PELAJARAN 5
(BUKU TEKS MUKA SURAT : 21)
BIDANG AL-QURAN:
MANISNYA
PERSAUDARAAN
• Membaca surah ali Imran : ayat 103
• Membaca ayat dan maksudnya
• Sebab penurunan ayat (Asbabun Nuzul)
• Maksud berpegang dengan tali Allah
• Cara mengukuhkan persaudaraan
• Hikmah persaudaraan dalam Islam
• Pengajaran ayat
Mari belajar bersama ustazah Wan Teh Sharifah binti Wan Lolok SMK St Mark
SURAH ALI IMRAN : AYAT 103
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian
dengan tali Allah (Agama Islam)
Dan janganlah kamu bercerai-berai
Dan kenanglah nikmat Allah kepadamu
Ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu)
Lalu Allah menyatukan hati-hati kamu (sehingga
kamu bersatu padu dengan nikmat Islam.
Maka dengan nikmat Allah itu kamu menjadi
orang Islam yang bersaudara
Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka
(disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah
Lalu Allah menyelamatkan kamu daripada neraka itu
(disebabkan nikmat islam juga)
Demikianlah Allah menjelaskan kepada
kamu ayat-ayat keterangannya
Supaya kamu mendapat petunjuk hidayahnya.
ASBABUN NUZUL
(SEBAB PENURUNAN AYAT)
Semasa jahiliah, suku Aus dan Khazraj
bermusuhan. Melalui agama Islam, Rasulullah
SAW telah berjaya menyatukan mereka. Pada
suatu masa, seorang Yahudi telah
membangkitkan kembali permusuhan antara
Aus dan Khazraj sehingga mereka hampir
berbunuhan. Namun demikian, Rasulullah SAW
telah mendamaikan permusuhan tersebut.
Maka turunlah ayat 101 hingga 103 surah ali
Imran.
BERPEGANG DENGAN TALI ALLAH
Menurut Ibnu Mas’ud
Tali Allah bermaksud agama Islam secara keseluruhannya.
Berpegang dengan tali Allah bermaksud berpegang teguh dengan ajaran Islam.
DALIL
Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 208,
Maksudnya : wahai orang yang beriman! Masuklah kamu dalam agama Islam
(dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya. Jangan ikut jejak langkah syaitan.
Sesungguhnya (syaitan itu) musuh yang nyata bagi kamu.
Maksud : Perumpamaan orang mukmin dalam saling berkasih sayang, persaudaraan
dan berlemah lembut adalah seumpama satu badan. Apabila salah satu daripada
anggota badan sakit, seluruh badan merasai kesakitan dan tidak lena tidur.
CARA MENGUKUHKAN PERSAUDARAAN
Dengan hati
Ikhlas Tidak ada sesuatu kepentingan melainkan mentaati perintah Allah.
Bersangka baik Kita hendaklah menjaga perasaan orang lain dengan tidak
bersangka buruk.
Dengan lisan
Ucapan salam Memberi dan menjawab salam
Bertegur sapa setiap kali bersua atau berpisah
Bertanya khabar bila berjumpa
Dengan perbuatan Bantuan ini dapat merapatkan
hubungan baik sesama insan
Membantu mereka yang memerlukan
Menunaikan solat Dengan cara solat bersama-sama, bersalaman
berjemaah dan berkenalan selepas selesai solat.
HIKMAH PERSAUDARAAN DALAM ISLAM
INDIVIDU
Memupuk rasa kasih sayang kepada ahli keluarga dan sesama muslim
kerana setiap ahli saling bertegur sapa
Menenteramkan jiwa kerana semua orang saling menyayangi
Keluarga
Membentuk keluarga bahagia kerana setiap ahli saling menghormati
Mengeratkan silaturrahim antara ahli Kerana amalkan adab yang baik
MASYARAKAT DAN NEGARA
Masyarakat bersatu padu Kerana saling hormat-menghormati
Negara akan maju Kerana rakyatnya saling bekerjasama
Negara aman damai Kerana rakyatnya berdisiplin
PENGAJARAN HADIS
Kita hendaklah bertanggungjawab menjaga perpaduan dalam masyarakat
kerana Islam melarang umatnya berpecah-belah.
Kita hendaklah menjaga imej / nama baik umat islam
dengan sentiasa melakukan amar makruf nahi mungkar dalam kehidupan.
Kita hendaklah kembali kepada ajaran islam apabila berlaku perselisihan
kerana al-Quran dan hadis adalah panduan hidup dalam semua aspek
Kita hendaklah sentiasa berusaha mengeratkan persaudaraan
kerana tuntutan agama dan menepati naluri manusia
Kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah
agar kekal dalam agama Islam setelah menerima hidayah Allah.
Boleh guna PKR Apa yang perlu dibuat supaya hubungan
P Mengadakan program……. masyarakat majmuk (berbilang kaum) jadi erat
K Mengadakan kempen…….
Kenapa kena buat macam tu
Kesannya apa?
Kesimpulannya, apa nasihat kamu pada semua
R Mengedarkan risalah tentang…
Jawapan kamu mesti ada isi, huraian,
huraian lengkap dan kesimpulan.
SELAMAT BELAJAR