The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAMERAN BERTEMA MAYA flip

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-72160189, 2021-03-04 19:41:12

TAHUN BARU CINA

PAMERAN BERTEMA MAYA flip

TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina (Chinese New Year) merupakan perayaan terpenting bagi kaum Cina
dalam menyambut tahun baru mengikut calendar qamari Cina.

Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama
haiwan.

Tahun Baru Cina juga dianggap sebagai detik permulaan (kosong-kosong), titik
permulaan juga penentuan nasib dalam menjalani kehidupan yang mendatang.

SAMBUTAN PERAYAAN

• Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru

menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 jenis haiwan yang menaungi kalendar iaitu tikus, lembu, harimau, arnab,
naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap haiwan ini memberi signifikan dan tuahnya yang
tersendiri.

• Pada malam Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama. Tujuannya adalah

untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli-ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’
kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. ‘Ang pau’ membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan,
ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan
kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.

• Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat

kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut.

TRADISI TAHUN BARU CINA

Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh
akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara Makan Besar. Ini
simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang
masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini
biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang,
khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan
bersama arak.
Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan
upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayai akan memanjangkan umur
seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan
dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan
hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun
dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru
bermula.

TRADISI TAHUN BARU CINA

Apabila sambutan Tahun Baru Cina tiba, persembahan
tradisional Tarian Singa adalah antara yang menjadi kemestian
di Malaysia dan juga serantau Asia Tenggara. Oleh sebab tarian
singa dikatakan membawa tuah (luck) dan kekayaan (fortune), ia
mendapat permintaan yang tinggi pada Tahun Baru Cina dan
juga sebagai permulaan kepada sesuatu perniagaan.
Mengikut cerita-cerita rakyat, makhluk dongeng “Nian”
(membawa maksud “Tahun” dalam bahasa Cina) tinggal di
pergunungan kampung-kampung. Nian menyerang orang-orang
kampung dan menjadikan kanak-kanak sebagai makanan musim sejuk ketika
makanan di gunung mula berkurang. Selepas serangan itu, orang-orang kampung mula
mencari jalan untuk menghalang Nian daripada menyerang kampung mereka lagi. Demi
melindungi diri mereka, orang-orang kampung yakin bahawa Nian takut akan tiga perkara: bunyi yang
bising, api, dan warna merah. Justeru, tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini, di mana masyarakat Cina akan
memakai pakaian dan menghias rumah mereka dengan warna merah, serta menyalakan bunga api pada hari
Tahun Baru Cina; tujuannya untuk menyelamatkan diri mereka daripada serangan Nian.

TRADISI TAHUN BARU CINA
Antara sebab mengapa Tahun Baru Cina dinanti-nantikan oleh kanak-
kanak ialah Pemberian ‘Angpau’ atau sampul merah yang berisi duit.
Bagi yang belum berkahwin, mereka layak untuk menerima angpau.
Pada perayaan Tahun Baru Cina, angpau biasanya diberi oleh yang
sudah berkahwin kepada yang belum berkahwin. Sesiapa yang belum
berkahwin layak menerimanya tanpa mengira usia.

Pemberian angpau oleh masyarakat Cina merupakan tradisi utama
mereka dan sering diberikan dalam majlis sosial dan keluarga seperti
jamuan perkahwinan Cina atau ketika perayaan seperti Tahun Baru
Cina.
Warna merah sampul ini melambangkan tuah. Jumlah wang yang
terkandung dalamnya lazimnya dikehendaki bermula dengan angka
genap kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang yang diberi ketika
majlis pengebumian . Jumlah wang yang diberi pada majlis
perkahwinan biasanya adalah untuk menampung perbelanjaan hadirin
serta membantu pasangan pengantin baru.

TRADISI TAHUN BARU CINA

Hiasan Tanglung berwarna merah yang pelbagai saiz dan
bentuk sering memenuhi kawasan kediaman masyarakat Cina.
Ini menunjukkan perayaan itu akan disambut dengan cukup
meriah. Hiasan dalaman rumah dan tanglung-tanglung serta
birai pintu rumah juga akan diwarnai dengan warna merah bagi
menyambut ketibaan tetamu. Hiasan bunga-bunga juga berona
merah mewujudkan semangat keceriaan yang padu dan harmoni.
Seamasa zaman dahulu orang-orang tua masyarakat Cina
sering berpesan agar orang-orang kampung menggantungkan
kertas berwarna merah di pintu-pintu dan tingkap-tingkap rumah
mereka pada setiap waktu menjelangnya tahun baru. Ini kerana
dikhuatiri binatang bernama Nian( raksaksa) akan mengganas di
kawasan rumah mereka. Warna merah sangat ditakuti oleh Nian,
dan mampu menghalau raksaksa tersebut.

MAKANAN TRADISI TAHUN BARU CINA

Ikan
Sebutan ‘ikan’ dalam Mandarin mempunyai sebutan yang sama dengan perkataan
Mandarin yang merujuk pada maksud ‘lebihan’. Oleh itu, masyarakat Cina percaya
bahawa jika mereka makan ikan, khususnya spesies ikan tertentu pada malam
sebelum sambutan Tahun Baru Cina, mereka akan ada simpanan (lebihan) pada
penghujung tahun agar mereka dapat lebih banyak lagi pada tahun seterusnya.

Ladu
Ladu merupakan makanan yang cukup sebati dalam sajian masyarakat Cina sejak
lebih 1800 tahun dahulu. Ladu merupakan sajian tradisional yang sering kali dikaitkan
dengan jamuan makan malam Tahun Baru Cina, khususnya di Utara China. Ladu Cina
merupakan sebahagian daripada sajian wajib Tahun Baru Cina kerana ladu
merupakan simbol kekayaan. Hal ini demikian kerana bentuk ladu adalah sama
seperti wang emas Cina yang berbentuk seperti bot kecil. Menurut kepercayaan, lebih
banyak ladu yang dimakan semasa sambutan Tahun Baru Cina, lebih banyak wang
yang anda akan jana sepanjang tahun.

MAKANAN TRADISI TAHUN BARU CINA

Popia ataupun Chūnjuǎn (春卷), pada mulanya, disediakan untuk dinikmati
semasa Pesta Musim Bunga. Popia merupakan hidangan yang cukup popular di
wilayah di Timur China seperti di Jiangxi, Jiangsu, Shanghai, Fujian, Guangzhou,
Shenzhen dan Hong Kong. Popia merupakan gulungan berbentuk silinder yang diisi
inti sayur, daging atau sesuatu yang manis. Inti ini digulung dengan kulit pastri yang
akan digoreng hingga menjadi warna perang keemasan. Bagi individu berketurunan
Kantonis, popia merupakan sebahagian daripada hidangan dim sum. Pada Tahun
Baru Cina, popia merupakan hidangan yang menandakan kekayaan. Hal ini
demikian kerana popia kelihatan seperti jongkong emas.

MAKANAN TRADISI TAHUN BARU CINA

Bebola Pulut Manis atau Tāngyuán (汤圆) lazimnya dihidangkan semasa
sambutan Pesta Tanglung tetapi di selatan China, bebola pulut manis dimakan
semasa Tahun Baru Cina.
Sebutan dan bentuk bebola pulut ini seringkali dikaitkan dengan hubungan
kekeluargaan yang erat dan kesatuan. Oleh sebab itulah hidangan ini
merupakan hidangan wajib semasa jamuan makan malam.

Kek Pulut atau Nian Gao merupakan satu sajian tradisional wajib setiap kali
sambutan Tahun Baru Cina menjelang. Bagi masyarakat Cina, Nian Gao ialah
homonim yang merujuk pada frasa ‘semakin tinggi tahun demi tahun’. Hidangan
Nian Gao semasa jamuan makan malam adalah cukup penting bagi golongan
peniaga kerana hidangan ini menandakan peningkatan dan pengembangan
perniagaan mereka ataupun terdapat peningkatan dalam kehidupan mereka.
Nian Gao lazimnya manis dan disediakan menggunakan bahan-bahan seperti
pulut beras, gula, buah berangan, kurma cina dan daun bunga teratai.

MAKANAN TRADISI TAHUN BARU CINA

Mi Panjang ataupun Chángshòu Miàn (长寿面) merupakan hidangan
yang dikaitkan dengan umur panjang. Mi yang panjang dan tidak dipotong
menandakan kepanjangan usia individu yang diberikan mi tersebut.
Hidangan mi panjang ini lazimnya, disediakan dengan menggoreng atau
dimakan dengan sup.

Untuk sambutan Tahun Baru Cina, buah-buahan merupakan salah satu
makanan wajib untuk dihidangkan semasa perayaan tersebut.
Antara buah-buahan yang dilihat sebagai membawa tuah ialah buah
oren, limau dan limau gedang. Buah-buahan ini dipilih kerana bentuk
bulat dan warna keemasan yang menandakan kemewahan dan
kekayaan.

PAKAIAN TRADISI TAHUN BARU CINA

CHEONGSAM HANFU

SAMFOO

PENUTUP PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Chap Goh Mei

Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh,
menandakan penutup bagi perayaan ini. Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga
disebut “Pesta Lampu”, kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.
Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan ini. Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China
diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan
15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh
negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.
Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunga,
burung dan haiwan. Kini, teknologi moden yang canggih seperti gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan
dalam pembuatan lampu warna-warni ini.
Warna merah menggambarkan keadaan yang terang dan ceria telah menjadi lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan
dalam kehidupan. Warna merah itu dipanggil hong dalam bahasa Cina dan bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah. Maka,
masyarakat Cina percaya warna ini akan membawa tuah jika dipakai pada hari pertama Tahun Baru Cina dan majlis perayaan yang lain.
Mereka percaya dengan pemakaian warna ini akan dilimpahi tuah sepanjang tahun.

SELAMAT MENYAMBUT
TAHUN BARU CINA


Click to View FlipBook Version