SMK SERI PULAI PERDANA
NAMA KUMPULAN : LABS RATS
KELAS : 3 AL - BUKHARI
AHLI KUMPULAN : KRRISHA KAUR A/P HARI SINGH
LEENA SEN A/P CHANDRASEKARAN
NURHUSNA BINTI MOHD RAFIZAL
MUHAMMAD NURIRFAN BIN ABDUL RAHMAN
ADAM FARIZ BIN MIZAN
TAJUK : MENGATASI HAD DERIA PENGLIHATAN DAN PENDENGARAN
TEMA : PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP
STANDARD KANDUNGAN : Ransangan dan gerak balas dalam manusia
STANDARD PEMBELAJARAN : Mewajarkan bagaimana inovasi dan teknologi
boleh meningkatkan keupayaan orang deria
Tarikh pelaksanaan : 23 September 2021 – 7 October 2021
Masa diperuntukkan : 2 Minggu
KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA
SURAT
1.0 PENGHARGAAN
2.0 PENDAHULUAN 3
3.0 OBJEKTIF/TUJUAN KAJIAN 4
4.0 HASIL DAPATAN 5
4.1.1 HAD DERIA PENGLIHATAN 6
4.1.2 Alatan Untuk Mengatasi Had Deria Penglihatan 6
7
4.2.1 HAD PENDENGARAN 8
4.2.2 9
ALATAN UNTUK MENGATASI HAD DERIA
5.0 PENDENGARAN 10
6.0 11
KESIMPULAN
SUMBER RUJUKAN
PENGHARGAAN
Bersyukur Kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kita
menyiapkan folio kita yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk MENGATASI
DERIA PENGLIHATAN DAN PENDENGARAN.Folio yang ini amat penting buat kita
memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus kumpulan
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada indiviu penting yang banyak membantu
kami sepanjang kita menyiapkan folio kami ini.Pertama sekali kepada MOHD ROZALI
kerana beliau telah banyak memberikan bimbangan dan semangat.
Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan
kekurangan dalam tugasan kami ini.Segala kekurangan harap dimaafkan.
PENDAHULUAN
Deria manusia terdiri daripada lima deria yang penting iaitu, deria rasa, deria sentuhan, deria bau,
deria penglihatan dan deria pendengaran. Masing-masing menggunakan organ deria yang tersendiri
dan juga spesifik dengan fungsinya. Deria penglihatan menggunakan mata sebagai organ deria dan
deria pendengaran menggunakan telinga sebagai organ deria.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa had tertentu kepada deria penglihatan dan deria
pendengaran kita. Sebagai contohnya, mata kita tidak dapat melihat objek yang sangat kecil seperti
kuman, objek yang sangat jauh seperti Musytari. Manakala telinga kita pula tidak dapat mendengar
bunyi yang sangat kecil atau yang sangat kuat.
Namun dengan adanya teknologi moden, had kepada deria diatasi. Alatan seperti teleskop,
mikroskop, kanta pembesar, sinar-X, periskop, teropong dan alat pengimbas ultrabunyi dapat
membantu mengatasi had kepada deria penglihatan kita. Manakala alatan seperti mikrofon,
pembesar suara, stetoskop dan alat bantu dengar pula mampu untuk membantu kita mengatasi had
deria pendengaran.
OBJEKTIF/TUJUAN KAJIAN
Kami melakuan kajian yang bertema PENYENGGARAAN DAN
KESINAMBUNGAN HIDUP dengan tajuk MENGATASI HAD DERIA
PENGLIHATAN DAN HAD DERIA PENDENGARAN untuk mengaji
tentang alat yang boleh digunakan untuk mengatasi had deria
pengihatan dan had deria pendengaran…
HASIL DAPATAN
HAD DERIA PENGLIHATAN
Had Deria Penglihatan adalah keterbatasan terhadap deria penglihatan yang disebabkan oleh halangan tertentu
pada fungsi organ mata. Had deria ini terbahagi kepada dua jenis iaitu, ilusi optik dan titik buta.
-Ilusi optik berlaku apabila otak tidak boleh mentafsirkan impuls yang diterima dari mata. Kekeliruan
otak ini dipengaruhi oleh objek lain atau keadaan di sekeliling objek.Maka objek kelihatan
berbeza daripada keadaan sebenar.
-Bintik buta merupakan titik pada retina yang tidak boleh mengesan sebarang imej disebabkan
ketiadaan fotoreseptor. Oleh itu, ojek tidak akan kelihatan apabila imejnya jatuh pada bintik buta.
Walaubagaimanapun, kita tidak sedar akan kehadiran bintik buta dalam mata kerana imej bagi objek
yang sama tidak mungkin jatuh pada kedua-dua bintik buta mata secara serentak.
Selain itu, kita juga tidak dapat melihatan objek yang :
-terlalu kecil seperti mikroorganisma
-terlalu jauh seperti Musytari
Hal ini kerana, fotoreseptor tidak dapat kesan objek yang terlalu jauh dan terlalu kecil. Maka, tiada impuls saraf
yang dihantar ke otak untuk ditafsir.Oleh yang demikian, pelbagai alat dicipta untuk mengatasi had penglihatan ini.
Alat- alat tersebut dapat membesarkan imej objek supaya boleh dikesan oleh fotoreseptor.
Alatan Untuk Mengatasi Had Deria Penglihatan
Teleskop
Untuk melihat objek yang sangat jauh
Mikroskop
Untuk melihat objek yang amat seni
Kanta pembesar
Untuk melihat objek yang kecil
Sinar-X
Untuk mengimbas imej tubuh badan untuk
tujuan perubatan
Periskop
Untuk melihat objek di hadapan yang
terlindung oleh halangan
Teropong
Untuk melihat objek yang jauh
Alat pengimbas Ultrabunyi
Untuk mengimbas bahagian dalam badan
dengan imbasan ultrabunyi
HAD PENDENGARAN
Had deria pendengaran ialah had keupayaan telinga untuk mendengar bunyi.
Julat frekuensi pendengaran setiap individu berbeza. Hal ini kerana, apabila usia seseorang
semakin meningkat, julat frekeunsi pendengarannya menjadi semakin kecil kerana
gegendang telinganya menjadi semakin kurang kenyal.
Secara purata, manusia hanya dapat mendengar bunyi yang berfrekuensi antara 20Hz
hingga 20 000Hz. Frekuensi di luar daripada julat ini tidak boleh dikesan.
Oleh itu, pelbagai alat telah dicipta untuk mengatasi had pendengaran ini. Penciptaan alat -
alat ini dapat menguatkan bunyi supaya boleh dikesan oleh reseptor. Hal ini sangat
membantu dalam pelbagai bidang seperti bidang perubatan dan juga dalam kehidupan
harian.
ALATAN UNTUK MENGATASI HAD DERIA PENDENGARAN
ALAT BANTU PENDENGARAN
Untuk membantu menguatkan lagi bunyi yang masuk ke
dalam telinga
STETOSKOP
Untuk mendengar bunyi degupan jantung
MIKROFON
Untuk menukar gelombong akustik ke dalam bentuk
getaran mekanikal
ALAT PEMBESAR SUARA
Untuk menguatkan lagi bunyi yang dihasilkan
SUMBER RUJUKAN
Kami telah merujuk buku teks digital dan pelbagai laman web serta video dalam media massa
YOUTUBE untuk menyiapkan projek kami dengan sempurna. Bahan-bahan tersebut sangat
membantu kami untuk mendapat pelbagai maklumat dan fakta yang sangat membantu dalam
projek. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru
sains kami CIKGU ROZALI kerana beliau telah mendidik dan memimpin kami sepanjang kami
menyiapkan projek tersebut.
URL sumber-sumber rujukan kami buku teks sains tingkatan 3-iskandarazyan6679 Flip PDF | AnyFlip
https://www.slideshare.net/nursyafika3557/alat-yang-
mengatasi
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Julat_pendengaran
https://youtu.be/Ht0zIfuCIHY
https://youtu.be/TPJj9h8573s
https://youtu.be/8cbrD6RT1NM
https://youtu.be/bA7__A0-oa8
SEKIAN,
TERIMA KASIH
LABRATS