KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
KATA-KATA ALUAN GURU BESAR
Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam ‘SK TELOI TIMUR ‘BEST’ - Berilmu, Efisien, Sahsiah Tertinggi.
Guru-guru dan staf yang saya hormati.
Selamat memulakan tugas bagi sesi 2022 kepada semua warga SK Teloi
Timur. Tekadkan azam yang sama untuk menjadikan tahun 2022 ini lebih baik dari
tahun 2021.
Tahniah dan terima kasih kepada semua warga SKTT yang telah membuktikan
kemampuan dengan komitmen yang tinggi sepanjang tahun 2021 walaupun dalam
suasana Pandemik Covid 19 yang masih belum reda dan PdPR terpaksa
dilaksanakan tetapi ‘Alah Bisa Tegal Biasa’ kita mampu mendepani cabaran dalam
melaksanakan Pengajaran dan pembelajaran online dan mampu menyelesaikan
Tugas dengan Jayanya. SKTT juga telah berjaya melaksanakan Aktiviti Kokurikulum
dan Ko-akademik sejajar dengan kehendak KPM dalam membina modal insan
berguna pemangkin kepimpinan Negara di masa hadapan dengan cara tersendiri,
Hasil idea kreatif warga SKTT. Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan
saya ucapkan.
Bidang pendidikan negara sememangnya bersifat dinamik dan transformasi bagi
memenuhi keperluan semasa khususnya di peringkat global. Oleh hal yang demikian,
seluruh warga SKTT khususnya pendidik bertindak sebagai Arkitek Sosial yang
memikul tanggungjawab besar dalam memberikan pendidikan, menyampaikan ilmu,
membentuk peribadi dan sahsiah sekali gus menjana potensi murid ke arah yang
lebih optimum. Sehubungan dengan itu, diharapkan buku pengurusan ini membantu
guru-guru membuat perancangan dan menyediakan program-program khusus
merangkumi aktiviti akademik, kokurikulum dan sahsiah sepanjang tahun 2022. Saya
amat yakin dengan kemampuan dan peluang serta budaya kerja cemerlang yang ada
pada semua warga SKTT, kita mampu melaksanakan dan mencapai visi SKTT iaitu
SK Teloi Timur Menjadi Sekolah Unggul Penjana Generasi Cemerlang
Menjelang 2025.
Akhirkata, Kekalkan semangat kerja berpasukan yang kita miliki selama ini. Kita
hendaklah seronok bekerja dan bukannya kerja untuk berseronok. Sama-samalah
kita membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa. Semoga apa yang kita
buat dengan ikhlas selama ini diterima-Nya sebagai ibadat.
DG ERYATHIE BINTI JUBILI
Guru Besar
SK Teloi Timur.
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 2
KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PERINCIAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2022
KUMPULAN A:
Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
PENGGAL MULA AKHIR JUMLAH JUMLAH
PERSEKOLAHAN PERSEKOLAHAN HARI MINGGU
CUTI AKHIR PENGGAL 3, SESI 2021/2022 23 3
9
26.02.2022 - 20.03.2022 20 11
17
21.03.2022 31.03.2022 2 1
48
01.04.2022 30.04.2022 12
9
01.05.2022 31.05.2022 1
15
01.06.2022 02.06.2022 19 13
22
1 JUMLAH HARI 1 3
57 7
CUTI PENGGAL 1, SESI 2022/2023 3
9
03.06.2022 11.06.2022
15
12.06.2022 30.06.2022 18
22
01.07.2022 31.07.2022 6
61
01.08.2022 31.08.2022
23
01.09.2022 01.09.2022
2
JUMLAH HARI
CUTI PENGGAL 2, SESI 2022/2023
02.09.2022 10.09.2022
11.09.2022 30.09.2022
01.10.2022 31.10.2022
01.11.2022 30.11.2022
01.12.2022 08.12.2022
JUMLAH HARI
CUTI PENGGAL 3, SESI 2022/2023
3 09.12.2022 31.12.2022
01.01.2023 31.01.2023 20
01.02.2023 16.02.2023 12
JUMLAH HARI 32
CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2022/2023 23
17.02.2023 - 11.03.2023
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 194 Hari
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 3
KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
HARI-HARI KELEPASAN AM DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2022
BIL. HAR1 KELEPASAN AM HARI TARIKH
PERUNTUKAN KPM
AHAD CUTI AM
Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang SELASA 19 Jun 2022
1. Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah &
1 Februari 2022 30 JAN 2022 (AHAD)
Darul Aman ( * ) RABU & &
SELASA
2. Tahun Baru Cina 2 Februari 2022 31 JAN 2022 (ISNIN)
AHAD CUTI SEKOLAH
3. Israk dan Mikraj ( * ) AHAD 1 Mac 2022
AHAD CUTI SEKOLAH
4. Awal Ramadan ( * +) 3 April 2022 2 MEI 2022 (ISNIN)
ISNIN
5. Hari Pekerja SELASA 1 Mei 2022 &
5 MEI 2021(KHAMIS)
6. Hari Wesak & 15 Mei 2022
RABU
7. Hari Keputeraan Seri Paduka AHAD 06 Jun 2022
Baginda Yang Di Pertuan Agong
& 3 Mei 2022
8. Hari Raya Puasa ( + ) ISNIN &
9. Hari Raya Qurban ( * + ) SABTU 4 Mei 2022
RABU 10 Julai 2022
JUMAAT
&
AHAD 11 Julai 2022
10. Awal Muharam (Maal Hijrah) ISNIN 30 Julai 2022
31 Ogos 2022
11. Hari Kebangsaan AHAD 16 September 2022
9 Oktober 2022
12. Hari Malaysia
24 Oktober 2022
13. Hari Keputeraan Nabi Muhammad
S.A.W [ Maulidur Rasul] (* ) 25 Disember 2022
14. Hari Deepavali 23 OKT 2022(AHAD)
&
15. Hari Krismas
25 OKT 2022(SELASA)
* Hari Kelepasan Am Negeri
+ Tertakluk Kepada Perubahan CUTI SEKOLAH
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 4
KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Guru yang beperkerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan
individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin.
PIAGAM SEKOLAH
1. Meningkatkan kecemerlangan dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum, pentadbiran,
disiplin dan keceriaan.
2. Mewujudkan semangat permuafakatan dan toleransi di antara warga sekolah.
3. Mengamalkan budaya penyayang serta memupuk nilai-nilai murni dalam perkhidmatan.
4. Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan dari masa ke masa melalui
program-program terancang.
5. Mewujudkan suasana ceria, indah, cergas dan harmonis dalam persekitaran sekolah.
6. Memupuk pelajar menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah.
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 5
KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
VISI DAN MISI SEKOLAH
Visi
Pendidikan Berkualiti Abad Ke 21 Sepenuhnya Menjelang 2025
Misi
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SK Teloi Timur dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
1. Memastikan semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat
belajar dengan berkesan serta menguasai kemahiran 4M (menulis, membaca, mengira
dan menaakul).
2. Memastikan semua murid berada dalam arus perdana dari darjah 1hingga 6.
3. Memastikan semua murid terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan sukan
dalam usaha memperkemaskan potensi secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani.
4. Memastikan semua urusan peperiksaan dan pentaksiran dilaksanakan dengan cepat,
adil, amanah dan sah.
5. Mengamalkan budaya senyum, salam dan sopan di kalangan warga sekolah.
6. Memastikan perkhidmatan kaunter yang mesra, cekap dan responsive terhadap
kehendak semua pelanggan.
7. Mengamalkan sikap terbuka dan permuafakatan dengan semua pihak bagi kemajuan
pelajaran dan keceriaan sekolah.
8. Menyelesai masalah murid dan ibubapa dengan kadar segera.
9. Sentiasa memupuk dan memelihara hubungan baik antara waris dan pihak sekolah.
10. Sentiasa berusaha meningkatkan prestasi pencapaian dalam UPSR dan PKBS.
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 6
KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PERATURAN DAN PANDUAN GURU
1. Mengajar
1.1 Mengajar dengan penuh dedikasi (satu amanah yang perlu dilaksana dengan
ikhlas)
1.2 Mestilah BERSEDIA apabila masuk ke kelas supaya pengajaran dapat berjalan
dengan licin dan dalam suasana pembelajaran yang baik.
1.3 Perancangan mengajar yang baik bermula dengan NIAT yang baik. Buatlah
perancangan mengajar yang sesuai dengan Sukatan Pelajaran dan latar belakang
murid.
1.4 Pengajaran yang baik berpaksikan KURIKULUM, PEDAGOGI dan PSIKOLOGI
yang diolah dengan baik dalam satu Rancangan Pengajaran. Kefahaman guru
dalam ketiga-tiga aspek ini sangat membantu merancang, mengelola dan
membuat penambahbaikan dalam P&P.
1.5 Berani mencuba pelbagai kaedah pengajaran terutama BERPUSATKAN MURID.
1.6 Jadikan P&P satu sesi yang sangat MENYERONOKKAN sesuai dengan alam
kanak-kanak yang sangat aktif dan berkembang pesat.
1.7 Setiap sesi pengajaran diakhiri dengan latihan untuk mengukur kefahaman murid
dan mutu pengajaran. Guru-guru digalakkan memberi kerja rumah. (kerja lanjutan)
1.8 Selepas sesi P&P buatlah REFLEKSI yang ikhlas, untuk mengukur dan membuat
penambahbaikan amalan P&P.
1.9 Refleksi adalah sebahagian daripada KAJIAN TINDAKAN yang sangat membantu
guru-guru dalam memastikan amalan P&P yang baik
2. Gerak kerja murid
2 1 Rancanglah gerak kerja murid dengan baik, sama ada aktiviti di dalam kelas
ataupun aktiviti bertulis.
2 2 Latihan dan aktiviti dari mudah kepada yang lebih kompleks akan memotivasikan
murid untuk meminati pelajaran dan belajar dengan cemerlang.
2 3 Sentiasa memberi galakan dengan pujian dan dorongan atas apa sahaja
kemajuan murid walaupun kecil.
2 4 Elakkan darpada memberi tugasan tanpa panduan yang difahami murid atau
bebanan kepada mereka.
3. Pemeriksaan Buku Latihan Murid
3.1 Harus diperiksa dengan teliti, membuat teguran dan pembetulan serta memberi
ganjaran /markah yang berpatutan jika perlu.
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 7
KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
3.2 Elakkan pemeriksaan buku latihan murid di meja guru di dalam kelas.
Sebarang tunjukcara, bimbingan boleh dibuat secara berdepan dengan
murid dimejanya sendiri.
3.3 Setiap latihan perlu diperiksa segera untuk mengukur kefahaman murid dan kualiti
pengajaran. Elakkan daripada bertangguh dan memegang buku latihan murid
terlalu lama.
3.4 Serahan untuk semakan oleh Guru Besar / PK1 / PK HEM / PKKK
hendaklah mengikut jadual yang disediakan.
3.5 Harus diingat, buku latihan murid, latihan yang diberi dan pemeriksaan guru adalah
menjadi cermin kepada ibu bapa tentang guru.
4. Menepati Masa
4 1 Waktu tiba: Sampai di sekolah selewat-lewatnya 10 minit sebelum waktu
persekolahan bermula.
4.2 Waktu pulang: Sebaik-baiknya selepas semua murid meninggalkan kawasan
sekolah atau setelah selesai semua tugas pada hari tersebut.
4.3 Masuk dan keluar kelas: Tepat pada masanya sama ada jadual sendiri atau jadual
ganti. (amalan terpuji dari segi agama dan profesion perguruan). INGAT,
keselamatan murid-murid menjadi tanggungjawab guru mengikut jadual yang
telah ditetapkan.
4.4 Waktu kokurikulum: Guru mesti berada tepat pada masanya supaya murid-murid
tidak berkeliaran.
4.5 Pendaftaran kehadiran dan balik: Hendaklah dibuat oleh diri sendiri di dalam
Buku Rekod Daftar Kehadiran Guru.
5. Kelas Bimbingan di luar waktu persekolahan
5 1 Usaha guru-guru sangat digalakkan.
5.2 Elakkan daripada menarik diri atau tidak hadir bila ditugaskan.
5.3 Sekiranya melibatkan pungutan wang dari murid / waris, Arahan Perkhidmatan
perlu diikuti melalui perancangan dan kelulusan Mesyuarat Agung PIBG.
5.3 Semua kelas bimbingan di luar waktu persekolahan biasa hendaklah mendapat
kebenaran Guru Besar.
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 8
KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
6. Tidak Hadir Bertugas / Cuti
6.1 Sila maklumkan kepada Guru Besar dengan SERTA MERTA melalui telefon.
6.2 Sijil sakit hendaklah diserahkan kepada Guru Besar sebaik sahaja hadir pada hari
berikutnya.
6.3 Sijil Cuti Sakit lebih daripada 2 hari (doktor swasta) tidak digalakkan dan perlu
mendapat pengesahan daripada doktor kerajaan - Cuti sakit swasta tidak melebihi
15 hari setahun.
6.4 Permohonan Cuti Rehat, Cuti Tanpa Rekod, Cuti Tanpa Gaji. Cuti Separuh Gaji,
dan lain-lain hendaklah dibuat dengan mengisi borang-borang khas seminggu
terlebih awal.
6.5 Semua peraturan cuti hendaklah dipatuhi sepenuhnya.
6.6 Jika guru-guru menghadapi masalah, berunding dan mintalah nasihat
sebaik-baiknya dengan Guru Besar. Elakkan dari BERCUTI SESUKA HATI.
6.7 KETIDAKHADIRAN termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa
pada masa dan di tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan
tugas-tugasnya. - Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993 (Pindaan) 2002, Bahagian III.
6.8 Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran
atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan seseorang pegawai
dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan 24.
7. Disiplin Guru
7.1 Sesuai sebagai seorang guru dan seorang penjawat awam - Rujuk Perintah Am,
Peraturan Penjawat Awam dan Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia.
7.2 Elakkan dari mewujudkan suasana yang tidak harmonis dengan seluruh warga
sekolah dan komuniti serta ibu bapa.
7.3 Sentiasa berusaha menjaga imej diri, rakan setugas dan sekolah.
7.4 Jika menghadapi sebarang tekanan dan masalah, berundinglah dengan Guru
Besar, Penolong Kanan atau rakan-rakan yang dapat membantu. Elakkan dari
membuat keputusan sendiri seperti menelefon sendiri ke PPD, JPN, KPM atau
menghubungi pihak media – rujuk para 7.1 di atas.
7.5 Elakkan daripada keberhutangan yang serius - tindakan tatatertib boleh dikenakan.
8. Kegiatan di luar sekolah
8.1 Kegiatan-kegiatan yang menjejaskan kelicinan tugas guru di sekolah harus
dielakkan (contohnya berniaga, kelas tuisyen dan sebagainya - boleh dilakukan
dengan kebenaran Pendaftar / Pengarah)
8.2 Kegiatan politik secara aktif tidak digalakkan. (Jika ingin ceburi secara aktif sila
dapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan melalui Pendaftar Sekolah / JPN)
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 9
KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
9. Buku Ringkasan Mengajar
9.1 Ikuti semua arahan yang terkandung dalam Pekeliling Iktisas Bil 3/1999 ( rujuk
lampiran dalam buku Ringkasan Mengajar )
9.2 Butir-butir yang perlu diisi dengan segera seperti butir-butir peribadi, jadual waktu
persendirian / kelas yang lengkap, serta Sukatan Pelajaran semasa yang sah.
9.3 Rancangan pelajaran perlu disahkan oleh Guru Besar sebelum digunakan dengan
rasmi. ( ditulis / difotostat )
9.4 Masukkan markah bulanan / penggal sebaik sahaja keputusan diperolehi.
9.5 Rancangan mingguan / harian hendaklah disusun mengikut kehendak sekolah.
9.6 Dihantar ke pejabat pada setiap hari Khamis atau hari terakhir setiap minggu untuk
disemak dan disahkan.
10. Pekeliling Guru Besar / Sekolah, PPD, JPN, KPM dan sebagainya.
10.1 Baca, faham, dan turunkan tanda tangan ( untuk semakan Guru Besar ) apabila
pekeliling itu sudah dibaca, difahami atau telah diambil tindakan.
10.2 Jika perlu maklumat lanjut / penjelasan sila hubungi Guru Besar atau Penolong
Kanan dengan segera.
10.3 Setelah dibaca, difahami dan diambil tindakan, salinan pekeliling hendaklah
difailkan di dalam fail kerja yang berkaitan dan diminitkan.
10.4 Jangan menyimpan atau membawa keluar pekeliling dari kawasan sekolah agar
tidak menjejaskan tindakan / perjalanan sekolah selanjutnya.
11. Maklumat Guru / Fail Peribadi
11.1 Butiran lengkap bersabit dengan kelulusan akademik, peribadi, waris, keluarga,
profesion dan sebagainya hendaklah ada di dalam fail peribadi guru di sekolah.
11.2 Borang-borang berkenaan hendaklah diisi oleh setiap guru baru ketika melapor diri
di sekolah ini.
11.3 Guru-guru yang akan meninggalkan sekolah pada cuti hujung tahun atau akan
berpindah sekolah perlulah mengisi borang Akuan Serahan Tugas dan disahkan
oleh Guru Besar sebelum meninggalkan sekolah.
11.4 Semua maklumat dan fail peribadi guru adalah SULIT dan HANYA boleh dirujuk
dengan kebenaran Guru Besar dan di pejabat sahaja.
12. Keluar Kawasan Sekolah Ketika Bertugas.
12.1 Elakkan keluar dari kawasan sekolah pada waktu persekolahan.
12.2 Kebenaran keluar dari Guru Besar / Penolong Kanan adalah hanya atas tugas
rasmi atau keperluan peribadi yang terdesak (kecemasan )
12.3 Guru-guru yang dibenarkan keluar perlu mengisikan maklumat pada Buku Rekod
Pergerakan Guru atau Buku Keluar/ Masuk kawasan sekolah di pejabat sekolah.
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 10
KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
KESEMPATAN YANG KECIL, SERINGKALI MERUPAKAN PERMULAAN KEPADA
USAHA YANG BETERUSAN
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 11
KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PANDUAN GURU BERTUGAS
1. Bertugas dari hari Ahad hingga Khamis (dan Sabtu sekiranya sekolah ganti)
mengikut jadual yang ditetapkan.
2. Tiba setengah jam lebih awal dan balik setengah jam selepas tamat waktu
persekolahan.
3. Mengurus perhimpunan rasmi (hari Ahad atau hari-hari upacara) dan perhimpunan
harian / taklimat pagi serta menyampaikan pengumuman termasuk pengawasan
disiplin murid.
4. Memantau dan membuat laporan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
5. Bertanggungjawab ke atas kebersihan kawasan sekolah (dalam dan luar kelas).
6. Mengurus Surat Hospital atau Borang Keluar Kawasan Sekolah bagi murid yang
sakit/kemalangan. Jika keadaan murid itu kritikal, maklumkan segera kepada
Penolong Kanan atau Guru Besar untuk tindakan seterusnya.
7. Memastikan loceng dibunyikan mengikut waktu-waktu persekolahan harian apabila
sistem automatik tidak berfungsi.
8. Memastikan murid yang mengikuti kegiatan kokurikulum atau kelas tambahan di luar
waktu persekolahan sentiasa :
a. berpakaian mengikut peraturan sekolah.
b. dengan kehadiran guru pembimbing / penasihat
c. berada di kawasan yang telah ditetapkan
9. Bertanggungjawab ke atas keselamatan dan disiplin murid di dalam kawasan
sekolah dan ketika murid hadir atau waktu balik.
10. Memastikan kawasan sekolah sentiasa selamat dari gangguan luar. Pintu pagar
utama dan mana-mana pintu masuk hendaklah sentiasa ditutup ketika waktu
persekolahan.
11. Guru bertugas hendaklah sentiasa peka dengan apa yang berlaku disekolah. Semua
pelawat hendaklah dicatat nama dan tujuan kehadiran mereka di dalam Buku
Pelawat serta buku Laporan Guru Bertugas.
12. Memastikan semua suis elektrik dan pintu bilik guru telah ditutup / kunci sebelum
meninggalkan kawasan sekolah.
13. Memastikan semua murid serta warga sekolah berada di tempat selamat yang
ditentukan sekiranya berlaku kecemasan.
14. Menguruskan hal-hal yang bersabit dengan kehilangan serta barang-barang yang
dijumpai.
15. Membantu guru disiplin dan memastikan pengawas menjalankan tugas dengan baik.
16. Memastikan pakaian semua murid sentiasa kemas dan lengkap semasa masuk dan
sebelum meninggalkan kawasan sekolah.
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 12
KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
17. Memastikan tiada murid yang keluar dari kawasan sekolah sebelum tamat waktu
persekolahan kecuali dengan kebenaran Guru Besar/PK/ketua guru bertugas.
18. Menulis laporan setiap hari sepanjang minggu bertugas dalam Buku Laporan Guru
Bertugas dan menyerahkannya kepada PK 1 sebelum meninggalkan sekolah setiap
hari. Laporan yang ditulis hendaklah apa yang sebenarnya berlaku.
19. Membuat pemerhatian dan pengawasan (semasa rondaan dan sepanjang tempoh
bertugas) mengenai aspek:
● Kelancaran proses P&P terutama waktu pertukaran guru
● Kebersihan kelas-kelas, kaki lima kelas dan kawasan sekitar
● Keceriaan dan ketenteraman suasana P & P
● Disiplin murid ( lewat hadir / masuk kelas, ponteng kelas, memasuki kawasan
larangan, berkeliaran )
20. Membuat penilaian kebersihan dan keceriaan kelas-kelas dari aspek yang telah
ditentukan.
21. Mengambil tindakan susulan kepada murid yang sengaja melanggar peraturan
sekolah dan ke atas kelas-kelas yang kurang ceria / tidak kemas.
22. Memastikan semua murid membeli dan menikmati makanan serta minuman dalam
keadaan yang teratur, tertib serta berdisiplin ketika waktu rehat di kantin.
23. Memastikan tiada murid yang makan di luar dari kawasan yang telah ditetapkan /
dibenarkan.
24. Memberi perhatian dan mengambil tindakan semasa, berkaitan disiplin murid pada
waktu rehat.
25. Menjalankan tugas-tugas semasa yang diarahkan oleh Guru Besar/Penolong Kanan.
”DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU ADA JALAN ”
”HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH”
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 13
KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PANDUAN DAN PERATURAN KESELAMATAN MURID SEMASA KECEMASAN
1. Apabila loceng atau siren dibunyikan berterusan (tanpa henti), ini menandakan kecemasan atau
kebakaran sedang berlaku di kawasan sekolah.
2. Pihak sekolah hendaklah menghubungi bomba dengan kadar yang segera untuk mendapatkan
bantuan.
3. Guru yang berada di dalam kelas hendaklah menyuruh murid-muridnya supaya segera
mengosongkan kelas, bergerak pantas menuju ke tempat-tempat yang dikhaskan (rujuk pelan
pergerakan murid ketika kecemasan).
4. Murid-murid tidak perlu membawa bersama mereka buku atau peralatan lain.
5. Murid-murid diarah berbaris dan berhimpun mengikut kelas masing-masing.
6. Buku Jadual Kedatangan akan dibawa oleh Pembantu Am Pejabat ke tempat perhimpunan. Guru
hendaklah segera menyemak dan mengenalpasti jumlah murid yang hadir pada hari tersebut serta
jumlah semua murid yang ada bersamanya di tempat perhimpunan. Jika sekiranya ada murid yang
terperangkap guru berkenaan hendaklah segera memberitahu guru bertugas, guru besar atau
pihak bomba untuk tindakan lanjut.
7. Guru-guru hendaklah memastikan murid-murid berkumpul di tempat yang telah ditetapkan dan
tidak berkeliaran atau kembali ke kelas untuk mengambil barang-barang yang mereka anggap
penting.Disiplin dan keselamatan murid adalah menjadi tanggungjawab guru berkenaan sehingga
segala-galanya terkawal dan mendapat bantuan yang sewajarnya.
8. Pergerakan murid perlu dikawal dengan rapi oleh guru agar tidak berebut-rebut atau merempuh
kawan-kawan di hadapan untuk mendahului ke tempat yang selamat.
9. Ingatlah, sewaktu kecemasan, ketenangan akan lebih menjamin keselamatan kita semua.
AMALKAN BUDAYA SEKOLAH SELAMAT
Pn. DG Eryathie Binti Jubili
Guru Besar
SK Teloi Timur
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 14
KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 15
KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
SENARAI GURU, STAF DAN PEKERJA
PENTADBIRAN PN. DG ERYATHIE BINTI JUBILI
1. Guru Besar EN. MUHAMAD SOBRI BIN ABDUL RAHIM
2. Penolong Kanan 1 PN. FARIDAH BINTI MAT NOH
3. Penolong Kanan HEM EN. KU ADZRIE BIN KU ADNAN
4. Penolong Kanan Kokurikulum
GURU
1 EN. ABDUL AZIZ BIN ZAKARIA
2 EN. AZRIN BIN ABDULLAH
3 EN. FAISAL BIN MOHAMED DARUS
4 EN. MOHAMAD BUKHARY BIN NOORDIN
5 EN. MOHAMAD YUSOF BIN UMAT
6 EN. MOHD ASYRAF BIN A. BAKAR
7 EN. MOHD NABIL BIN OTHMAN
8 EN. MOHD SHAMIL BIN HUSSIN
9 EN. ROSLAN BIN MD ALI
10 EN. SHARIFUDIN BIN ISMAIL
11 PN. ASLINA BINTI MASTOR
12 PN. FARIHAH BINTI ISHAK
13 PN. FAUZIAH BINTI SAAD
14 PN. IZATULNISA BINTI IZHAM
15 PN. MAZNI BINTI ISMAIL
16 PN. MUSALMAH BINTI MAT @ AZIZ
17 PN. NIRMALA A/P SIVANADAM
18 PN. NOOR HIDAYAH BINTI ZUN @ ABDUL RAHMAN
19 PN. NUR INTAN SABRINA BT CHE ARIFIN
20 PN. NUR WAHIDAH BINTI MOHD NORDIN
21 PN. NURUL SHAHIDAH BINTI ABD RAHIM
22 PN. ROSHIDA BINTI HASHIM
23 PN. ROSNAH BINTI HASSAN
24 PN. SITI FITRIAH BINTI LATIPI
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 16
KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
25 PN. SYAFINAH BINTI MOHAMAD SAAD
26 PN. ZUNAIDAH BINTI HUSAIN
PEKERJA – SHUNA ENTERPRISE PN. SABARIAH BINTI ELIAS
1. Pekerja Swasta EN. MOHD FIAROLISHAM BIN KHODIR
2. Pekerja Swasta PN. ROHANA BINTI YUSOF
3. Pekerja Swasta EN. FAHIZAN BIN ABDUL RAZAK
4. Pekerja Swasta EN. KAMARUDIN BIN SAID
5. Pekerja Swasta
EN. MAT SAID BIN SAARI
PENGAWAL KESELAMATAN EN. MARZUKI BIN DARUS
1. RL Kawalan Pro SDN. BHD EN. MOHD MUSTAFA BIN MOHD NOOR
2. RL Kawalan Pro SDN. BHD EN. KAMARUDDIN BIN HASHIM
3. RL Kawalan Pro SDN. BHD
4. RL Kawalan Pro SDN. BHD
“MANUSIA YANG BERAKAL ADALAH MANUSIA YANG SUKA MENERIMA NASIHAT
DAN MEMINTA NASIHAT” . UMAR BIN KHATHAB.
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 17
KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
CARTA ORGANISASI SEKOLAH
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 18
KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH
1. JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH
Pengerusi : Puan DG Eryathie Binti Jubili
Guru Besar
Timbalan Pengerusi : Encik Muhamad Sobri bin Abdul Rahim
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : Puan Faridah Binti Mat Noh
Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 2 : Encik Ku Adzrie Bin Ku Adnan
PK Kokurikulum
2. JAWATANKUASA PKB / SKPMg2
Pengerusi : Puan DG Eryathie Binti Jubili
Guru Besar
Setiausaha : Encik Muhamad Sobri bin Abdul Rahim
Penolong Kanan Pentadbiran
Ahli Jawatankuasa : Puan Faridah Binti Mat Noh
PK HEM
: Encik Ku Adzrie Bin Ku Adnan
PK Kokurikulum
Setiausaha SKPMg2 : Pn. Mazni Binti Ismail
Setiausaha Kurikulum : Pn. Nirmala a/p Sivanadam
Setiausaha HEM : Pn. Nur Wahidah binti Mohd Nordin
Setiausaha Kokurikulum: En. Sharifudin Bin Ismail
Guru Data : Pn. Noor Hidayah BintiI Zun @ Abdul Rahman
3. JAWATANKUASA PERANCANGAN SEKOLAH
Pengerusi : Puan DG Eryathie Binti Jubili
Guru Besar
Timbalan Pengerusi : Encik Muhamad Sobri bin Abdul Rahim
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : Puan Faridah Binti Mat Noh
Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 2 : Encik Ku Adzrie Bin Ku Adnan
PK Kokurikulum
Setiausaha : Pn. Mazni Binti Ismail
Bendahari : En. Noratzman Bin Ismail ( Pembantu Tadbir )
Ahli Jawatankuasa : En. Sharifudin Bin Ismail
: En. Mohd Asyraf Bin A Bakar
: Pn. Fauziah Binti Saad
: Pn. Roshida Binti Hashim
: Semua Ketua Panitia
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 19
KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
4. JAWATANKUASA TINDAKAN TATATERTIB
Pengerusi : Guru Besar
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Kurikulum
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 2 : Penolong Kanan Kokurikulum
5. JAWATANKUASA MESYUARAT GURU
Pengerusi : Puan DG Eryathie Binti Jubili
Guru Besar
Timbalan Pengerusi : Encik Muhamad Sobri bin Abdul Rahim
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : Puan Faridah Binti Mat Noh
Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 2 : Encik Ku Adzrie Bin Ku Adnan
PK Kokurikulum
Setiausaha : Pn. Roshida Binti Hashim
Ahli Jawatankuasa : Semua Guru
6. JAWATANKUASA KEWANGAN SEKOLAH
Pengerusi : Puan DG Eryathie Binti Jubili
Guru Besar
Timbalan Pengerusi : Encik Muhamad Sobri bin Abdul Rahim
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : Puan Faridah Binti Mat Noh
Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 2 : Encik Ku Adzrie Bin Ku Adnan
PK Kokurikulum
Setiausaha : En. Noratzman Bin Ismail ( Pembantu Tadbir )
Ahli Jawatankuasa : Pn. Nirmala a/p Sivanadam (S / U Kurikulum)
: En. Mohamad Bukhary Bin Noordin (S / U Sukan)
: Pn. Fauziah Binti Saad (Pra Sekolah)
: Pn. Roshida Binti Hashim (Pemulihan)
: Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran
Juru Audit Dalaman : Pn. Musalmah Binti Mat @ Aziz
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 20
KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
7. JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET KERAJAAN
Pengerusi : Puan DG Eryathie Binti Jubili
Guru Besar
Timbalan Pengerusi : Encik Muhamad Sobri bin Abdul Rahim
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : Puan Faridah Binti Mat Noh
Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 2 : Encik Ku Adzrie Bin Ku Adnan
PK Kokurikulum
Setiausaha : Pn.Nur Wahidah Binti Mohd Nordin (Pegawai Aset)
Ahli Jawatankuasa : Pn. Siti Fitriah binti Latifi (Pegawai Pemverifikasi Stor)
: En. Faisal bin Mohamed Darus (Lembaga Pemeriksa
Pelupusan Stok)
: Pn. Mazni bin Ismail (Lembaga Pemeriksa Pelupusan)
: En. Mohamad Yusof bin Umat (Pegawai Pemeriksa)
: Semua Ketua Panitia Matapelajaran
8. JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH
Pengerusi : Puan DG Eryathie Binti Jubili
Guru Besar
Timbalan Pengerusi : Encik Muhamad Sobri bin Abdul Rahim
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : Puan Faridah Binti Mat Noh
Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 2 : Encik Ku Adzrie Bin Ku Adnan
PK Kokurikulum
Setiausaha : Pn. Farihah BIinti Ishak
Ahli Jawatankuasa : En. Mohamad Yusof Bin Umat
: En. Mohd Fakhzan As Safari Bin Mt Isa
: En. Noratzman Bin Ismail
9. JAWATANKUASA DOKUMENTASI SEKOLAH
Pengerusi : Puan DG Eryathie Binti Jubili
Timbalan Pengerusi : Guru Besar
Naib Pengerusi 1 : Encik Muhamad Sobri bin Abdul Rahim
Naib Pengerusi 2 : Penolong Kanan Pentadbiran
Setiausaha : Puan Faridah Binti Mat Noh
Penolong Kanan HEM
Encik Ku Adzrie Bin Ku Adnan
PK Kokurikulum
En. Sharifudin Bin Ismail
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 21
KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Ahli Jawatankuasa : Pn. Syafinah Binti Mohamad Saad
: En. Mohamad Yusof Bin Umat Mohd
: En. Mohd Fakhzan As Safari Bin Mt Isa
: Pn. Mazni Binti Ismail
: En. Mohd Asyraf Bin A Bakar
10. JAWATANKUASA BUKU PROGRAM / BROSUR / PAMFLET
Pengerusi : Puan DG Eryathie Binti Jubili
Guru Besar
Timbalan Pengerusi : Encik Muhamad Sobri bin Abdul Rahim
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : Puan Faridah Binti Mat Noh
Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 2 : Encik Ku Adzrie Bin Ku Adnan
PK Kokurikulum
Setiausaha : Pn. Izatulnisa Binti Izham
Ahli Jawatankuasa : En. Mohd Fakhzan As Safari Bin Mt Isa
: Pn. Mazni Binti Ismail
: Pn. Aslina Binti Mastor
: Pn. Siti Fitriah Binti Latipi
: Pn. Syafinah Binti Mohamad Saad
11. JAWATANKUASA LADAP
Pengerusi : Puan DG Eryathie Binti Jubili
Guru Besar
Timbalan Pengerusi : Encik Muhamad Sobri bin Abdul Rahim
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : Puan Faridah Binti Mat Noh
Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 2 : Encik Ku Adzrie Bin Ku Adnan
PK Kokurikulum
Setiausaha : Pn. Nur Intan Sabrina Binti Che Arifin
Ahli Jawatankuasa : En. Mohd asyraf bin a bakar
: Pn. Mazni Binti Ismail
: Pn. Noor Hidayah Binti Zun
12. JAWATANKUASA PEMBANGUNAN STAF
Pengerusi : Puan DG Eryathie Binti Jubili
Timbalan Pengerusi : Guru Besar
Naib Pengerusi 1 : Encik Muhamad Sobri bin Abdul Rahim
Naib Pengerusi 2 : Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Faridah Binti Mat Noh
Penolong Kanan HEM
Encik Ku Adzrie Bin Ku Adnan
PK Kokurikulum
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 22
KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Setiausaha : En. Faisal Bin Mohamed Darus
Ahli Jawatankuasa : Pn. Mazni bin Ismail ( KAUNSELING )
: Semua AJK kelab guru
13. JAWATANKUASA ICT
Pengerusi : Puan DG Eryathie Binti Jubili
Guru Besar
Timbalan Pengerusi : Encik Muhamad Sobri bin Abdul Rahim
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : Puan Faridah Binti Mat Noh
Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 2 : Encik Ku Adzrie Bin Ku Adnan
PK Kokurikulum
Setiausaha : En. Mohd Asyraf Bin A Bakar
Ahli Jawatankuasa : Semua guru kelas
JAWATANKUASA i –THINK/KBAT
Pengerusi : Puan DG Eryathie Binti Jubili
: Guru Besar
Timbalan Pengerusi : Encik Muhamad Sobri bin Abdul Rahim
: Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : Puan Faridah Binti Mat Noh
: Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 2 Encik Ku Adzrie Bin Ku Adnan
PK Kokurikulum
Setiausaha En. Abdul Aziz Bin Zakaria
Ahli Jawatankuasa
En. Faisal Bin Mohamed Darus
Penyelaras PAK 21 : Pn. Fauziah Binti Saad
Penyelaras Tahap 1 : Pn. Nirmala A/P Sivanadam
Penyelaras Tahap 2 : En. Mohamad Yusof Bin Umat
Keagungan peribadi anda terletak pada kesediaan anda untuk memberi bila
beruntung untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 23
KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
TUGAS-TUGAS KHAS
1 Pegawai Aset : Pn. Nur Wahidah Binti Moh
En. Mohamad Yusof Bin Umat
2 Peg Pemeriksa Harta Modal / Inventori 1 : En. Noratzman Bin Ismail
En. Faisal bin Mohamed Darus
3 Peg Pemeriksa Harta Modal / Inventori 2 : Pn. Mazni bin Ismail
Pn. Aslina Binti Mastor
4 Lembaga Pemeriksa Pelupusan Stok : Pn. Nurul Shahidah Binti Abd Rahim
Pn. Mazni Binti Ismail
5 Ahli Lembaga Pemeriksa Pelupusan : Pn. Izatulnisa Binti Izham
Pn. Zunaidah Binti Husain
6 Bilik Mesyuarat : Pn. Syafinah Binti Mohamad Saad
En. Azrin Bin Abdullah
7 Bilik Tayangan : En. Mohamad Bukhary Bin Noordin
En. Abdul Aziz Bin Zakaria
8 Bilik Kaunseling : En. Mohamad Yusof Bin Umat
Pn. Rosnah Binti Hassan
9 Bilik SAL : En. Roslan Bin Md Ali
Pn. Musalmah Binti Mat @ Aziz
10 Bilik Rawatan : Pn. Roshida Binti Hashim
Pn. Siti Fitriah Binti Latipi
11 Bilik Guru :
En. Mohd Asyraf Bin A Bakar
12 Makmal Sains :
Pn. Nirmala A/P Sivanadam
13 Stor Sukan :
14 Bilik BOSS :
15 Bilik Pengawas :
16 Bilik Muzik :
17 Bilik Kemahiran Hidup :
18 Surau :
19 Bilik Pemulihan :
20 Bilik j-Qaf :
21 Bilik makmal komputer :
22 Bilik Seni :
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 24
KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
TAKWIM 2022
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1lpOIcA7BP28CRj0UX_hakvckVx4y4aG7Qi2CkrG5_3g/ed
it?usp=drivesdk
DATA SKPMg2
https://datastudio.google.com/u/0/reporting/59f4a431-eb23-4140-8090-c6a53781e726/page/69T
kC
ANALISIS DATA PBD
https://datastudio.google.com/u/0/reporting/c26ff83b-5a2e-487a-ba8d-47c79f34941e/page/4XDl
C
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 25
KBA 8021 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
HALATUJU PENDIDIKAN KE ARAH MEREALISASIKAN
AGENDA TRANSFORMASI NEGARA
Perancangan Pengurusan SK Teloi Timur 26