مجليس فنوتوفن
Majlis Penutupan
Program Ihya’ Ramadhan
Peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai Manggis
23 Ramadhan 1442 H
05 Mei 2021
( Rabu )
~ Fastabiqul khairat fi Ramadhan ~
A PENDAHULUAN
lhamdulillah, Ramadhan kembali lagi dengan janji-
janji kebaikan dan harapan daripada Allah swt kepada para
hambaNya yang sentiasa menunggu kehadiran bulan yang mulia,
yang penuh keberkatan, rahmat dan maghfirah ini. Justeru,
marilah sama-sama kita rafa’kan kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk kita
menyambut Ramadhan lagi pada tahun ini.
Maka dengan itu, pada tahun ini Panitia Pendidikan Islam
dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah (PSS) Baitul Hikmah dan
Unit Kebajikan Murid HEM telah berbesar hati merancang untuk
melaksanakan Program Ihya Ramadhan.
Dengan bertemakan “fastabiqul khairat fi Ramadhan”, yang
bermaksud berlumba-lumbalah kamu berbuat sebanyak mungkin
kebaikan dan kebajikan di bulan yang mulia ini, Ihya’ Ramadhan
kali ini tampil untuk mengajak seluruh warga SK Sungai Manggis
bersama-sama mengimarahkan bulan yang mulia ini dan
memeriahkannya dengan pelbagai aktiviti kerohanian dan
keilmuan disamping merebut peluang untuk berbuat sebanyak
mungkin amal kebajikan.
OBJEKTIF
1. Melatih murid-murid SK Sungai Manggis mengaplikasikan segala
ilmu yang diperoleh sewaktu proses PdPC dalam melaksanakan
ibadah puasa.
2. Menggalakkan murid-murid dan warga sekolah mengisi masa yang
ada sepanjang Ramadhan dengan perkara yang bermanfaat.
3. Melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara.
4. Melahirkan rasa syukur dengan nikmat keselesaan hidup dan
Kesihatan serta turut sama bersimpati dan ingin membantu
golongan yang kurang bernasib baik.
5. Memupuk semangat perpaduan di kalangan murid-murid dan
warga sekolah melalui nilai-nilai murni yang diterapkan sepanjang
program ini dijalankan.
ATUR CARA MAJLIS
10.30 pagi : Peserta khatam Al-Quran mengambil tempat .
- Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
- Acara Khatam Al-Quran
- Ucapan Guru Besar.
11.30 pagi - Penyampaian cenderahati kepada peserta khatam
Al-Quran
- Penyampaian hadiah Bingkisan Ramadhan
- Penyampaian sumbangan / fidyah / duit raya
12.30 tengah hari : Bersurai.
*Acara Khatam al-Quran akan dijalankan di konti SKSM
*Acara penyampaian hadiah dan sumbangan dijalankan di Dewan Sri
Manggis.
AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Puan Rokiah binti Md Nor
( Guru Besar SKSM)
Timb. Pengerusi 1 : Tuan Haji Muhammad Hanis bin Ahmad
(PK HEM)
Timb. Pengerusi 2 : Encik Mohd. Raihan bin Kasim
(PK Pentadbiran)
Timb. Pengerusi 3 : Encik Hairul Azri bin Abidin
(PK Ko-kurikulum)
Penyelaras : Puan Salmah binti Mahmud
( KP Pendidikan Islam)
: Encik Zakaria bin Mohammed
(S/U Ihya’ Ramadan)
Setiausaha : Encik Mohammad Azmil bin Madzlan
Bendahari : Puan Norhayati binti Mat Hassan
AHLI JAWATANKUASA
Majlis Khatam Al-Quran : Encik Mohd. Azmil bin Madzlan
Persiapan Dewan : Encik Azham bin Tukiaman
PA Sistem : Encik Zakaria bin Mohammed
Juru acara : Puan Salmah binti Mahmud
Pengurusan : Puan Suraidah binti Abd. Salim
Sumbangan : Puan Mariati binti Adnan
: Puan Noorhayati binti Ahmad
Dokumentasi : Puan Nordina binti Razali
Buku Program : Puan Salmah binti Mahmud
Pengurusan Murid : Puan Norhayati binti Mat Hassan
(penerima sumbangan ) : Encik Roszani bin Roslan
Kawalan murid : Semua guru ( mengikut jadual waktu)
( dalam kelas )
SEKALUNG PENGHARGAAN
S ekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan
terima kasih kami ucapkan kepada semua yang telah terlibat
dalam menjayakan Program Ihya’ Ramadan 1442H/2021
terutama kepada para dermawan budiman.
Guru Besar SK Sungai Manggis
Barisan Pentadbir SK Sungai Manggis
Guru-guru dan Kakitangan SK Sungai Manggis
Masjid As-Syarif, Taman Seri
Puan Hajjah Zarina binti Mohd. Ali
Hamba Allah yang budiman
Pengawal Keselamatan SK Sungai Manggis
Ibubapa SK Sungai Manggis
Murid-murid SK Sungai Manggis
PBIG SK Sungai Manggis
Semoga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan dengan
sebaik-baik ganjaran di dunia dan di akhirat.
PENUTUP
A dalah menjadi harapan agar program ini akan mencapai
objektif yang telah ditetapkan dan semoga usaha kecil ini
akan menjadi amal jariah di sisi Allah SWT.
Sebarang cadangan atau saranan amatlah kami alu-alukan untuk
penambahbaikan program ini pada masa akan datang.
Terima kasih.
Kian berlabuh tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal kian dinanti,
Luhur hati ikhlas kemaafan,
Semoga kesalahan dapat dimaafi.
Autograf ...
Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Sungai Manggis
mengucapkan :
Selamat meneruskan ibadah puasa
dan
Selamat menyambut Aidilfitri yang mulia.
Salam Aidilfitri
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum