The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK TANAH MERAH 2, 2020-12-24 08:14:20

TEKS UCAPAN MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN KGKT

SK TM 2

Teks Ucapan Majlis Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT)
Sekolah Kebangsaan Tanah Merah (2)

Ketibaan Tetamu VIP
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia .

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara

Bismilllah........................
Assalamualaikum .......................salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Yang Berbahagia DATIN.......................................................
Yg Berbahagia , ........................................PIBG SKTM2
Yg Berusaha Pn ...................................,. GB SKTM2

1

Yg Dihormati Guru- Guru Penolong Kanan, dan seterusnya rakan-rakan guru ,kakitangan 2
sktm2 dan guru2 kafa

yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah ...

Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita berkumpul pada
pagi/tghri ini untuk menjayakan Majlis Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru & Kakitangan tahun
2020.

Saya bagi pihak majlis terlebih dahulu mengambil kesempatan mengalu-alukan kehadiran
Yang Berbahagia ..................................................... kerana telah sudi meluangkan masa untuk
bersama-sama dengan kami dalam majlis pada petang yang indah ini. Kehadiran Yang
Berbahagia ........................ pada petang ini jelas menunjukkan keprihatinan dan sokongan
yang tinggi dari Yang Berbahagia ............................. terhadap apa-apa saja program yang
dijalankan oleh SKTM (2).

Hadirin dan hadirat sekalian.

Majlis pada petang ini merupakan majlis tahunan yang dikelolakan oleh barisan Jawatankuasa
Kelab Guru & yang diterajui oleh ............................................. Majlis ini juga bertujuan untuk
memberi penghargaan kepada semua warga pendidik dan staf sokongan serta guru-guru
KAFA atas semua khidmat bakti sepanjang kita bekerja bersama-sama bagi tahun 2020 ini.
Mudah-mudahan sokongan yang ditunjukkan akan diteruskan bagi memastikan SKTM (2)
dikenali dan dihormati.

Gulai tempoyak udang galah

Makan berulam bunga kantan

2

Dipanjatkan doa kehadrat Allah
Agar majlis dapat keberkatan

Dijemput dengan segala hormat, Ustaz ............................ untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan
BACAAN DOA
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz .......................................kerana telah sudi memimpin
bacaan doa.

Malam raya memasng pelita
Berguran senda sanak saudara
Juadah terhidang di depan mata
Marilah bersama menjamu selera
Dipersilakan semua tetamu, para guru dan staf sokongan untuk menjamu selera.

Hadirin- hadirat sekalian,
Majlis kita pada petang ini diteruskan dengan acara memotong kek. Untuk itu, dipersilakan
Yang Berbahagia Guru Besar SKTM 2 ............................................untuk menyempurnakan
acara memotong kek. Dipersilakan.

3

UCARA MEMOTONG KEK BERLANGSUNG

Majlis diteruskan dengan menjemput ......................................, Pengerusi Kelab Guru SKTM 2
sesi 2020/2021 untuk menyampaikan sepatah dua kata, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ......................................., Pengerusi Kelab Guru SKTM 2
kerana telah sudi menyampaikan ucapan.

Emas tempawan buatmu puteri
Busana indah buat rupawan
Sudilah Puan tampilkan diri
Bersama madah kata ucapan.

Dijemput dgn segala hormatnya , Yang Berusaha Pn ...............................................SK Tanah
Merah 2 untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kpd Yg Berusaha Pn
......................................... yg telah sudi menyampaikan ucapan.

4

Besar langit ditepi busut,
Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Dijemput Yg Berbahagia Tuan Hj Hamzah Bin Hj Abu , Pegawai Pelajaran Daerah Tampin utk
menyampaikan ucapan . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan terima kasih kpd Yg Berbahagia Tn Haji
Hamzah Bin Abu yg telah sudi menyampaikan ucapan.

Baiklah, kini tiba kita ke acara yang ditungu-tunggu, iaitu penyampaian hadiah kenang
kenangan

Dijemput .....................................utk mencabut undi dan seterusnya menyampaikan hadiah
cabutan bertuah kepada yang berjaya . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kpd

...................................................................Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang tidak

berjaya jangan bersedih.

Yang Berbahagia Datin, hadirin dan hadirat sekalian.
5

Majlis seterusnya menjemput Yg Berusaha Pn .....................................untuk menyampaikan
hadiah ................................................ .Dipersilakan.

Di jemput ................................................ untuk menerima hadiah. Dipersilakan.
Seterusnya dipersilakan.......................................untuk tampil menerima hadiah.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Tumbuh meliar merata-rata,
Majlis rasmi terlaksana sudah,
Semoga tercapai matlamat dicita.

Bunga dedap diatas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

6

Sekian majlis pada pagi ini. Wabillah.................
7


Click to View FlipBook Version