The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Qian Ying, 2023-03-02 05:58:27

Peristiwa 13 Mei 1969

Peristiwa 13 Mei 1969

TRAGEDI 13 Mei 1969 Satu sejarah hitam negara yang mencorak kepelbagaian Tindakan menyatupadukan rakyat. PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN PENSYARAH: PUAN HASLINDA


ISI KANDUNGAN SYAZARIANI JB220919258 NORI DIEYANA JB220919434 YEE QIAN YING JB230121009 ENG KE ZHI MC220717548 NUR NATHASYA ERYQSHA JB230120854 2 PERKARA MUKA SURAT PENGENALAN PERISTIWA 13 MEI 1969 3 KRONOLOGI PERISTIWA 13 MEI 1969 4 – 9 KESAN PERISTIWA 13 MEI 1969 10 – 13 CARA-CARA ELAKKAN DARIPADA TERJADI SEMULA 14 – 17 PENGAJARAN DARI PERISTIWA 13 MEI 1969 18 – 20 RUMUSAN 21 LIM YVONNE MC220517087


PENGENALAN Tragedi 13 Mei merupakan tragedi berdarah yang meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia Kesan penubuhan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei 1969 Peristiwa ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya 1969 Rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia 3


Isu Perkauman dalam Pilihan Raya 1969 Politik Gerakan dan DAP telah memainkan isu perkauman. Lantaran dari slogan "Malayan Malaya" yang diperkenal oleh Lee Kuan Yew sebelum Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 1965. Calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan : Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) Kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) Hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka. Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) berjaya membentuk kerajaan persekutuan tetapi gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen. 5


Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun 89 kerusi pada tahun 1964 66 kerusi pada tahun 1969 Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat PAS menang 12 kerusi Provokasi pihak pembangkang yang dimulakan sejak malam 10 Mei 1969 untuk meraikan kemenangan mereka. Penyokong-penyokong Parti DAP mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sehingga sekumpulan orang melayu yang sudah hilang sabar mengambil tindakan balas. Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksi 50:50 . 6


Perarakan hingg ke Jalan Campbell Jalan Hale Kampung Baru lebih 30,000 orang Melayu duduki erti kata lain ia seperti kubu UMNO, Mereka berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris. Terdapat pelbagai jenis khabar mengenai tragedi tersebut seperti: Ada cerita mengatakan bahawa kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu pada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu 'menyingkir' orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada juga kaum cina yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan. 7


Rumah Menteri Besar Selangor UMNO mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang menjadi akibat peristiwa ini. Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur membawa senjata pedang dan parang panjang Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan. mereka hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. Ketika berkumpul, cerita kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh Jam 4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Panggung Odeon Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pemuda cina telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang serta menyembelih penonton yang ada termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar. 8


Pasar Askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Lebuh Raya Persekutuan Penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Lapangan Terbang Sungai Besi Waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung Abdul Rafai Alias dan rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur terperangkap dan terkejut Rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Johor dan Negeri Sembilan kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina. Angka rasmi menunjukkan : 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Statistik tidak rasmi jumlah kematian: Melayu : 86 orang Cina : 342 orang Lain-lain : 3 orang Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu. Anggota FRU semasa rusuhan berlaku 9


Kesan Peristiwa 13 MEI 1969


Kesan Pertama • Terdapat jumlah mangsa yang ramai akibat peristiwa tersebut. • Statistik yang diperolehi ialah 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan. • Sebanyak 211 kenderaan musnah akibat rusuhan ini. • Statistik tidak rasmi ialah jumlah mangsa 86 orang Melayu, 342 orang Cina dan 3 orang lain-lain. • Statistik ini tidak begitu tepat dan pasti. • Negara telah diisytiharkan darurat dan Perlembagaan Persekutuan telah digantung. • Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undangundang tentera. • Parlimen juga digantung. 11


Kesan Kedua • Satu perubahan yang drastik telah berlaku dan menyebabkan perubahan pada pemerintahan raja dan sultan. • Kuasaan raja serta sultan Melayu dihadkan kepada hanya menjadi lambang kepada sesebuah negeri atau negara. • Penjajah Inggeris telah menerapkan sistem residen di Negeri -Negeri Melayu Bersekutu. • Kemudian, sistem penasihat British di Negeri -Negeri Melayu Tidak Bersekutu. • Dengan adanya sistem yang berbeza antara negeri, pemerintah percaya bahawa setiap negeri tidak akan bersatu untuk menentang mereka kerana tiada persefahaman. 12


Kesan Ketiga • Berlaku perubahandalam sistem ekonomi tradisional yang telah sekian lama diamalkan di Tanah Melayu. • Antara sistem ekonomi tradisional yang ada seperti sistem berasaskan sara diri, penanaman padi, penangkapan ikan, penternakan ladang. • Penjajah Inggeris telah menjalankan dasar ekonomi koloniaismenya dengan menjadikan sistem ekonomi yang wujud bermatlamatkan keuntungan semata -mata yang menyebabkan perubahan. • Ini juga telah mengasingkan kaum -kaum utama di Tanah Melayu iaitu orang -orang Melayu, Cina dan India mengikut kegiatan ekonomi masing -masing. • Hal ini menyebabkan tidak dapat mempelajari untuk memanami satu sama lain. • Mereka tidak dapat berinteraksi dengan baik dan menyebabkan kesukaran untuk mewujudkan perpaduan. 13


Cara-cara elakkan daripada terjadi semula


Mengisytiharkan darurat Kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh negara. Tujuan diisytiharkan darurat: 1. Untuk menenangkan keadaan yang tidak terkawal. 2. Untuk memberi masa kepada pihak terlibat bertenang dan berfikir secara rasional tindakan mereka. 3. Untuk cuba menghentikan kekacauan yang berlaku dalam masa yang singkat. 15


Memperkenalkan rukun negara Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala yang jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk memberi garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Rukan negara adalah manifestasi ideologi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama. 16


Menubuhkan majlis Perundan negara • Mula ditubuhkan pada bulan Januari 1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. • Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalahmasalah yang melibatkan pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenaikan perkara- perkara yang bersangkutan dengan berhubungan dan integrasi kaum di Malaysia. 17


Pengajaran “Peristiwa 13 Mei 1969 ” 1. Kehilangan Nyawa dan Harta Benda • Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini meninggalakan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara mara dan kaum keluarga yang terlibat. 18


2. Perintah Berkurung • kerajaan terpaksa mengeluarkan Perintah Berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecahbelah antara kaum . Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara ketika itu. • Ini membawa kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan, susah berinteraksi dan saling berhubungan antara kaum. Selain itu, segala aktiviti harian masyarakat tersekat. 3. Keuntungan Kepada MusuhMusuh Negara • Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah- belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya. • Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman , huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuashati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman . 19


4. Perpaduan Nasional • Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama lain. • Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat-menghormati , bertolak-ansur , bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki , beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum . 5. Keadilan Ekonomi •Tragedi 13 Mei juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar dicapai jika masyarakat Malaysia dalam kemiskinan ianya menjadi lebih sukar jika majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum sahaja.selepas 13 Mei,satu dasar pragmatik yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB),telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakan satu dasar jangka panjang (1970-1990)yang mempunyai dua objektif utama iaitu : (i) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum, (ii) Menyusun semula masyarakat. 20


21 RUMUSAN Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Para pemimpin terdahulu cuba untuk memadamkan sejarah tersebut agar generasi akan datang tidak pernah tahu apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur tetapi msyarakat hari ini lupa bahawa kita boleh melupakan sejarah tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita. Hari ini, kita seakan mengabaikan hubungan antara kaum dan setiap kaum pula saling tuduh menuduh, fitnah memfitnah, malah sudah wujud riak-riak perbalahan melibatkan kaum. Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati agar kita terus memelihara keharmonian dan keamanan negara TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version