1 FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA SUBJEK: KCO 530 KOD SUBJEK: CHILDHOOD TROUGH OBSERVATION TUGASAN 1 NAMA PENUH Emily Freddie NO KAD PENGENALAN 981001-12-5958 NO.KAD MATRIK 2021.8.HD01.0235 PROGRAM Diploma Pendidikan awal kanak-kanak SEMESTER Lima (5) NAMA PENSYARAH Ms. Salizah Binti Johnary TARIKH AKHIR PENGHANTARAN Minggu 7 (22 september 2023) COURSE LEARNING OUTCOME ACHIEVED CLO 1- Describe methodologies for effective observation of all children, teachers and environments. (PLO6, C4)
2 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Muka hadapan………………………………………………………..1 2.0 Isi kandungan………………………………………………………2 3.0 Pengenalan…………………………………………………………3-4 4.0 Konsep pemerhatian………………………………………………5 5.0 Format kaedah pemerhatian………………………………………6-11 6.0 Kesimpulan,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,121 7.0 Rujukan/Lampiran………………………………………………..13
3 3.0 PENGENALAN Pemerhatian ialah pengkaji melibatkan diri secara langsung untuk membuat penilitian dan pemeriksaan secara terus menerus. Pemerhatian juga merupakan salah satu kaedah pengumpulan data dengan cara memerhati situasi berkenaan dan merekodkan fakta, tindakan dan tingkah laku yang diperlukan. Kaedah pemerhatian pula merupakan salah satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik atau temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dekat. Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji perkembangan tingkahlaku sesuatu unit sosial, misalnya mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakanterhadap kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif dankebimbangan di kalangan individu yang menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian juga seringdigunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru pelatih. Perkembangan pula ialah perubahan bentuk dan saiz fizikal seseorang yang bertambah dari semasa ke semasa mengikut kematangan diri. Perkembangan dipengaruhi oleh persekitaran dan pengalaman yang dilalui dalam kehidupan seharian. Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai kaitan yang rapat dimana seorang bayi akan melalui proses meniarap, merangkak, duduk, berdiri, bertatih dan berjalan. Proses perkembangan berlaku secara berperingkat. Kanak-kanak yang berumur 0 – 4 tahun mempunyai pelbagai kerenah dan tingkahlaku. Tanpa kepelbagaian tingkahlaku atau kerenah, kanak - kanak belum dikira menghayati dan meneroka sepenuhnya dunia mereka sebagai seorang kanak-kanak. Kebanyakan tingkahlaku dan kerenah kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran di mana mereka berada atau persekitaran tempat mereka membesar. Seperkara lagi, kebanyakan tingkahlaku kanak-kanak adalah untuk
4 menarik perhatian mereka yang berada di sisinya yakni ibu bapa, orang sekeliling atau pengasuh jika kanak-kanak berada di TASKA. Ada antara tingkahlaku kanak-kanak merupakan tingkahlaku semuajadi yang telah ada sejak lahir dan ada juga tingkahlaku kanak-kanak dibentuk melalui persekitarannya. Tingkahlaku juga boleh disebabkan oleh faktor baka yang berasal dari kedua ibu bapa kanak-kanak. Tingkahlaku atau kerenah kanak-kanak boleh merangkumi tingkahlaku yang positif dan tingkahlaku yang negatif. Tingkahlaku yang baik perlu dipupuk dan diberi galakan seterusnya oleh orang dewasa. Manakala tingkahlaku yang negatif memerlukan bimbingan sepenuhnya juga daripada orang dewasa. Tingkahlaku yang negatif perlu diubah secara perlahan-perlahan supaya menjadi tingkahlaku yang lebih positif.
5 4.0 KONSEP PEMERHATIAN Konsep pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian pula merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidikan dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah yang dikenal pasti. Jenis pemerhatian yang digunakan untuk menilai perkembangan kanak-kanaka ialah antaranya ialah, senarai Semak, rekod anekdot dan rekod berterusan. Senarai Semak digunakan adalah dengan bayi, kanak-kanak dan kanak-kanak prasekolah. Senarai Semak perkembangan biasanya disusun mengikut kategori Pembangunan seperti fizikal dilihat melalui kemahiran motor halus dan motor kasar mereka. Selain itu dari segi kognitif dapat dilihat melalui kemahiran berbahasa. Seterusnya, dari segi sosial dapat dilihat melalui kemahiran emosi dan sosial. Senarai Semak juga digunakan untuk menilai kanakkanak yang mengalami kelewatan dalam perkembangan. Fungsi senarai Semak adalah untuk membantu guru dalam menilai tahap perkembangan kanak-kanak tersebut. Selain itu, sebagai rujukan guru dalam menjalankan kerja penilaian. Akhir sekali, untuk mengurangkan kegagalan dan keciciran dalam menilai perkembangan seseorang. Konsep pemerhatian yang seterusnya ialah rekod anekdot. Rekod anekdot ini ialah hasil pemerhatian secara langsung dan rekod anekdot juga akaun yang cepat, tepat dan khusus tentang sesuatu peristiwa. Selain itu, merangkumi konteks tingkah laku dan tafsiran. Kejadian direkodkan secara berasingan daripada kejadian. Rekod berterusan adalah hampir sama dengan rekod anekdot. Rekod berterusan adalah untuk menilai literasi yang timbul. Apabila guru ingin mendapatkan maklumat tentang kebolehan dan kelemahan semasa kanak-kanak dalam membaca, guru boleh mendengar bacaan dan merekod kesilapan dan pembetulan yang dibuat semasa kanak-kanak membaca petikn tersebut.
6 5.0 FORMAT KAEDAH PEMERHATIAN 5.1 Rekod anekdot Rekod anekdot ialah penerangan bertulis tentang tingkah laku kanak-kanak. Ia adalah akaun objektif kejadian yang menceritakan apa yang berlaku, bila, dan di mana. Rekod itu boleh digunakan untuk memahami beberapa aspek tingkah laku. Walaupun naratif itu sendiri adalah objektif, komen boleh ditambah sebagai penjelasan atau reaksi terhadap kejadian yang dirakamkan. REKOD ANEKDOT NAMA MURID : TARIKH : PEMERHATI : MASA : ITEM : TEMPAT : CATATAN HURAIAN CADANGAN :
7 REKOD ANEKDOT NAMA MURID : Irdiana TARIKH : 13 september 2023 PEMERHATI : Emily freddie MASA : 10.00 pagi ITEM : kebolehan TEMPAT : dalam kelas Membaca CATATAN HURAIAN Selepas mengikuti sesi bacaan bersam guru kelas, Irdiana menarik tangan Fatin, zira, dan marsha ke pusat Bahasa untuk mencari buku. Irdiana memilih buku bergambar sama dengan buku yang dibaca oleh gurunya. Irdiana mengajak kawankawannya mendengar cerita yang dibacanya. Irdiana pun membuka buku lalu membaca dengan gaya seperti cikgunya. Fatin, zira dan marsha mendengar dengan penuh minat. Irdiana tanya kawannya sedap kah cerita yang dibacanya. “hei irdiana kau sudah boleh membaca?” Tanya Fatin. Cikgu Emily memuji sambal tepuk tangan. Irdiana tersenyum. Irdiana tidak berminat terhadap buku tetapi selepas sesi bacaan dengan guru, Irdiana sudah mula berminat dengan buku. Irdiana cuba membaca walaupun masih belum mengenal semua huruf. CADANGAN : Irdiana perlu dirangsang melalui pujian untuk membolehkannya membaca dengan baik.
8 5.2 Senarai Semak Senarai semak ialah senarai tingkah laku berurutan yang disusun dalam sistem kategori Senarai semak berguna apabila banyak tingkah laku perlu diperhatikan. SENARAI SEMAK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Nama kanak-kanak : Tarikh Lahir : Penilai : NO PERKARA YA (BILA/TARIKH) CATATAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
9 SENARAI SEMAK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Nama kanak-kanak : Aira zahira Tarikh Lahir : 13 mac 2023 Penilai : Aileen PERKEMBANGAN FIZIKAL NO PERKARA YA (BILA/TARIKH) CATATAN 1. Berdiri dengan tegap apabila dipegang Ya (isnin/10 julai 2023) Bayi akan berdiri tegap apabila tangan nya dipegang 2. Duduk dengan bantuan pada jangka masa yang pendek Ya ( selasa/18 julai 2023) Dengan bantuan seseorang bayi dapat duduk tapi hanya dalam waktu yang singkat 3. Duduk dengan sedikit bantuan seperti bantal Ya ( selasa/18 julai2023) Bila diberi bantal bayi akan duduk 4. Bergolek dari kiri ke kanan Ya (rabu/ 02 ogos 2023) Apabila bayi diletakkan di atas tilam dia akan bergolek 5. Mendengar kearah bunyi Ya (rabu/02 ogos 2023) Apabila satu tepukan dilakukan bayi akan menoleh kearah bunyi yang dilakukan 6. Meniarap Ya (jumaat/28 julai 2023) Bayi akan meniarap apabila mereka sudah tahu bergolek 7. Mencapai dan menggengam objek Ya ( sabtu/26 ogos 2023) Jika ada mainan diletakkan di atas lantai bayi akan mencapai mainan tersebut 8. Memegang , menghisap dan menggigit makanan Ya (selasa/02 september 2023) Menghisap makanan apabila diberi
10 5.3 Rekod berterusan Naratif yang lebih terperinci tentang merekodkan tingkah laku kanak-kanak yang merangkumi urutan peristiwa. Termasuk semua yang berlaku dalam tempoh masa- semua tingkah laku diperhatikan dan bukannya kejadian tertentu yang digunakan untuk rekod anekdot. REKOD BERTERUSAN Pemerhatian 1 Nama murid : Lokasi : Umur : Item : Tarikh : Masa : Nama guru : Catatan Huraian
11 REKOD BERTERUSAN Pemerhatian 1 Nama murid : Rania Naziha Lokasi : pusat kognitif Umur : 6 tahun Item : kepimpinan Tarikh : 29 jun 2023 Masa : 9.50- 10.00 pagi Nama guru : Adriana cheryl Catatan Selesai Sahaja waktu makan , Rania mengajak lala dan lulu bermain lego di pusat kognitif. Rania menarik tangan kawannya sambal berkata, “Lala, Lulu, mari main lego sama-sama”. Rania mengambil bekas berisi lego dan mengajak kawan-kawannya bermain bersama. Tiba-tiba Rania bersuara,”mari kita buat bangunan tinggi sama-sama?” Lala dan Lulu menjawab, “ok” Rania mencadangkan, “Biar saya buat tapaknya dulu, lepas tu baru kita buat tinggi-tinggi”. Lala bersuara, “kita buat bumbung nanti akhir sekali tau”. Huraian Rania mempunyai sikap interpersonal yang baik Rania mudah mempengaruhi kawankawannya Rania dapat menyelesaikan masalah dan mempamerkan sikap kepimpinan
12 6.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, dengan adanya penggunaan kaedah pemerhatian ini akan dapat pemerhatian terhadap sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas, teliti dan tepat. Bukan itu Sahaja , dengan pemerhatian ia akan membuat kajian yang lebih sah dan boelh dipercayai. Selain itu, maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak akan boleh menjadi bahan rujukan penting dalam kajian. Seterusnya, penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian benar-benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti.
13 7.0 RUJUKAN Kaedah Pemerhatian | PDF. (n.d.). Scribd. https://www.scribd.com/document/228633112/Kaedah-Pemerhatian#\ Alia, N. (2022, July 7). Definisi Pemerhatian Menurut Tokoh. MY WISLAH (WISLAH MALAYSIA). https://www.my.wislah.com/definisi-pemerhatian/ maksud perkembangan - Google Search. (n.d.). Www.google.com. Retrieved September 11, 2023, from https://www.google.com/search?q=maksud+perkembangan&oq=maksud+per&aqs=chrome.2 .69i57j0i433i512j0i512l2j0i433i512j0i512l5.7410j1j7&sourceid=chrome&ie=UTF8#vhid=DcWBrJ2JHpwOfM&vssid=l IBRAHIM, A. (2012, February 4). Kaedah pengumpulan data pemerhatian. Slideshare.net. https://www.slideshare.net/wonderwhy/kaedah-pengumpulan-data-pemerhatian MY GCK: Log in to the site. (n.d.). Lms.geomatika-Keningau.edu.my. Retrieved September 21, 2023, from http://lms.geomatikakeningau.edu.my/pluginfile.php/54379/mod_resource/content/1/KCO_530_TOPIC_2_Metho ds_for_effective_observations_of_all_children.pptx.pdf IBRAHIM, A. (2012, February 4). Kaedah pengumpulan data pemerhatian. Slideshare.net. https://www.slideshare.net/wonderwhy/kaedah-pengumpulan-data-pemerhatian