DPP C2 (b)
Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak
INFORMATION SHEET
COURSE : STK SEMESTER : 3
SESSION : TMW 3032 METALLURGY SHEET NO : 3.4
CODE/SUBJECT : WEEK :
LECTURER :
TOPIC : TYPE of FERROUS METAL - Alloy Steel and Alloying Elements
SUB-TOPIC : 3.4.1 Carbon
3.4.2 Silicon
LEARNING 3.4.3 Phosphorus
OUTCOME : 3.4.4 Sulphur
3.4.5 Manganese
3.4.6 Nickel
3.4.7 Chromium
3.4.8 Chrome-Nickel
3.4.9 Molybdenum
3.4.10 Tools
3.4.11 Durable
At the end of the lesson, students will be able to :
1. Identify types of alloy steel
2. Describing alloying element, residuals element and its effect.
TAJUK: ALLOY STEEL AND ALLOYING ELEMENT
PENERANGAN:
Besi dan karbon merupakan unsur utama yang terdapat di dalam keluli. Beberapa unsur
kimia yang lain turut dicampurkan bagi mempertingkatkan lagi sifat-sifat mekanikal
logam itu.
1
DPP C2 (b)
Unsur-unsur kimia tersebut ialah:
(a) Karbon
Karbon merupakan agen pengerasan, semakin banyak kandungan karbon yang
dicampurkan maka semakin bertambah kekerasan keluli itu.
(b) Silikon
Silikon dijadikan sebagai bahan aloi bagi meningkatkan sifat-sifat kekuata tegangan,
keteguhan dan kekerasan keluli.
(c) Fosforus
Fosforus merupakan bahan asing yang tidak dikehendaki kerana kandungannya yang
terlalu banyak, boleh mengakibatkan kerosakan kepada keluli apabila dikenakan
gegaran dan kejutan.
(d) Sulfur
Fungsi sulfur ialah untuk memudahkan logam dimesin. Jika sulfur dicampurkan terlalu
banyak, ia boleh mengakibatkan keretakan semasa logam itu ditempa atau digelek.
(e) Mangan
Mangan berfungsi untuk membantu menulenkan keluli kerana tindakan
pengoksidaannya. Ia juga dijadikan bahan aloi dalam proses membuat keluli aloi iaitu
dengan mencampurkan 1.5% - 2% mangan. Tujuannya ialah untuk mempertingkatkan
kekuatan dan keteguhan serta menahan kejutan.
(f) Nikel
Keluli ini mengandungi nikel. Fungsi nikel ialah untuk menambahkan kekuatan dan
keteguhan, tahan karat serta memberi sifat lebi anjal. Keluli nikel tahan terhadap
gegaran, hentakan dan kejutan dan juga lambat haus. Ia digunakan untuk membuat
kabel, aci, landasan dan spindal kereta.
(g) Kromium
Kromium memberikan sifat kekerasan yang tinggi, keteguhan, tahan hentakan dan
tahan karat. Keluli ini digunkana untuk membuat sink, peralatan dapur, peralatan
pergigian, galas bebola, alat penhuji dan pengukur dan lain-lain lagi.
2
DPP C2 (b)
(h) Krom-nikel
Campuran krom dan nikel menambahkan lagi kekerasan dan kekuatan keluli ini. Ia
sesuai digunakan untuk membuat plat perisai, bahagian-bahagian enjin, gear, pegas,
spindal dan aci.
(i) Molibdenum
Mengandungi molibdenum berwarna putih perak. Unsur ini menambahkan kekuatan
dan kekerasan sifat tahan panas. Keluli ini digunakan untuk membuat bahagian-
bahagian kereta dan wayar halus yang bermutu tinggi.
(j) Alat (Tungsten)
Bersifat keras dan boleh menahan haba yang tinggi. Alat yang dibuat dengan keluli
tungsten dikenali sebagai tungsten karbida.
(k) Tahan Lasak
Keluli tahan lasak terdiri daripada campuran berbagai-bagai unsur seperti kromium,
vanadium, molybdenum dan tungsten. Kandungan karbonnya ialah 0.7% - 1.5%,
menyebabkan ia sangat keras dan tahan haus dan juga tahan terhadap suhu yang
tinggi sehingga 599Celcius. Keluli ini digunakan untuk membuat gerudi, pelulas, mata
alat pelarik, mata alat pengisar dan sebagainya.
3