The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sejarah Piala Thomas dan pencapaian pasukan Badminton Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdafrezatrw, 2021-12-26 11:37:11

WSC 119

Sejarah Piala Thomas dan pencapaian pasukan Badminton Malaysia

Keywords: Badminton

WSC 119 BADMINTON – BEGINNING

TAJUK: Sejarah Piala Thomas dan Pencapaian Pasukan
Badminton Malaysia

COACH: MUHAMMAD NASRUL BIN ABU BAKAR

No NAMA NO MATRIK
1 MOHAMAD AFREZA BIN MOHD AZMI 142693
2 MUHAMMAD AZAMUDDIN BIN ABD 142470

WAHAB 144081
3 INTAN NASUHA BINTI JAMIL 144285
4 ILLYA MAISARAH BINTI HESEM 141936
5 SITI NAJIHAH BINTI AZAHARI

Carta Organisasi Kumpulan

Mohamad Afreza Bin Mohd Azmi
- Ketua kumpulan

- mengumpul data Sejarah Piala Thomas

Muhammad Azamuddin Bin Abd Wahab
- Merangka Carta Organisasi

- Mengumpul data format Piala Thomas

Intan Nasuha Binti Jamil
- Menetapkan Waktu perbincangan
- Mengumpul data Pencapaian Malaysia

Illya Maisarah Binti Hesem
- Mengumpul data Sejarah Badminton
- mengumpul Senarai nama pemain Malaysia

Siti Najihah binti Azahari
- Mengumpul data Pencapaian Malaysia

- Mencari bahan-bahan bergambar

Carta Aliran
MUMLuAla

Pelantikan Ketua dan

Penetapan perjumpaan
pertama

Perbincangan Tajuk Pembahagian Tugas
Tugasan

Mengumpul dan
Menyatukan tugasan

Tamat

Bukti Perbincangan

Sejarah Badminton

Badminton merupakan sukan raket yang dimainkan oleh dua
orang pemain ataupun dua pasangan bertentangan (beregu). Sukan
Badminton ini telah dimainkan di Malaysia seawal 1809 dan ia
dikenali sebagai Poona di India pada ketika itu. Sukan ini telah
dimainkan buat pertama kali di Pulau Pinang oleh pegawai dari
Syarikat East India, di kediaman Kapten Francis Light.

Badminton sudah pun dikenali sebagai sukan pada zaman silam
Hal ini kerana sukan ini mula dimainkan di Yunani dan Mesir. Selain
itu, ia dikenali sebagai Hanetsuki di Jepun seawal abad ke-16.
Sementara di negara barat, badminton dikenali sebagai “battledore
and shuttlecock”, dimana dua atau lebih pemain memukul bulu
tangkis menggunakan raket kecil. Pada tahun 1873, sukan ini
diperkenalkan di Badminton House, Gloucestershire yang dimiliki
oleh Duke of Beaufort. Pada ketika itu, sukan badminton merujuk
kepada “The Game of Badminton” dan kemudian ia bertukar secara
rasmi menjadi Badminton.

Pada 1899, mereka juga mula menganjurkan Kejohanan
Badminton Terbuka Seluruh England, yang juga merupakan
kejohanan pertama di dunia. Seterusnya, pada tahun 1934, Pertubuhan
Badminton Antarabangsa (IBF) yang kini dikenali sebagai
Persekutuan Badminton Dunia dianggotai Kanada, Denmark,
England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland dan
Wales sebagai anggota pengasas. Pertubuhan Badminton World
(BWF) kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan
menguruskan sukan ini secara global. Beberapa acara kejohanan telah
diadakan seperti kejohanan peringkat daerah, negeri, dan peringkat
kebangsaan. Kejohanan All-England merupakan acara sukan
Badminton yang dikenali. Selain daripada itu, kejohanan Thomas Cup
(1949) untuk pemain badminton lelaki dan Uber Cup (1957) untuk
pemain badminton perempuan juga merupakan acara Badminton yang
dikenali secara global.

SEJARAH PIALA THOMAS

Kejohanan Piala Thomas merupakan sebuah kejohanan utama
badminton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki. Kejohanan
ini berlangsung setiap dua tahun dan diberi nama Piala Thomas
bersempena dengan nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan
Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939. Kejohanan Piala
Thomas pertama kali diadakan pada tahun 1948-1949. Pertandingan
bagi berpasukan wanita pula diadakan pada tahun 1956 dan dikenali
sebagai Piala Uber.

Piala Thomas 1992
Kali terakhir Malaysia muncul juara Piala Thomas ialah pada 1992 di
Stadium Negara, Kuala Lumpur. Kehangatan menentang pasukan
Indonesia di perlawanan akhir pada ketika itu tidak pernah pudar dari
ingatan. Begitu juga setiap kali berlangsungnya Kejohanan
Badminton Piala Thomas, setiap kali itulah aura dan semangat 1992
meresap kembali.

SEJARAH PERTANDINGAN

Piala Thomas diilhamkan oleh Sir George Alan Thomas, bekas
pemain terkenal dunia England pada era 1900an. Ia diilhamkan oleh
Thomas sempena penganjuran Piala Davis (tennis) dan kejohanan
Piala Dunia (bola sepak) yang dianjurkan buat pertama kali pada

1930. Kerana itulah ia diibaratkan seperti Piala Dunia bagi sukan
badminton. Selepas beberapa penangguhan penganjuran – termasuk
kerana Perang Dunia II – Piala Thomas akhirnya dianjurkan buat
pertama kali pada 1949. Kejohanan pertama diadakan di Queen’s
Hall, Preston, England. Malaya memenangi kejohanan pertama ini
dengan menumpaskan Denmark 8-1 pada perlawanan akhir. Sejak itu
Piala Thomas sentiasa dimenangi oleh pasukan-pasukan dari Asia.
Indonesia memenangi Piala Thomas sebanyak 14 kali
diikuti China (tujuh kali), Malaysia (lima kali), Denmark (satu kali)
dan Jepun (satu kali). Bagi 12 siri pertama kejohanan ini sehingga
tahun 1982, kejohanan ini berlangsung selang tiga tahun sekali. Mulai
tahun 1984 kejohanan ini diadakan setiap 2 tahun dan diadakan
bersama-sama dengan Piala Uber.

Format Kejohanan Piala Thomas

- Pertandingan adalah secara berpasukan (lelaki).

- Setiap perlawanan melibatkan lima aksi yang terdiri daripada tiga
perseorangan dan dua beregu.

- Saingan dalam Piala Thomas bermula dengan peringkat kumpulan
yang dimainkan secara “round robin” tunggal.

- Pasukan yang menduduki tempat pertama dan kedua kumpulan akan
layak ke peringkat kalah mati yang bermula dengan suku akhir diikuti
separuh akhir, seterusnya perlawanan akhir (final).

Juara Kejohanan Piala Thomas (1949-2020)

Pasukan Juara Naib juara

 Indonesia 14 (1958, 1961*, 1964, 1970, 1973*, 1976, 5 (1967*, 1982, 1986*, 1992,
1979*, 1984, 1994*, 1996, 1998, 2000, 2010)
2002, 2020)

 China 9 (1982, 1986, 1988, 1990, 2004, 2006, 3 (1984, 2000, 2020)
2008, 2010, 2012*)

 Malaysia** 5 (1949, 1952, 1955, 1967, 1992*) 9 (1958, 1970*, 1976, 1988*,
1990, 1994, 1998, 2002,
2014)

 Denmark 1 (2016) 8 (1949, 1955, 1964, 1973,
1979, 1996, 2004, 2006)

 Jepun 1 (2014) 1 (2018)

 Korea 2 (2008, 2012)
Selatan

 Thailand 1 (1961)

 Amerika 1 (1952)
Syarikat

Indonesia menjuarai kejohanan Piala Thomas 2020/2021

Senarai Pasukan yang Menyertai Kejohanan Piala Thomas 2020

- Malaysia - Denmark - China - England

- Indonesia - South Korea - Japan

- Chinese Taipei - France - Netherland

- Algeria - Germany - Tahiti

- Thailand - India - Canada

Pencapaian Pasukan Malaysia Dalam Piala
Thomas

Semenjak penubuhan Piala Thomas pada tahun 1949, negara
kita telah berjaya merangkul gelaran juara beberapa kali. Secara
umumnya, negara kita dikenali sebagai Malaya sebelum kita
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan bertukar nama kepada
Malaysia pada tahun 1963. Kita telah berjaya menjadi juara sebanyak
3 kali di bawah nama Malaya. Kejuaraan pertama menyaksikan
Malaya yang menjadi wakil dari benua Asia bertempur dengan
pasukan dari negara Denmark dengan mata lapan berbalas satu pada
tahun 1949 dan secara langsung menjadikan Malaya negara pertama

yang memenangi Piala Thomas. Kejuaraan Malaya diteruskan pada
kali kedua dan ketiga penganjuran Piala Thomas pada tahun 1952 dan
1955. Pada tahun 1952, Malaya telah melawan pasukan dari negara
Amerika Syarikat (USA) dengan mata tujuh berbalas dua dan pada
tahun 1955 Malaya telah menentang dan menewaskan pasukan negara
Denmark dengan mata lapan berbalas satu.

Walhal, negara kita bangkit menjadi juara semula sebanyak 2
kali setelah bertukar nama kepada Malaysia iaitu pada tahun 1967 dan
1992. Pada tahun 1967, Malaysia muncul sebagai juara setelah
menewaskan Indonesia yang merupakan juara bertahan selama tiga
kali berturut-turut dengan mata sebanyak enam berbalas tiga.
Manakala tahun 1992 merupakan tahun yang paling diingati kerana
Malaysia sudah menunggu selama suku abad untuk detik menjulang
semula Piala Thomas. Pasukan yang diwakili oleh adik beradik Sidek
itu telah berjaya mencetak nama Malaysia kembali ke sejarah mata
dunia badminton apabila mereka membawa kembali piala berprestij
itu ke pangkuan Malaysia setelah menumpaskan Indonesia dengan
mata tiga berbalas dua di stadium negara.

Di samping itu, Malaysia telah memegang kedudukan naib juara
sebanyak sembilan kali sehingga tahun 2014, sekali semasa masih di
bawah nama Malaya dan lapan kali selepas menjadi Malaysia.
Manakala Malaysia juga berjaya memasuki peringkat separuh akhir
sebanyak lima kali dan empat daripada itu merupakan pingat gangsa.

Senarai Pemain Badminton 2021

LEE ZII JIA

NUR IZZUDIN RUMSANI

AARON CHIA

SOH WOOI YIK
NG TZE YONG
AIDIL SHOLEH

REFLEKSI

Untuk menyiapkan tugasan berkumpulan bagi kursus ini, kampulan kami telah
memilih tajuk Sejarah Piala Thomas dan Pencapaian Pasukan Badminton Malaysia dalam
kejohanan tersebut. Tajuk ini dipilih oleh kumpulan kami kerana topik mengenai Piala
Thomas sememangnya diketahui ramai dan sangat relevan dengan kursus ini. Sepanjang
proses menyiapkan tugasan ini, terdapat beberapa cabaran yang telah kami lalui.

Antara cabaran dalam menyiapkan tugasan ini ialah kumpulan kami tidak dapat
melakukan perbincangan secara bersemuka untuk mengenali ahli kumpulan, memilih tajuk
tugasan dan membahagikan tugas setiap ahli kumpulan ekoran penyebaran pandemik Covid-
19 dan keberadaan setiap ahli kumpulan. Walau bagaimanapun, cabaran ini dapat kami atasi
dengan melakukan pertemuan secara dalam talian. Kami telah menggunakan aplikasi
“Google Meet” untuk berjumpa dan melakukan perbincangan untuk tugasan tanpa perlu
bersemuka. Kami juga turut menggunakan aplikasi “WhatsApp” untuk berbincang dan
berkongsi maklumat antara ahli kumpulan.

Selain itu, cabaran yang kami lalui juga ialah kami tidak mempunyai pengetahuan
yang mendalam mengenai sejarah Piala Thomas dan pencapaian pasukan badmintion
Malaysia dalam kejohanan tersebut walaupun kami mengetahui bahawa kejohanan itu sangat
terkenal di peringkat dunia. Namun begitu, hal ini dapat kami atasi dengan melakuan carian
dan bacaan melalui pelbagai sumber di internet. Cara ini membolehkan kami mendapat
maklumat yang banyak dengan mudah mengenai tajuk tugasan yang telah kami pilih.

Cabaran lain yang kami lalui juga ialah kami tidak terbiasa membuat tugasan dengan
menggunakan flipbook dan hal ini merupakan perkara yang baharu bagi kumpulan kami.
Namun begitu, contoh flipbook yang diberi oleh jurulatih sedikit sebanyak telah membantu
kami untuk menyiapkan tugasan ini.

Setelah tugasan ini siap, kami mendapati bahawa tugasan ini telah memberi
pengetahuan yang banyak kepada kami mengenai badminton dan tajuk tugasan kami.
Tugasan berkumpulan ini juga telah memupuk sikap kerjasama, saling membantu dan
berkongsi maklumat antara ahli kumpulan. Sikap ini membolehkan kami menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya tanpa ada sebarang konflik dan pergaduhan antara ahli kumpulan.
Penggunaan flipbook juga telah menjadikan kami berfikir dengan lebih kreatif dalam
menyediakan laporan tugasan berkumpulan ini.

TAMAT
SEKIAN TERIMA

KASIH


Click to View FlipBook Version