1 SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG PALAS 06300, KUALA NERANG, KEDAH DARUL AMAN TELEFON / FAX : 04-7868285 Rujukan Kami :SKKP.500-5/7 ( ) Tarikh : 12hb. Mac, 2023 Kepada: Tuan / Puan / Cik ………………………………… Tuan / Puan / Cik, MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM KALI KE-1, 2023/2024 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut : Tarikh : 13hb.Mac,2023 Hari : Isnin Masa : 8:30 Pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Pengerusi : Pn.Khalijah bt. Romli (PK Pentadbiran ) 3. Agenda mesyuarat : 3.1. Perutusan Pengerusi 3.2. Ucapan Guru Besar 3.3. Pengesahan minit mesyuarat 3.4. Perkara-perkara berbangkit 3.5. Perkara-perkara baharu : 3.5.1 PSO Kurikulum 3.5.2 PBD / UASA 3.5.3 Pemulihan Khas 3.5.4 PSS 3.5.5 PLC 3.5.6 ICT / Delima 3.5.7 HIP 3.5.8 Program Panitia / Kurikulum 3.5.9 Prasekolah 3.5.10 SPLKPM 3.5.11 Kewangan 3.6. Hal-hal lain: 3.6.1 Program 15 Minit 3.6.2 Nota Minta 3.6.3 Transisi Tahun 1 3.6.3 Ucapan Penangguhan 3.7. Penutup 4. Sehubungan dengan itu, tuan / puan / cik dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Sekian, terima kasih. “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “ “ PERKHIDMATAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG “ Saya yang menjalankan amanah, ( WAN YAH BT.MOHD TAHAR) Setiausaha, JK Induk Kurikulum, Sekolah Kebangsaan Kubang Palas, 06300 Kuala Nerang,Kedah.
2 SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG PALAS 06300, KUALA NERANG, KEDAH DARUL AMAN. TELEFON / FAX : 04-7868285 MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM KALI PERTAMA TAHUN 2023/2024 Tarikh : 13hb.Mac, 2023 Hari : Isnin Masa : 8:30 Pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Kehadiran : Encik Zolkepli b. Ismail ( Guru Besar ) Puan Khalijah bt.Romli ( PK Pentadbiran – Pengerusi ) Encik Jamaludin b.Awang ( PK HEM ) Puan Salwa bt.Ismail ( PK Kokurikulum ) Puan WanYah bt.Mohd Tahar ( Setiausaha ) Encik Mohd Yunus b.Abdullah Encik Rosli b.Abd Rashid Encik Sazaser b.Abd Ghani Encik Mohamad Hatta b.Md.Zain Encik Samsudin b.Salleh Encik Amir Wahidudin b.Abd.Rahman Puan Nurul Nadiah bt.Amran Puan Norashikin bt. Razali Puan Noor Shafina bt. Mohd Mansor Puan Noor Azizah bt. Rahman Puan Wan Fadzilah bt. Wan Ibrahim Puan Mashitah bt. Noordin Cik Eesvari a/p Truvarasu
3 AGENDA I : PERUTUSAN PENGERUSI 1. Kata Alu-aluan. Puan Pengerusi mengucapkan salam dan berterima kasih kepada guru-guru yang hadir ke mesyuarat induk kurikulum kali pertama pada hari ini. Bagi memberkati mesyuarat,Puan Pengerusi meminta semua guru membaca ummul kitab iaitu Al Fatihah. 2. Ucapan Penghargaan. Mengucapkan terima kasih kepada semua guru untuk segala sumbangan dalam unit kurikulum 2022/2023 AGENDA II: UCAPAN GURU BESAR 3. Tuan Guru Besar, Encik Zolkepli b. Ismail mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Beliau berharap mesyuarat pada hari ini dapat membuat perancangan aktiviti untuk sesi 2023/2024 dengan teliti supaya semua unit Kurikulum, HEM, dan Kokurikulum dapat meningkatkan prestasi akademik, sahsiah, dan mencungkil bakat murid-murid Sk Kubang Palas. Tindakan: Semua guru AGENDA III :PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 4. Cadangan : Pn.Noor Shafina binti Mohd Mansor Sokongan : Encik Sazaser bin Abd.Ghani Tindakan: Setiausaha AGENDA IV : PERKARA BERBANGKIT 5. – Tiada - AGENDA V : PERKARA-PERKARA BAHARU 6. PSO Kurikulum Meningkatkan penggunaan IT Meningkatan PBD 7. PBD dan UASA Pengisian data PBD dan UASA oleh guru mata pelajaran tahun 1 hingga tahun 6 telah dilaksanakan pada cuti persekolahan yang lalu. Puan Pengerusi memaklumkan pengisian data PBD dan UASA kali ini adalah perkara yang baharu, memerlukan capaian internet yang baik. Oleh itu, beliau
4 mengingatkan kepada semua guru perlu semak semula untuk memastikan semua maklumat berkenaan dapat disimpan dan dihantar dalam sistem dengan jayanya. Penyelaras PBD akan jana dan cetak data PBD dan UASA untuk difailkan. Guru kelas perlu cetak keputusan PBD dan UASA setiap murid, ditandantangan oleh guru besar. Satu salinan serah kepada murid pada minggu pertama persekolahan. Satu salinan simpan dalam fail peribadi murid. Tindakan: Semua Guru 8. PEMULIHAN KHAS Guru Pemulihan Khas, Cikgu Rosli memaklumkan senarai nama murid tahun 1 2022/2023 untuk ujian saringan sudah ada, tapi ujian tersebut belum dilaksanakan lagi. Jumlah Murid Pemulihan Khas 2023/2024: Tahun 2 , 6 orang murid Tahun 3, 2 orang murid Tahun 4, seorang murid Tahun 5, seorang murid Tahun 6, seorang murid Hanya murid capai TP 1 dan TP 2 sahaja dikategorikan sebagai murid Pemulihan khas. Jadual waktu kelas pemulihan akan ditampal pada papan kenyataan di kelas Tahun 2 hingga Tahun 6 untuk rujukan guru dan murid-murid . Program Pemulihan Khas (Program Kad Minda) sesi 2022/2023 tidak dapat dilaksanakan kerana masalah kewangan. 9. PUSAT SUMBER SEKOLAH ( PSS ) Pengerusi memaklumkan Cikgu Wan Fadzilah binti Wan Ibrahim mengambil alih pengurusan pusat sumber sekolah mulai sesi akademik 2023/2024. Gotong-royong untuk penambahbaikan PSS dan bilik tayangan akan dilaksanakan, mohon kerjasama guru-guru yang berkenaan dapat hadir . Guru-guru bawa murid-murid ke PSS dan bilik tayangan ikut jadual penggunaan bilik tersebut. NILAM ialah program khas PSS untuk menggalakkan murid-murid membaca,mencari maklumat ,dan meminjam buku. NILAM penting untuk pengisian data PAJSK murid. Murid banyak membaca akan dapat anugerah NILAM untuk data PAJSK. 10.PLC Ketua Panitia hendaklah memasukkan data semua ahli panitia masing- masing dalam SPLKPM. Sebarang perbincangan dan perkongsian maklumat sesama ahli panitia, ketua panitia perlu isikan maklumat tersebut dalam SPLKPM. Pengisian data dalam PLC tahun 2022/2023 melebihi 60%. Tindakan: Ketua Panitia
5 11. ICT – Program Delima Guru penyelaras ICT, En.Amir Wahidudin memaklumkan menerima 21 buah laptop yang baharu, sewa selama 5 tahun. Masalah teknikal laptop tersebut akan diurus oleh Juruteknik JPN. Laptop tersebut tidak boleh dibawa keluar daripada premis(sekolah), dan ditempatkan di makmal sahaja. En.Amir Wahidudin mengucapkan terima kasih kepada semua guru memberikan kerjasama pengisian id Delima. Guru kelas perlu sentiasa ingatkan murid-murid supaya mengaktifkan id Delima tersebut. Beliau juga mengingatkan supaya pihak pentadbir juga perlu aktifkan id moe, kerana id tersebut diguna pakai untuk urusan rasmi dengan jabatan dan kementerian. Guru-guru boleh bawa murid-murid ke bilik ICT. Kawal selia murid semasa penggunaan ICT. Guru-guru akan dibantu oleh penyelaras ICT. 12. HIP Ketua Panitia akan dapat taklimat mengenai pelaksanaa HIP. Panitia Bahasa Inggeris perlu buat majlis pelancaran HIP dan program HIP. 13. PROGRAM PANITIA / KURIKULUM Semua panitia perlu merancang program untuk tahun 2022/2023 BULAN PANITIA 2023/2024 BULAN PANITIA MAC - APRIL AGAMA ISLAM MEI BAHASA ARAB JUN BAHASA MELAYU JULAI BAHASA INGGERIS OGOS SEJARAH SEPTEMBER KAUNSELING OKTOBER MATEMATIK NOVEMBER SAINS Panitia perlu buat kertas kerja untuk mendapatkan sumber kewangan bagi melaksanakan program yang dirancang. Maklumkan hal tersebut kepada pihak pentadbir. Mesyuarat panitia hendaklah dilaksanakan mengikut takwim sekolah. Guru- guru boleh rujuk tarikh-tarikh tersebut dalam buku takwim sekolah. Tindakan: Ketua Panitia 14. PRASEKOLAH Guru Prasekolah, Pn.Nadiah memaklumkan dua orang murid prasekolah yang akan ke tahun 1 2023/2024 belum menguasai kemahiran 3M dengan baik. 1. Wan Nur Aira 2. Sumayyah
6 15. SPLKPM Pengerusi memaklumkan kepada setiausaha SPLKM, Cikgu Samsudin supaya masukkan data semua guru yang hadir bermesyuarat dalam SPLKPM. Tindakan: SU SPLKPM 16. KEWANGAN Peruntukan kewangan panitia untuk sesi 2023/2024 akan dimaklumkan kemudian, kerana setakat hari ini pihak sekolah belum menerima maklumat tentang peruntukan tersebut. AGENDA VI : HAL-HAL LAIN 17. PROGRAM 15 MINIT Semua panitia hendaklah melaksanakan program 15 minit setiap hari kepada murid-murid di dewan sekolah. Bermula 7.30 pagi hingga 7.45 pagi. Program 15 Minit adalah tanggungjawab panitia mata pelajaran berdasarkan Bulan Panitia 2023/2024. 18. NOTA MINTA Ketua panitia mestilah isi nota minta terlebih dahulu sebelum membuat pembelian bahan bantu mengajar. Guru-guru juga perlu memastikan kewangan panitia terlebih dahulu daripada Puan Zurina(PT) sebelum membuat urusan pembelian tersebut. Tindakan: Panitia Mata Pelajaran 19. TRANSISI TAHUN 1 Program Transisi Tahun 1 sesi 2023/2024 akan dilaksanankan selama 4 minggu. Fasa Penyesuaian selama dua minggu. Fasa Kesediaan selama dua minggu. Modul Transisi untuk Fasa Penyesuaian selama dua minggu telah disediakan oleh guru penyelaras tahun 1, Cikgu Wan Yah. Penyediaan bahan transisi Fasa Kesediaan selama dua minggu adalah tanggungjawab guru mata pelajaran mengikut jadual waktun PdPC, berdasarkan tema dan subtema yang telah dipersetujui dalam perbincangan guru-guru tahun 1. Taklimat waris akan diadakan pada hari Khamis 16/3/2023, pukul 11 pagi di dewan sekolah. Semua guru tahun 1 diminta menonton Tayangan Video Taklimat Program Transisi Tahun Satu 2.0 di Laman Youtube EduwebTV yang akan berlangsung pada pukul 2.30 petang ( 13/3/2023 ). Pautan youtube EduWevTV berkenaan telah ada dalam group whatsApp rasmi sekolah. Tindakan :Guru-guru mata pelajaran
7 20. UCAPAN PENANGGUHAN Puan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang meluangkan masa bermesyuarat hari ini, beliau mengharapkan kerjasama daripada semua guru melaksanakan setiap perancangan untuk kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kubang Palas. AGENDA VIII : PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9:52 pagi hingga ke suatu masa yang akan diberitahu kelak. Disediakan oleh: Disemak oleh: …………………………........................ ………………………................... ( WAN YAH BT.MOHD TAHAR ) ( KHALIJAH BT.ROMLI ) Setiausaha, Pengerusi, Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa Kurikulum, Sekolah Kebangsaan Kubang Palas, Sekolah Kebangsaan Kubang Palas, 06300 Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah. Kedah. Tarikh : 19hb.Mac,2023 Tarikh : 19hb.Mac,2023