The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini berkisarkan dua orang adik beradik yang mengikut ayahnya masuk ke hutan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR ALIA MAISARAH BINTI KAMARULZAMAN IPG-Pelajar, 2024-03-26 12:07:51

Sesat Di Hutan

Buku ini berkisarkan dua orang adik beradik yang mengikut ayahnya masuk ke hutan.

Keywords: Sesat

Pada zaman dahulu ada sepasang suami isteri. Mereka tinggal di dalam sebuah kampung. Mereka mempunyai dua orang anak. Anak sulung seorang perempuan bernama Mina. Anak kedua seorang lelaki bernama Adim. Mereka sangat pandai.


Si ayah bekerja sebagai pencari rotan di dalam hutan. Si ibu berkebun di belakang rumah mereka. Mina dan Adim selalu membantu ibu berkebun.


Suatu hari si ayah mengajak mereka ke hutan. Mina dan Adim sangat gembira kerana sudah lama mereka mahu mengikut ayah masuk ke hutan. Mereka bangun awal untuk bersiap. Ibu menyediakan bekal untuk mereka bertiga.


Ibu juga sentiasa berpesan “Jangan berjalan jauh dari ayah dan lalai semasa di dalam hutan” . Dalam perjalanan, mereka sangat peka dan berhati-hati. Mereka tidak pernah berjauhan daripada ayah.


Akhirnya mereka sampai di sebatang anak sungai. Airnya sangat jernih dan sejuk. Ayah berkata, “Kita akan berehat dan makan di sini” . Mina dan Adim terus membuka bekal mereka. Mereka makan bersama-sama sambil berbual-bual.


Sesudah makan, ayah bersandar di sebatang pokok lalu terlelap. Mina dan Adim bermain di tepi sungai. Tiba-tiba Adim menjerit, “Kakak tengok tu! Ada rama-rama besar dan cantik” . Mina memandang terus ke tempat yang ditunjukoleh Adim.


“Ya la Adim. Cantiknya, mari kita pergi tangkap” , kata Mina kepada Adim. Mereka segera berlari bersama-sama menujuk ke arah rama-rama itu. Rama-rama terbang semakin jauh. Mereka terus mengejar. Tanpa mereka sedar, mereka telah jauh ke dalam hutan.


Mereka mula berasa penat. Mereka berhenti untuk berehat. Mina memandang ke belakang, “Adim!, kita dah sesat. Ayah tidak ada” , jerit Mina kepada Adim. Adim dengan mata yang terkebil-kebil terus menangis.


Mina cuba memujuk adiknya supaya berhenti menangis. Mina memandang ke langit. Matahari sangat terik. Mina memimpin tangan Adim dan duduk di bawah sebatang pokok. Sambil itu, Mina berfikir cara untuk pulang.


Tiba-tiba, Mina mendapat satu fikiran. Dia teringat kepada sungai tempat mereka berehat bersama ayah mereka tadi. Mina cuba ingatkan arah air yang mengalir ketika mencuci tangan sebelum makan bekal.


Mina ingat air mengalir ke arah matahari tenggelam. Jadi sekiranya mereka ikut aliran air sungai pasti mereka akan dapat kembali semula ke tempat berehat tadi.


“Jom dik, kakak tahu jalan pulang. Mari ikut kakak” , kata Mina dengan yakin. Mereka berjalan mengikut aliran air sungai. Selepas satu jam, akhirnya merekaberjaya kembali ke tempat tadi.


Selepas satu jam, akhirnya mereka berjaya kembali ke tempat tadi. Sampai sahaja di rumah, mereka menceritakan apa yang telah berlaku. Ibu bersyukur dan memuji Mina dan Adim kerana bijak mencari jalan pulang.


Pengajaran cerita: Sentiasa mendengar pesanan ibu bapa. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling Kosa kata baru: Lalai - tidak hati-hat Terlelap - tertidur Terik - panas amat sangat


Click to View FlipBook Version