BUKU SKRAP
DIGITAL
KEMEDERDEKAAN:
User
[COMPANY NAME]
Buku skrap digital ini dihasilkan agar dapat
menambah wadah pengetahuan anak muda dalam
warisan sejarah kita. Beliau seorang insan yang amat
berbakti dan istimewa kepada Malaysia yang akan
ditulis di dalam buku skrap ini. Terima kasih atas
peluang yang telah diberikan semoga setiap yang
dikongsikan dapat menjadi contoh buat kita semua.
Nama : Nuraleya Maisara Binti Razali
Tarikh lahir : 22 Ogos 2005
Umur : 16 tahun
Jantina : Perempuan
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Alamat : Kg Jawa, Parit Kasan,
82100 Ayer Baloi, Pontian,
Johor Darul Takzim.
»»----------------------------------««
❁ Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6
Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah
Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak
kemerdekaan pada tahun 1957sehingga 1970.
❁ Tunku merupakan putera ke-20 kepada Sultan Abdul Hamid
Halimshah, Sultan Kedah yang ke-24 dan isteri beliau iaitu
bonda kepada Tunku Abdul Rahman bernama Nearng atau lebih
dikenali sebagai Makche Menjalara. Bonda yang dicintai itu
adalah seorang keturunan Thai anak kepada Luang Nara Borirak
(Kleb), keturunan Chao Phya Maha Kota, Ketua Negeri Mataban
dalam jajahan Siam di Shan Utara Thailand.
❁ Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah
satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali
sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa
Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
Tujuan utama saya memilih tokoh Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj kerana
sejarah pengorbannya untuk Malaysia
terlalu besar serta jasa yang telah
dicurahkan memberi erti yang amat
bermakna buat semua rakyat Malaysia.
Selain itu gelaran “Bapa Kemerdekaan”
menarik perhatian saya untuk mengkaji
lebih dalam berkenaan Tunku.
Walaupun beliau seorang ahli politik yang aktif lagi
berjasa kepada rakyat Malaysia. Tetapi sumbangan
beliau bukan hanya tertakluk dalam bidang politik
sahaja,beliau juga menyumbang tenaga dalam aspek
sosial seperti dalam bidang penulisan,bidang
kesenian dan lain-lain. Perwatakan Tunku yang mulia
ini telah menjadi satu teladan atau ‘role model’yang
baik bagi semua ahli politik dan juga pemimpin.
Dengan melihat perwatakan Tunku, kita boleh dapati
bahawa Tunku seorang yang rendah diri,bersemangat
patriotik,bersemangat kenyal, mengambil berat
kebajikan rakyat dan lain-lain.
◇─◇──◇─────◇──◇─◇
Tunku merupakan seorang penulis yang berbakat. Karya
beliau mampu menarik perhatian orang ramai. Walaupun
pada masa Tunku bersara, ketika berumur 85 tahun, beliau
masih bergiat cergas malah semakin aktif dalam bidang
penulisan seperti ruangan Looking Back dan As I See It
dalam akhbar The Star.
Sepanjang 16 September 1974 sehingga 16 Ogos 1975,
Tunku telah menghasilkan sebanyak 53 artikel dalam
ruangan Looking Back. Pada tahun 1969, Tunku telah
menghasilkan buku beliau yang pertama iaitu May 13,
Before and After . Selepas itu, beliau meneruskan
penulisannya dalam akhbar The Star melalui ruangan baru
iaitu As I See It. Artikel-artikel yang beliau hasilkan dalam
akhbar adalah berkenaan masyarakat dan insiden-insiden
politik yang berlaku pada zaman beliau.
Beliau turut menghasilkan Viewpoints (1970), Looking
Back (1977), As Matter of Interest (1981), Something to
Remember (1983), Less We Forget dan Contemporary Issuus
in Malaysian Politics (1984), Challenging Times (1986) dan
Political Awakening (1986). Semua hasil tersebut adalah
tentang isu-isu semasa.
Terdapat banyak lagi sejarah, jasa dan
pengorbanan Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj yang dapat memberikan
pengajaran buat semua rakyat
Malaysia yang tidak terkata. Sebagai
seorang rakyat Malaysia kita perlualah
menghargai dan mengenang jasa
tokoh-tokoh di Negara kita agar dapat
memupuk semangat patriotism dalam
diri.
SELAMAT HARI MALAYSIA