BukuPanduan Pertandingan Mewarna Seni Ragam Hias Mushaf Peringkat Kebangsaan Anjuran Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM) Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia Sempena Bulan Ramadan 1445H/2024 Tarikh: 12 Mac 2024 - 11 April 2024 Ayuh sertai kami! Hadiah Menarik Menanti Anda
Seni ragam hias atau ilustrasi dan iluminasi merupakan sebahagian daripada ciri sejarah dan budaya yang terdapat dalam sesebuah manuskrip. Manuskrip Melayu mempunyai reka bentuk hiasan yang unik berbanding seni ragam hias manuskrip Islam yang lain. Selain berfungsi sebagai penghias manuskrip, seni ragam hias juga dijadikan satu daripada kaedah pengecaman wilayah dalam penyelidikan manuskrip untuk mengenalpasti tempat asal sesebuah manuskrip dihasilkan seperti gaya Pantai Timur Semenanjung, gaya Patani dan gaya Aceh. Seni ragam hias manuskrip memperlihatkan kemahiran reka cipta corak tradisional setiap wilayah Melayu sewaktu sesebuah manuskrip dihasilkan. Kehalusan reka corak yang mirip dengan ukiran kayu ini turut diserlahkan dengan penggunaan warna-warna yang cerah seperti merah, kuning, emas, hitam, biru gelap dan putih. Proses lakaran seni ragam hias dan pewarnaan dilakukan selepas proses penulisan teks disiapkan oleh penulis khat. Terdapat beberapa jenis manuskrip Melayu yang mempunyai seni ragam hias iaitu seperti naskah alQur’an, kitab salawat, kitab dalail al-khayrat dan hikayat. Kebiasaannya, seni ragam hias manuskrip Melayu terletak di bahagian halaman pembukaan tetapi bagi naskah al-Quran, seni ragam hias turut boleh ditemui di halaman tengah iaitu juzuk 15, dan di bahagian penutup yang terletak di bahagian belakang. Seni Ragam Hias M a n u s k r i p M e l a y u Seni Ragam Hias dari Kitab Maulid Syaraf al-Anam Seni Ragam Hias dari Kitab Dalail al-Khayrat
Peserta adalah terbuka kepada semua kanak-kanak di seluruh Malaysia yang bersekolah rendah dan menengah rendah iaitu: Kategori A berumur 7-9 tahun Kategori B berumur 10-12 tahun Kategori C berumur 13-15 tahun 1.Terbuka kepada kanak-kanak/remaja berusia 7-15 tahun. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 20.00 bagi setiap peserta. 2. Gambar lukisan dan kod peserta akan diberi selepas pembayaran dibuat. 3. Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja. 4. 5.Setiap penyertaan akan diberikan kod masing-masing. Gambar lukisan mestilah dicetak menggunakan kertas berukuran saiz A4. 6. Peserta bebas menggunakan apa-apa jenis peralatan dan bahan mewarna. 7. Setiap peserta perlu menulis pantun atau sajak atau kata-kata hikmah di bahagian tengah ruangan kosong pada lakaran mewarna dengan menggunakan tulisan jawi. 8. Peserta tidak dibenar menggunakan perisian grafik komputer, untuk mewarna seperti Photoshop, Paint, Adobe Illustrator dan lain-lain. 9. Penyertaan peserta akan dibatalkan sekiranya tidak mematuhi arahan dan panduan yang ditetapkan. 10. Semua karya yang dihasilkan adalah hak milik PPMAM, ATMA, UKM. 11. Butiran Pertandingan: Syarat-syarat Pertandingan:
Kod peserta yang tertera pada penyertaan hanya sah untuk satu penyertaan yang telah didaftarkan sahaja. Illustrasi manuskrip mesti dicetak menggunakan kertas saiz A4. Peserta hanya dibenar menggunakan pensil warna, krayon, “magic color”, warna air dan lain-lain alat warna. Peserta tidak dibenar menggunakan perisian grafik komputer, untuk mewarna seperti Photoshop, Paint, Adobe Illustrator dan lain-lain. Karya yang telah siap perlu diimbas dan diemelkan kepada [email protected] sebelum atau pada 11 April 2024. Semua karya yang dihasilkan adalah hak milik PPMAM, ATMA, UKM. Peserta yang terpilih di peringkat akhir akan dihubungi oleh pihak urus setia. Peserta yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan, penyertaan akan dibatalkan dan yuran tidak akan dikembalikan. Keputusan juri adalah muktamad. Panduan Pertandingan
Peserta perlu membuat bayaran yuran pertandingan Rm20 dengan cara pindahan wang ke akaun berikut: Nama Akaun : BENDAHARI UKM No Akaun : 8002234307 Nama Bank : CIMB Seterusnya, sila e-mel resit bukti pembayaran beserta maklumat diri seperti dibawah kepada [email protected] Nama Peserta: Nombor Sijil Lahir: Surat Beranak atau k/p: Nama Bapa/Ibu/Penjaga: Alamat Sekolah: Alamat Rumah: E-mail: No Telefon bimbit Bapa/Ibu/Penjaga : Maklumat Lanjut: Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor. Tel: 03-8921 4737 / HP: 011-7007 7429 (En Azzim) Website: www.ukm.my/atma/ Email: [email protected] Cara Penyertaan Pertandingan
Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM) ditubuhkan dibawah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia UKM pada tahun 2010. PPMAM merupakan pusat pengembangan kajian ilmu dalam manuskrip Melayu yang terdiri daripada pelbagai bidang dan cabang. PPMAM ini melakukan kajian terhadap manuskrip-manuskrip Melayu yang bertulisan Jawi lama yang terdapat di Alam Melayu dan di luar Alam Melayu. Umum diketahui terdapat sekitar 10,000-15,000 judul manuskrip yang bertulisan Jawi lama di 151 Perpustakaan, Arkib dan Muzium di sekitar 28 buah negara di seluruh dunia. Sehingga kini lebih kurang 5% daripadanya telah dikaji, bakinya 95% lagi masih belum dikaji yang tidak diketahui isinya. VISI Menjadi Pusat Penyelidikan Manuskrip Melayu yang terulung dalam negara, Serantau dan Antarabangsa. MISI Menerokai serta membudayakan penyelidikan manuskrip Alam Melayu bagi menimba dan manfaatkan ilmu sains dan teknologi Melayu di kalangan masyarakat masa kini. Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu, Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia