The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-12-29 01:22:49

CARA MEDIA MASSA MEMPENGARUHI PEMIKIRAN REMAJA ISLAM DENGAN BUDAYA KEGANASAN SERTA LANGKAH UNTUK MEMBENDUNGNYA

E-BOOK P.ISLAM

CARA MEDIA MASSA
MEMPENGARUHI PEMIKIRAN

REMAJA ISLAM DENGAN
BUDAYA KEGANASAN SERTA

LANGKAH UNTUK
MEMBENDUNGNYA

NANMA PENSYARAH : WAN ZAMILAH BINTI WAN IBRAHIM

NAMA AHLI KUMPULAN

NAMA PENUH NO.MATRIK
1)NADIAH AUNI BT NAZRI (04DPR20F2028)

2)NUR SYAZANA BINTI CHE (04DPR20F2030)
HASHIM
3)EMEYRA IDAYU BINTI MOHD (04DPR20F2034)
ZAMRY
4)PUTRI SOFIA IZZATI BINTI (04DPR20F2043)
JASDIMAN

2

1.PENGENALAN 4-6
2.PUNCA 7
3.KESAN 8
4.CARA 9-10
5.CONTOH GAMBAR 11
6.LANGKAH 12-14
7.KESIMPULAN 15
8.RUJUKAN 16
9.LAMPIRAN 17

3

PENGENALAN

Sejak akhir-akhir ini gejala sosial semangkin menjadi-jadi dalam masyarakat kita pada hari ini
ekoran pengaruh barat yang semangkin berleluasa dalam masyarakat islam kita terutamanya
golongan remaja. Hal ini berlaku disebabkan oleh pengaruh media massa yang semangkin
berkembang. Pada zaman yang penuh dengan kemajuan teknologi ini media massa merupakan
aspek yang penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara kerana ia dapat
memberikan sumber maklumat dan informasi terkini. Namun pengaruh media massa juga telah
memberikan kesan yang negatif terhadap kelakuan dan pemikiran masyarakat islam terutamanya
golongan remaja melalui kemasukan budaya barat yang semangkin menular ke negara kita.

Semua sedia maklum bahawa pengaruh media massa merupakan aspek yang penting terhadap
kemasukan budaya barat seperti seks bebas, homoseksual, black mental, dan sebagainya. Media
massa iaitu media cetak dan media elektronik amat memberi pengaruh yang besar terhadap
pembentukan akhlak masyarakat terutamanya golongan remaja. Media elektronik dan media cetak
seperti televisyen dan majalah-majalah telah memapakan atau menayangkan gambar-gambar dan
filem-filem yang kurang senonoh dan tidak beretika seperti pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan, merokok, dan cara pemakaian atau fesyen yang tidak bersesuaian dengan budaya
timur. Hal ini bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada
agama masyarakat setempat. Perkara ini secara tidak langsung akan mempengaruhi tingkah laku
dan pemikiran remaja.

4

Selain itu, pengaruh media massa melalui penggunaan internet secara berleluasa juga merupakan 5
faktor kemasukan pengaruh budaya barat. Media massa dan elektronik juga berjaya mempengaruhi

daripada peringkat kanak-kanak sehingga peringkat usia tua. Penggunaan internet secara meluas
dengan kadar bayaran yang rendah telah menggalakkan kemasukan budaya barat, apatah lagi pada
hari ini segala maklumat berada di hujung jari sahaja dan ia boleh didapati dengan begitu cepat dan

pantas. Keadaan ini secara tidak langsung telah memberi peluang kepada pengguna-pengguna
untuk melayari laman web yang tidak bermoral daripada filem-filem barat dengan lebih mudah. Hal
ini menyebabkan pengguna-pengguna terutamanya golongan remaja mudah terpengaruh dengan

tingkah laku dan cara pemikiran barat.

Salah satu kesan yang timbul akibat pengaruh media massa terhadap kemasukan budaya barat
ialah keruntuhan dan kerosakan jati diri golongan remaja. Hal ini berlaku kerana golongan remaja
merupakan golongan yang paling mudah terpengaruh dengan sesuatu perkara. Kemasukan budaya
barat akan memberikan impak yang negatif terhadap kelakuan dan pemikiran golongan remaja
menyebabkan mereka terpesong jauh daripada budaya timur kerana ia bertentangan dengan nilai-
nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Kerosakan jati diri
golongan remaja ini akan memberi kesan yang buruk terhadap pembangunan negara kerana negara
akan kehilangan pemimpin yang mempunyai keteguhan jati diri yang kuat pada masa hadapan.

Selain itu, kesan yang akan timbul akibat daripada pengaruh media massa terhadap kemasukan
budaya barat ialah menyebabkan berlakunya pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Hal
ini berlaku kerana mereka terpengaruh dengan media massa iaitu melalui pemaparan filem-filem
yang tidak bermoral. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengundang berlakunya seks bebas
dalam kalangan remaja. Perkara ini terbukti bahawa pengaruh media massa merupakan faktor
kemasukan budaya barat

6

PUNCA KETAGIHAN MEDIA SOSIAL

Ø Pusat sosial yang interaktif Ø Terpengaruhi dengan
rakan sebaya
Ø Mendapat hiburan secara
pencuma Ø Tekanan realiti kehidupan

Ø Tidak mendapat perhatian
daripada orang tua dan
keluarga

7

Kurang tumpuan KESAN BURUK Boleh merosakkan
semasa belajar mata seseorang
contohnya kurang jika terus bermain
melakukan ulang media sosial

kaji Leka dengan
dunianya sendiri
Kecerunan remaja tanpa melakukan
tmenjadi terlalu aktiviti yang lebih
mementingkan
media sosial berfaedah

daripada benda lain

8

CARA MEDIA MASSA MEMPENGARUHI PEMIKIRAN REMAJA ISLAM
DENGAN BUDAYA KEGANASAN

Kewujudan media massa yang meliputi media cetak , media elektronik dan internet ini
sememangnya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kehidupan remaja islam .
Terdapat 3 cara yang kita boleh perhatikan bagaimana media massa mempengaruhi
remaja islam kearah keganasan . Antaranya ialah :

1)Melalui siaran siaran atau program yang berkaitan dengan keganasan . Program atau
siaran ini ditayangkan tidak kira sama ada oleh media tempatan atau antarabangsa .
Pelbagai program yang mengandungi bentuk keganasan ini dipaparkan menerusi siri
televisyen seperti World Wrestling Entertainment (WWE) . Filem seperti Transformer juga
memaparkan budaya keganasan . Filem-filem keganasan ini sepatutnya disekat daripada
ditayangkan , kerana remaja Islam mungkin mudah terpengaruh dengan aksi aksi yang
dipaparkan .

9

2)Selain itu , dengan cara rangkaian internet , dengan adanya rangkaian internet banyak
perkara yang boleh diakses dan dicapai oleh mereka . Pelbagai aplikasi juga mereka boleh
memuat turun tanpa sebarang halangan . Banyak perkara tentang keganasan yang mereka
boleh cari kerana pada zaman ini semuanya berada di hujung jari sahaja . Media massa
mempunyai banyak kelebihan juga , namun segelintir remaja Islam mungkin
menggunakannya dengan cara yang salah yang boleh mendorong mereka kearah
keganasan .

3)Akhir sekali , melalui pendedahan kepada permainan video . Di era globalisasi ini ,
semakin banyak permainan video seperti Mobile Legends , PUBG , Fortnite dan lain lain lagi
yang berunsurkan keganasan seperti pergaduhan , tembak menembak , dan juga
pembunuhan . Semakin banyak nilai keganasan yang terdapat dalam suatu permainan
video itu , maka ia akan mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk menimbulkn pengaruh
negatif kepada remaja Islam . Kebanyakan remaja Islam lebih cenderung atau mudah
terpengaruh dengan tingkah laku orang lain atau sesuatu yang menjadi contoh untuk
mereka .

10

CONTOH PERKARA YANG BERLAKU
PADA KALANGAN REMAJA HARI INI

11

LANGKAH MEMBENDUNG BUDAYA KEGANASAN

Antara langkah membendung budaya keganasan dalam kalangan remaja Islam ialah ia
boleh diatasi dan dikurangkan melalui majalah ilmiah, buku-buku akademik dan surat
khabar. Ini boleh mengurangkan lagi pengaruh yang merosakkan pemikiran dan fenomena
keganasan dalam diri remaja Islam dengan adanya bahan-bahan bacaan tersebut. Hal ini
demikian kerana, surat khabar akan menghuraikan dan menyatakan tentang keburukan dan
cara-cara menghindari budaya keganasan kepada pembaca. Tujuan utama penulisan
melalui dada akhbar ialah luas iaitu melibatkan semua golongan yang membaca akhbar-
akhbar mengikut cita rasa mereka. Secara tidak langsung, hal ini membolehkan ibu bapa
dan guru-guru menggunakan maklumat yang dikongsikan kepada anak-anak dan pelajar-
pelajar mereka. Hal ini demikian, penggerak utama dalam memantau golongan remaja
serta mencegah budaya keganasan adalah ibu bapa dan guru-guru. Ibu bapa dan guru-
guru perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak dan pelajar-pelajar kerana ia
merupakan kaedah yang berkesan dalam mempengaruhi sikap dan kepercayaan. Dengan
itu, secara tidak langsung pemikiran golongan remaja Islam untuk terlibat dengan budaya
keganasan boleh dihapuskan dan digantikan dengan pemikiran yang positif

12

Selain itu, perkongsian maklumat yang berguna dan positif dalam media baharu iaitu
seperti Facebook merupakan saluran untuk membendung budaya keganasan ini. Antara
contoh ialah pakar-pakar motivasi dapat memuat naik mesej atau artikel dan memberi
nasihat di laman Facebook mereka. Hal ini demikian, media ini merupakan saluran yang
digemari digunakan oleh masyarakat terutamanya remaja Islam sehingga sanggup
menghabiskan masa dengan budaya yang tidak berfaedah ini. Oleh itu, secara tidak
langsung penggunaan aplikasi Facebook dapat memberikan pendedahan tentang kesan
budaya keganasan kepada remaja Islam dan masyarakat seterusnya mengatasi gejala
tersebut dalam diri remaja Islam.

13

Media massa mempunyai peranan dalam membendung serta mengekang budaya 14
keganasan dalam diri remaja Islam. Radio, telefon pintar, televisyen, komputer riba
merupakan contoh media massa yang majoriti digunakan oleh golongan remaja Islam kini.
Media massa ini berperanan dalam menyampaikan pelbagai maklumat yang berfaedah
serta memudahkan kehidupan harian. Dengan adanya media massa, golongan remaja
Islam akan terdedah dengan lambakan maklumat yang positif dan berfaedah. Ia juga
berguna dari aspek mengurangkan kadar budaya keganasan dalam kalangan remaja Islam.
Sebagai contoh, pengiklanan yang menceritakan tentang nilai-nilai murni seperti bantu-
membantu sesama masyarakat tidak kira jantina dan usia. Dengan cara penyebaran nilai
murni ini, tujuannya adalah untuk melahirkan masyarakat yang berfikiran positif serta
membina sebuah keharmonian dan perpaduan kaum yang aman. Antara contoh lain yang
boleh dilihat di kaca televisyen ialah iklan-iklan seperti kempen untuk membasmi budaya
keganasan dalam kalangan remaja Islam khususnya disiarkan dengan ringkas dan
bermaklumat. Selain itu, program-program yang bertemakan kaunseling dan keagamaan
perlu disiarkan melalui televisyen. Program tersebut dapat menyampaikan mesej yang
positif serta perlu diketengahkan bagi membentuk dan mencipta lagi golongan generasi
muda supaya menghindari budaya keganasan. Hal ini demikian, telah menunjukkan
bahawa pentingnya penggunaan medium televisyen untuk mengatasi budaya keganasan
kerana ia mempunyai pengaruh yang kuat dalam membentuk tingkah laku remaja Islam.

KESIMPULAN

Kesimpulannya,  orang kafir telah menggunakan media
massa untuk menyerang Islam dengan mempengaruhi
para remaja Islam. Maka dengan pemahaman agama asas
yang kukuh dapat membentengi para remaja daripada
terpengaruh dengan anasir luar. Semua pihak perlu
menjalankan tanggungjawab untuk membina para remaja
yang berkualiti kerana generasi pada hari ini adalah
cerminan kepada pembangunan negara pada masa akan
datang.

15

RUJUKAN

1)http://pengaruhbudayabarat.blogspot.com/2010/08/media-massa.html?m=1
2)https://www.facebook.com/Isudikalanganremaja/
3)https://m.facebook.com/permalink.php?story_fbid=112706337310542&id=1126896
67312209
4)http://shahrulaiman321.blogspot.com/2020/11/3-cara-media-massa-telah-
mempengaruhi.html?m=1
5)https://m.facebook.com/112689667312209/posts/tiga-cara-media-massa-telah-
mempengaruhi-pemikiran-remaja-islam-dengan-budaya-
ke/112702817310894/?locale=ar_AR&_rdr

16

LAMPIRAN

17


Click to View FlipBook Version