The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahiddin, 2020-11-08 22:13:23

WELDING METALLURGY

3.3 TYPE OF CAST IRON

DPP C2 (b)

Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak

INFORMATION SHEET

COURSE : STK SEMESTER : 3
SESSION : TMW 3032 METALLURGY SHEET NO : 3.3
CODE/SUBJECT : WEEK : 10
LECTURER :

TOPIC : TYPES of FERROUS METAL – CAST IRON
SUB-TOPIC :
3.3.1 White Cast Iron
3.3.2 Grey Cast Iron
3.3.3 Malleable Cast Iron
3.3.4 Alloy Cast Iron

LEARNING At the end of the lesson, students will be able to :
OUTCOME :
1. Describe types of cast iron
2. Identify properties of cast iron

TAJUK: TYPE OF CAST IRON

PENERANGAN:

Besi Tuang boleh didapati dalam berbagai-bagai jenis dan gred. Ia mempunyai sifat dan
mutu yang berlainan antara satu dengan lain kerana kandungan karbonnya berbeza.

1

DPP C2 (b)

Antara jenis-jenis Besi Tuang (CAST IRON) ialah:
1. Besi Tuang Kelabu
2. Besi Tuang Putih
3. Besi Tuang Tempawan
4. Besi Tuang Aloi

Besi Tuang Kelabu (Grey Cast Iron)
Besi Tuang Kelabu mengandungi 1.7% hingga 4.5% karbon dan takat suhu leburnya
ialah 1204C. Ia mudah dimesin dan mudah dibuat tuangan. Besi Tuangan Kelabu
digunakan untuk membuat besi paip besar, bracket, penyokong, bingkai mesin dan
sebagainya. Besi ini juga mempunyai kekuatan mampatan yang rendah dan cepat
berkarat apabila terdeddah kepada lembapan.

Besi Tuang Putih (White Cast Iron)
Kandungan karbon di dalam besi ini adalah lebih tinggi daripada kandungan karbon di
dalam besi tuang kelabu, iaitu 2% hingga 3.5%. Besi Tuang Putih sangat keras dan
kekuatan mampatannya adalah tinggi jika dibandingkan dengan Besi Tuang Kelabu, ini
menyebabkan ia agak sukar dimesin. Besi Tuang Putih sangat sesuai untuk membuat
komponen-komponen mesin yang memerlukan sifat ketahanan daripada geseran dan
haus. Ia juga lambat teroksida.

Besi Tuang Tempawan (Malleable Cast Iron)
Besi Tuang Tempawan diketuk atau ditempa tanpa retak atau pecah, kerana ia
dikenakan rawatan haba sepuh lindap. Dalam proses ini, pemanasan memakan masa
yang lama, kira-kira 100 jam hinga 170 jam. Tujuannya ialah supaya besi itu menjadi
lembut tetapi dapat mengekalkan keliatan, kemuluran dan kekuatannya. Besi Tuang
jenis ini digunakan untuk membuat kotak engkol, roda, takal, kepala silinder, bahagian-
bahagian mesin, jentera dan enjin.

Besi Tuang Aloi (Alloy Cast Iron)
Besi Tuang Alo dibuat dengan mencampurkan bahan-bahan lain seperti silikon, nikel,
kromium, molibdenum dan tembaga. Bahan-bahan ini memberikan sifat yang istimewa
kepada Besi Tuang Aloi seperti boleh menahan haba, menahan haus, menahan karat,
mmpunyai tegasan yang tinggi dan tidk bersifat magnet.

2


Click to View FlipBook Version