Mengurangkan Bengkak Payudara • Bantu ibu mengurangkan bengkak dengan mengeluarkan susu daripada payudara.Ini dapat: – Mengurangkan ketidakselesaan ibu. – Mengelak komplikasi seterusnya seperti radang payudara (mastitis) dan bengkak bernanah. – Membantu untuk memastikan penghasilan susu berterusan. – Memastikan bayi boleh menerima susu ibu. 51 Session 12 : Breast and Nipple Conditions Ministry of Health Malaysia
Saluran Susu Tersumbat Dan Radang Payudara (Mastitis) 52 Session 12 : Breast and Nipple Conditions Ministry of Health Malaysia
53 Session 12 : Breast and Nipple Conditions Ministry of Health Malaysia 53
Sebab-sebab Saluran Susu Tersumbat atau Radang Payudara (Mastitis) • Susu tidak dikeluarkan dengan sebaiknya dari sebahagian atau keseluruhan payudara • Tekanan , kerja yang berlebihan • Trauma pada payudara • Puting merekah Boleh disebabkan oleh: • Penyusuan tidak kerap • Penghisapan yang tidak berkesan • Tekanan daripada pakaian • Tekanan daripada jari ibu semasa menyusu • Susu tidak dikeluarkan dengan baik pada payudara yang besar. • Akan mengurangkan kekerapan dan jangkamasa penyusuan • Tisu payudara yang rosak, boleh berlaku walaupun pada peringkat kanak-kanak • Akan menyebabkan jangkitan bakteria 54 Session 12 : Breast and Nipple Conditions Ministry of Health Malaysia
Pengendalian saluran susu tersumbat atau radang payudara Penilaian: • Aspek yang penting dalam rawatan ialah memperbaiki pengaliran susu dari bahagian payudara yang terlibat. Cari punca yang menyebabkan pengaliran susu yang tidak lancar dan perbetulkannya. – Perhatikan penyusuan ibu. • Lihat sama ada jari ibu menekan pada bahagian tertentu payudara yang menyekat pengaliran susu. – Jika payudara terlalu besar, • cadangkan pada ibu untuk mengangkat atau mengampu payudaranya semasa menyusu agar pengaliran susu lancar di bahagian bawah payudara. – Nilai kekerapan penyusuan. – Periksa jika ada tekanan disebabkan pakaian yang ketat • terutama pada waktu malam atau kecederaan pada payudara. 55 Session 12 : Breast and Nipple Conditions Ministry of Health Malaysia
Rawatan: • Terangkan kepada ibu bahawa ibu MESTI mengeluarkan susu dengan lebih kerap. – Cara yang terbaik ialah dengan meneruskan penyusuan dengan kerap. • Pastikan bayi melekap dengan betul. • Memberi bayi menyusu pada payudara yang terlibat (jika tidak terlalu sakit) terlebih dahulu supaya dapat membantu melancarkan pengaliran susu dari saluran yang tersumbat. • Bantu pengaliran susu ibu dengan: – urutan lembut di bahagian yang tersumbat ke arah puting sebelum dan sewaktu bayi menyusu. • Letakkan tuala suam dan lembap sebelum menyusu. • Periksa pakaian ibu terutama coli dan pastikan tidak ketat. 56 Session 12 : Breast and Nipple Conditions Ministry of Health Malaysia 56 Pengendalian saluran susu tersumbat atau radang payudara
Rawatan: • Terangkan kepada ibu bahawa ibu MESTI : – Ibu perlu berehat bersama bayi supaya bayi dapat menyusu dengan kerap. – Ibu juga perlu minum air dengan mencukupi. – Ibu yang bekerja digalakkan mengambil cuti sakit jika boleh. – Lakukan pemerahan susu ibu jika bayi tidak mahu menyusu dengan kerap. • Jika susu tidak dikeluarkan ketulan akan menjadi lebih sakit dan boleh menyebabkan ia bernanah. 57 REHATKAN IBU, BUKAN PAYUDARA Session 12 : Breast and Nipple Conditions Ministry of Health Malaysia Pengendalian saluran susu tersumbat atau radang payudara
Rawatan ubatan untuk Mastitis • Ubat anti keradangan untuk mengurangkan gejala radang payudara (mastitis): – contohnya Ibuprofen jika ada atau – ubat analgesik ringan contohnya paracetamol. • Antibiotik diberikan jika: – Ibu mengalami demam selama 24 jam atau lebih. – Terdapatnya kemungkinan jangkitan contohnya pada puting yang merekah. – Gejala pada ibu tidak berkurangan dalam masa 24 jam walaupun pengaliran susu ibu telah berjalan lancar. – Jika keadaan ibu semakin teruk. Rujuk kepada doktor. 58 Session 12 : Breast and Nipple Conditions Ministry of Health Malaysia
Ringkasan Pengendalian saluran susu tersumbat atau Mastitis PERTAMA • Perbaiki pengeluaran susu daripada payudara Lihat penyebab dan perbetulkan: – Pelekapan yang salah – Tekanan daripada pakaian atau jari tangan • Susu tidak dikeluarkan dengan baik pada payudara yang besar. Nasihat: – Penyusuan kerap – Urutan lembut ke arah puting payudara – Tuam panas Mungkin boleh membantu: – Mulakan penyusuan pada payudara yang tidak sakit. – Pelbagaikan posisi penyusuan KEMUDIAN Jika semua perkara ini berlaku: – Simptom yang teruk ,atau – Luka , atau – Tiada perubahan selepas 24 jam Kemudian rawat juga dengan: – Antibiotik – Rehat sepenuhnya – Analgesia (paracetemol) 59 Session 12 : Breast and Nipple Conditions Ministry of Health Malaysia
Bengkak payudara yang bernanah (Breast Abscess) • Jika radang payudara tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan bengkak bernanah pada payudara. – Payudara menjadi bengkak, sakit serta dipenuhi dengan nanah. • Ianya perlu dikeluarkan dengan menggunakan picagari atau melalui pembedahan kecil. • Ibu boleh meneruskan penyusuan jika – pembedahan kecil itu jauh daripada areola dan tidak mengganggu pelekapan bayi. – Ibu mampu menahan sakit • Jika ibu tidak boleh atau tidak mahu menyusu pada payudara yang terlibat, – ibu perlu memerah susu pada payudara yang sakit dan berikan susu pada bayinya sehingga payudaranya sembuh (selalunya mengambil masa 2-3 hari untuk sembuh). • Teruskan penyusuan pada payudara yang tidak sakit. • Radang payudara (mastitis) yang dikendalikan dengan baik sepatutnya dapat mencegah pembentukan bengkak bernanah (breast abscess). 60 Session 12 : Breast and Nipple Conditions Ministry of Health Malaysia 60
Session 12 : Breast and Nipple Conditions Ministry of Health Malaysia 61 Bengkak payudara yang bernanah (Breast Abscess)
Jangkitan Candida • Jangkitan candida atau seriawan membuat kulit menjadikan sakit, berkilat, kemerahan dan gatal. • Sering terjadi selepas penggunaan antibiotik untuk merawat radang payudara (mastitis). – Ibu akan merasai kesakitan yang menusuk pada payudaranya terutama selepas menyusu. • Gejala: – Kulit payudara kelihatan merah, berkilat, berkeruping, rasa gatal atau sakit yang mendalam. – Warna gelap pada puting dan areola mungkin berkurangan. – Kadang-kadang puting boleh juga kelihatan normal. • Jika kesakitan atau luka puting berterusan walaupun pelekapan bayi adalah baik, hendaklah mengesyaki bahawa ianya adalah jangkitan candida. • Periksa tanda jangkitan pada bayi. Mungkin terdapat tompok-tompok putih di dalam mulut bayi. • Bayi mungkin mengalami ruam lampin. 62 Session 12 : Breast and Nipple Conditions Ministry of Health Malaysia 62
Candida 12/8 ©UNICEF C107-34 Tampuk hitam (areola) Puting payudara 63 Session 12 : Breast and Nipple Conditions Ministry of Health Malaysia
Jangkitan Candida didalam mulut bayi 64 Session 12 : Breast and Nipple Conditions Ministry of Health Malaysia
Tanda-tanda dan rawatan untuk Candida (thrush) Tanda-tanda Rawatan •Kulit payudara kelihatan merah, berkilat dan berkeruping. •Warna gelap pada puting dan areola mungkin berkurangan atau mungkin kelihatan normal atau kemerahan dan gatal. • Krim Nystatin 100,000 IU/g (Sapu pada puting 4 kali sehari selepas menyusu bayi. Teruskan untuk 7 hari sehingga pulih.) • Puting masih sakit walaupun selepas penyusuan untuk jangkamasa yang lama walaupun pelekapan yang betul. • Suspension Nystatin 100,000 IU/ml Letakkan 1 ml dengan menggunakan penitik ke dalam mulut bayi 4 kali sehari selepas menyusu selama 7 hari atau selagi ibu masih dalam rawatan. • Mungkin terdapat tompok-tompok putih di dalam mulut bayi /Bayi mungkin mengalami ruam lampin. • BERHENTI menggunakan puting tiruan atau pelapik puting (nipple shield). • Vagina ibu mungkin mengalami jangkitan kulat. • Basuh tangan dengan betul selepas menukar lampin bayi dan selepas ke tandas. 65 Session 12 : Breast and Nipple Conditions Ministry of Health Malaysia
4. MAIN PERANAN Session 12 : Breast and Nipple Conditions Ministry of Health Malaysia 66
Demonstrasi Untuk Membantu Ibu yang mengalami Masalah Payudara dan Puting Payudara. Session 12 : Breast and Nipple Conditions Ministry of Health Malaysia 67
Kerja Kumpulan • Bahagikan peserta kepada 4 orang dalam 1 kumpulan. • Setiap 1 kumpulan 1 kajian kes. • Main peranan – semua peserta mesti menggunakan kemahiran komunikasi yang telah dipelajari. 68 Session 12 : Breast and Nipple Conditions Ministry of Health Malaysia
TERIMA KASIH Session 12 : Breast and Nipple Conditions Ministry of Health Malaysia 69