The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan Berkumpulan
VAA3013 Pengeluaran Ternakan
Lecturer : Dr. Fazhana binti Ismail

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aaizaatt Azhar, 2022-06-08 05:07:33

E-BOOK PEMAKANAN TERNAKAN SILAJ

Tugasan Berkumpulan
VAA3013 Pengeluaran Ternakan
Lecturer : Dr. Fazhana binti Ismail

E-BOOK PEMAKANAN TERNAKAN

SILAJ

VAA3013 PENGELUARAN TERNAKAN

KUMPULAN B3

AHLI KUMPULAN

MUHAMMAD SARAH HUSNA
IRFAN BIN BINTI AMAT
AMER RULZAKI NASIR

D20211099050 D20211099049

AAIZAATT BIN NUR MAISIROH NURUL
AZHAR BINTI ALI NAJIHAH BINTI
MOHD SIDEK
D20211099058 D20211099046
D20211099054

PENGENALAN

Silaj mula diperkenalkan ke Malaysia pada tahun 1960-an. Silaj ialah
makanan ruminan yang diperolehi daripada proses penapaian bahan
makanan dengan kelembapan antara 35% - 75%. Kelembapan dalam
silaj diperoleh melalui proses penapaian dan disimpan dalam keadaan
bebas udara (anaerobik).

Silaj diperbuat daripada makanan, bahan mentah silaj dan sisa
pertanian seperti rumput gajah, batang jagung, daun kelapa sawit,
sisa kulit nanas, dll. Silaj adalah keperluan untuk ternakan ruminan
seperti lembu dan biri-biri. Ini kerana ruminan memerlukan silaj yang
mengandungi unsur asid lemak wap. Tenaga yang diperlukan oleh
ternakan ruminan diperolehi dalam bentuk asid lemak terwap jenis

asid asetik dan propionik, bukan glukosa seperti dalam ternakan
mogograstrik seperti ayam dan arnab. Asid lemak sejat ini diperlukan

untuk pertumbuhan, pengeluaran susu dan metabolisme bagi
ternakan ruminan.

Objektif pengeluaran Silaj merupakan Silaj mempunyai Silaj berkebolehan
silaj adalah untuk sumber bekalan kelebihan berbanding menyimpan bahan
menyimpan foder makanan ternakan dengan rumput segar makanan ternakan kekal
segar supaya dapat
atau bahan makanan ruminan yang dan hay digunakan apabila
ternakan tanpa berkualiti
bekalan makanan

kurang atau tiada
mengurangkan mutu
makanan tersebut

CARA Bahan foder yang telah dipotong
PENYEDIAAN dari ladang dan dilayukan perlulah
diracik pendek bagi meningkatkan
1.MEMOTONG BAHAN SILAJ luas permukaan sel untuk proses
fermentasi berlaku dengan lebih
berkesan dan mudah dipadatkan

di dalam silo.




Saiz potongan(racikan) yang
disyorkan diantara 3-15cm




Boleh dipotong(racikan) dengan
menggunakan mesin pemotong

(chopper)

CARA Untuk meningkatkan kualiti dan
PENYEDIAAN fermentasi silaj.

2. MENCAMPUR BAHAN ADITIF


Kadar bahan aditif yang Bahan aditif yang selalu digunakan
diperlukan bergantung kepada ialah molases, inokulan bakteria
berat bahan foder yang dihasilkan. dan mikroorganisma
berkesan(EM).




Bahan larutan ini boleh
dimasukkan secara manual semasa Bahan aditif ini biasanya terbentuk
dalam bentuk larutan.
atau selepas mengisi dan
memadatkan racikan bahan foder


di dalam tong silo atau semasa
mengisi secara automatik dengan

menggunakan mesin.

CARA Bahan foder yang telah diracik
PENYEDIAAN perlu diisi dan dipadatkan secepat

3. MENGISI DAN MEMADATKAN mungkin bagi menghindarkan
KE DALAM SILO udara dari terperangkap di dalam

tong silo.




Boleh dilakukan secara manual
atau menggunakan mesin
pemampat(silager).




Lebih efektif jika menggunakan
mesin berbanding manual.

CARA Proses yang paling PENTING Jika kaedah penutupan silo tidak
PENYEDIAAN dalam pembuatan silaj. dilakukan dengan tidak sempurna,
kebocoran udara akan berlaku dan
4. MENUTUP SILO
silaj akan mengalami KEROSAKAN.

Proses penutupan tong silo akan

menjadi lebih mudah dan sempurna
jika menggunakan mesin pemampat Penternak juga perlu memastikan
tiada lubang udara yang terdapat
(silager).
pada keseluruhan tong bagi

menjamin pembuatan silaj yang

berkesan.

CARA Tong silo yang telah ditutup
PENYEDIAAN sempurna disimpan bagi tujuan
proses fermentasi lengkap berlaku.
5. PENYIMPANAN



Penyimpanan yang sebaiknya Secara asasnya, silaj yang dibuat
dilakukan di bawah bangunan dan dengan sempurna dan bermutu
boleh disimpan untuk jangka masa
elak daripada terdedah kepada yang panjang tanpa kemerosotan
cahaya matahari yang melampau. kandungan nutriennya selagi ianya


disimpan di dalam tong silo.




Tong silo juga perlu dilabelkan tarikh
pembuatan silaj dan berat silaj bagi

proses pengenalpastian kelak

CARA Silaj matang yang telah menjalani
PENYEDIAAN proses fermentasi lengkap biasanya

6. MEMBERI MAKANAN KEPADA mengambil masa lebih kurang (14
HAIWAN TERNAKAN hari – 21 hari).




Silaj ini boleh digunakan bagi tujuan
pemakanan haiwan.

VIDEO CARA PENYEDIAAN

Youtube : How do we make corn silage/Fermented corn
silage/Corn silage for goats

RESEPI SILAJ
NAPIER

Rumput napier merupakan sejenis rumput yang bersaiz besar dan
keras dan dikatakan berasal dari India. Nama saintifik bagi rumput ini
ialah Pennisctum purpureum.

Silaj Napier

Rumput Napier - 20 kg (1 tong drum kecil)
Molases - 1 kg
Air - 400 ml

Kadar Peratusan

Molases - 5%
Air – 2%

RESEPI SILAJ
JAGUNG

Silaj jagung ialah tanaman ternakan berkualiti tinggi yang digunakan
di banyak ladang tenusu dan di ladang lembu daging. Popularitinya
adalah disebabkan oleh hasil yang tinggi dari tanaman yang sangat
mudah dihadam dan bertenaga tinggi.

Silaj Jagung

Rumput Jagung- 70 kg (1 tong drum besar)
Molases - 3.5 kg
Air - 1.4 liter

Kadar Peratusan

Molases - 5%
Air – 2%

KELEBIHAN SILAJ

Silaj hanya memerlukan ruangan simpanan 3 kali kurang berbanding
dengan hay.
Tidak boleh dimusnahkan dengan api
Menyediakan makanan yang mengandungi air yang tinggi dimusim
kemarau.
Meningkatkan digestibility protien dan memelihara kebanyakan
vitamin
Memusnahkan kebanyakan fitotoksin seperti asid oksalid (jerami padi),
asid prusik dan tannin.

KEKURANGAN SILAJ

Mengandungi vitamin D yang kurang berbanding dengan rumput segar
Lebih berat 3 kali ganda berbanding dengan hay
Kehilangan sehingga 30% DM (Dry Matter) boleh berlaku jika
pengurusan silo yang tidak sempurna

SILAJ NAPIER/RUMPUT SILAJ JAGUNG MANIS SILAJ DAUN SAWIT
GAJAH
Jagung manis jenis Thai Super Kebanyakan pengusaha atau
Diantara beberapa spesis Sweet sering digunakan untuk penternak haiwan ternakan
rumput terpilih yang didapati di membuat silaj oleh kerana ia ruminan menggunakan daun
negara ini, rumput gajah adalah
mempunyai nilai jual dan sawit sebagai bahan
yang paling sesuai untuk pasaran yang baik makanan mentah daripada
dijadikan silaj. Ini berasaskan

sumber domestic untuk
kepada penghasilan dan menghasilkan silaj
kandungan karbohidrat yang


tinggi

SILAJ BATANG PISANG SILAJ DAUN KELEDEK SILAJ KELEDEK

Batang pisang amat sesuai Kandungan bahan antioksidan dan Ubi Keledek adalah sumber
diberikan kepada haiwan polifenol yang tinggi berbanding karbohidrat yang sangat baik
ternakan terutamanya ketika sayuran lain. Selain itu daun ubi dan cepat menjadi salah satu
musim panas, kandungan air keledek yang mengandungi bahan komponen yang paling popular
dan serat yang terdapat di semulajadi boleh membantu untuk dari makanan yang sihat dan
dalam batang pisang mampu mengurangkan pergantungan seimbang. Ia juga kaya akan
mengurangkan pemanasan vitamin C, mangan, ion, serat
haba di dalam badan haiwan kepada bahan sintetik import yang makanan, vitamin B-6, kalium
digunakan dalam pembangunan
ternakan produk makanan dan zat besi

PENGGUNAAN SILAJ

TERNAKAN
LEMBU

Seekor lembu boleh makan kira-kira 26kg silaj jagung setiap hari. Untuk ternakan lembu dari 136
hingga 455 kg pada silaj jagung sahaja memerlukan kira-kira 1000 kg silaj bersamaan 1 tan. Secara
amnya anda boleh menjangkakan antara 20 dan 24 tan jagung silaj setiap ekar. Lembu biasanya akan

memakan silaj jagung pada kadar 1.5 hingga 3 kg setiap 45 kg berat badan. 226 kg anak lembu
pedaging boleh mengambil 13 kg silaj jagung yang diberi makan setiap hari.

PENGGUNAAN SILAJ

TERNAKAN
KAMBING

Silaj diberikan satu hingga dua kg sehari. Silaj sorgum ditambah jerami kekacang setengah hingga
satu kilogram setiap kepala setiap hari. Purata keperluan pastur harian betina boleh digantikan
sebanyak 50 peratus dengan 450 g jerami yang baik, 1.4 kg silaj atau 250 g bijirin.

CIRI-CIRI SILAJ
BERKUALITI

CIRI Bau = Seperti cuka
Warna = Hijau muda kekuningan

Tekstur = Tekstur yang kukuh dan serat

FIZIKAL yang tidak mudah berpisah apabila
digosok

KANDUNGAN

pH = 4.0 KIMIA
Asid Laktik = Lebih 60%
Asid Butirik = Kurang daripada 5%

CIRI-CIRI SILAJ
TIDAK BERKUALITI

CIRI Bau = Bau tengik
Warna = Hijau tua atau kehitaman

Tekstur = Tekstur yang tidak kukuh dan

FIZIKAL serat yang mudah berpisah apabila
digosok, licin dan berkulat. Silaj terasa
berminyak dan berair apabila digenggam

KANDUNGAN

pH = Melebihi 5.0 KIMIA
Asid Laktik = Kurang 40%
Asid Butirik = Kurang daripada 10%

KESIMPULAN

Pemahaman berkenaan terma silaj yang sebenar adalah penting bagi
mengetahui tujuan pembuatan silaj. Penuaian pada peringkat kematangan
yang optimum dapat membantu meningkatkan kualiti makanan ternakan
tersebut. Justeru itu, pengendalian dalam pembuatan silaj yang tepat dan
memastikan keadaan yang kedap udara seterusnya dapat membantu
penghasilan silaj yang bermutu dan berkualiti.

Malahan pula, kejayaan dalam pengeluaran silaj dapat membantu
penternak dalam menangani isu kekurangan bekalan makanan dan kos
pemakanan ternakan. Hal ini kerana silaj boleh dihasilkan sendiri oleh
penternak dalam kuantiti yang banyak kerana bahan yang digunakan adalah
sangat mudah untuk didapati seperti rumput, jagung, pelepah sawit dan
sebagainya tetapi memerlukan kemahiran dan juga pengetahuan berkaitan
proses tersebut. Penghasilan E-Book ini adalah sebagai sumber rujukan
kepada penternak atau orang awam yang ingin menambah ilmu atau
berkecimpung dalam dunia pertanian.

RUJUKAN

Ahmad. (2010, November 30). Penghasilan Silaj. Retrieved from Usahawan Tani.
com: http://www.usahawantani.com/2010/11/silaj.html

Dr Ghazali Hussin, T. S. (2015). Manual Teknologi Pengeluaran Silaj. Serdang:
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Eddy Shahriza Jamein Pegawai Pertanian Pusat Penyelidikan Haiwan Laboratori
Produksi Haiwan Lestari dan Biodiversiti Institut Pertanian Tropika dan
Sekuriti Makanan (ITAFoS), Universiti Putra Malaysia. https://uctc.upm.
edu.my/upload/dokumen/20201217125751Slide_Pembuatan_Makanan
_Ternakan_(Silaj)_uctc.pdf

Handbok i ensilering - Stiftelsen RUBIN, 1993( Handbook in
fish silage by the RUBIN Foundation, 1993)" (PDF).

"Intensive crops for high quality silage from one to five years". (26 April 2019).
Cotswold Grass Seeds Direct.

Kimberlee Schoonmaker (October 1, 2000). "Four ways to be safe around silage".

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version