DELISYA NAJIHAH
6 IBNU SINA
BULAN PSS
SKSL 2021
4 OKTOBER - 22 OKTOBER
PERMAINAN TRADISIONAL
GULI
Permainan guli amat terkenal dikalangan kanak-
kanak diseluruh Malaysia pada suatu ketika dahulu.
Permainan guli ini juga dikenali sebagai Kelereng
dan merupakan permainan tradisional masyarakat
Melayu. Ia dimainkan pada waktu lapang. Permainan
guli biasanya melibatkan lontaran guli yang tepat
mengenai sasarannya.
PEMAIN:
Biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur
di antara 7 hingga 12 tahun. Permainan ini dimainkan
tidak lebih dari 5 orang.
MASA:
Permainan ini tidak mempunyai musim dan had masa
tertentu.
ALATAN PERMAINAN:
Lazimnya 2 jenis guli akan digunakan iaitu guli batu
dan guli kapur.
LOKASI BERMAIN:
Di halaman rumah yang teduh, lapang dan tanah
yang rata.
GELANGGANG:
Satu bulatan yang berukuran garis pusat 1 meter
dilukis di atas tanah. Ditengah-tengah bulatan
tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10cm
lebar dan sedalam 7cm. Lubang tersebut dinamakan
lubang induk. Satu garisan lurus dibuat dengan jarak
3 meter dari garisan besar. Garisan ini ialah sebagai
penanda mula tempat permainan.
CARA BERMAIN:
Untuk memulakan permainan, setiap pemain
hendaklah meleretkan guli masuk ke dalam
lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang
induk atau yang paling hampir adalah dikira
sebagai pemain pertama untuk memulakan
permainan dan diikuti oleh guli kedua yang
hampir dan seterusnya.
Pemain pertama akan menjentik gulinya ke arah
semua guli yang berada di dalam kawasan
bulatan agar terkeluar dan guli yang terkeluar
akan menjadi miliknya. Sekiranya jentikan tidak
mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan
meneruskan permainan. Begitulah seterusnya
sehingga semua pemain selesai membuat jentikan
ke atas guli pemain lain.
Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi
dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli
miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu.
Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa
berasa hampir dengan lubang induk setiap kali
jentikan dilakukan. Ini untuk memudahkan
mereka mengawal permainan.
Setiap pertukaran giliran, pemain yang
mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan
guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih
dahulu. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam
lubang induk, giliran untuk pemain lain akan
diberikan.
PERMARKAHAN:
Kiraan mata berdasarkan berapa banyak jumlah
jentikan yang dibuat terhadap guli pihak lawan
sehingga semua pemain selesai giliran.
2 cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain
yang memungut jumlah mata terendah. Pemain
yang kalah akan memasukkan guli mereka ke
dalam lubang induk dan semua pemain akan
memangkah guli tersebut. Cara kedua ialah
setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas
guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.