The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENGURUSAN SK PITURU 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MissDaya, 2021-02-10 01:18:45

BUKU PENGURUSAN SKP 2021

BUKU PENGURUSAN SK PITURU 2021

088-969861 [email protected]

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Sejahtera.

Guru-guru & staf sokongan yang dihormati,

Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa
kesyukuran kerana diberi peluang untuk memberikan sepatah dua kata dalam Buku

Pengurusan Sekolah SK Pituru Tahun 2021. Selamat bertugas pada tahun 2021
kepada semua guru dan kakitangan SK Pituru, mudah-mudahan pada tahun ini kita
dapat memperbaharui dan meningkatkan azam kita untuk terus mendidik dan
melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab.

Bertepatan dengan Moto sekolah “ILMU SUMBER KEJAYAAN”, maka buku ini
dihasilkan untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada guru-guru dalam
melaksanakan tugas seharian di samping dapat melicinkan pentadbiran serta

meningkatkan tahap kecekapan pengurusan sekolah dengan cemerlang dari semua

aspek. Ketahuilah kerja-kerja yang terancang dan tersusun rapi sudah tentu
menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan sebenarnya inilah ciri-ciri pendidikan
bertaraf dunia yang dihasratkan oleh negara kita.

Buku ini juga disediakan dengan mengambil kira keperluan Falsafah
Pendidikan Negara, Wawasan Pendidikan. Perkara ini adalah sejajar dengan misi
sekolah iaitu “Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan
potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara” dan visi sekolah “Pendidikan
berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera. Perkongsian misi dan visi sekolah
amatlah penting kepada warga sekolah, demi memastikan hala tuju sekolah dapat
difahami, dihayati dan dijelmakan.

Saya berharap Buku Pengurusan SK Pituru Tahun 2021 ini dapat

dimanfaatkan oleh semua guru dan kakitangan sekolah. Sama-samalah kita
bertekad untuk menjadikan SK Pituru sebahagian daripada organisasi penyumbang
kepada kecemerlangan pendidikan di Daerah Kota Belud khususnya dan negeri
Sabah umumnya melalui pengurusan yang cekap, pantas, berintegriti dan bijaksana.

“SK PITURU, BERTEKAD TERBILANG”
Sekian, Terima Kasih.

MASNIAH UNDANG 2
Guru Besar,
SK Pituru, Kota Belud.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan & 4
Pendidikan Khas
Visi & Misi 5
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-
2025) 6–8
Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam
Sejarah Sekolah 9
Senarai Guru Besar 10
Budaya Kerja Sekolah 11
Piagam Pelanggan 12
Peraturan-peraturan 13
Polisi / Dasar Hal Ehwal Murid 14 – 17
Polisi / Dasar Kokurikulum 1M1S 18 – 22
Logo & Bendera Sekolah 23
Lagu Sekolah 24
Penggal Persekolahan Tahun 2021 25
Cuti Perayaan Tahun 2021 26
Takwin Sekolah Tahun 2021 27
Surat Lantikan 28
Senarai Guru, AKP & PPM 29
Enrolmen Murid Tahun 2021 30 – 32
Guru Bertugas Mingguan 33
Unit Kurikulum 34 – 35
Unit Hal Ehwal Murid 36 – 37
Unit Kokurikulum 38 – 39
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 40 - 41
42 - 43

3

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan

kearah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan

insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan

dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang

berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran,

berhaluan, berupaya, berilmu, mampu merancang dan
mengurus kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai
seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan

produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

4

Pendidikan Berkualiti, Insan
Terdidik, Negara Sejahtera

Melestarikan Sistem Pendidikan
yang Berkualiti untuk

Membangunkan Potensi Individu
bagi Memenuhi Aspirasi Negara

5

6

7

8

Kami, Pegawai Awam Malaysia dengan sepenuh rela
hati mempertahan dan memperkukuhkan Integriti
Perkhidmatan Awam dengan mencegah dan
membanteras segala bentuk rasuah, salah guna

kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan
berikut:

1) Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai
membenci rasuah;

2) Menutup semua ruang dan peluang yang
mendedahkan kepada amalan rasuah;

3) Bertindak tegas terhadap mereka yang
melanggar undang-undang, peraturan dan etika
jabatan;

4) Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana
pihak untuk memerangi sebarang perlakuan
jenayah rasuah;

5) Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba
menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan

6) Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan
mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan
ajaran agama dalam melaksanakan tugas.

9

SK Pituru, Kota Belud, Sabah telah

diwujudkan pada 26 Ogos 1964.

Wujudnya SK Pituru adalah disebabkan oleh

Sekolah Rakyat (NVS Pompod – Native Voluntary
School) telah dipindahkan tapak operasinya dari Kg.
Pompod ke Pekan Kelawat dan menjadi Sekolah
Kerajaan.

Murid-murid Darjah 1 dari Kg. Pituru tidak dapat
pergi ke sekolah yang terletak di Kg. Kelawat
memandangkan pentadbiran sekolah Ketika itu
menjalankan kelas untuk Darjah 1 pada waktu sesi
petang. Oleh itu, KK Ag. Asik telah mengemukakan

cadangan daripada anak beliau, Beldan Asik untuk
membina sekolah dan cadangan itu diterima oleh
Pegawai Daerah.

Beldan Asik dipertanggungjawabkan untuk

mencari tapak yang sesuai bagi mendirikan sekolah
tersebut. Maka bertapaklah sebuah sekolah seluas 5
ekar. Beldan Asik menjadi guru pertama merangkap

Guru Besar untuk sekolah ini dengan 26 orang

murid yang berdaftar. Selepas 3 tahun sekolah

beroperasi tanpa guru penolong, Penyelia Sekolah,
Mede Ongkili berjaya menempatkan seorang guru iaitu
Lotimin Surag ke sekolah ini.

Guru Besar, Beldan Asik mencadangkan agar
dibina jalanraya menuju ke sekolah dan cadangan itu
telah diluluskan. Sekolah ini kemudiannya dinaiktaraf

menjadi Sekolah Kerajaan pada 1971.

10

BELDEN ASIK 1964 – 1972
ROBERT KUAT B. TOKIUS 1973 – 1974
MOHD YASSIN BIN BUNGSU 1975 – 1978
1979 – 1983
BELDEN ASIK 1984 – 1988
RONDIMOI BENDAH 1989 – 1998
DARINSIM INGGANG 1998 – 1998
SAIMON LUNGAN 1998 – 2004
MAIKAT GINDARA 2004 – 2011
2011 – 2015
YATAN BINUA 2016 – 2019
BUTAI BIN ALING
MOHD. NAZRI BIN MOHD. YAMAN 2019 – SEKARANG

MASNIAH BINTI HJ. UNDANG

EN. BELDEN ASIK

EN. YATAN BINUA

EN. BUTAI BIN ALING

EN. MOHD. NAZRI BIN MOHD YAMAN

PN. MASNIAH BINTI HJ. UNDANG 11

1. Memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan
Negara dan visi dan misi sekolah.

2. Memelihara dan mempertingkatkan imej Sekolah,
Jabatan dan Kementerian Pendidikan Malaysia pada
setiap masa.

3. Mementingkan mutu dan kesan pendidikan.
4. Menentukan objektif (setiap fungsi).
5. Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan

berpasukan.
6. Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah.
7. Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil.
8. Mengamalkan perkhidmatan penyayang.
9. Kepimpinan melalui tauladan.
10. Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri.
11. Berusaha mempertingkatkan ilmu dan berkemahiran.
12. Kerja adalah ibadah.

12

1. Setiap murid diberikan pendidikan berkualiti dan
terkini.

2. Semua pelanggan sekolah akan diberikan layanan
yang adil dan bertanggungjawab.

3. Semua maklumat pelajar, guru dan staff sokongan
yang di anggap sulit akan disimpan dan
dirahsiakan.

4. Sentiasa menjaga kebajikan pelajar, guru dan staff
sokongan sekolah.

5. Semua aduan sekolah hendaklah ditujukan kepada
guru besar.

6. Menggunakan sepenuhnya semua kemudahan
sekolah untuk kegunaan pengajaran dan
pembelajaran murid.

7. Memastikan bangunan dan kawasan sekolah dalam
keadaan yang selamat.

8. Semua pelanggan sekolah perlu berdaftar terlebih
dahulu dibuku pelawat sebelum melakukan
sebarang urusan.

9. Semua pelanggan sekolah hendaklah merujuk
kepada guru besar terlebih dahulu untuk mendapat
kebenaran bagi sebarang tugas rasmi.

10. Semua pelanggan sekolah (orang luar) yang
hendak berurusan dengan sekolah hendaklah
mendaftar dengan pengawal keselamatan sebelum
berurusan dengan guru besar atau wakilnya.

11. Tidak dibenarkan mana-mana syarikat untuk
menjalankan jualan langsung di sekolah.

12. Semua pelanggan sekolah yang mahu berurusan
rasmi hendaklah berpakaian rasmi.

13. Guru besar, guru dan kakitangan sekolah dilarang
untuk membuat sebarang kenyataan media massa.

13

KEHADIRAN
1. Guru hendaklah berada di kawasan sekolah sekurang-kurangnya

10 minit sebelum waktu belajar. Kehadiran ke sekolah dan balik
hendaklah dicatat dalam Buku Kedatangan setiap hari bertugas.
2. Guru yang tidak dapat hadir ke sekolah atau terpaksa datang
lewat hendaklah memberi kenyataan dan sebab yang wajar
kepada pihak sekolah secepat mungkin.
3. Jadual waktu untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta
jadual guru ganti mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak
sekolah.
4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu
sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.
5. Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang diadakan tepat pada
masanya.
6. Semua guru juga diwajibkan menghadiri sebarang majlis atau
acara sekolah samada rasmi atau tidak rasmi.

KELUAR WAKTU MENGAJAR
1. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah sepanjang

waktu persekolahan kecuali ianya suatu perkara yang tidak dapat
dielakkan atau arahan dari Kementerian Pendidikan, Jabatan
Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat
mendapat kebenaran dari pihak pentadbir.
2. Guru dikehendaki mencatat atau mengisi buku rekod keluar
setelah mendapat kebenaran dari pihak pentadbir.
3. Guru bertanggungjawab menyediakan kerja bertulis atau tugasan
kepada pelajar sebelum meninggalkan sekolah (kursus,
mesyuarat dan sebagainya) melalui guru relief atau Guru
Penolong Kanan.

PERHIMPUNAN SEKOLAH
1. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah tepat

pada masanya.
2. Guru hendaklah memakai pakaian yang lengkap serta memakai

tanda nama.
3. Guru bertugas dikehendaki memastikan pelajar bersedia tepat

pada masanya dan tentatif perhimpunan berjalan lancar.
4. Semua guru diminta menunjukkan perlakuan yang baik (tidak

berbual dsb) kerana pada waktu itu tumpuan pelajar adalah pada
guru yang dianggap sebagai role model.

14

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Guru hendaklah melaksanakan P&P mengikut jadual waktu yang telah

ditetapkan. Guru mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan
dedikasi, cekap dan penuh tanggungjawab.
2. Guru hendaklah masuk ke kelas tepat pada masanya.
3. Merancang P&P yang berkesan sebelum masuk ke kelas. Buku
Persediaan Mengajar perlu dibawa setiap kali masuk ke kelas.
4. Guru perlu prihatin dan peka dengan keadaan pelajar. Guru hendaklah
menegur pelajar yang tidak menumpukan perhatian atau tidak
masuk/lewat ke kelas.
5. Semua butiran dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah
disempurnakan dengan lengkap dan teliti. Semua guru menyerahkan
buku rekod pada setiap pagi Isnin untuk ditandatangani oleh Guru
Besar/Guru Penolong Kanan.
6. Guru tidak boleh duduk sepanjang masa waktu mengajar.
7. Setiap guru matapelajaran hendaklah memastikan sekurang-
kurangnya pencapian minima 50% lulus tercapai dan peningkatan 3%
setiap mata pelajaran dari pencapaian tahun sebelumnya.
8. Guru matapelajaran hendaklah memastikan Standard Akademik yang
ditetapkan oleh Panitia Matapelajaran masing-masing dilaksanakan
dengan berkesan.
9. Guru hendaklah melaksanakan Audit Akademik bagi mengenalpasti
pencapaian murid dari semasa ke semasa dan menentukan program
peningkatan / penambahbaikkan yang perlu dibuat.

TUGAS
1. Guru yang diberi tugas berkaitan kurikulum hendaklah melaksanakan

tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
2. Semua aktiviti luar dari bilik darjah hendaklah dirancang dengan teliti

dan mesti mendapat kelulusan dari Guru Besar sebelum dilaksanakan.
3. Semua pembelian mesti mendapat kelulusan dari Guru Besar.
4. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugasan / arahan

misalnya menghadiri mesyuarat, guru terbabit mesti mematuhinya dan
tidak boleh mengarahkan orang lain untuk menggantikannya tanpa
pengetahuan Guru Besar.

PAKAIAN
1. Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion

keguruan.
2. Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan pendek tidak

dibenarkan bagi guru-guru perempuan
3. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang

yang sesuai.
4. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai

pakaian yang sesuai.

15

BILIK GURU
1. Kebersihan dan keselamatan peralatan di dalam bilik guru adalah

tanggungjawab semua guru.
2. Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru

kecuali atas urusan yang tidak dapat dielakkan.
3. Guru sewajarnya mewujudkan perasaan kekitaan (tidak berpuak-

puak) dan sentiasa mengawal tutur kata supaya tidak menyinggung
pihak yang lain.

BILIK-BILIK KHAS
1. Guru-guru yang menguruskan bilik khas bertanggungjawab untuk

menjaga kebersihan, keselamatan dan keceriaan bilik tersebut.
2. Pelajar tidak dibenarkan berada di bilik ini kecuali dengan kehadiran

guru.
3. Guru yang menggunakan bilik-bilik ini mesti memastikan bilik tersebut

berada dalam keadaan kemas sebelum meninggalkannya.
4. Bilik-bilik ini adalah Kawasan Larangan Merokok.

JADUAL KEDATANGAN
1. Guru Kelas bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat

yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak
mengenainya yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.
2. Nama pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda
pada setiap hari pada waktu pertama.
3. Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat. Guru tidak dibenarkan
membawa balik buku Jadual Kedatangan Pelajar.
4. Guru kelas mesti menghubungi ibu bapa jika pelajar tidak hadir
selama 3 hari berturut-turut atau berselang seli dalam seminggu.
5. Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh
GPK HEM.

16

CUTI
Cuti Rehat atau Cuti Penggal.
Mengikut Pekeliling KPM, guru berkelayakan mendapat cuti penggal
sekolah menggantikan cuti rehat, tetapi guru boleh dipanggil bertugas
oleh Guru Besar tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal
dalam satu-satu tahun itu (Perintah Am 50 (a) Bab C) untuk
menjalankan tugas selain mengajar.

Cuti Sakit
Sijil sakit perlu untuk mendapat cuti sakit. Ketua Jabatan boleh beri cuti
sakit apabila seseorang pegawi itu disahkan tidak sihat untuk
menjalankan tugas-tugas jawatannya oleh
PPK / LP / Panel Doktor. Pengesahan itu hendaklah di atas sijil sakit
yang diterima mengikut Perintah Am Bab C 1 (xi).

Cuti Tanpa Gaji
Mengikut Perintah Am Bab C, CTG boleh dipohon atas sebab-sebab
persendirian yang mustahak. PAC 14 (b) – Urusan sendiri di dalam
Malaysia atau PAC 14 (c) – Urusan sendiri di luar Malaysia. Kuasa
melulus ialah Ketua Jabatan (Pengarah JPN). Jumlah cuti yang boleh
diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun
perkhidmatan. Had maksimum 360 hari. Syarat minimum layak
memohon CTG ialah 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan.
Perintah Am 14 A Bab C menyatakan tiada gaji bagi tempoh tidak hadir
bekerja tanpa cuti – jika sesorang pegawai itu tidak hadir bekerja bagi
suatu tempoh tanpa sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua Jabatan
adalah satu sebab yang munsabah, maka pegawai itu tidaklah berhak
mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen bagi tempoh tidak hadir
bekerja itu.

Cuti Rehat Khas
Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 – kadarnya 7
hari dalam satu tahun kelendar. Guru Besar boleh meluluskan CRK
kepada PPP yang berkenaan asalkan tidak menganggu atau menggugat
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.

17

FASAL 1 : HARI PERSEKOLAHAN
1. SK Pituru dibuka lima hari seminggu iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali

cuti am.
2. Pada hari-hari yang dikehendaki sama ada pertukaran atau mengganti.

FASAL 2 : MASA PERSEKOLAHAN
1. Setiap hari sesi persekolahan bermula pada 7.20 pagi sehingga 1.40 petang.

FASAL 3 : KEHADIRAN MURID
1. Semua murid dikehendaki sampai ke sekolah selewat-lewatnya pada jam 7.20

pagi .
2. Murid yang bertugas hendaklah sampai lebih awal daripada masa yang tersebut.

FASAL 4 : TIDAK HADIR
1. Murid yang tidak hadir disebabkan sakit, kemalangan atau sebagainya hendaklah

memberitahu pihak sekolah melalui rakan sekolah.
2. Murid yang tidak hadir juga dimestikan membawa surat pengakuan dari doktor

atau ibubapa apabila hadir ke sekolah pada hari berikutnya.

FASAL 5 : CUTI
1. Cuti sakit yang diberi oleh doktor hendaklah dipatuhi akan arahannya.
2. Semua jenis cuti lain, tidak boleh diambil sebelum mendapat persetujuan Guru

Besar / wakilnya.
3. Cuti tidak dibenarkan melainkan atas permintaan ibubapa/ penjaga kerana

kematian atau kemalangan diri Murid atau keluarga.

FASAL 6 : PERHIMPUNAN KHAS / MINGGUAN
1. Perhimpunan mingguan diadakan setiap hari Isnin mulai jam 7.20 hingga 7.50

pagi. Acaranya ialah menyanyikan lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, lagu
sekolah. Kemudian penerangan dan arahan daripada guru bertugas mingguan
dan amanat daripada Guru Besar atau wakilnya.
2. Semua murid dan guru dikehendaki bersama-sama di perhimpunan hari Isnin
dan semua guru akan mengajar waktu pertama sesi P&P.

FASAL 7 : PERHIMPUNAN HARIAN
1. Perhimpunan harian diadakan setiap hari Selasa hingga Jumaat.
2. Acaranya ialah peringatan atau penerangan daripada guru bertugas mingguan,

pemeriksaan kebersihan diri dan kehadiran Murid.
3. Semua murid dan guru bertugas dikehendaki bersama-sama di perhimpunan.

18

FASAL 8 : TUGAS MURID
1. Tiap-tiap murid yang telah diberi tugas masing-masing seperti Ketua Kelas,

Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan sebagainya adalah
dipertanggungjawabkan menjalankan kerja masing-masing yang telah
ditetapkan oleh guru dengan jujur dan amanah serta dedikasi.
2. Seseorang murid yang tidak menjalankan tugas yang telah ditetapkan dengan
sempurna, Guru Besar atau guru bertugas berhak menghukum dengan
membuat apa jua kerja yang difikiran munasabah.

FASAL 9 : PAKAIAN
1. Semua murid hendaklah memakai pakaian seragam sekolah sebagaimana yang

telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan – Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/71
bertarikh 07.01.1976.
2. Pakaian mestilah lengkap, bersih dan kemas.

FASAL 10 : KEBERSIHAN DIRI
1. Rambut: Hendaklah pendek dan sesuai dengan kehendak Pek. Ikhtisas 2/76

bertarikh 02.01.1976.
2. Kulit : Seluruh badan hendaklah bersih daripada daki
3. Gigi : Mestilah bersih dan digosok setiap hari
4. Kuku : Mestilah sentiasa pendik dan bersih.

FASAL 11 : KESIHATAN
1. Murid hendaklah menjaga kesihatan masing-masing. Elakan dari perkara-

perkara yang boleh mendatangkan penyakit atau mudarat.
2. Murid yang berasa kurang sihat hendaklah segera memberitahu Guru Kelas

untuk mendapatkan nasihat atau dibawa ke klinik yang berhampiran untuk
rawatan.

FASAL 12 : KEBERSIHAN KAWASAN SEKOLAH / BILIK DARJAH 19
1. Murid hendaklah menjaga kebersihan sekolah sepanjang hari dan masa.
2. Adalah menjadi kewajiban Murid memungut sampah-sarap atau sebagainya

yang bersepah di dalam bilik darjah atau di kawasan sekolah. Gunakan tong
sampah yang disediakan dan buang muatan di dalamnya ke kawasan
pelupusan sampah.
3. Bilik darjah hendaklah sentiasa bersih, kemas dan teratur dengan rapi serta
menarik dan ceria.
4. Murid hendaklah menggunakan tandas dan bilik air dengan betul dan menjaga
kebersihannya. Peraturan bilik tandas hendaklah dipatuhi. Jimatkan
penggunaan air dan elektrik.
5. Dilarang menconteng dengan kapur, pensel atau sebagainya di dinding, tembok,
papan hitam dan di kenderaan guru atau pelawat. Jika didapati Murid
melakukannya, Guru Besar atau wakilnya boleh menghukum murid tersebu
dengan hukuman yang setimpal dan wajar.

FASAL 13 : BUKU TEKS
1. Semua buku-buku Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan

hendaklah dijaga dengan cermat dan disampul kulitnya.
2. Jika didapati buku SPBT koyak atau hilang, murid itu hendaklah

menggantikannya dengan buku yang serupa atau senilai dengannya.
3. Semua buku pinjaman hendaklah dikembalikan kepada guru darjah apabila

diminta atau sekiranya hendak bertukar atau berhenti sekolah.
4. Jika gagal memulangkan buku-bukupinjaman ini, maka ibu bapa / penjaga

diwajibkan menggantkan buku yang serupa atau jumlah harga buku tersebut.
5. Syarat-syarat pada pinjaman SPBT dalam lampiran yang disediakan hendaklah

dipatuhi.

FASAL 14 : BUKU LATIHAN / RAMPAIAN
1. Semua murid hendaklah mempunyai buku latihan / rampaian yang ditentukan

oleh pihak sekolah.
2. Sesebuah buku hendaklah dikhaskan untuk setiap mata pelajaran dan tidak

dicampur aduk.
3. Buku-buku hendaklah bersih, tidak koyak atau dilangkau bila menulisnya. Buku

latihan yang sudah penuh hendaklah disimpan untuk rujukan.

FASAL 15 : PERGERAKAN MURID
1. Waktu masuk / keluar dari bilik darjah / kawasan sekolah hendaklah berbaris

terlebih dahulu dengan keadaan senyap.
2. Murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah waktu belajar dan dilarang

masuk ke bilik darjah waktu rehat kecuali mustahak dengan mendapat
kebenaran guru.
3. Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam waktu
persekolahan tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya.

FASAL 16 : ISYARAT BUNYI LOCENG
1. Semua murid hendaklah faham isyarat-isyarat bila loceng dibunyikan dan

dikehendaki bertindak dengan segera.
2. Murid dikehendaki berbaris dan mematuhi arahan guru serta berada di tempat

yang telah ditetapkan.

FASAL 17 : MASA CUTI SEKOLAH
1. Semasa cuti sekolah, murid-murid hendaklah mengulangkaji pelajaran.
2. Buat kerja yang berfaedah seperti menolong ibu bapa atau penjaga dan

sebagainya.
3. Melawat ke tempat-tempat bersejarah atau yang berkaitan dengan pelajaran

bagi tujuan menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman. Lawatan-lawatan
ini perlu diiringi oleh ibu bapa atau penjaga atau wakilnya.

20

FASAL 18 : KEMUDAHAN SEKOLAH
1. Murid dibenarkan menggunakan kemudahan sekolah dengan kebenaran Guru

Besar / guru-guru.
2. Kemudahan sekolah hendaklah dijaga dengan baik. Setelah digunakan

kemudahan itu, hendaklah dipulangkan kepada guru yang berkenaan dan
disimpan ditempat yang dikhaskan.

FASAL 19 : BILIK PUSAT SUMBER
1. Setiap murid digalakan dan berhak membaca buku samada di sudut bacaan di

dalam bilik darjah ataupun pusat sumber sekolah.
2. Murid hendaklah mematuhi peratuan yang telah ditetapkan.

FASAL 20 : AKHLAK
1. Murid hendaklah sentiasa berkelakuan baik serta berbudi bahasa, bersopan

santun samada di alam atau di luar sekolah.
2. Murid hendaklah sentiasa jujur, ikhlas dan amanah.
3. Murid hendaklah saling menghormati, bertimbang rasa dan mengasihani sesama

manusia.
4. Murid hendaklah menjauhkan diri daripada budak-budak jahat dan nakal.
5. Murid hendaklah mempunyai nilai belas kasihan kepada makhluk Tuhan seperti

haiwan.
6. Ditegah bergaduh dan bertengkar samada di dalam bilik darjah atau di mana-

mana pun.
7. Ditegah membuat bising atau berjalan-jalan dalam bilik darjah tanpa kebenran

guru.
8. Ditegah daripada melakukan peras ugut samada di dalam atau di luar bilik darjah

ataupun di luar sekolah.
9. Murid hendaklah sentiasa patuh pada arahan guru dan pengawas yang telah

diberi kuasa pada hal-hal yang tertentu.
10. Ditegah meminjam barang-barang kawan tanpa izin.
11. Barang-barang yang dijumpai bukan kepunyaan sendiri, walau di mana-mana

tempat hendaklah dipulangkan kepada peiliknya atau diserahkan kepada guru
supaya dapat diserahkan kembali kepada pemilik sebenar.
12. Murid mestilah mengamalkan sikap berjimat-cermat.
13. Murid dilarang menghisap rokok, ganja, terlibat dengan dadah dan sebagainya.
Jika didapati bersalah, murid akan dikenakan tindakan disiplin berdasarkan
kepada Pekeliling Ikhtisas 6A/1975 yang bertarikh 05.09.1975.
14. Murid yang bertumbuk, ingkar, membawa atau menonton video lucah, pecah
amanah, mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, memaki atau sebagainya juga
akan diambil tindakan disiplin seperti di atas. Segala kesalahan akan direkodkan
ke dalam Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM).

21

FASAL 21 : YURAN
1. Lain-lain jenis bayaran sekiranya ditetapkan oleh pihak sekolah hendaklah

dijelaskan.

FASAL 22 : KESELAMATAN
1. Murid dikehendaki menjaga keselamatan diri ketika bermain, menunggang

basikal, bersukan, berjalan kaki dan ketika mengikuti subjek Pendidikan
Jasmani.
2. Murid dilarang membawa barang-barang tajam atau apa jua bentuk yang
berupa senjata yang boleh merbahayakan diri sendiri atau orang lain.
3. Murid perempuan ditegah daripada memakai barang kemas semasa hadir ke
sekolah.

FASAL 23 : PELAWAT LUAR
1. Ibu bapa atau penjaga mestilah berjumpa dengan Guru Besar atau wakilnya

sebelum mengambil atau berjumpa anak mereka atas perkara-perkara
penting.
2. Ibu bapa hendaklah berurusan di pejabat SK Pituru.

FASAL 24 : PERKARA-PERKARA AM
1. Murid dilarang membawa makanan ringan dari luar kawasan sekolah.

Makanan telah dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui
program (RMT).
2. Murid tidak dibenarkan menjual makanan ringan di dalam kawasan sekolah
3. Murid hendaklah menjaga tatatertib semasa makan di ruang yang telah
disediakan.
4. Dilarang membawa haiwan peliharaan seperti anjing, kucing dan sebagainya
termasuk haiwan berbisa ke sekolah.

22

Setiap pelajar Tahun 4, 5 dan 6 diwajibkan menyertai;
a) Satu Pasukan Unit Beruniform
b) Satu Persatuan Kelab / Akademik.
c) Satu jenis permainan atau sukan anjuran sekolah, daerah dan negeri.
d) Memiliki pakaian Unit Beruniform dan memakainya pada setiap hari Rabu.
e) Menghadiri Perhimpunan Bulanan Kokurikulum / 1M1S iaitu pada hari yang

ditentukan.

POLISI SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI KOKURIKULUM
1. Ahli-ahli hendaklah hadir tepat pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan.
2. Ahli-ahli dikehendaki memakai pakaian yang kemas dan sesuai di setiap kali

perjumpaan.
3. Kehadiran akan dicatat di setiap kali perjumpaan atau aktiviti dijalankan.
4. Disiplin dan keselamatan ahli-ahli akan sentiasa di awasi semasa perjumpaan.
5. Setiap aktiviti perlu di catatkan di dalam buku laporan aktiviti yang disediakan.
6. Ahli-ahli mestilah berada dalam kawasan sekolah semasa aktiviti dijalankan.
7. Setiap ahli tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah semasa aktviti

dijalankan.

STATUS PELAKSANAAN KOKURIKULUM SEKOLAH
Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan
kokurikulum di sekolah adalah WAJIB. (Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996
(Akta 550). Kegagalan atau keenggananan melaksanakan kegiata kokurikulum di
sekolah adalah satu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempot tidak melebihi tiga bulan atau ke
dua-duanya. (Rujuk subseksyen 135 (1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan jika
kesalahn itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian,
seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus
ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan
kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari
kesalahan itu terus dilakukan. (Rujuk Subseksyen 135 (2) Akta 550).

23

Kuning – sentiasa Nama SK Pituru pada
optimis dan ceria logo

Simbol Gunung Buku & pena - ilmu
Kinabalu dan padi –

Jati diri

Moto sekolah Hijau – persekitaran
yang mendamaikan

Merah – Semangat
yang tidak mudah

luntur

Logo sekolah Nama dan alamat
sekolah

24

25
25

26

27

28

29
29

PN. MASNIAH BINTI
HJ. UNDANG

GURU BESAR
DG44

PN. WASTI LEBUGAN EN. TAWIK SITANG EN. JALIS BIN SINDOK

GURU AKADEMIK BIASA PENOLONG KANAN HEM GURU AKADEMIK BIASA
PEN. KANAN PENTADBIRAN DG44 PEN. KANAN KOKURIKULUM
DG48 DG42

PN. DUNDANGAN LOK PN SOZJITA MASTAN

PEMBANTU TADBIR (P/O) PEMBANTU AM PEJABAT
N19 N11

EN. WIRYA JAIYAH 30
BINTI NGATAMIN

PEMBANTU OPERASI
H11

PN. AGNES KRUTOK PN. NORIA SUDIN

GURU AKADEMIK BIASA GURU AKADEMIK BIASA
DG48 DG44

EN. JARIN BIN LOH CIK SITI HAIRATUNADIAH
RUSLANI
GURU AKADEMIK BIASA
DG44 GURU AKADEMIK BIASA
DG44
PN. DALMATA ASIAH
BINTI MUALAP PN. KUINIE RANDAH

GURU AKADEMIK BIASA GURU AKADEMIK BIASA
DG42 DG42

EN. JOHNATTAN EN. MOHD FAIZAN BIN
AMBURONG ZAINUDDIN

GURU AKADEMIK BIASA GURU PENDIDIKAN ISLAM
DG42 DG42

PN. NORHAFIZAH EN. ALDRIN SAMMEL
BINTI MAT BASRI BELDAN

GURU PENDIDIKAN ISLAM GURU AKADEMIK BIASA
DG41
DG34 31

PN. ANILIAH SAIDI CIK NUR HIDAYAH
BINTI ADAR
GURU PPKI
DG44 GURU PPKI
DG41

PN. NURUL ERA FARINA
BINTI ROSLAN

PPM PPKI
N11

EN. FAIZAN MUKTI PN. NORIDAH BINTI
MOHD SIDEK
GURU PRASEKOLAH
DG32 PPM PRASEKOLAH
N22

GURU PEMULIHAN
DG

32

NAMA GURU KELAS ALIRAN BIDANG JUMLAH
KELAS Pembelajaran MURID
Perdana /
Tahun 1 Norhafizah binti Mat Basri Akademik 21
Perdana /
Tahun 2 Dalmata Asiah binti Mualap Akademik 16
Perdana /
Tahun 3 Kuinie Randah Akademik 15
Perdana /
Tahun 4 Noria binti Sudin Akademik 9
Perdana /
Tahun 5 Agnes Krutok Akademik 18
Perdana /
Tahun 6 Siti Hairatunadiah binti Akademik 20
Ruslani 8
Khas
PPKI Nur Hidayah binti Adar

Pra Mohd Faizan Mukti Akademik 12
sekolah

JUMLAH 119

33

1. Pn. Wasti Lebugan 1. En. Tawik Sitang 1. En. Jalis bin Sindok 1. En. Jamrin bin Loh
2. Pn. Agnes Krutok 2. Pn. Aniliah Saidi 2. En. Aldrin Sammel 2. Ustaz Mohd Faizan bin
3. Pn. Dalmata Asiah binti 3. Pn. Noria binti Sudin
4. En. Johnattan Beldan Zainuddin
Mualap 3. Cik Nur Hidayah binti 3. Pn. Kuinie Randah
Amburong
4. En. Faizan bin Mukti Adar 4. Ustazah Norhafizah

4. Pn. Aeronica Sarabatin binti Mat Basri

1 – 19 JANUARI
CUTI AWAL TAHUN

1 20 – 22 Kumpulan 1 -
JAN Kumpulan 2 GB
PK 1
2 25 – 29 PK HEM
PK KOKUM
3 1 – 5 Kumpulan 3 GB
PK 1
4 8 – 12 Kumpulan 4 PK HEM
FEB Kumpulan 1 PK KOKUM
GB
5 15 – 19

6 22 – 26 Kumpulan 2

7 1 – 5 Kumpulan 3

8 8 – 12 Kumpulan 4
MAC Kumpulan 1

9 15 – 19

10 22 – 26 Kumpulan 2

29 MAC – 2 APRIL
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1

11 5 – 9 Kumpulan 3 PK 1
PK HEM
12 12 – 16 Kumpulan 4 PK KOKUM
APRIL Kumpulan 1
GB
13 19 – 23 PK 1
PK HEM
14 26 – 30 Kumpulan 2 PK KOKUM
GB
15 3 – 7 Kumpulan 3

16 10 – 14 Kumpulan 4
MEI Kumpulan 1

17 17 – 21

18 24 – 28 Kumpulan 2

31 MEI – 11 JUN
CUTI PERTENGAHAN TAHUN

19 14 – 18 Kumpulan 3 PK 1
PK HEM
20 JUN 21 – 25 Kumpulan 4 PK KOKUM

21 28 – 2 Jul Kumpulan 1 34

22 5 – 9 Kumpulan 2 GB
JULAI Kumpulan 3 PK 1

23 12 – 16 PK HEM
PK KOKUM
19 – 23 JULAI
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL GB
PK 1
24 JULAI 26 – 30 Kumpulan 4 PK HEM
PK KOKUM
25 2 - 6 Kumpulan 1 GB

26 9 – 13 Kumpulan 2 PK 1
OGOS Kumpulan 3 PK HEM
PK KOKUM
27 16 – 20
GB
28 23 – 27 Kumpulan 4 PK 1
PK HEM
29 30 Ogos – 3 Kumpulan 1 PK KOKUM
SEPT Kumpulan 2 GB
PK 1
30 6 – 10 PK HEM
PK KOKUM
13 – 17 SEPTEMBER GB
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL

31 20 – 24 Kumpulan 3
SEPT Kumpulan 4

32 27 – 1 Okt

33 4–8 Kumpulan 1

34 11 – 15 Kumpulan 2
OKT Kumpulan 3

35 18 – 22

36 25 – 29 Kumpulan 4

37 1 – 5 Kumpulan 1

38 8 – 12 Kumpulan 2
NOV Kumpulan 3

39 15 – 19

40 22 – 26 Kumpulan 4

41 29 Nov – 3 Kumpulan 1
DIS Kumpulan 2

42 6 – 10

11 – 31 DISEMBER
CUTI AKHIR TAHUN2021

35

36

37

38

39

40

41
41

42

43

44


Click to View FlipBook Version