DPP C2(b)
Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak
INFORMATION SHEET
PROGRAMME STK
SESSION
SEMESTER : 3
CODE & COURSE TMW 3032 METALLURGY SHEET NO : 1.3
LECTURER
WEEK : 3
TOPIC SHAPER CONVERTER
SUB-TOPIC 1.3 : SHAPER CONVERTER (PEMBENTUKAN LOGAM)
TOPIC 1.3.1: Billets, Bloom and Slabs
LEARNING 1.3.2: Mill Finishing-Bars, Rods, Tubes
OUTCOME 1.3.3: Structural Shapes, Rails, Plates and Pipes
1.3.4 Strip, Seamless Pipe, Welded Pipes and Tubing
1.3.5 Hot Finishing and Cold Finishing of Steels
At the end of the lesson, students will be able to:
i) Identify how metals are shaped.
Keluli yang dihasilkan dengan berbagai-bagai kaedah relau sebagaimana yang
dibincangkan adalah dalam bentuk jongkong. Jongkong keluli ini akan diproses
untuk dijadikan berbagai-bagai bentuk penyudahan seperti batang, bilah dan tiub
yang mempunyai berbagai-bagai bentuk muka keratin, umpamanya berbentuk
bulat segiempat sama segiempat tepat, segienam, segilapan,bersudut, alur,
berongga dan dalam bentuk keratn T dan keratin I. Jongkong keluli biasanya
mempunyai tiga bentuk asas iaitu:
1. Bentuk Papak (Slab) – Untuk dijadikan keratin dan plat
2. Bloom – Untuk dijadikan rail dan struktur
3. Billet – Untuk dijadikan bentuk bulat, rongga dan bar.
1
DPP C2(b)
Pelbagai Bentuk penyudahan Keluli
2
DPP C2(b)
Dalam menghasilkan pelbagai bentuk keluli penyudah, jongkong keluli akan
melalui tiga proses utama :
1. Proses Menggelek
2. Proses Penarikan
3. Proses Tempaan
1. PROSES MENGGELEK
Menggelek merupakan satu proses untuk menjadikan keluli berbagai-
bagai bentuk keratin penyudahan sebelum ia dipasarkan. Roda keluli
digunakan dalam proses ini. Proses menggelek ini dijalankan dengan dua
kaedah iaitu :
a. Menggelek Panas (Hot Finishing)
b. Menggelek Sejuk (Cold Finishing)
A. Menggelek Panas
Proses menggelek ini dilakukan ketika keluli itu masih panas. Keluli yang
digelek panas ini disebut sebagai Keluli Hitam atau Keluli Lembut Hitam
kerana selepas disejukkan keluli ini mempunyai lapisan kulit berwarna
hitam, keras dan kasar. Saiznya tidak tepat kerana ia terpaksa dimesin
sebelum digunakan.
B. Menggelek Sejuk
Menggelek sejuk ialah satu proses membersihkan atau menghilangkan
lapisan kulit keras pada keluli yang digelek panas, iaitu dengan cara
menggelek semula keluli yang telah digelek panas sebaik sahaja ia sejuk.
Sebelum kerja menggelek dijalankan, keluli tersebut direndam di dalam
Asid Sulfurik untuk membuang kulitnya, kemudian dicuci dengan air tulen
atau air limau. Oleh sebab digelek ketika sejuk, tekanan yang tinggi perlu
dikenakan pada penggelek. Struktur keluli yang digelek sejuk adalah lebih
halus daripada struktur keluli yang digelek panas.
3
DPP C2(b)
2. PROSES PENARIKAN
Keluli yang digelek panas dibersihkan di dalam Asid Sulfik dan seterusnya
diproses dengan cara yang dinamakan proses penarikan. Proses
penarikan boleh dilakukan dengan dua cara dan menggunakan dua jenis
alat iaitu :
a. Muncung Keluli Berbentuk loceng
b. Acuan Penarikan Dawai
a. Muncung Keluli Berbentuk Loceng
Bentuk penyudahan yang biasa dibuat dengan memggunakan alat ini
ialah paip atau tubing. Keluli yang dihasilkan dengan kaedah ini
mempunyai permukaan yang lebih baik, licin dan tepat
4
DPP C2(b)
b. Acuan Penarikan Dawai
Alat ini digunakan untuk membuat dawai. Acuannya mengandungi
berbagai-bagai saiz lubang.
3. PROSES TEMPAAN
Satu lagi cara membentuk penyudahan keluli ialah dengan cara Tempaan.
Jongkong keluli dipanaskan sehingga merah menyala kemudian
dihimpitkan dengan penekan atau pengetuk berbeban tinggi untuk
menghasilkan bentuk-bentuk tertentu.
5
DPP C2(b)
EXERCISE :
1. Namakan tiga bentuk asas jongkong keluli.
2. Jongkong keluli akan melalui tiga proses utama penyudah iaitu:.
3. Namakan asid yang digunakan dalam proses penarikan
4. Proses mengelek dilakukan dengan dua kaedah iaitu :
REFERENCE :
1. WELDING : Principles and Practice, 4e
2. Manufacturing Engineering & Technology Fifth Edition
6
DPP C2(b)
7