MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KETIGA
2021
SMK PROTON CITY
11 SEPTEMBER 2021
SABTU
10:00 PAGI
Lokasi : Kediaman masing-masing
Medium: Google Meet
Kandungan
Kata Alu-aluan Pengetua SMK Proton City
ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya kita
dapat bersama-sama di dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-3
tahun 2021 ini. Tahun 2020, kita tidak dapat melaksanakan
Mesyuarat Agong kerana pematuhan arahan MKN. Kita perlu akur
kepada Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan demi
memastikan kita kembali kepada norma yang biasa.
Tuan/Puan yang dihormati,
Untuk makluman semua, negeri Perak masih lagi berada di
dalam Fasa 2, Pelan Pemulihan Negara. Oleh itu, hanya pelajar kelas
peperiksaan sahaja yang akan hadir ke sekolah sekiranya sekolah
dibuka pada bulan Oktober nanti. Sehubungan itu, murid-murid dari
Tingkatan 1 hingga 4 akan terus belajar secara dalam dan luar talian
melalui pengajaran dan pembelajaran dari rumah. Saya sedar semua
warga pendidik dan ibu bapa merasakan pengajaran dan
pembelajaran secara bersemuka lebih menguntungkan tetapi kita
perlu akur pada SOP yang telah ditetapkan.
Namun begitu, ini bukanlah alasan untuk kita menyerahkan
segalanya kepada keadaan. Untuk makluman, pihak Jabatan
Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia tetap
memantau dan mengarahkan sekolah meneruskan aktiviti kurikulum
dan kokurikulum seperti biasa. Peperiksaan dalam talian akan
dilaksanakan untuk memantau perkembangan dan pencapaian
akademik anak-anak. Manakala aktiviti kokurikulum dalam talian
terus berjalan bagi menyumbang markah PAJSK anak-anak.
Alhamdulillah, telah banyak kecemerlangan dan kejayaan yang
pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang kurikulum mahu pun
dalam bidang kokurikulum. Kejayaan dan kecemerlangan ini
menggambarkan usaha guru-guru disertai sokongan ibubapa yang
tidak pernah putus-putus dalam mendidik anak-anak di zaman yang
mencabar ini.
Piihak sekolah amat berterima kasih kepada PIBG yang sentiasa
menyokong pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai aktiviti
akademik dan bukan akademik. Sumbangan PIBG dalam
menjayakan semua aktiviti adalah hasil sumbangan ibu bapa kepada
tabung PIBG. Untuk itu, saya menyeru kepada ibu bapa agar terus
menyumbang kepada tabung PIBG untuk kita sama-sama terus
menjana dan merancang pelbagai aktiviti kecemerlangan anak-
anak.
Tuan/Puan yang dihormati sekalian,
Kecemerlangan SMK Proton City bukan sahaja bergantung
kepada hebatnya guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir
mengurus sekolah, tetapi perlu seiring dengan komitmen ibu bapa.
Apatah lagi sekarang apabila 100% masa murid-murid adalah di
bawah pengawasan ibu bapa. Saya ingin merayu kepada semua ibu
bapa supaya memantau pelibatan anak-anak terutamanya di dalam
kelas. Ibu bapa juga diharap dapat menggalakkan anak-anak terlibat
dalam aktiviti kokurikulum. Pihak sekolah sentiasa melakukan yang
terbaik untuk memudahkan urusan murid-murid, namun ibu bapa
juga perlu memainkan peranan dalam usaha menyokong aspirasi
sekolah.
Akhir kata, sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin
merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir
secara maya di dalam majlis pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa
menggambarkan kesungguhan dan komitmen dalam meningkatkan
kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan. Sekian, terima
kasih.
ﻭﺑﺎﻟﻠﻪ ﺗﻮﻓﻴﻖ ﻭﺍﻟﻬﺪﺍﻳﺔ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻭﺭﺣﻤﺔ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺑﺮﻛﺎﺗﻪ
ZALINA BINTI AHMAD
Pengetua Cemerlang
SMK Proton City
Kata Alu-aluan YDP PIBG SMK Proton City
ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻭﺭﺣﻤﺔ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺑﺮﻛﺎﺗﻪ
dan salam sejahtera
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat
dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,
keluarga serta para sahabatnya. Dalam kesempatan ini, ingin saya
memanjatkan kesyukuran ke hadrat IIahi kerana dengan izin-Nya
dapat kita bersama-sama mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Proton City 2021 buat kali ketiga.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan persatuan yang
bertanggungjawab memikul amanah serta membantu menggilap
kecemerlangan anak-anak dan memperkasakan SMK Proton City.
Komitmen yang padu dalam kalangan anggota PIBG akan
menjanjikan kejayaan dan kepuasan bagi melahirkan insan
cemerlang iaitu bangsa Malaysia yang bertanggungjawab dan
berbakti untuk agama, nusa dan bangsa.
Sebuah sekolah yang mencapai kejayaan dan melebih sasaran
dalam bidang akademik dan kokurikulum sesungguhnya disokong
oleh kemantapan PIBG. Melalui PIBG, diharap semua pihak dapat
mencambahkan idea-idea bernas serta buah fikiran yang berupaya
meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum SMK Proton
City bagi melahirkan insan kamil yang bertepatan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Saya yakin bahawa segala program yang telah dirancang dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Semua pihak khususnya PIBG
haruslah memainkan peranan yang lebih efektif untuk
kecemerlangan murid-murid dan SMK Proton City. Marilah kita
sama-sama mendokong dan membuat perancangan rapi bagi
memajukan PIBG SMK Proton City selari dengan perubahan arus
perdana hari ini. Usaha dan penambahbaikan berterusan perlu
dilakukan segera agar kita tidak akan ketinggalan. Kesepaduan
dalam permuafakatan yang tinggi daripada warga PIBG SMK Proton
City amat diperlukan bagi menjayakan setiap program yang akan
dilaksanakan nanti. Semoga budaya kerja cemerlang sentiasa
direalisasikan.
Akhir kata ,saya amat berharap barisan peneraju PIBG yang akan
dilantik bagi sesi 2020/2021 bersikap proaktif dalam merangka dan
melaksanakan program PIBG yang mampu menjana kecemerlangan
SMK Proton City.
ﻭﺑﺎﻟﻠﻪ ﺗﻮﻓﻴﻖ ﻭﺍﻟﻬﺪﺍﻳﺔ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻭﺭﺣﻤﺔ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺑﺮﻛﺎﺗﻪ
FERDAUS BIN MOHNI
YDP PIBG SMK Proton City
Sesi 2019 / 2020
SENARAI NAMA AJK PIBG 2020 / 2021
Yang Dipertua : En . Ferdaus bin Mohni
Naib Yang Dipertua : Ts. Khairul Anuar bin Hasnan
Setiausaha : Pn. Norlela binti Yusof
Penolong Setiausaha : Pn. Norehan binti Abdul Rahman
Bendahari : Cik Alifahtul Wahida binti Musa
Penolong Bendahari : Pn. Noor Aishah binti Harun
AJK Guru :
1. En. Mohd Faudzi bin Jamaludin
2. En. Abd Malek bin Selamat
3. En. Nallatamby A/L Nalliah
4. Pn. Nurun Nadzira binti Jamaludin
AJK Ibu Bapa :
1. En. Rainnie bin Amisani
2. En. Mohd Sabri bin Mohd Shahid
3. En. Zakaria bin Abdullah
4. En. Shaiful Azhar bin Ahmad Biza
5. En. Mohlis bin Bandi
6. Pn. Sarimah binti Jamaludin
7. Pn. Sabina Benjamin
Juru Audit :
1. En. Ahmad Firdaus bin Adam
2. Pn. Shamsinah binti Salleh
AGENDA MESYUARAT PIBG SMK PROTON CITY
1.Ucapan Pengetua
2.Ucapan Yang Dipertua PIBG
3.Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat
Agung Kali Kedua 2019
4.Perkara berbangkit
5.Membentang dan mengesahkan Laporan Aktiviti dan
Laporan Kewangan
6. 2020 / 2021
7.Membahaskan usul dan cadangan
8.Pembubaran AJK PIBG 2020 / 2021
9.Pelantikan AJK PIBG SMKPC 2021 / 2022
10.Hal-hal lain
11.Ucapan Penangguhan
JAWATANKUASA PENGELOLA
MESYUARAT AGUNG PIBG SMK PROTON CITY
KALI KETIGA 2021
Tarikh : 11 September 2021 ( Sabtu )
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Google Meet (Kediaman masing-masing)
Pengerusi : En . Ferdaus bin Mohni
(Yang Dipertua PIBG SMK Proton City)
: Pn. Zalina binti Ahmad
(Ex-Officio PIBG / Pengetua SMK Proton
City)
Naib Pengerusi : Ts. Khairul Anuar bin Hasnan
Setiausaha : Pn. Norlela binti Yusof
Naib Setiausaha : Pn. Norehan binti Abdul Rahman
Bendahari : Cik Alifahtul Wahida binti Musa
Naib Bendahari : Pn. Noor Aishah binti Harun
JAWATANKUASA PENGELOLA
MESYUARAT AGUNG PIBG SMK PROTON CITY
KALI KETIGA 2021
Bacaan Doa : En. Abdul Aziz Lufti bin Mohamed
Penyusunan Buku : Pn. Norlela binti Yusof
Mesyuarat Agung Cik Alifahtul Wahida binti Musa
Buku Mesyuarat Digital : Pn. Zunita binti Mohamad Maskor
Hos Mesyuarat. : En. Abdul Malek bin Selamat
Pengerusi Sementara Lantikan : En. Azhari bin Abdullah Sani
AJK PIBG 2021/2022
Borang Pendaftaran Ibu Bapa. : En. Ahmad Haniff bin Abdul
& Guru Zubiar
Pencatat Minit :
1. Pn. Noor Aziha binti Ibrahim
2. Pn. Noor Hidayah binti Ab Talib
3. Pn. Nurun Nadzira binti Jamaludin
4. Pn. Nor Azurawanis binti Che Azim
Publisiti:
1. En. Syahridzuan bin Adali
2. En. Alias bin Haron
3. En. Shaiful Azhar bin Ahmad Biza
4. En. Mohlis binBandi
Borang usul / cadangan daripada ibu bapa telah
dihantar melalui grup pemuafakatan ibu bapa
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 pada 18 Mei 2021