The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azman Azman, 2018-12-27 09:07:59

minit aset 1.2018

minit aset 1.2018

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK)
SK KUALA PENOR
25150 KUANTAN

BILANGAN 1 TAHUN 2018

TARIKH : 9 April 2018 (Isnin)
MASA : 2.00 Petang
Tempat : Makmal ICT

Kehadiran :
1. En Baharom bin Bujang (GB)
2. Pn Haslinda bt Misran (Lembaga Pemeriksa Pelupusan 1)
3. En Mohd Musaddik bin Mokhtar (Lembaga Pemeriksa Pelupusan 2)
4. Tn Syed Mudzaffar Shah bin Syed Badiuzaman (Pemeriksa Stok 1)
5. En Shahrin bin Shahadan (Pemeriksa Stok 2)
6 Pn Ruslah bt Muhamad (Pemverifikasi Stok 1)
7. En Mohd Faisal bin Hasami (Pemverifikasi stok 2)
8. Pn Hanita bt Senik (Pemeriksa Aset 1)
9. En Hanif bin Said (Pegawai Stor )
10. En Azman bin Amir (Setiausaha )

PENGERUSI MESYUARAT
Mesyuarat dipengerusikan oleh En Baharom bin Bujang , Guru Besar SK Kuala Penor .

AGENDA :

1 PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan terima kasih kepada semua
ahli yang hadir ke mesyuarat kali 1 tahun 2018 .
1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah terhadap Jawatankuasa JKPAK yang lalu yang telah
melaksanakan tugas dengan baik. Beliau berharap agar jawatankuasa yang baru
dapat melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang .

2 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit mesyuarat JKPAK SK Kuala Penor , Kuantan Bil. 4/2017 telah dibentangkan
oleh En Azman bin Amir .

3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
3.1 Minit mesyuarat JKPAK Bil. 4/2017 telah dicadangkan untuk disahkan oleh En Mohd
Faisal bin Hasami dan disokong oleh En Mohd Musaddik bin Mokhtar .

4 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT / TINDAKAN SUSULAN / MAKLUM BALAS
4.1 Pegawai aset memaklumkan mengenai aset perabot yang dibekalkan telah
mengalami kesusutan bilangan akibat kerosakan yang berlaku . Permohonan
pelupusan masih belum dibuat . Bilangan perabot masih lagi mencukupi .

4.2 Pegawai aset juga memaklumakan sejumlah besar aset harta modal telah dilakukan
permohonan pelupusan memandangkan aset tersebut juga telah cukup tempoh
serta tidak ekonomik untuk dibaikpulih .

4.3 Pegawai aset juga memaklumkan bahawa sekolah juga menghadapi masalah
tentang tempat penyimpanan lebihan perabot sekolah . Tambahan pula kontraktor
pembaikan barangan elektrik telah meninggalkan bahan-bahan buangan di dalam
stor aras 2 di blok E.
Makluman

5 ISU-ISU SEMASA BERKAITAN ASET
5.1 Kedudukan Semasa Aset Alih
a) Rujuk Lampiran (KEW. PA-8 & KEW.PS-13)
Tiada aset baru harta modal dan inventori diterima daripada Kementerian
Pelajaran Malaysia setakat ini .

b) Pegawai Aset melaporkan nilai perolehan baki dibawa ke hadapan – harta
modal sehingga kini KEW.PA-2 bilangan 170 dengan nilai RM262 243.00
manakala nilai inventori KEW.PA-3 bilangan 1928 dengannilai RM211 335.70
sepanjang suku tahun pertama 2018. Jumlah keseluruhan aset 2098 dengan
nilai RM473 578.00

c) Puan Hanita membentangkan laporan kedudukan Stok Suku Tahun Pertama
yang berakhir pada 31 Mac 2018 dengan perbelanjaan sebanyak RM43
269.64

d) Permohonan pelupusan dan hapuskira stok sepanjang suku tahun pertama
2018 telah dilakukan hanya menunggu kelulusan daripada pihak Jabatan
Pelajaran Negeri Pahang.

Makluman

5.2 Laporan Hasil Pemeriksaan Aset Alih
a) Tindakan pemeriksaan Harta Modal dan Inventori bagi SK Kuala Penor telah
dilakukan sepanjang masa secara tidak formal . Masalah pendawaian
elektrik yang tidak berfungsi dengan baik di beberapa bilik darjah dan bilik
utama di Blok E telah diatasi namun sampah terdiri daripada mentol dan
sarang lampu tidak diselenggara dengan sempurna malah ditinggalkan di
dalam stor suis aras 2 serta di bawah tangga . Pintu bilik suis aras bawah
tidak dapat dikunci atau ditutup dengan sempurna .

Makluman
b) Pegawai aset memaklumkan bahawa banyak peralatan ICT telah mengalami

kerosakan dan telah cukup tempoh serta tidak ekonomik akan dibuat
permohonan untuk pelupusan .

Tindakan : Pegawai Aset

5.3 Laporan Tindakan Pelupusan
a) Tiada tindakan pelupusan dibuat .

5.4 Laporan Tindakan Surcaj
a) Tiada tindakan surcaj bagi suku tahun pertama 2018 untuk SK Kuala Penor .

Makluman

5.5 Masalah-masalah Semasa Berkaitan Pengurusan Aset
a) Kurang mahir dalam pengendalian aset di samping prosedur yang banyak
terutamanya mengenai pelupusan aset .Kekangan juga terhadap masa pdpc
dan tiada pengkhususan kerja .Namun tugas perlu juga dilaksanakan .

b) Kesalahan dari segi pengiraan jumlah aset telah berlaku dan telah dibuat
pembetulan .
Tindakan : Pegawai Aset

6 Hal-Hal Lain
6.1 Pengerusi mengharapkan agar pengurusan aset perlu lebih mantap lagi pada tahun
ini supaya perjalanan lebih lancar terutamanya permohonan untuk pelupusan perlu
dibuat segera agar bekalan baru dapat dibekalkan semula ke sekolah .

6.2 Pengerusi juga memaklumkan dan berharap agar guru-guru memahami tentang
tatacara ketika membuat perbelanjaan.

6.3 Perpindahan En Mohd Nazri bin Osman sebagai Pegawai Pemeriksa Aset 2 perlu
pengganti .

Tindakan : Pegawai Aset

7 RUMUSAN / PENUTUP
7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua kerana
menjayakan mesyuarat dengan berkesan .

7.2 Mengharapkan pengurusan aset dapat dipertingkatkan dan sentiasa ada
penambahbaikan .

7.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang .

Disediakan oleh : Disemak oleh:

(AZMAN BIN AMIR) (EN BAHAROM BIN BUJANG )
Setiausaha Guru Besar
Jawatankuasa JKPAK SK Kuala Penor
SK Kuala Penor


Click to View FlipBook Version