DPP C2 (b)
Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak
INFORMATION SHEET
COURSE : STK SEMESTER : 3
SESSION : TMW 3032 METALLURGY SHEET NO : 4.1
CODE/SUBJECT : WEEK :
LECTURER :
TOPIC : Types Of Non-Ferrous Metal – Properties of Non-Ferrous Metal
SUB-TOPIC :
4.1.1 Aluminium
4.1.2 Aluminium Aloi
4.1.3 Tembaga atau Kuprum
4.1.4 Perak
4.1.5 Timah
4.1.6 Logam Babbitt
4.1.7 Pewter
LEARNING At the end of the lesson, students will be able to :
OUTCOME :
1. Identify the classification of Non-Ferrous Metal
2. Describe the differentiation between Ferrous Metal and Non-Ferrous
Metal
TAJUK: TYPES OF NON-FERROUS METAL
PENERANGAN:
Logam bukan ferus ialah logam yang tidak mengandungi besi. Terdapat pelbagai jenis
logam bukan ferus, antaranya aluminium, tembaga, kuprum, timah, timah hitam dan
zink. Logam-logam ini mempunyai sifat semula jadi yang tersendiri, umpamanya boleh
mengalirkan haba dan tahan karat. Tembaga dan aluminium merupakan pengalir yang
baik, oleh itu ia digunakan sebagai pengalir arus elektrik. Timah dan zink pula
digunakan sebagai bahan penyalut bagi mengelakkan karat.
Memandangkan kos pengeluarannya yang tinggi, di samping tidak begitu teguh jika
digunakan dalam bentuk tulen, maka sifat-sifat mekanikal logam tersebut perlu
dipertingkatkan dengan menjadikan logam itu sebagao aloi.
1
DPP C2 (b)
Aluminium
Aluminium diperbuat daripada bijih bauksit. Ia berwarna putih perak, mempunyai sifat-
sifat mulur, tempawan, mudah dituang dan mudah dimesin. Suhu leburnya hanya
650Celcius. Aluminium merupakan bahan pengalir haba yang kedua terbaik selepas
tembaga, dan sesuai untuk dijadikan dawai elektrik.
Aluminium Aloi
Untuk mempertingkatkan lagi sifat mekanikal aluminium, unsur-unsur lain dicampurkan
untuk dijadikan aluminium aloi. Antara unsur-unsur itu ialah silikon, mangan, tembaga,
nikel dan tatum. Aluminium aloi dibahagikan kepada dua jenis iaitu aloi tempawan dan
aloi tuang. Kedua-dua jenis ini, ada yang boleh diberi rawatan haba dan ada yang tidak
boleh.
Kegunaan aluminium aloi ialah unuk membuat struktur kapal terbang, omboh,
bahagian enjin, barang-barang perabo, peraatan memasak dan lain-lain.
Tembaga atau Kuprum
Tembaga ialah bahan pengalir haba dan pengalir elektrik yang terbaik. Ia berwarna
merah kekuningan, mempunyai sifat mulur dan tempawan. Sifat mekanikalnya boleh
dipertingkatkan dengan menambah unsur-unsur lain untuk menjadikan tembaga aloi.
Tembaga lebih kuat daripada aluminium kerana ia sangat mulur dan boleh dikendalikan
semasa kerja panas. Satu lagi keistimewaan tembaga ialah ia tidak berkarat, mudah
disambung dengan cara memateri dan mengimpal loyang. Tembaga merupakan bahan
yang sangat peka,apabila dicampurkan sedkit sahaja bahan aloi, perubahan sifatnya
akan nampak jelas.
Tembaga aloi yang lazim terdapat ialah:
(a) Loyang - iaitu campuran tembaga dengan zink
(b) Gangsa - iaitu campuran tembaga dengan timah
Perak
Perak berwarna keputih-putihan dan berkilat. Sifatnya lembut. Kebanyakannya
digunakan untuk membuat barang perhiasan dan juga mata wang. Perak dicampurkan
dengan sedikit kuprum untuk menjadikannya keras dan dinamakan sterling silver.
Timah
Timah diperoleh daripada bijih timah. Ia tidak berkarat dan digunakan untuk membuat
gangsa, logam babbitt, pewter dan pateri.
2
DPP C2 (b)
Logam Babbitt (Timah Hitam)
Logam asasnya ialah sama ada plumbum atau timah dan dijadikan logam babbitt
apabila dicampurkan dengan plumbum, timah, kuprum dan stabium. Logam babbitt tdak
berkarat dan sangat sesuai digunakan untuk membuat pagas dalam mesin dan enjin
kerana ia kuat, teguh dan tahan lasak.
Pewter
Pewter diperbuat daripada timah, stabium dan kuprum dengan nisbah 92:5:3. Sekiranya
bercampur dengan plumbum, akan menghasilkan pewter yang bermutu rendah kerana
warnanya menjadi pudar.
3