MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
E-FOLIO
TAJUK : RUKUN NEGARA
LECT: ENCIK SHARIFUDDIN BIN AHMAD
KELAS ; DKM5S3
NAMA NO MATRIK
MUHAMAD ASLAM BIN AZMI 13DKM20F1011
MUHAMMAD IQBAL BIN MAZUKI 13DKM20F1031
MUHAMMAD NASRULLAH BIN MAH HASSAN 13DKM20F1027
MUHAMMAD ADLI FAHMI BIN ZULKIFLI 13DKM20F1059
MUHAMMAD HAZIQ LUKHMAN BIN HASIMI 13DKM20F1063
1.0 PENGHARGAAN
Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami
menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh
penghargaan kepada En.Sharifuddin , Pensyarah Matapelajaran Penghayatan Etika Dan Peradaban
(MPU 21032), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak
membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlangsung . Selain itu, Tidak lupa
juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan
mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan teima kasih
kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang
proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami
menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan
hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak,
tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
2.0 PENGENALAN
Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan
yangmelambangkan wujudnya “kesatuan hati”.Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan
anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikanyang berbeza arah.Ini bermakna
konflik yang tidak berkesudahan akanmenghantui kehidupan masyarakat .Justeru,bagi membentuk
sebuah negarayang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan
(patriotisme),kesetiaan,permuafakatan dan perpaduan rakyat.
Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan malaysia yang diperkenalkan secara rasmi
pada 31ogos 1970.Rukun Negara bertujuan untuk membentuk keperibadian rakyat negara ini
sebagai bangsa malaysia yang bersatu padu.Terdapat lima prinsip ideologi yang menjadi tonggak
perpaduan antara rakyat untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakat,memelihara cara hidup demokratik,mencipta satu masyarakat yang adil supaya
kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama,membentuk satu sikap yang
liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak ,dan untuk membina
sesebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.Perkara ini dapat
mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera selama-lamanya.Namun pada masa
ini,prinsip rukun negara makin terpinggir dan dilupakan oleh masyarakat kita terutamanya dalam
kalangan generasi muda.Oleh itu,kepentingan penghayatan rukun negara dalan menghayati
prinsip-prinsip rukun negara akan dibincangkan.
Di negara kita,kerajaan telah mengubal rukun negara sebagai falsafah,etika,dan ideologi
(doktrin)negara.Sewajarnyalah setiap rakyat memahami latar belakang,objektif dan prinsip rukun
negara itu.Dari segi latar belakangnya,rukun negara digubal setelahberlakunya peristiwa rusuhan
kaum pada 13 mei 1969.Peristiwa tersebut telahmendorong pemimpin negara daripelbagai kaum
memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum lebih utuh dan kental.
3.0 SEJARAH RUKUN NEGARA
Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran daripada berlakunya
peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu bukti
berlakunya permusuhan kaum yang sangat dahsyat suatu ketika dahulu.
Permusuhan dan berbalahan ini berlaku akibat ketidakadilan layanan yang diterima oleh
masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Perkara ini berakar umbi sejak pemerintahan British,
kemudian diteruskan dengan penjajahan Jepun yang ternyata memberi layanan istimewa kepada
kaum Melayu. Keadaan demikian telah menjadi ‘barah’ sehingga tercetusnya peristiwa ini.
Masyarakat Malaysia seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran daripada Peristiwa 13
Mei 1969 supaya negara terus dalam keasdaan aman dan makmur. Oleh itu, masyarakat Malaysia
perlu berpegang kepada prinsip – prinsip Rukun Negara yang telah ditetapkan.
Rukun negara dihasilkan berdasar keperluan agama, bangsa dan negara.
Yang di – Pertuan Agong (YDPA) telah mengisytiharkan darurat ekoran huru – hara tercetus
pada 13 MEI 1969. Semasa darurat, negara ditadbir oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
MAGERAN pun telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) yang bertanggungjawab
menggubal Rukun Negara. Rukun Negara merupakan ideologi negara dalam membentuk
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ideologi ini tercetus dalam mesyuarat pertama MPN pada 27 Januari 1970 dan diisytihar
secara rasmi oleh YDPA pada 31 Ogos 1970 ketika sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.
4.0 OBJEKTIF RUKUN NEGARA
Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh.
Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepad keharmonian
dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.
Objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk:-
• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat,
• Memelihara satu cara hidup demokratik,
• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama,
• Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-
bagai corak.
• Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden.
5.0 LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN.
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA.
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN
6.0 MAKSUD PRINSIP RUKUN NEGARA
"KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN"
Kepercayaan kepada Tuhan dimaksudkan sebagai bangsa dan negara ini telah diwujudkan
atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan
menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan bahawa islam adalah Agama Rasmi Persekutuan, tetapi agama dan
kepercayaan- kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana
bahagian di dalam persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara
atas alasan atau perihal agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun
Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan
manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan merosakkan bangsa
dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap
ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun
Negara.
"KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA"
Prinsip kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara adalah berteraskan kepada amalan
Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong sebagai ketua negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai
Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua
Negeri bagi negeri- negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua
Negeri merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud,
bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki
menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa
mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
"KELUHURAN PERLEMBAGAAN"
Keluhuran Perlembagaan yang menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah
sumber perundangan yang tertinggi dan berfungsi untuk memberi perlindungan kepada setiap
rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara
Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta
latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal
berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Oleh hal yang demikian ia
merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh
mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia juga turut menentukan pola
politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat diNegara ini. Ianya juga adalah sumber rujukan bagi
segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak
sosioekonomi rakyat.
"KEDAULATAN UNDANG-UNDANG"
Kedaulatan Undang-Undang. Keadilan yang diasaskan atas kedaulatan undang-undang
menunjukkan bahawa setiap rakyat adalah sama taraf di sisi undang-undang. Selain itu, Kebebasan
asasi juga terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara yang berasaskan
perlembagaan perlu diterima dan dipertahankan kedaulatannya. Tanpa adanya undang-undang
maka negara tidak dapat mencapai keamanan dan kestabilan. Seterusnya, undang- undang negara
dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan
undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur.
Menerusi kewujudan undang-undang juga, ianya akan menjamin kehidupan anggota masyarakat
agar dapat hidup dalam suasana yang teratur dan selamat tanpa sebarang bentuk kekacauan.Hak-
hak semua rakyat juga boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang
serta perkara-perkara seperti manayang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak kebebasan
yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada
dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
"KESOPANAN DAN KESUSILAAN"
kesopanan dan kesusilaan menekankan perkembangan personality dan tingkah laku
setiap rakyat. Ianya bertujuan untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila
selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan. Sifat individu yang
bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks
perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan
santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang
berdisiplin dan bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang
harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau
menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi
suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan
bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan
berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
7.0 KEBAIKAN RUKUN NEGARA
1) Mencapai perpaduan yang lebih erat.
-Melalui usaha untuk mencapai perpaduan,semua lapisan masyarakat perlulah menanam cita-cita
yang positif bagi membentuk satu bangsa dan negara supaya kekal lama.sebagai contoh,pada masa
kini iaitu dilanda covid-19,semua masyarakat mestilah Bersatu padu dengan mematuhi SOP semas
covid-19.Hal ini perlu dipatuhi supaya dapat mengurangkan kes.
2) Mencipta sebuah masyarakat yang adil.
-Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan
negara.Hal ini demikian keranan masyarakat yang adil akan wujudkan negara yang stabil dan
masyarakat yang aman.Contohnya,kerajaan mestilah membuka peluang pekerjaan yang banyak
kepada semua masyarakat tanpa mengira berbilang kaum.
-Semua masyarakat bebas mengamalkan agama dan adat resam masing-masing .Malaysia dikenali
di seluruh Negara kerana mempunyai kekayaan dalam pelbagai kaum.
3) Membina sebuah masyarakat progesif.
-Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap negara memelukan masyarakat yang progesif
terhadap kemajuan dalam bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi
terkini.Masyarakat yang progesif terhadap kemajuan sudah tentu memberi banyak manfaat kepada
Negara.contohnya dalam bidang ekonomi.
4) Memelihara satu cara hidup demokratik.
-Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik
rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara.Umum mengetahui,system
pemerintahan di malaysia dijalankan secara demokrasi ,contohnya semasa pilihan raya.
8.0 KESIMPULAN
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara
termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan menjadi
lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar mahupun dalam
negara itu sendiri. Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang
berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua, betapa
pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga –
mencurigai antara satu sama lain. Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang
bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama
lain.Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan
mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan
negara yang demokratik. Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau
kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat.
Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk
jati diri dan keperibadian rakyat. Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti
disemarakkan Kembali.
9.0 RUJUKAN
- https://danialharith72.blogspot.com/2021/05/mpu-21032-etika-dan-peradaban-e-
folio.html?m=1
- https://anyflip.com/yklgx/qutp/basic
- https://fliphtml5.com/aapqm/svtf/basic