BUKU SKRAP MALAYSIA
SEJARAH INDAH
TAHUN 6
TARIKAN
PELANCONG
BIODATA DIRI
NAMA: DELISYA NAJIHAH BINTI MOHD ROSLI
KELAS: 6 IBNU SINA
SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN SERI LANANG
EMAIL: [email protected]
NAMA GURU: PUAN ROZITA BINTI ABDUL RAHMAN
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
PENGENALAN ................................................................................. 3
FAKTOR TARIKAN PELANCONG ............................................. 4
ALAM SEMULAJADI .......................................................... 5
AGENSI KERAJAAN ........................................................... 6
BUDAYA DAN MAKANAN .............................................. 7
PENGANJURAN SUKAN .................................................. 8
IKLIM ...................................................................................... 9
SENI BINA ............................................................................. 10
PENUTUP .......................................................................................... 11
RUJUKAN .......................................................................................... 12
MALAYSIA INDAH TARIKAN PELANCONG
PENGENALAN
Kegiatan ekonomi di Malaysia
bermula daripada pertanian dan
berkembang hinggalah ke industri
automotif dan petroleum.
Sektor pelancongan juga
merupakan salah satu sumber
ekonomi di Malaysia pada masa kini.
Malaysia mempunyai pelbagai daya
tarikan yang menarik kedatangan
pelancong dari dalam dan luar
negara.
Jom kita
terokai
Malaysia!
Malaysia
Truly Asia
FAKTOR TARIKAN
PELANCONG
06 01
Seni bina Alam semulajadi
05 Faktor 02
Iklim Tarikan Agensi kerajaan
Pelancong
04 03
Penganjuran Budaya dan
sukan makanan
ALAM
SEMULAJADI
Kecantikan dan
keindahan alam
semulajadi di Malaysia
adalah salah satu faktor
tarikan pelancong.
Banyak tempat menarik
yang boleh dilawati
seperti Taman Negara,
pulau-pulau dan
kawasan tanah tinggi
Antara Taman Negara yang terkenal
seperti Taman Negara Pahang,
Taman Negara Endau-Rompin, Taman
Negara Pulau Pinang, Kinabalu Park
dan lain-lain.
Malaysia juga terkenal dengan pusat
peranginan tanah tinggi seperti
Cameron Highlands, Genting
Highlands, Bukit Fraser dan Bukit
Tinggi di Pahang.
Selain Taman Negara dan tanah
tinggi, terdapat banyak pulau-pulau
yang menarik untuk dilawati di
Malaysia seperti Pulau Perhentian,
Pulau Sipadan, Pulau Rawa, Pulau
Kapas dan banyak lagi.
AGENSI KERAJAAN
Agensi kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Seni
dan Budaya Malaysia memainkan peranan penting dalam
mempromosikan tempat-tempat pelancongan yang
menarik di seluruh Malaysia.
Kempen Tahun Melawat Malaysia yang diperkenalkan
sejak tahun 1990, banyak memberi manfaat secara
langsung dan tidak langsung kepada ekonomi negara.
Permintaan terhadap kediaman, pengangkutan dan
cenderamata meningkat dan dapat menambah sumber
pendapatan negara.
BUDAYA & MAKANAN
Kepelbagaian kaum, agama, budaya dan makanan
adalah salah satu keunikan yang terdapat di
Malaysia dan menjadi daya tarikan pelancong.
Bangsa - Melayu, Cina, India, Etnik di Sabah & Sarawak.
Agama - Islam, Buddha, Hindu & Kristian
Tarian Tradisional - Tarian Inang, Tarian Singa, Tarian
Bharathanatyam, Tarian Sumazau, Tarian Ngajat
Makanan - Nasi lemak, sate, roti canai, laksa, kuih-muih
PENGANJURAN
SUKAN
Malaysia telah terbukti berjaya
menganjurkan beberapa sukan
bertaraf dunia dan ia dapat menarik
kehadiran pelancong untuk
berkunjung ke Malaysia.
Contoh penganjuran sukan seperti
perlumbaan Formula 1 dan Moto GP
di Litar Antarabangsa Sepang dan
juga perlumbaan basikal Le Tour de
Langkawi.
Selain itu, Malaysia juga
menganjurkan sebuah pameran
sistem pertahanan darat, laut dan
udara yang dikenali sebagai
Langkawi International Maritime and
Aerospace Exhibition (LIMA).
Penganjuran sukan dan pameran ini
telah mengharumkan nama negara
dan meningkatkan pendapatan
negara.
IKLIM
Malaysia ialah sebuah negara yang beriklim khatulistiwa iaitu
panas dan lembab sepanjang tahun. Oleh kerana itu, ia dapat
menarik minat pelancong untuk datang ke Malaysia pada bila-
bila masa. Pelbagai jenis buah-buahan bermusim juga terdapat
di Malaysia kerana iklimnya seperti durian, manggis dan
rambutan.
Bagi pelancong yang ingin mencuba cara hidup sebenar rakyat
Malaysia yang tinggal di kampung, mereka boleh memilih untuk
menginap di inap desa (home stay) yang banyak diusahakan
oleh penduduk tempatan.
SENI BINA
Malaysia pernah dijajah oleh banyak
negara dan secara tidak langsung kesan
penjajahan itu telah meninggalkan
banyak tempat bersejarah dan juga seni
bina tradisional yang menarik minat para
pelancong.
Contohnya seperti Bangunan Sultan
Abdul Samad, Kuala Lumpur, Rumah
Tradisional di Melaka, Fort Cornwallis di
Pulau Pinang, Kellie's Castle di Perak dan
banyak lagi tempat menarik yang boleh
dilawati oleh para pelancong.
Selain itu, seni bina bangunan yang cantik
dan unik juga dapat meanrik minat
pelancong untuk datang seperti KLCC, KL
Tower, Masjid Putra, Menara Condong
Teluk Intan, Rumah Terbalik Sabah dan
banyak lagi.
JOM
MELANCONG!
PENUTUP
Sebagai sebuah negara yang membangun dan
menuju ke arah pembangunan sebuah negara
maju, ekonomi negara perlulah kukuh dan stabil.
Dengan melakukan penambahbaikan dan
memajukan industri pelancongan di Malaysia,
diharap ianya akan dapat membantu
meningkatkan sumber pendapatan negara.
Malaysia mempunyai banyak tempat menarik
untuk dilawati dan diterokai. Oleh itu, marilah
kita bersama-sama memajukan industri
pelancongan di negara kita dan menjaga khazanah
yang tidak ternilai ini.
TERIMA KASIH
RUJUKAN
1) Buku Teks Sejarah Tahun 6
2) http://www.motac.gov.my/en/
3) https://en.wikipedia.org/wiki/Taman_Negara
4) https://en.wikipedia.org/wiki/Tour_de_Langkawi
5) http://www2.limaexhibition.com/
6) https://www.sepangcircuit.com/home
7) https://pakdin.my/buah-buahan-tropika-yang-
bermusim-baik-untuk-kesihatan/
8) https://selongkar10.blogspot.com/2014/03/7-
senibina-ajaib-di-malaysia-buat-anda.html