis,suhu dan ketumpatan air dengan menggunakan panduan garis plimsoll

Soalan ;
1) Terangkan jenis daya yang wujud pada kapal kargo dan bagaimana sebuah kapal kargo
mampu mengekalkan keapungan yang selamat apabila berlayar yang berbeza jenis,suhu
dan ketumpatan air dengan menggunakan panduan garis plimsoll?
________________________________________________________________________

2) Apakah kesimpulan kesan ketumpatan kepada kesan keapungan ?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
3) Nyatakan kepentingan garisan plimsoll yang terdapat di dalam kapal kargo ?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

10

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

MODUL PEMBELAJARAN
BERASASKAN MASALAH TOPIK

DAYA DAN GERAKAN

SAINS TINGKATAN 2

KONSEP TEKANAN GAS
BERDASARKAN TEORI KINETIK

GAS

11

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TOPIK : TEKANAN GAS BERDASARKAN TEORI KINETIK GAS

Tujuan : Mengkaji konsep tekanan gas berdasarkan teori kinetik gas .
Objektif : Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai tekanan gas dengan merujuk kepada teori
kinetik gas.
Cadangan Tempoh perlaksanaan aktiviti : 2 jam / 120 minit
Perlaksanaan aktiviti :
Fasa pembahagian kumpulan :

➢ Guru akan membahagikan kepada 4-5 orang satu kumpulan dan meminta mereka memilik
ketua kumpulan bagi setiap wakil kumpulan.

➢ Pelajar akan duduk secara berkumpulan di meja untuk melaksanakan aktiviti.
Fasa mengenalpasti masalah :

➢ Guru akan membekalkan pelajar dengan lembaran kerja 2 yang telah dibekalkan di dalam
ini dibahagian lembaran kerja.

➢ Lembaran kerja 2 mengandungi penyataan masalah yang melibatkan tajuk konsep
tekanan gas dan soalan berkaitan penyataan masalah iaitu mengenai belon udara panas .

➢ Pelajar dikehendaki berbincang secara berkumpulan bagi menyelesaikan penyataan
masalah yang diberikan dan membentangkan hasil dapatan jawapan kepada seluruh kelas.

Fasa menjana idea :
➢ Pelajar akan dibekalkan dengan beberapa buah radas bagi melaksanakan sebuah aktiiti bagi
menjana idea untuk menyelesaikan penyataan masalah yang diberikan.
➢ Aktiviti yang akan dijalankan oleh pelajar adalah mencipta belon udara panas.
➢ Guru akan memberikan bimbingan dan tunjuk cara perlaksanaan aktiviti sebagai panduan
kepada pelajar seperti berikut .

12

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

Nama aktiviti : Belon udara Panas
Bahan dan radas : Belon , besen berisi air panas , botol kacca.
Kaedah perlaksanaan :

• Masukkan botol kaca dan kelalang kon ke dalam besen yang berisi air
panas.

• Letakkan sebiji belon di mulut botol.
• Perhatikan perubahan yang dialami oleh belon tersebut.
Susunan radas : seperti gambar rajah 2.1

Gambar rajah 2.1

Perkaitan isu topik :
➢ Berdasarkan aktiviti belon udara panas yang dijalankan guru meminta pelajar memberikan
punca perubahan yang berlaku pada belon dan kesimpulan aktiviti dengan melengkapkan
lampiran rumusan aktiviti 2 yang telah dibekalkan.
➢ Guru meminta pelajar mengaitkan pemerhatian dan punca perubahan yang berlaku pada
belon dengan situasi penyataan masalah yang telah dibekalkan pada lembaran kerja 2

Pembelajaran kendiri :
➢ Pelajar diminta membuat kesimpulan terhadap aktiviti yang telah dijalankan dengan
merumuskan informasi-informasi yang sesuai yang boleh didapatii daripada bahan
pembacaan di perpustakaan ataupun sumber internet yang boleh dilayari di makmal
komputer.

13

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2
Sintesis :

➢ Pelajar mengumpulkan semua maklumat yang diperolehi dan mengesahkan kesahihnya
daripada koleksi sumber yang mereka perolehi dan berbincang bersama ahli kumpulan bagi
menyelesaikan penyataan masalah yang diberikan

➢ Pelajar secara berkumpulan akan membangunkan kaedah penyelesaian terbaik bagi
menyelesaikan penyataan masalah yang diberikan melalui hasil perbincangan bersama.

Refleksi :
➢ Setiap pelajar daripada setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil jawapan
lampiran rumusan aktiviti 2 dan lembaran kerja 2 kepada ahli kumpulan lain dengan
membincangkan hasil dapatan mereka dan membincangkan kembali dalam kumpulan
masing-masing hasil dapatan daripada semua kumpulan untuk merumuskan jawapan yang
sebenar. Guru memberikan markah berdasarkan jawapan dan hasil pembentangan pelajar
pada borang penilaian markah berdasarkan rubrik yang telah dibekalkan
➢ Pelajar menjawab borang penilaian kendiri yang dibekalkan oleh guru untuk melihat hasil
dapatan yang diperolehi oleh pelajar dalam sesi pembelajaran yang dijalankan.

14

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

LAMPIRAN RUMUSAN AKTIVITI 2
Nama aktiviti : Mencipta belon udara panas
Arahan : Bincangkan bersama ahli kumpulan dan lengkapkan soalan yang diberikan dibawah.
Pemerhatian :
1)Nyatakan perubahan yang berlaku pada belon sewaktu menjalankan aktiviti
______________________________________________________________________________

2) Nyatakan kesimpulan daripada aktiviti yang dijalankan .
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

15

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2
LEMBARAN KERJA 2

TOPIK : KONSEP TEKANAN GAS BERDASARKAN TEORI KINETIK GAS
PENYATAAN MASALAH :

Gambar rajah 2.2 : Belon udara Panas

Gambar rajah 2.2 menunjukkan beberapa buah belon udara panas yang terapung di udara.
Berdasarkan pengetahuan dan aktiviti yang bakal anda lakukan, terangkan jenis daya yang wujud

pada belon udara panas dan bagaimana belon udara panas mampu terbang dan naik ke udara d
dengan merujuk kepada teori kinetik gas:

Soalan :
1) Terangkan jenis daya yang wujud pada belon udara panas dan bagaimana belon udara
panas mampu panas mampu terbang dan naik ke udara dengan merujuk teori kinetik gas .
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2) Nyatakan apakah faktor yang mempengaruhi tekanan gas ?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
3) Jelaskan hubungan antara tekanan gas dengan suhu ?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

16

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

MODUL PEMBELAJARAN
BERASASKAN MASALAH TOPIK

DAYA DAN GERAKAN

SAINS TINGKATAN 2

KEWUJUDAN TEKANAN
ATMOSFERA DAN KESAN ALTITUD

KEPADANYA

17

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TOPIK : KEWUJUDAN TEKANAN ATMOSFERA DAN KESAN ALTITUD

KEPADANYA

Tujuan : Mengkaji kewujudan tekanan atmosfera dan kesan altitud kepadanya.

Objektif : Menerangkan dan berkomunikasi mengenai kewujudan tekanan atmosfera dan kesan
altitud kepada tekanan atmosfera.

Cadangan Tempoh perlaksanaan aktiviti : 2 jam 30 minit / 150 minit

Perlaksanaan aktiviti :

Fasa pembahagian kumpulan
➢ Guru akan membahagikan kepada 4-5 orang satu kumpulan dan meminta mereka memilik
ketua kumpulan bagi setiap wakil kumpulan.
➢ Pelajar akan duduk secara berkumpulan di meja untuk melaksanakan aktiviti.

Fasa mengenalpasti masalah :
➢ Guru akan membekalkan pelajar dengan lembaran kerja 3 yang telah dibekalkan di dalam
ini dibahagian lembaran kerja.
➢ Lembaran kerja 3 mengandungi penyataan masalah yang melibatkan tajuk kewujudan
tekanan atmosfera dan kesan altitud kepadanya beserta soalan berkaitan penyataan masalah
iaitu mengenai picagari.
➢ Pelajar dikehendaki berbincang secara berkumpulan bagi menyelesaikan penyataan
masalah yang diberikan dan membentangkan hasil dapatan jawapan kepada seluruh kelas.

Fasa menjana idea :
➢ Pelajar akan dibekalkan dengan beberapa buah radas bagi melaksanakan sebuah aktiviti
bagi menjana idea untuk menyelesaikan penyataan masalah yang diberikan.
➢ Terdapat dua aktiviti yanag akan dijalankan oleh pelajar dimana aktiviti pertama yang
akan dijalankan oleh pelajar adalah mengesan kewujudan tekanan atmosfera
menggunakan picagari.

18

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

➢ Guru akan memberikan bimbingan dan tunjuk cara perlaksanaan aktiviti sebagai panduan
kepada pelajar dengan melaksanakan aktiviti dibawah :

Nama aktiviti : Mengesan kewujudan tekanan atmosfera menggunakan picagari

Bahan dan radas : Bikar 500 ml , 250 ml air , picagari

Kaedah perlaksanaan :

• Letakkan 250 ml air ke dalam bikar ,
• Ambil picagari dan tarik omboh yang terdapat pada picagari untuk menarik air

yang terdapat di dalam bikar
• Tarik omboh sehingga air memenuhi separuh picagari
• Catatkan pemerhatian yang diperolehi di lembaran kerja 2.

Susunan radas : Seperti dalam rajah 3.1

picagari omboh

Air
Gambar rajah 3.1

➢ Setelah selesai menjalankan aktiviti 1 , pelajar dikehendaki untuk ke makmal makmal
komputer dan melayari laman web berikut : Atmosphere - JavaLab .

➢ Pelajar akan menjalankan aktiviti 2 bagi mengkaji kesan altitud terhadap tekanan
atmosfera dengan menggunakan simulator daripada aplikasi javalab.

➢ Kaedah penggunaan adalah seperti berikut

19

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

Nama aktiviti : Mengkaji kesan altitud terhadap tekanan atmosfera menggunakan simulasi JavaLab
Kaedah perlaksanaan :

1) Layari laman web Atmosphere - JavaLab seperti gambar rajah dibawah :

2) Tekan pada butang atmospheric pressure (tekanan atmosfera) berdasarkan anak panah yang
ditunjukkan pada gambar rajah dibawah :

Tekan
mengikut anak
panah berikut

3) Perhatikan perubahan yang berlaku pada kotak di sebelah kanan yang menunjukkan zarah-
zarah tekanan atmosfera yang terhasil apabila altitud diubah mengikut jarak yang dikehendaki
berdasarkan jadual pada lembaran kerja 3 dengan merujuk gambar rajah dibawah dan
catatkan nilai tekanan atmosfera yang diperolehi :

Gerakkan anak
panah

mengikut jarak
altitud yang
dikehendaki

Perubahan zarah-
zarah tekanan
atmosfera

20

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

Perkaitan isu topik :
➢ Berdasarkan aktiviti dan hasil jawapan yang diperolehi daripada hasil lampiran rumusan
aktiviti 3 yang dibekalkan , pelajar dikehendaki membincangkan hasil dapatan jawaban
bersama ahli kumpulan.
➢ Guru meminta pelajar mengaitkan pemerhatian dan kesimpulan yang diperolehi daripada
aktiviti yang dijalankan dengan situasi penyataan masalah yang telah dibekalkan pada
lembaran kerja 3.

Pembelajaran kendiri :
➢ Pelajar diminta membuat kesimpulan terhadap aktiviti yang telah dijalankan dengan
merumuskan informasi-informasi yang sesuai yang boleh didapatii daripada bahan
pembacaan di perpustakaan ataupun sumber internet yang boleh dilayari di makmal
komputer.

Sintesis :
➢ Pelajar mengumpulkan semua maklumat yang diperolehi dan mengesahkan kesahihnya
daripada koleksi sumber yang mereka perolehi dan berbincang bersama ahli kumpulan bagi
menyelesaikan penyataan masalah yang diberikan
➢ Pelajar secara berkumpulan akan membangunkan kaedah penyelesaian terbaik bagi
menyelesaikan penyataan masalah yang diberikan melalui hasil perbincangan bersama.

Refleksi :
➢ Setiap pelajar daripada kumpulan dikehendaki membentangkan hasil jawapan lembaran
rumusan aktiviti 3 dan lembaran kerja 3 kepada ahli kumpulan lain dengan
membincangkan hasil dapatan mereka dan membincangkan kembali dalam kumpulan
masing-masing hasil dapatan daripada semua kumpulan untuk merumuskan jawapan yang
sebenar. Guru memberikan markah berdasarkan jawapan dan hasil pembentangan pelajar
pada borang penilaian markah berdasarkan rubrik yang telah dibekalkan
➢ Pelajar menjawab borang penilaian kendiri yang dibekalkan oleh guru untuk melihat hasil
dapatan yang diperolehi oleh pelajar dalam sesi pembelajaran yang dijalankan.

21

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

LAMPIRAN RUMUSAN AKTIVITI 3

Nama aktiviti : Mengesan kewujudan tekanan atmosfera menggunakan picagari

Arahan : Bincangkan bersama ahli kumpulan dan lengkapkan soalan yang diberikan dibawah.

Pemerhatian :

1)Nyatakan pemerhatian yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan.

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

Kesimpulan :

Nyatakan kesimpulan daripada aktiviti yang dijalankan.

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

Nama aktiviti : Mengesan kesan altitud terhadap tekanan atmosfera menggunakan simulasi
Java Lab

Arahan : Sila lengkapkan jawapan di ruangan kosong pada gambar rajah dibawah

Keputusan :

Jarak ketinggian (km) Nilai tekanan atmosfera (hPa)
10
30
60
90
110

22

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

Pemerhatian :
Nyatakan perubahan zarah—zarah tekanan atmosfera yang berlaku apabila jarak ketinggian
altitud semakin meningkat.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
Kesimpulan :
Nyatakan kesimpulan daripada aktiviti yang dijalankan.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

23

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

LEMBARAN KERJA 3

TOPIK : KEWUJUDAN TEKANAN ATMOSFERA DAN KESAN ALTITUD
TERHADAPNYA

PENYATAAN MASALAH :

Gambar Rajah 3.2 : Picagari

Gambar rajah 3.2 menunjukkan sebuah picagari yang sering digunakan kini bagi melaksanakan
program pemberian vaksin untuk mencegah penularan wabak Covid-19. Berdasarkan pengetahuan
anda dan aktiviti yang bakal anda laksanakan , terangkan jenis tekanan yang wujud pada picagari dan

bagaimana picagari mampu menarik cecair yang disedut dengan kewujudan tekanan yang terlibat?

Soalan :
1) Terangkan jenis tekanan yang wujud pada picagari dan bagaimana picagari mampu
menarik cecair yang disedut dengan dengan kewujudan tekanan yang terlibat ? Anda juga
boleh menyertakan sekali gambar rajah lukisan untuk penerangan yang lebih jelas.
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2) Nyatakan kesan altitud terhadap tekanan atmosfera berdasarkan aktiviti 2 yang telah
dijalankan ?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

3) Apakah contoh alatan lain yang menjelaskan penggunaan aplikasi konsep tekanan
atmosfera?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

24

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

MODUL PEMBELAJARAN
BERASASKAN MASALAH TOPIK

DAYA DAN GERAKAN

SAINS TINGKATAN 2

TEKANAN CECAIR DAN KESAN
KEDALAMAN TERHADAPNYA

25

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TOPIK : TEKANAN CECAIR DAN KESAN KEDALAMAN

Tujuan : Mengkaji tekanan cecair dan kesan kedalaman terhadapnya.
Objektif : Menerangkan kesan kedalaman terhadap tekanan cecair
Cadangan Tempoh perlaksanaan aktiviti : 2 jam / 120 minit
Perlaksanaan aktiviti :
Fasa pembahagian kumpulan

➢ Guru akan membahagikan kepada 4-5 orang satu kumpulan dan meminta mereka memilik
ketua kumpulan bagi setiap wakil kumpulan.

➢ Pelajar akan duduk secara berkumpulan di meja untuk melaksanakan aktiviti.
Fasa mengenalpasti masalah :

➢ Guru akan membekalkan pelajar dengan lembaran kerja 4 yang telah dibekalkan di dalam
ini dibahagian lembaran kerja.

➢ Lembaran kerja 4 mengandungi penyataan masalah yang melibatkan tajuk tekanan cecair
dan kesan kedalam terhadapnya mengenai aplikasi kapal selam.

➢ Pelajar dikehendaki berbincang secara berkumpulan bagi menyelesaikan penyataan
masalah yang diberikan dan membentangkan hasil dapatan jawapan kepada seluruh kelas.

Fasa menjana idea :
➢ Pelajar akan dibekalkan dengan beberapa buah radas bagi melaksanakan sebuah aktiviti
bagi menjana idea untuk menyelesaikan penyataan masalah yang diberikan.
➢ Aktiviti yang akan dijalankan oleh pelajar adalah mengkaji hubungan antara kedalaman
dan tekanan cecair.
➢ Guru akan memberikan bimbingan dan tunjuk cara perlaksanaan aktiviti sebagai panduan
kepada pelajar seperti berikut :

26

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

Nama aktiviti : Mengkaji hubungan antara kedalaman dan tekanan cecair
Bahan dan radas : Botol plastik , gunting , sellotap lutsinar, pen penanda, dan pembaris
Kaedah perlaksanaan :

• Tebuk tiga lubang pada permukaan botol menggunakan gunting dan label
sebagai A , B dan C seperti dalam gambar rajah 4.2

• Tutup lubang yang telah ditebuk menggunakan sellotap lutsinar
• Masukkan air ke dalam botol dan perhatikan jarak air yang keluar pada setiap

lubang yang ditebuk.
• Kira jarak air yang keluar pada lubang A , B dan C
• Catatkan pemerhatian dan keputusan di lampiran aktiviti 4 yang telah

dibekalkan guru dan bincangkan kesimpulan berdasarkan aktiviti yang telah
dijalankan
Susunan radas : Susunan radas adalah seperti gambaran gambar rajah 4.1 dibawah

Botol air C
PETUNJUK : B
A

Jarak air yang keluar daripada lubang A
Jarak air yang keluar daripada lubang B
Jarak air yang keluar daripada lubang C

27

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

Perkaitan isu topik :
➢ Berdasarkan aktiviti mengkaji hubungan antara kesan kedalaman dan tekanan cecair murid
dikehendaki memberikan kesimpulan aktiviti dijalankan pada lampiran rumusan aktiviti
4 yang dibekalkan.
➢ Guru meminta pelajar mengaitkan pemerhatian dan keputusan yang diperolehi dengan
situasi penyataan masalah yang telah dibekalkan pada lampiran kerja 4.

Pembelajaran kendiri :
➢ Pelajar diminta membuat kesimpulan terhadap aktiviti yang telah dijalankan dengan
merumuskan informasi-informasi yang sesuai yang boleh didapatii daripada bahan
pembacaan di perpustakaan ataupun sumber internet yang boleh dilayari di makmal
komputer.

Sintesis :
➢ Pelajar mengumpulkan semua maklumat yang diperolehi dan mengesahkan kesahihnya
daripada koleksi sumber yang mereka perolehi dan berbincang bersama ahli kumpulan bagi
menyelesaikan penyataan masalah yang diberikan
➢ Pelajar secara berkumpulan akan membangunkan kaedah penyelesaian terbaik bagi
menyelesaikan penyataan masalah yang diberikan melalui hasil perbincangan bersama.

Refleksi :
➢ Setiap pelajar mengikut kumpulan dikehendaki membentangkan hasil jawapan lembaran
rumusan aktiviti 4 dan lembaran kerja 4 kepada ahli kumpulan lain dengan
membincangkan hasil dapatan mereka dan membincangkan kembali dalam kumpulan
masing-masing hasil dapatan daripada semua kumpulan untuk merumuskan jawapan yang
sebenar. Guru memberikan markah berdasarkan jawapan dan hasil pembentangan pelajar
pada borang penilaian markah berdasarkan rubrik yang telah dibekalkan.
➢ Pelajar menjawab borang penilaian kendiri yang dibekalkan oleh guru untuk melihat hasil
dapatan yang diperolehi oleh pelajar dalam sesi pembelajaran yang dijalankan.

28

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

LAMPIRAN RUMUSAN AKTIVITI 4

Nama aktiviti : Mengkaji hubungan antara kesan kedalaman dengan tekanan cecair

Arahan : Bincangkan bersama ahli kumpulan dan lengkapkan soalan yang diberikan dibawah

Keputusan :

Lubang Jarak air yang keluar daripada lubang
ditebuk

A
B
C

Pemerhatian

Bincangkan hasil dapatan yang diperolehi dengan menjelaskan punca keputusan diperolehi.

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

Kesimpulan

Nyatakan kesimpulan daripada aktiviti yang telah dijalankan.

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

29

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

LEMBARAN KERJA 4

TOPIK : TEKANAN CECAIR DAN KESAN KEDALAMAN TERHADAPNYA
PENYATAAN MASALAH :

Rajah 4.2 : Kapal Selam
Gambar rajah 4.2 diatas menunjukkan sebuah kapal selam yang sedang berlayar di dalam lautan.
Seperti anda ketahui , kapal selam mampu menyelam sehingga kedalaman 500 m di kedalaman

lautan. Berdasarkan pengetahuan anda dan aktiviti yang bakal anda laksanakan,terangkan
bagaimana kapal selam boleh terapung dan tenggelam di lautan dan mampu menyelam di

kedalaman lautan yang mempunyai tekanan yang tinggi?

Soalan :
1) Terangkan bagaimana kapal selam boleh terapung dan tenggelam di lautan dan mampu
menyelam di kedalaman lautan yang mempunyai tekanan yang tinggi? Anda juga boleh
menyertakan sekali gambar rajah lukisan untuk penerangan yang lebih jelas.
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2) Apakah hubungan kesan kedalaman dengan tekanan cecair?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
3) Nyatakan satu contoh lain dan penerangan kesan kedalaman kepada tekanan cecair
dalam kehidupan seharian selain kapal selam ?
________________________________________________________________________
30

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

SKEMA JAWAPAN

Nota : Jawapan yang diberikan adalah sebagai panduan kepada guru untuk merujuk. Guru boleh
memberikan markah berdasarkan ketepatan isi dan maklumat yang diperolehi. Ilustrasi bergambar
dibekalkan bagi meningkatkan kefahaman dalam memahami jawapan.

LEMBARAN RUMUSAN AKTIVIT1 1

Keputusan

Tenggelam Terapung
Tin minuman Buah-buahan (epal/oren)
Botol air mineral
Bongkah kayu Plastisin
Bebola besi

Pemerhatian

Punca keputusan diatas diperolehi adalah disebabkan faktor jisim , dimana objek yang terapung
mempunyai jisim yang lebih kecil daripada air menyebabkan ianya terapung manakala objek yang
tenggelam mempunyai jisim yang lebih besar daripada air. Objek yang mempunyai jisim yang
lebih besar mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi manakala objek yang mempunyai jisim yang
lebih kecil mempunyai ketumpatan yang lebih rendah berdasarkan formula ketumpatan iaitu
ketumpatan = jisim/isipadu .Ketumpatan hanya akan dipengaruhi oleh dua perkara iaitu jisim dan
isipadu.

Kesimpulan

Objek yang mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi akan tenggelam manakala objek yang
mempunyai ketumpatan yang rendah akan terapung .

31

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2
LEMBARAN KERJA 1
1) Daya yang wujud pada kapal kargo adalah daya apung. Kapal kargo diperbuat daripada
logam boleh terapung di atas permukaan laut kerana daya apung ke atas kapal adalah sama
dengan berat kapal itu.Badan kapal kargo mempunyai banyak ruang bagi memastikan air
pada ruangan kapal dapat diisi dengan secukupnya untuk memastikan berat kapal adalah
sama dengan daya apung untuk mengekalkan kapal terus terapung dan berlayar dengan
selamat. Garis Plimsoll pula ditanda pada sisi kapal untuk menunjukkan kedalaman yang
selamat untuk berlayar dimana ianya menunjukkan garis panduan kepada kapal sedang
berlayar pada suhu air laut yang berbeza seperti rajah 1.3 .

Rajah 1.3

2) Objek yang kurang tumpat akan timbul di atas air manakala objek yang lebih tumpat akan
tenggelam di dalam air

3) Garisan plimsoll pada kapal kargo ditanda pada sisi kapal untuk menunjukkan kedalaman
yang selamat untuk berlayar. Ia juga digunakan sebagai garis panduan tentang betapa
banyak beban boleh ditanggung oleh kapal dalam air yang mempunyai ketumpatan yang
berbeza

32

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2
LEMBARAN RUMUSAN AKTIVIT1 2
1) Pemerhatian :
:Belon semakin mengembang apabila diletakkan di bahagian muncung botol. Air panas
meningkatkan suhu udara dalam kelalang kon. Zarah-zarah udara bergerak dengan lebih
laju dan bergerak menjauhi antara satu sama lain. Udara dari dalam kelalang kon akan
keluar dan masuk ke dalam belon. Udara panas yang bertekanan tinggi akan menolak
dinding belon menyebabkan belon mengembang
1) Keimpulan
: Apabila suhu meningkat, tekanan udara yang terdapat di belon akan semakin meingkat .

33

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2
LEMBARAN KERJA 2
1) Daya yang wujud pada belon udara panas adalah daya apung..Pemanasan yang berlaku
pada belon akan meningkatkan suhu udara di dalam belon udara panas yang menyebabkan
isipadu dana tekanan gas di dalam belon udara berubah. Berdasarkan teori kinetik gas
molekul gas yang terdapat dalam belon udara yang dipanaskan tersebut akan sentiasa
bergerak bebas dan sentiasa berlanggar terhadap dinding bekasnya .Kekerapan
perlanggaran antara molekul udara terhadap dinding bekasnya akan menghasilkan daya
yang menolak terhadap dinding bekas tersebut yang dipanggil sebagai tekanan gas.
Tekanan gas yang terkandung dalam belon udara panas mempunyai jisim yang lebih
rendah daripada tekanan udara yang terdapat di luar menyebabkan belon udara naik dan
terbang keatas.
2) Faktor yang mempengaruhi tekanan gas adalah suhu dan isipadu.

3) Semakin tinggi nilai suhu , semakin tinggi tekanan gas yang akan terhasil.

34

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

LEMBARAN RUMUSAN AKTIVIT1 3

Nama aktiviti : Mengesan kewujudan tekana atmosfera menggunakan picagari.
Pemerhatian
:Apabila omboh ditarik, cecair akan memasuki ruang pada picagari.Terdapat tekanan yang wujud
menyebabkan cecair pada balang bergerak masuk ke dalam picagari. Tekanan yang rendah yang
berada dalam picagari menyebabkan cecair boleh ditolak masuk kerana tekanan udara yang wujud
di luar yang dikenali sebagai tekanan attmosfera mempunyai tekanan yang lebih tinggi berbanding
tekanan yang wujud di dalam picagari.

Kesimpulan

: Tekanan atmosfera yang berada di luar mempunyai tekanan yang lebih tinggi berbanding tekanan
udara yang wujud dalam picagari menyebabkan cecair boleh ditolak masuk ke dalam
picagari.Tanpa kewujudan tekanan atmosfera cecair tidaka akan dapat disedut oleh picagari.

Nama aktiviti : Mengesan kesan altitud terhadap tekanan atmosfera menggunakan simulasi
Java Lab

Keputusan :

Jarak ketinggian (km) Nilai tekanan atmosfera (hPa)
10 232
30 12.8
60 0.332
90 0.0003
110 0.0003

Pemerhatian : Apabila jarak ketinggian semakin bertambah , nilai tekanan atmosfera semakin
berkurang. Perubahan zarah-zarah tekanan atmosfera adalah semakin berkurang apabila jarak
ketinggian (nilai altitud) bertambah
Kesimpulan : Semakin bertambah nilai altitud (ketinggian) , semakin berkurang tekanan
atmosfera.

35

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2
LEMBARAN KERJA 3
1) Tekanan yang wujud pada picagari adalah tekanan atmosfera. Apabila omboh pada
picagari ditarik satu kawasan bertekanan rendah di dalam picagari akan terhasil. Apabila
kawasan yang bertekanan rendah di dalam picagari terhasil , udara yang diluar yang
mempunyai tekanan yang tinggi akan menolak cecair yang disedut masuk ke dalam
picagari. Tekanan udara yang disebabkan oleh atmosfera (lapisan udara yang mengelilingi
bumi) dikenali sebagai tekanan atmosfera. Jadi, tekanan atmosfera yang tinggi diluar akan
menolak cecair untuk masuk kedalam picagari menyebabkan cecair ditolak masuk ke
dalam picagari seperti gambar rajah 3.3.

Rajah 3.3
2) Semakin tinggi altitud semakin rendah tekanan atmosfera yang dihasilkan.
3) Contoh alatan lain yang menjelaskan penggunaan aplikasi konsep tekanan atmosfera

adalah , sifon, penyedut minuman, pam sedut dan hemisfera Magdeburg.

36

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2
LEMBARAN RUMUSAN AKTIVIT1 4

Keputusan:

Lubang Jarak air yang keluar daripada lubang
ditebuk (cm)
A
B 12
C 8
5

Nota : Jarak air diberikan adalah sekadar andaian. Keputusan jarak air yang diperolehi haruslah
selari dengan hubungan kesan kedalaman terhadapa cecair.

Pemerhatian ;

:Jarak yang dihasilkan oleh lubang A adalah paling jauh berbanding lubang B dan C. Air yang
keluar daripada lubang A mempunyai tekanan yang lebih tinggi menyebabkan jarak pancutan air
yang dihasilkan adalah lebih tinggi berbanding lubang B dan C.

Kesimpulan :

:Semakin dalam kedudukan lubang yang dihasilkan , semakin tinggi jarak air yang keluar
daripada lubang yang ditebuk .

37

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2

LEMBARAN KERJA 4

1) Daya yang terdapat pada kapal selam adalah daya apung.Kapal selam boleh terapung dan
tenggelam di permukaan laut kerana mempunyai tangka ballast seperti dalam gambar rajah
4.3 dibawah . Air laut akan masuk ke tangka ballast dan menyebabkan berat kapal selam
semakin bertambah. Ketika berat kapal selam bertambah melebihi daya apungan , maka
ianya akan membolehkan kapal selam menyelam dan tenggelam dan untuk terapung
kembali , kapal selam hanya perlu mengosongkan air di tangka ballasa Kapal selam juga
boleh tenggelam sehingga kedalaman yang tinggi adalah kerana dinding kapal selam
mempunyai ketebalan yang tinggi . Di kawasan laut dalam, tekanan cecair adalah amat
tinggi. Oleh itu dinding kapal selam hendaklah mempunyai ketebalan yang cukup dan kuat
untuk menahan tekanan yang begitu tinggi.

Tangki Ballast

Daya Apung

Berat
Rajah 4.3

2) Semakin tinggi kedalaman yang cecair, semakin tinggi tekanan yang dialami oleh cecair.

3) Contoh lain bagi kesan kedalaman terhadap cecair adalah ketebalan dinding empangan
Semakin dalam dari permukaan cecair, semakin besar tekanan yang dihasilkan oleh cecair.
Oleh itu, dinding empangan dibina lebal di bahagian bawah supaya ia boleh menahan
tekanan yang lebih tinggi di bahagian bawah. Tambahan , penjana diletak di bahagian
bawah empangan supaya tekanan yang cukup tinggi dikenakan keatasnya untuk menjana
kuasa elektrik.

38

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2
PENUTUP KATA
Pembinaan Modul Pembelajaran Berasaskan Masalah bagi Topik Daya dan Gerakan Sains
Tingkatan 2 ini diharap mampu dijadikan sebagai bahan bantu mengajar buat warga pendidik Sains
dalam melaksanakan dan mengimplementasikan kaedah pembelajaran secara berasaskan masalah
terutama dalam pembelajaran bagi topik daya dan gerakan Sains Tingkatan 2. Modul ini adalah
salah satu inisiatif tambahan dalam mengalakkan lagi kepelbagaian dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Semoga melalui penerapan kaedah pembelajaran yang diaplikasikan oleh Modul
PBM topik daya dan gerakan Sains Tingkatan 2 dapat membantu pelajar untuk lebih menguasai
dan memahami topik daya dan gerakan dengan lebih baik.

39

MODUL PBM TOPIK DAYA DAN GERAKAN SAINS TINGKATAN 2
RUJUKAN
Atmosphere. (2021, May 2). JavaLab. https://javalab.org/en/atmosphere_en/
Hukum gas. Jenis, formula Dan Aplikasi. (2021, August 31). Root of
Science. https://rootofscience.com/blog/2021/sains-fizikal/fizik/hukum-gas-jenis-formula-
aplikasi/
Modul pembelajaran berasaskan masalah. (n.d.). Academia.edu - Share
research. https://www.academia.edu/39116395/MODUL_PEMBELAJARAN_BERASASK
AN_MASALAH
Physics. (n.d.). Academia.edu - Share research. https://www.academia.edu/34662612/Physics
Tekanan Bab 2 : Eksperimen (mengkaji hubungan Antara kedalaman Dan tekanan dalam
cecair). (2021, March 7). YouTube. https://youtu.be/7hO7CeaN-t0
Wee, K. N. (2004). Jump start authentic problem-based learning. Prentice Hall.

40

Click to View FlipBook Version