The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eryathie, 2021-10-28 21:56:52

BUKU PROGRAM PIBG-WORD

BUKU PROGRAM PIBG-WORD

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR,
09300 KUALA KETIL,
KEDAH DARUL AMAN.

MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PIBG

KALI KE-37

2021

1

ISI KANDUNGAN

ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 37 8
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 37 13
UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR
UCAPAN ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 2
AJK PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN & SUMBANGAN PIBG 2020/2021
PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR 31 DISEMBER 2020
JAWATANKUASA PELAKSANA
MEMBAHASKAN USUL DAN CADANGAN 2021

3

9.00 pagi ATURCARA MAJLIS

9.30 pagi • Capaian aplikasi Google Meet diberikan melalui Aplikasi
10.00 pagi Whatsapp group kelas.

• Dalam Aplikasi Google Meet
• Ucapan Alu-Aluan Pengacara Majlis
• Bacaan Doa
• Ucapan YDP PIBG:

EN. KHAIRUNNIZAM B. MOHAMAD DAUD
• Ucapan Guru Besar:

PN. DG ERYATHIE BT JUBILI
• Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada AJK PIBG
• Ucapan Perasmian:

TUAN SYED MUHAMAD RIDZUAN BIN SYED NORDIN
(PENGURUS FELDA TELOI TIMUR)
• Penyampaian Cenderahati Kepada Perasmi
• Penyampaian Cenderahati dan Sijil kepada
• TUAN KHAIRUL RIJAL BIN HAJI ISMAIL (PENOLONG
PPD PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN)-RISS SEKOLAH
SK TELOI TIMUR
• Ucapan dan Laporan PK Pentadbiran:
EN. MUHAMAD SOBRI BIN ABDUL RAHIM
• Ucapan dan Laporan PK HEM:
PN. FARIDAH BINTI MAT NOH
• Ucapan dan Laporan PK Kokurikulum:
EN. KU ADZRIE BIN KU ADNAN
• Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-37 SKTT
• Majlis Bersurai

4

AGENDA MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI KE-37

• UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PIBG SK
TELOI TIMUR

• MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36

• PERKARA BERBANGKIT
• MEMBENTANG PENYATA KEWANGAN PIBG

2020
• LAPORAN AKTIVITI/SUMBANGAN PIBG

TAHUN 2020/2021

• JAWATANKUASA PIBG BAGI TAHUN
2019/2020 DIKEKALKAN

• MEMBAHAS USUL
• HAL-HAL LAIN
• UCAPAN PENANGGUHAN

5

KATA ALU-ALUAN

GURU BESAR

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang saya hormati Tuan Syed Muhamad Ridzuan bin Syed Nordin selaku perasmi Mesyuarat
Agung PIBG pada hari ini. Yang saya hormati Penolong PPD Pentaksiran dan Peperiksaan
Tuan Khairul Rijal bin Haji Ismail. Yang Berusaha Tuan Khairunnizam bin Mohamad Daud
Yang Dipertua PIBG SK Teloi Timur. Yang Berusaha En Muhamad Sobri Bin Abdul Rahim,
Penolong Kanan Pentadbiran, Yang Berusaha Pn Faridah binti Mat Noh Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, Yang Berusaha En Ku Adzrie bin Ku Adnan, Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan guru-guru Sk Teloi Timur, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG Sk Teloi Timur seterusnya
ibubapa/waris yang saya kasihi sekalian.

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat berkumpul
secara maya sempena Mesyuarat Agung PIBG Sk Teloi Timur Kali Ke-37 bagi tahun 2021 ini.
Sesungguhnya, jauh di sudut hati saya, saya mengimpikan mesyuarat ini dilakukan secara
bersemuka kerana sejak saya mengemudi SK Teloi Timur, saya belum berkesempatan bersua
muka, beramah mesra dengan para ibubapa/waris di sekolah ini. Namun apakan daya,
pandemik Covid-19 menjadi kekangan bukan sahaja kepada kita bahkan kepada masyarakat
seluruh dunia. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini. Kehadiran
ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk
mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tidak
dilupakan juga sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang berhempas
pulas dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis kali ini.

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menggariskan
hala tuju penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam 3 gelombang iaitu Gelombang 1 (2013-
2015) : Menyokong penglibatan ibu bapa dan inisiatif sektor swasta, Gelombang 2 (2016-
2020) : Memantapkan penglibatan dan Gelombang 3 (2021-2025) : Menggalakkan lebih
banyak inovasi daripada sektor swasta.

Namun pada tahun 2020 dan 2021 menyaksikan negara telah dilanda penularan wabak
Covid-19. Persoalannya, adakah keadaan ini akan membantutkan hala tuju penglibatan ibu
bapa dan sektor swasta terhenti begitu sahaja? Sudah tentulah jawapannya tidak. Malah
3 gelombang yang telah digariskan itu perlu dilaksanakan dengan lebih pantas demi
memastikan semua murid berpeluang untuk mengecapi kejayaan. Tiada sebarang istilah
halangan bagi kita dalam menempuh perjalanan membina kemenjadian murid. Malah

6

semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa dan komuniti perlu berinteraksi dalam
memastikan kemenjadian murid dapat dicapai melalui penyediaan persekitaran
pembelajaran yang sesuai.
Umumnya mengetahui bahawa kefahaman sekolah menjadi tempat pembelajaran murid
sudah tidak relevan lagi malah proses pembelajaran di rumah (PDPR) yang diperkenalkan
oleh KPM mulai tahun 2020 mengukuhkan lagi kefahaman di atas. Kementerian
Pendidikan Malaysia (2013, Ekshibit 7-11) menakrifkan sistem pembelajaran ialah sesuatu
proses pembelajaran boleh berlaku melangkaui kawasan sekolah dan boleh berlaku di
rumah dan dalam komuniti. Untuk itu, sekolah mesti menyediakan jalinan hubungan kerja
positif antara sekolah dengan ibu bapa dan komuniti. Kita perlu fahami bahawa apabila
disebut Ekosistem Pembelajaran ia bermaksud murid dapat merasai suasana dan ruang
belajar melalui teknologi, pandangan dunia, kuasai pemikiran kritikal, reflektif
pengalaman persekitaran murid, interaksi sosial seperti filem kehidupan, talian internet,
buku-buku, keluarga, kawan- kawan dan komuniti.
Oleh yang demikian, kemenjadian murid di atas boleh dipacu secara komunikasi dua hala
antara sekolah dengan kerjasama ibu bapa yang dapat diterjemahkan melalui rasa
tanggungjawab yang dikongsi bersama antara ibu bapa dan guru bagi memastikan
pembelajaran berkualiti untuk murid, meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membantu
pembelajaran murid dan memperluaskan peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam
meningkatkan keberhasilan anak-anak mereka.
Manakala kemenjadian murid juga boleh dicapai secara kerjasama sekolah dengan
komuniti melalui rasa sukarela daripada pertubuhan-pertubuhan dalam komuniti untuk
menyediakan pelbagai perkhidmatan dan memberi manfaat kepada sekolah setempat dan
menggalakkan pelibatan murid dalam pertubuhan dan aktiviti komuniti serta mendapat
pengajaran penting melalui proses tersebut.

Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah
memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Hanya
dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat
terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum.

Akhir sekali anak-anak merupakan aset utama yang akan mencorak masa depan negara.
Seluruh warganegara perlu menjadi contoh yang baik di samping mendidik serta membimbing
kanak-kanak agar lahir menjadi insan yang terpandu lahiriah dan batiniah mereka.

Rasulullah SAW bersabda:
‘Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang
bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan
Majusi’(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Justeru, seluruh masyarakat khususnya ibu bapa dan guru perlu saling bantu-membantu bagi
mencorak generasi yang cemerlang di masa hadapan.

Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

Sekian, terima kasih

………………………………………
DG ERYATHIE BT JUBILI
Guru Besar
SK Teloi Timur

7

KATA ALU-ALUAN

YANG DIPERTUA PIBG

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, dengan rasa syukur saya dahulukan kehadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya
dapat saya menitipkan sepatah dua kata diruangan ini sebagai perkongsian bersama-sama
dalam mendokong misi dan visi Sekolah Kebangsaan Teloi Timur.
Syukur Alhamdulillah kerana nadi kita masih berdenyut dengan baik. Pendemik Covid-19
menuntut kita semua untuk sama-sama berkorban secara total dalam usaha menghapuskan
ancaman virus ini. Marilah kita dengan suci hati dan ikhlas dalam usaha murni ini, sekiranya
ada sebarang kekurangan atau kelemahan dari aspek, peralatan, komunikasi dan hebahan
maklumat perlu sama-sama kita cuba tangani secara berhemah.
Saya selaku YDP PIBG sekolah ini, sangat-sangat berterima kasih atas segala kerjasama,
sumbangan idea dan tenaga yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan
kakitangan serta ibu bapa, waris/penjaga yang sentiasa sama-sama senang,sama-sama susah
dalam menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG.
Akhir bicara, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Mudah-mudahan
pengorbanan dan niat murni kita semua membuahkan kejayaan kepada anak-anak.
Sekian, terima kasih.

………………………………………
KHAIRUNNIZAM BIN MOHAMED DAUD
Yang Dipertua PIBG
SK Teloi Timur

8

SENARAI AHLI JAWATANKUASA
PIBG SESI 2019/2020

BIL NAMA JAWATAN
1 PN. DG ERYATHIE BINTI JUBILI PENASIHAT
2 EN KHAIRUNNIZAM BIN MOHAMAD DAUD YDP
3 EN MOHAMAD SHUKRI BIN TALIB NYDP
4 PN. NOOR HIDAYAH BT ZUN@ABDUL RAHMAN SETIAUSAHA
5 PN ROSNAH BINTI HASSAN BENDAHARI
6 EN MD MARLIZAM BIN SELAMAT AJK WARIS
7 EN RUZAIMI BIN SAUD AJK WARIS
8 EN BASRI BIN CHE MOHAMMED AJK WARIS
9 EN KHAIRUL ANUAR BIN MD NAYAN AJK WARIS
10 PN WAN RIZAWATI BT WAN ABDUL AZIZ AJK WARIS
11 PN NORSUZANALIZA BINTI HASHIM AJK WARIS
12 PN YUSSHAHILA BINTI MAT YUSOF AJK WARIS
13 PN NORIZAN BINTI ZAINUDIN AJK WARIS
14 PN MAZNI BT ISMAIL AJK GURU
15 EN SHARIFUDIN BIN ISMAIL AJK GURU
16 EN MOHD ASYRAF BIN A. BAKAR AJK GURU
17 EN SHAMIL BIN HUSSIN AJK GURU
18 PN FAUZIAH BT SAAD AJK GURU
19 CIK NUR NAZUHA BINTI ISMAIL AJK GURU
20 PN ROSHIDA BINTI HASHIM AJK GURU
21 PN SYAFINAH BINTI MOHAMAD SAAD AJK GURU
22 PN SITI ZUBAIDAH BT AHMAD PEMERIKSA KIRA-KIRA
23 PN ASLINA BT MASTOR PEMERIKSA KIRA-KIRA

9

10

11

12

LAPORAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG SESI 2020/2021

1. Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-36 pada
tahun 2020.
2. Mengadakan mesyuarat AJK PIBG sebanyak 4 kali pada
tahun 2020/2021.
3. Mengadakan gotong-royong keceriaan Bilik PIBG sekolah.
4. Memberi sumbangan dan membantu pihak sekolah
menjayakan sukan tahunan bagi tahun 2020.
5. Sumbangan pembinaan pentas sekolah di tapak
perhimpunan sekolah.
6. Sumbangan kepada pasukan hoki sekolah.
7. Sumbangan kepada pasukan bola sepak sekolah.
8. Sumbangan keceriaan Bilik PIBG sekolah.
9. Sumbangan alat tulis kepada semua murid SKTT pada
awal tahun 2021.
10. Sumbangan hadiah persaraan Cikgu Othman Bin Ramli.
11. Sumbangan hadiah persaraan Cikgu Yahaya Bin Ismail.

13

14

JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 37

TARIKH : 30 OKTOBER 2021 (SABTU)
MASA : 10 PAGI
TEMPAT : GOOGLE MEET

Penasihat : Pn. Dg Eryathie Bt Jubili (Guru Besar)
(YDP PIBG)
Pengerusi : En. Khairunnizam B. Mohamad Daud (PK Pentadbiran
(PK HEM)
Naib Pengerusi : En. Muhamad Sobri Bin Abdul Rahim (PK Kokurikulum)

: Pn. Faridah Binti Mat Noh

: En. Ku Adzrie Bin Ku Adnan

Setiausaha : Pn. Noor hidayah Bt Zun@Abdul Rahman

Bendahari : Pn Rosnah Bt. Hassan

PENDAFTARAN (GOOGLE FORM) BUKU PROGRAM
En. Mohamad Bukhary B. Noordin (K) Pn. Noor hidayah Bt Zun@Abdul Rahman (K)
En. Abdul Aziz B. Zakaria Pn. Nirmala A/P Sivanadam
En. Roslan B. Md Ali Pn. Fauziah Bt Saad
En. Mohamad Shukri B. Talib
En Khairul Anuar B. Md Nayan PENCATAT MINIT
Pn. Roshida Bt Hashim (K)
PENGACARA MAJLIS Cik Nur Nazuha Bt Ismail
Pn. Mazni Bt Ismail Pn. Nurul Shahidah Bt Abd Rahim
Pn. Syafinah Bt Mohamad Saad
BACAAN DOA
En. Mohd Nabil B. Othman SLAID AGENDA MESYUARAT
En. Mohamad Yusof B. Umat (K)
ADMIN GOOGLE MEET En. Faisal B. Mohamed Darus
En. Mohd Asyraf B. A. Bakar (K) En. Mohd Shamil B. Hussin
En. Azrin B. Abdullah En. Basri B. Che Mohammed
En. Mohd Fakhzan As Safari B. Mt Isa
CENDERAMATA
JEMPUTAN Pn. Izatulnisa Bt Izham (K)
Pn. Noor hidayah Bt Zun@Abdul Rahman (K) Pn. Nur Intan Sabrina Bt Che Arifin
Pn. Zunaidah Bt Husain Pn. Siti Fitriah Bt Latipi
En. Noratzman B. Ismail Pn Wan Rizawati Bt Wan Abdul Aziz
En. Md Marlizam B. Selamat Pn Norsuzanaliza Bt Hashim
En Ruzaimi B. Saud Pn Yusshahila Bt Mat Yusof
Siti Zubaidah Bt Ahmad
DOKUMENTASI
Pn. Nur Wahidah Bt Mohd Nordin (K) USUL IBU BAPA
Pn. Farihah Bt Ishak Pn. Noor hidayah Bt Zun@Abdul Rahman (K)
Pn. Aslina Bt Mastor
JURU GAMBAR Pn. Azizah Bt Mansor
En. Sharifudin B. Ismail Pn Norizan Bt Zainudin

15

MEMBAHASKAN USUL DAN
CADANGAN 2021

1.Cadangan supaya semasa sesi pdpr guru menggunakan
platform video call bersama murid, 5 orang murid dalam satu
masa.
Pencadang: Pn. Rasidah BT Sepehee
Keputusan: ________________________________

16

SEKALUNG BUDI

Persatuan Ibu Bapa & Guru Sekolah
Kebangsaan Teloi Timur merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada waris, AJK PIBG
dan semua guru serta kakitangan SK

Teloi Timur.

17

Terima kasih….

18


Click to View FlipBook Version