The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mahdihairil37, 2024-03-04 21:56:08

BIMMB 1104 Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Sastera_compressed

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU


Nama : Mahdi Bin Hairil Nizam No. Giliran : 2023182310008 Kod Kursus : BMMB1104 Kesusteraan dan Kebudayaan Melayu Nama Pensyarah : Encik Yazi Bin Kerya


PENGENALAN Menurut Hashim Awang et. al. (1985), pula menyatakan bahawa perkataan "kesusasteraan" terbentuk daripada akar kata "susastera" yang berasal daripada perkataan "sanskrit" Setiap suku katanya mempunyai makna yang khusus iaitu " su' bererti indah, lebih berfaedah dan baik Manakala "sastera* pula bermaksud huruf atau buku dan "kesusasteraan" bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasa dan isinya.


KONSEP Menurut Kementerian Polaiaran Malaysia (2003) mentakrifian kesusasteraan sebagai karya bahasa yang menyatakan pengalaman dan perasaan manusia secara kreatif Menurut pandangan Sarjana Ismail Hussein (1998:25) kesusasteraan merangkumi sema aspek yang menggunakan katakata atau bahasa yang bersifat kreatif.


FUNGSI KESUSTERAAN MELAYU PENDIDIKAN HIBURAN DAKWAH KRITIKAN SOSIAL INSTRUMEN PERPADUAN


PENDIDIKAN Fungsi sastera sebagai pendidikan terbukti kerana mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah diperkenalkan sejak tahun 1957 di Malaysia. Matlamatnya untuk membolehkan murid atau seluruh rakyat Malaysia untuk mendalami unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan justeru dapat melahirkan masyarakat yang berseni dan mahir dalam bidang sastera dan Bahasa Melayu.


Hiburan Hiburan terhasil dari keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang yang tesusun, kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar, unsur kelucuan dan sebagainya. Kepentingan fungsi hiburan menjadikan karya sastera seperti cerita penglipurlara diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai masyakarakat pada suatu ketika.


Dakwah Sastera Melavu selalu menampilkan aiaran Islam dan nilai-nilai keagamaan dalam karva-karvanva. terutama dalam bentuk syair dan puisi.contoh bentuk sastera Melayu yang bertungsi sebagal dakwah adalah syair dan puisi. syair dan puisi dalam sastera Melayu sering kali memuat nasihat-nasihat keagamaan dan moral yang dapal membantu pembaca atau pendendar memanami dan mengamalkan ajaran Islam.


Kritikan Sosial Karya sastera yang mengandung kritikan sosial dapat membantu membuka mata pembaca atau penonton tentang masalahmasalah yang teriadi di sekitar mereka, serta memberikan perspektif yang lebih luas dan mendalai mentangmasalamsmasalansostavancracia Kritikan sosial dalam sastera Melayu juga dapat membantu mengkritik dan menunjukkan kekurangan atau kelemahan sistem sosial atau politik yang ada dalam masyarakat.


INSTRUMEN PERPADUAN Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, sastera dijadikan instrumen penting bagi mewujudkan semangat kekitaan atau 'esprit de corp' di kalangan rakyat dalam usaha untuk membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu. Sastera negara menitikberatkan nilai perpaduan dan penghargaan kepada satu bentuk budaya kebangsaan untuk dikongsi bersama sebagai pemangkin bagi menyatupadukan rakyat.Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan "Sastera kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dapat memartabat dan memperkasakan lagi fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan


MANIFESTI AKAL BUDI Kamus Dewan Edisi Keempat (2017) mendefinisikan manifestasi sebagai perbuatan yang memperlihatkan sesuatu menjadikannya nyata. Akal pula membawa makna fikiran manakala budi bermaksud kebijaksanaan. Jadi, dapat disimpulkan bahawa manifestasi akal budi ialah mewujudkan sesuatu menjadi kenyataan dengan menggunakan buah fikiran.


Pantun Pantun merupakan bentuk ouisi tradisional vang terdiri daripada empat baris seranakao. empat perkataan sebaris dam mempunyai rima a, b, a, b. Setiap rangkap tersebut terbahagi kepada pembayang dan maksud. Seterusnya, pantun juga lalan pengucapan yang digunakan untuk menyampaikan nikiran dan perasaan terhadap sesuatu dengan tujuan menyindir, benenaka


Pantun conton pantun: Diam lisan banyak merenung. Lompat tinggi anak tupai; Hendak hati memeluk gunung. Apa daya tangan tak sampai. Baris pertama pantun membawa maksud bahawa kita perlulah sentiasa menjaga mulut dan berhati-hati apabila berkata-kata. Hal ini kerana, apabila kita tersalah bicara, hati seseorang akan terluka. Baris vang kedua pula menggambarkan bahawa rupa Hal in kerana, apabila kita tersalah bicara, hat seseorang akan terluka. Baris yang kedua pula menggambarkan bahawa rupa tidak mempengaruhi kekuatan seseorang. Di sini kita dapat melihat bahawa anak tupai yang kecil tersebut dapat melompat dengan tinggi. Seterusya, dua baris yang terakhir menerangkan mengenai harapan seseorang yang terialu tinggi sehingga mustahil untuk mencapainya. Jadi, jika kita mempunyai harapan, pastikan mengukur baju di badan sendiri terlebih dahulu agar kita tidak menyesal di kemudian hari kerana tidak dapat mencapai apa-apa kejayaan.


Pantun *3 conton pantun: Cerana kesumba indah melati, Cantik tersemat dambaan puteri, Ilmu ditimba sepenuh hati, Kekuatan umat minda bestari. Penulis menyeru kepada pembaca supaya bacalah dan timbalah ilmu sepenuh hati supaya ilmu yang diperolehi itu mampu disampaikan kepada orang lain. Seterusnya, penulis turut menyatakan bahawa kekuatan seseorang itu terletak pada mindanya yang cerdas. Dapat disimpulkan bahawa ilmu diperolehi sekiranya hati pembaca itu ikhlas inginkan sesuatu ilmu dan dengan membaca juga membolehkan minda seseorang pembaca itu cerdas. Manakala pada dua baris pembayang pula penulis berkemungkinan melihat bunga melati yang cantik dan anak perempuannya menyelit ditepi telinga untuk menjadi hiasan.


Pantun *4 conton pantun: Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh ke dalam raga, Buku laksana lautan ilmu, Dasarnya penuh mutiara berharga. Penulis mengarang dua baris maksud bagi menanam sikap membaca dalam kalangan masyarakat bahawa segala ilmu yang ingin diperolehi terdapat dalam buku. Ilmu yang terdapat dalam buku penulis ibaratkan dipenuhi dengan mutiara yang berharga. Dapat disimpulkan bahawa ilmu itu sangat berharga dan sekiranya tidak membaca, sesorang itu boleh dianggap terlepas sesuatu yang sangat berharga. Manakala pada dua baris pembayang pula dapat menggambarkan bahawa penulis berada ditaman dan terpandang bunga angsana yang membuatkan pandangan penulis tidak jemu menlihat bunga tersebut dan bunga-bunga angsana yang mekar itu gugur di dalam raga yang diletakkan dibawah pokok tersebut.


Pantun *5 conton pantun: Pohon pedada di dalam taman, Jadi idaman si anak rusa, Marilah anakanda marilah teman, Kita membaca sepanjang masa. Dalam rangkap ini, dua baris maksud penulis mengajak anak-anak muda untuk menjadikan amalan membaca sebagai amalan harian. Hal ini menunjukkan bahawa amalan membaca dalam kalangan anak-anak muda masih kurang menarik perhatian mereka. Pembayangnya pula penulis menggambarkan mengenai pohon pedada di dalam taman yang menjadi makanan kepada anak rusa.


Syair Istilah syair berasal daripada kesusasteraan Arab, syir. Namun demikian, bentuk syair Melayu sangat berbeza daripada syair Arab. Lazimnya, syair Arab terdiri daripada 2-20 baris dan mempunyai bentuk yang tetap. Syair Melayu merupakan puisi berangkap yang mementingkan irama bersajak.Siti Hajar Abdul Aziz, 2009 menyatakan bahawa setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri, tetapi memerlukan rangkap yang lain untuk melengkapkan idea tersebut.


Syair* 1 Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat, Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supaya menjadi tamsil ibarat. Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestart, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Hairan orang empuna temasya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entan pada esok dan lusa Seri sultan raja bestari, Setelah la sudah beristeri, Beberapa bulan beberapa hari, Hamillah puteri permaisuri.


Syair* 1 Beberapa lamanya dalam kerajaan, Baginda duduk bersuka-sukaan, Datanalah beroleh kedukaan. Baginda meninggalkan takhta kerajaan. Datanglah kepada suatu masa, Melayanglah unggas dari angkasa, Unggas gurda sangat perkasa, Menjadi neger rosak binasa. Datanglah menyambar suaranya bahana, Gemparlah sekalian mulia dan hina, Seisi negeri gundah-gulana, Membawa diri ke mana-mana. baginda pun sedang dinadap orang, Mendengar gempar sepert perang, Bertitah baginda raja yang garang, "Gempar ini akah kurang*


Maksud Syair *1 (Rangkap 1) Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat, Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supaya menjadi tamsil ibarat. Pengenalan kisah seorang raja yang memerintah Neger Kembayat. Pengarangnya hanya mahu dikenalt sebagat fakir sebagai tanda merendah dirt. Tujuan hikayat supaya menjadi contoh dan perbandingan kepada pembaca


Maksud Syair *1 (Rangkap 2) Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestart, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Di sebuah neger terdapat seorang pemerintah, tattu sultan yang gagah perkasa lagi bijaksana Baginda raja dahulukala yang cemerlang (pada peringkat aval sebelum dilanggar geroda). Keadilan baginda telah menggamit kedatangan para pedagang dan orang soleh (pelajar ilmu agama yang merantau).


Maksud Syair *1 (Rangkap 3) Hairan orang empuna temasya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entan pada esok dan lusa Kegagahan dan kelangsungan pemerintahan baginda memang mengkagum kan. Sesaat pun baginda tidak mengalami kesusahan. Namun, tada sestapa yang tahu sama ada keadaan itu akan berkekalan atau sebaliknya.


Maksud Syair *1 (Rangkap 4) Seri sultan raja bestari, Setelah la sudah beristeri, Beberapa bulan beberapa hari, Hamillah puteri permaisuri. Sultan yang bijaksana bertambah berseri apabila menempuh alam perkahwinan. Selang beberapa bulan, permaisuri pun hamil


Maksud Syair *1 (Rangkap 5) Beberapa lamanya dalam kerajaan, Baginda duduk bersuka-sukaan, Datanalah beroleh kedukaan. Baginda meninggalkan takhta kerajaan. Setelah beberapa tahun memerintah negara dengan bahagia dan am an sentosa, dugaan mala petaka datang melanda. Baginda terpaksa berundur dari istana.


Maksud Syair *1 (Rangkap 6) Datanglah kepada suatu masa, Melayanglah unggas dari angkasa, Unggas gurda sangat perkasa, Menjadi neger rosak binasa. Tiba-tiba pada suatu hart muncul seekor burung raksasa melayang di rang angkasa neger Kembayat. Geroda, iaitu helang besar (seperti dalam epik Hindu, Visynu: dalam svair dieja sebagai gurda) melanggar Kem bayat sehingga menimbulkan huruhara dan kemusnahan


Maksud Syair *1 (Rangkap 7) Datanglah menyambar suaranya bahana, Gemparlah sekalian mulia dan hina, Seisi negen gundah-gelana, Membawa dir ke mana-mana. Geroda melakukan serangan dengan suara yang bergema luar biasa. Sekalian rakyat negert Kembavat berada dalam keadaan huru-hara dan kekalutan. Seluruh neger dilanda duka lara dan lesu, serta rakyat bercem pera tanpa arah tujuan.


Maksud Syair *1 (Rangkap 8) Baginda pun sedang dihadap orang, Mendengar gempar seperti perang, Bertitah baginda raja yang garang, "Gempar ini apakah kurang." Ketika itu baginda sedang bersemayam di singgahsana sambil menerima menghadap pembesar dan rakyat jelata. Keadaan huru-hara bagaikan di medan peperangan jelas kedengaran. Baginda bertitah dengan nada yang tegas tentang perkara cemas apa pula yang berlaku.


Syair* 2 Menara tinggi banyak bertingkat, Di sana tiada bilik bersekat, Tiada bertangga naik melekat, Mata-mata menjaga segenap pangkat. Yang ada sedia panji-panji bendera, Hingga sampai ke kemuncak menara, Banyak ada ia bersaudara, Yang ada pula bersama gara. Selalu dipandang dilihat adanya, Tinggi rendah dijerat pangkatnya, Besar kecil ikat binanya, Terlalu kuat pula asasnya. Ikatnya licin di luar di dalam, Gelapnya di dalam seperti malam, Air tak tiris seperti kolam, Ikat tingkatnya tak nampak alam.


Maksud Syair *2 (Rangkap 1) Menara tinggi banyak bertingkat, Di sana tiada bilik bersekat, Tiada bertangga naik melekat, Mata-mata menjaga segenap pangkat. Pihak berkuasa menjalankan tugas untuk menjaga keamanan negara tampa mengira status seseorang.


Maksud Syair *2 (Rangkap 2) Yang ada sedia panji-panji bendera, Hingga sampai ke kemuncak menara, Banyak ada ia bersaudara, Yang ada pula bersama gara. Hubungan persaudaraan yang kukuh akan mendatangkan kejayaan walaupun ada kalanya terdapat pelbagai rintangan.


Maksud Syair *2 (Rangkap 3) Selalu dipandang dilihat adanya, Tinggi rendah dijerat pangkatnya, Besar kecil ikat binanya, Terlalu kuat pula asasnya. Masyarakat yang hidup bersatu padu tanpa mengira perbezaan pangkat dan darjat dapat melahirkan masyarakat yang harmoni.


Maksud Syair *2 (Rangkap 4) Ikatnya licin di luar di dalam, Gelapnya di dalam seperti malam, Air tak tiris seperti kolam, Ikat tingkatnya tak nampak alam. Hubungan yang akrab dapat memberi kekuatan kepada masyarakat untuk menangkis anasir jahat.


Seloka Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran seperti sindiran mahupun jenaka.kata seloka berasal dari bahasa sanskrit iaitu 'sloka' .seloka biasanya ditulis dua atau empat baris dan terkadang seloka juga ditulis lebih dari empat baris.


Seloka * 1 Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat-menghormat; Bukan santap hendakkan kenyang, Santap santun dengan aturan. Nasi disuap di tangan kanan, Lauk dibinjat sopan siuman, Sampai ke mulut mamah perlahan, Tanda tidak gelojoh makan. Selesai santap nasi, Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan Santap nasi suap pertama, Berturut dengan suap kedua; Dua suap, ketiga sudah, Keempatnya basuh tangan; Kelima halwa juadah, Keenam mengiring buah-buahan. Ketujuh berkumur-kumur, Ke delapan makan sirih; Kelat jatuh ke rengkungan, Seri naik ke peroman. Itulah santap beradat kebesaran, Di dalam riwayat zaman yang silam.


Maksud Seloka *1 (Rangkap 1) Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat-menghormat; Bukan santap hendakkan kenyang, Santap santun dengan aturan. Santap beradat merupakan istiadat santap raja di majlis kebesaran. Santap tersebut bertujuan untuk meraikan dan menghormati tetamu. Majlis santapan ini bukanlah sekadar untuk mengenyangkan perut tetapi merupakan majlis santapan yang mengajar si penjamu selera agar makan secara sopan dan mengikut tatacara yang tepat.


Maksud Seloka *1 (Rangkap 2) Nasi disuap di tangan kanan, Lauk dibinjat sopan siuman, Sampai ke mulut mamah perlahan, Tanda tidak gelojoh makan. Selesai santap nasi, Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, muliamemuliakan Berdasarkan tatacara dan ketertiban sewaktu makan, nasi hendaklah disuap menggunakan tangan kanan manakala lauk perlulah diangkat secara sopan. Ketika nasi sampai ke mulut hendaklah dikunyah dengan perlahan-lahan sebagai tanda tertib dan tidak gelojoh sewaktu makan. Setelah selesai makan nasi barulah diambil seteguk air minuman sebagai isyarat hormat dan beradab sopan ketika berada dalam majlis santapan itu.


Maksud Seloka *1 (Rangkap 3) Santap nasi suap pertama, Berturut dengan suap kedua; Dua suap, ketiga sudah, Keempatnya basuh tangan; Kelima halwa juadah, Keenam mengiring buah-buahan. Dalam aturan dan cara-cara makan dan minum, suapan nasinya bermula daripada suapan pertama hingga ketiga sahaja. Selepas itu, si penjamu selera perlu membasuh tangan, sebelum diikuti dengan menjamah juadah halwa dan memakan buah-buahan.


Maksud Seloka *1 (Rangkap 4) Ketujuh berkumur-kumur, Ke delapan makan sirih; Kelat jatuh ke rengkungan, Seri naik ke peroman. Cara-cara makan dan minum yang berikutnya ialah ketujuhnya, orang yang menjamu selera perlu berkumur-kumur untuk membersihkan mulut dan diakhiri dengan memakan sirih. Air sirih kelat yang masuk ke kerongkong si penjamu selera akan menambahkan seri pada wajah mereka.


Maksud Seloka *1 (Rangkap 5) Itulah santap beradat kebesaran, Di dalam riwayat zaman yang silam. Tatacara dan peraturan santapan ini merupakan majlis santap beradat kebesaran yang diajarkan oleh generasi terdahulu.


Seloka * 2 Baginda menitahkan orang besar empat, Membuat istana puri berkota; Lalu dipanggil Pawang raja. Pawang mengerah orang bekerja, Empat puluh empat tukang dan utas, Siang malam tidak berhenti. Tujuh bulan tujuh purnama, Istana siap dengan alatnya; Besar tersergam sembilan ruang, Sepuluh dengan rembat guntung, Sebelas dengan pancung serong, Dua belas dengan anjung tinggi. Tiga sudut menteri delapan, Tiang panjang maharaja lela, Tiang tengah syukur menanti; Galang-galangnya ular berang, Kasau kecil puteri menyembah, Kasau lentik helang berbega. Berbunga sawa mengelempai, Bertakuk bersedelinggam, Berjenang berbatu kawi, Berselimpat ukir Jawa, Lilit-melilit akar Cina; Garam sebuku sisa jeragan, Bunga kenanga dimakan ular, Layang-layang di pintu ular. Istana siap tukang pun mati, Tiada orang dapat meniru: Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.


Maksud Seloka *2 (Rangkap 1) Raja memerintahkan orang besar berempat untuk mendirikan sebuah istana. Baginda memanggil Pawang Raja untuk mengerahkan empat puluh empat tukang yang pakar bekerja siang dan malam untuk menyiapkan sebuah istana.


Maksud Seloka *2 (Rangkap 2) Istana yang dibina selama tujuh bulan tersergam indah dengan segala kemudahan. Istana dilengkapi dengan sembilan ruang utama, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong, dan dua belas anjung tinggi.


Maksud Seloka *2 (Rangkap 3) Istana juga mempunyai tiga sudut untuk lapan orang menteri. Sudut itu mempunyai reka bentuk yang unik pembinaannya, iaitu bertiang panjang dan bertiang tengah. Seterusnya, galang-galang istana bercorak ular berang, kasau kecil bercorak puteri menyembah, dan helang terbang.


Maksud Seloka *2 (Rangkap 4) Seni ukiran istana dihias indah dengan pelbagai corak yang amat menarik. Ada yang memiliki ukiran seni bina Jawa dan Cina. Selain itu motif haiwan dan tumbuh- tumbuhan juga menjadi pilihan tukangnya seperti ular, layanglayang, dan sebuku garam.


Maksud Seloka *2 (Rangkap 5) Setelah istana itu siap dibina, semua tukang yang ditugaskan membina istana itu telah dibunuh agar tiada seorang pun tukang yang lain dapat meniru kehalusan corak dan keunikan seni bina istana tersebut. Istana baharu yang tersergam indah itupun dipersembahkan kepada raja dan permaisuri.


Gurindam Perkataan Gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit sebagai 'rangkap yang telah jadi bidalan. Md Ali Bachick (2003) mendefinisikan gurindam sebagai sebuah wacana yang mengandungi kalimat-kalimat yang berirama. Isinya berunsur nasihat dan bentuknya menyamai bidalan. Pengkaji sastera tradisional berpendapat bahawa gurindam tidak mepunyai bentuk atau skima rima yang tertentu atau tetap. Ia tidak mudah dikenalpasti seperti pantun atau syair.


Gurindam * 1 Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fil tidak senonoh. Anggota tengah hendaklah ingat, Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki, Daripada berjalan yang membawa rugi. •


Maksud Gurindam *1 Rangkap 1 : Pengarang menasihatkan bahawa jika penglihatan kita dijaga maka keinginan terhadap perkara yang berlebihan atau negatif akan berkurangan. Rangkap 2 : Jika pendengaran pula dijaga maka terhindarlah daripada berita yang tidak baik atau bagus untuk diri kita. Rangkap 3 : Sekiranya seseorang itu menjaga tutur kata pula, banyak manfaat yang akan diperoleh. Rangkap 4: Kita juga perl memelihara tangan kita daripada mengambil sesuatu yang bukan hak kita.


Maksud Gurindam *1 Rangkap 5 : seharusya dijaga supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang. Rangkap 6 : Kesihatan hati, dalaman diri seseorang juga perlu sentiasa dijaga kerana ramai yang hilang pedoman atau semangat untuk meneruskan kehidupan. Rangkap 7 : Kaki juga perlu dijaga supaya tidak melangkah ke tempat-tempat maksiat.


Gurindam * 2 Raja muafakat dengan menteri, Seperti kebun berpagarkan duri Betul hati kepada raja Tanda jadi sebarang kerja Hukum adil ke atas rakyat, Tanda raja beroleh inayat. Kasihkan orang yang berilmu Tanda rahmat atas dirimu Hormat akan orang pandai, Tanda mengenal kasa dan cindai. •


Click to View FlipBook Version