Burung Pipit g Pipit yang Berani BUKU BU CERITA KANAK-KANAK KU CERITA KANAK-KANAK
Fares Production IPGM Kampus Sultan Mizan, Kampung Raja, 22200, Besut, Terengganu Tel: 011-1234567 Fax: 09-1011123 Cetakan Pertama 2025 @faris rusdi, 2025 Hak Cipta Terpelihara. Sebaramg bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara elektronik, mekanikal, penggambaran semula, perakaman ataupun sebahagiannya tanpa izin terlebih dahulu daripada Fares Production. Perpustakaan Al-Basuti Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Faris Rusdi, 2025 BURUNG PIPIT YANG BERANI / cerita dan ilustrasi oleh Faris Rusdi (SIRI CERITA DONGENG KANAK-KANAK) ISBN 986-955-0945-69-8 (set) ISBN 986-955-0945-70-5 1.Children’s stories, Malay 2.Didactic Fiction, Malay I.Judul. II. Siri 209.5674 Dicetak oleh: FARES EXCEL PRINTING (A) SDN. BHD. NO.402, Jalan Dusun Rambutan, 22200, Besut Terengganu 2
watak piko Rafi lolly bruno Seekor burung pipit kecil yang berani. Seekor burung hantu yang bijak. Seekor arnab putih, sahabat Piko. Seekor beruang besar yang kuat. 3
Di sebuah hutan, tinggal seekor burung Pipit bernama Piko. Walaupun tubuhnya kecil, tetapi dia sangat berani. Dia suka mencuba sesuatu yang baharu. 4
Pada suatu petang, Piko sedang asyik mencari makanan. Kemudian, dia mendengar suara jeritan meminta tolong. Ada haiwan memerlukan pertolongan! TOLONG! TOLONG! 5
Piko bergegas ke arah suara tersebut. Dia ternampak Lolly Si Arnab yang sedang meminta pertolongan. Lolly! Apa yang berlaku? Piko! Kakiku tersangkut! Tolong aku! 6
Tanpa berfikir panjang, Piko turun untuk melihat keadaan kaki Lolly. Akar ini terlalu kuat! Kita perlu meminta pertolongan haiwan yang lebih besar. 7
Piko bertemu dengan Rafi, Si Burung Hantu yang bijak untuk meminta pertolongan. Rafi, ada haiwan yang memerlukan pertolonganmu! Aku terlalu kecil untuk membantunya. Baiklah, Piko! Bawa aku ke sana. 8
Piko dan Rafi segera turun melihat keadaan Lolly. Namun, Rafi juga tidak mampu membantunya. Kita perlukan tenaga yang lebih kuat! Aku tahu siapa yang boleh membantu kita. 9
Piko mencadangkan mereka meminta pertolongan daripada Bruno Si Beruang. Namun, Bruno tinggal di dalam Hutan Gelap! Adakah kamu pasti, Piko? Aku akan meminta pertolongan Bruno Si Beruang di Hutan Kelam! Aku takut... 10
Langit mula mendung. Piko perlu memberanikan diri meredah hutan yang gelap untuk meminta bantuan Bruno Si Beruang. Hari akan hujan! Bantu aku Piko! Aku akan segera memanggil Bruno! 11
Piko terbang memasuki Hutan Gelap. Dalam perjalanan, hujan turun dengan lebat. Namun Piko tidak berputus asa. 12
Di dalam Hutan Gelap, Piko memasuki gua tempat tinggal Bruno Si Beruang. Piko meminta bantuan daripada Bruno. Bruno, ada haiwan yang memerlukan bantuanmu! Bawa aku ke sana, Piko! 13
Setelah beberapa ketika, Piko dan Bruno sampai untuk membantu Lolly. Bruno memerhatikan akar yang tersangkut pada kaki Lolly. 14
Tanpa berfikir panjang, Bruno segera membantu Lolly melepaskan kakinya daripada akar tersebut. Bertahan Lolly! Aku akan membebaskanmu. 15
Akhirnya, Lolly berjaya dilepaskan daripada akar pokok tersebut. Disebabkan oleh keberanian Piko, Lolly terselamat daripada hujan yang lebat. Terima kasih, Piko! Sama-sama, Lolly! 16
Cerita ini menekankan kepentingan nilai keberanian dan baik hati yang perlu dimiliki oleh setiap orang. Dengan nilai keberanian serta baik hati, kita mampu mengatasi rasa takut untuk mengatasi segala rintangan sewaktu membantu orang yang memerlukan. NIlai dan pengajaran 17
glosari 17 1. Bergegas - Membuat sesuatu dengan cepat. 2.Berfikir panjang - Mempertimbangkan. 3.Meredah - Mengharungi/melalui.
tamat 18
Berani melangkah tanpa gentar, Hati jernih, budi mekar, Sahabat jatuh, tangan dihulur, Kasih tersulam, ikhlas tersusur. Bagai pelita dalam gelita, Menjadi cahaya buat semua, Takkan ragu membantu insan, Biar pun susah, tetap bertahan. Bukan gagah kerana kuat, Tapi luhur budi penuh berkat, Saling menyokong, saling menjaga, Cipta dunia harmoni bersama. Seperti akar memegang tanah, Kita teguh bila berpaut erat, Biar ribut, biar gelora, Hati murni tetap bersinar! Sajak: Hati waja, budi Mulia 19
20 NIlai dan pengajaran sajak Keberanian sejati datang daripada keikhlasan membantu sesama insan. Setia kawan dan kasih sayang menjadikan kehidupan lebih bermakna. Bantu-membantu tanpa mengharapkan balasan membawa kebaikan kepada semua. Keteguhan hati dan persaudaraan menjadikan kita lebih kuat menghadapi cabaran.