KARANGAN JENIS SURAT KIRIMAN RASMI
Panduan Mengarang ke Arah Berjaya!!
1. Surat kiriman rasmi bersifat formal.
2. Apabila menulis surat ini bahasa yang baku serta ejaan dan tanda
bacaan yang betul perlu digunakan.
3. Bahasa yang mudah, tepat, padat, serta bukan bahasa kreatif digunakan
untuk penulisan surat kiriman rasmi.
4. Surat kiriman rasmi mempunyai pelbagai bentuk dan jenis.
5. Antara jenis surat kiriman rasmi termasuklah:
a. surat undangan – Surat yang ditulis untuk mengundang seseorang
menghadiri majlis-majlis rasmi. Antaranya majlis penyampaian
hadiah, majlis perasmian, dan majlis pelancaran.
b. surat permohonan – Surat yang ditulis bertujuan memohon
pertimbangan seperti memohon jawatan atau mendapatkan
sumbangan seperti bantuan biasiswa dan lain-lain.
c. surat rayuan – Surat rayuan lazimnya ditulis sebagai susulan
kepada surat permohonan setelah permohonan tersebut gagal
mendapat pertimbangan. Laras bahasa surat rayuan adalah lebih
lembut dan lebih mengharap.
d. surat aduan – Surat yang ditujukan kepada pihak berkuasa tertentu
untuk melaporkan sesuatu masalah yang dihadapi. Biasanya
kandungan surat ini turut memohon pihak berkuasa tersebut
mengambil apa-apa tindkan yang sewajarnya.
e. surat bantahan – Surat bantahan dikemukakan dalam nada yang
lebih keras kerana tidak bersetuju terhadap sesuatu isu. Surat
bantahan juga kebiasaanya ditulis sebagai susulan setelah semua
aduan tidak mendapat perhatian pihak berkuasa.
f. surat cadangan – Surat cadangan merupakan usulan kepada pihak
berkenaan bagi menyampaikan sesuatu hasrat, pendapat, dan
cadangan. Dalam surat ini, beberapa idea baru akan dikemukakan
demi menjayakan sesuatu matlamat.
6. Dalam penulisan surat kiriman rasmi, anda perlulah mematuhi format
khusus yang telah ditetapkan.
7. Bezakan penulisan surat ini daripada penulisan surat kiriman tidak rasmi
terutamanya dari segi letaknya alamat, tarikh, dan tandatangan.
SAMPEL SOALAN SPM
Anda Pengerusi Badan Pengawas Sekolah. Anda bercadang untuk mengadakan kursus
motivasi dan kepimpinan kepada pengawas-pengawas. Bagi membiayai perbelanjaan
kursus, anda bercadang untuk memohon penajaan daripada beberapa buah syarikat
korporat. Tulis surat anda itu selengkapnya.
Perincian Rangka Karangan
Perengan Jenis Pendahuluan
Pendahuluan
Badan Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Perengan
Isi 1 Mutiara, ingin memohon penajaan untuk menjayakan
Isi 2 Kursus Kepimpinan Pengawas
Isi 3 Isi Huraian Contoh Kesimpulan
Isi 4 Pihak yang Pihak Exco Tarikh : 16 -
Isi 5 menganjurkan Kepimpinan Julai 2020
kursus Pengawas hingga 18
Julai 2020,
tempat :
Pusat
Motivasi
Peserta yang Pengawas- 20 orang Mengharapkan
akan pengawas pengawas pihak
menghadiri baru, baru, 10 organisasi
kursus kepimpinan pengawas akan
badan lama, lima memberikan
pengawas orang tajaan
guru, lima
orang
fasilitator
Objektif Terdiri Aspek Mendidik para
utama kursus daripada mental dan pengawas agar
: tiga asek emosi- bersedia
mendedahkan utama, iaitu pengawas dengan apa-
para mental, akan diuji apa jua
pengawas fizikal dan daya cabaran
dengan emosi berfikir,
pelbagai aspek
cabaran fizikal –
menguji
daya
ketahanan
fizikal
Pemilihan Amat Lokasinya Memupuk
lokasi kursus bersesuaian jauhdi jiwa peserta
iaitu Pusat dengan kawasan agar sensitive
Motivasi modul pedalaman, terhadap
aktiviti suasana alaam sekitar
yang bakal alam
Sumber dijalankan semula jadi Selain,
Sumbangan PIBG –
pembiayaan daripada RM 1 000, syarikat ini,
kursus – pihak
PIBG, jualan syarikat turut
gerai – RM berminat
jumlah RM 7 aktiviti 2 000, menyumbang
000 jualan gerai, bakinya dana
sumbangan sumbangan
syarikat syarikat
swasta swasta
Perengan Cadangan/ Harapan/ Kesimpulan
Penutup
Kursus bakal memberikan natijah yang baik kepada peserta
- berkeyakinan bahawa syarikat akan menyumbang dana
mencatatkan nama syarikat dalam sijil.
Format Surat Kiriman Rasmi
a) Alamat pengirim – ditulis di bahagian atas sebelah kiri surat.
b) Garis lurus – mendatar dari kiri ke kanan dibuat di bahagian alamat pengirim.
c) Nama dan alamat penerima - sama ada individu atau jawatan dalam sesuatu organisasi
ditulis di bawah garis lurus, iaitu di bahagian kiri surat.
d) Tarikh – surat ditulis di sebelah kanan bertentangan dengan baris terakhir alamat
penerima.
e) Kata panggilan hormat – atau kata penghadapan (gelaran) untuk penerima surat
seperti Tuan, Puan, Datuk, Tan sri, dan lain-lain mengikut kesesuaian ditulis di bawah
alamat penerima.
f) Tajuk/perkara- ditulis selepas kata penggilan hormat.
g) Perengan pendahuluan – surat dimulakan dari bahagian tepi surat. Perenggan ini tidak
perlu diberikan nombor.
h) Perenggan kedua dan seterusnya perlu diberikan nombor serta tanda titik (.).
Permulaan ayat ditulis ke dalam sedikit. Bagi perenggan yang mempunyai pecahan,
gunakanlah huruf abjad (a), (b), (c), dan seterusnya.
i) Perenggan penutup – dimulakan dari bahagian tepi surat dan tidak diberikan nombor.
Perenggan ini kebiasaannya mengandung ucapan penghargaan dan terima kasih
j) Pengakuan pengirim, misalnya Yang benar dan Yang menjalankan tugas ditulis di
sebelah kiri surat selepas perenggan penutup.
k) Tandatangan diletakkan di bahagian kiri surat selepas pengakuan pengirim.
l) Nama pengirim ditulis dengan huruf besar dan diletakkan di dalam kurungan. Nama
jawatan disertakan di bawah nama pengirim.
Sebagai Pengerusi badan beruniform di sekolah, anda merancang untuk mengadakan
Perkhemahan Jati Diri Pelajar. Perkhemahan tersebut akan diadakan di suatu tapak
rekreasi milik Majlis Daerah Kerajaan Tempatan. Kemukakan permohonan kepada
pihak berkenaan dengan menyatakan alasan- alasan yang sesuai tentang pemilihan
tapak tersebut.
Tulis surat anda itu selengkapnya (tulis sebuah surat yang panjangnya tidak kurang
daripada 180 patah perkataan.