SESI 9 BEKALAN SUSU Breastfeeding Promotion and Support A Training Course for Health Professionals Adapted from the Baby Friendly Hospital Initiative: Revised, Updated and Expanded for Integrated Care (Section 3) WHO/UNICEF 2009 Terjemahan Oleh : Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
Objektif: Di akhir sesi ini, peserta akan dapat: 1. Berbincang dengan ibu mengenai kebimbangannya tentang “tidak cukup susu”. 2. Menerangkan pola pertumbuhan normal bagi bayi. 3. Menerangkan cara-cara untuk meningkatkan pengambilan, pemindahan susu dari ibu ke bayi dan penghasilan susu. 4. Menerangkan laktasi semula/ laktasi cetusan
1. Tidak Cukup Susu
“Tidak cukup susu” • Penyebab utama bagi ibuibu: – Untuk menghentikan penyusuan susu ibu atau – Untuk menambah makanan lain beserta dengan susu badan, • Percaya bahawa mereka tidak mempunyai cukup susu.
Apakah tanda-tanda yang mungkin menyebabkan ibu berfikir bahawa dia tidak mempunyai susu yang cukup walaupun bayi membesar dengan sihat?
Original illustration by Jenny Corkery
• Bayi – Selalu menangis – Tidak tidur untuk tempoh masa yang panjang – Tidak selesa pada payudara – Sukar untuk menyusu – Menghisap jari-jari atau tangannya. atau genggamnya. – Bayi terlalu besar atau kecil – Mahu berada di payudara dengan kerap atau jangka masa yang lama – Memakan makanan tambahan jika diberi kepadanya Tanda-tanda yang mungkin menyebabkan ibu menganggap dia tidak mempunyai susu yang cukup
• Ibu – Menganggap susunya kelihatan “cair” – Tidak nampak susu meleleh keluar atau mengalami tanda– tanda refleks oksitosin – Sedikit atau tiada susu keluar ketika ibu cuba memerah susu – Payudara tidak penuh dengan susu atau lebih lembut berbanding dengan yang sebelumnya • Tanda-tanda tersebut mungkin menunjukkan bayi tidak mendapat susu yang mencukupi tetapi ia bukan petunjuk yang boleh dipercayai. Tanda-tanda yang mungkin menyebabkan ibu menganggap dia tidak mempunyai susu yang cukup
Apakah tanda-tanda yang boleh dipercayai yang ibu dapat lihat sendiri bahawa bayinya menerima susu ibu yang mencukupi?
Tanda-tanda dipercayai bagi pengambilan susu yang mencukupi • Pengeluaran – susu pasti masuk, jika air kencing dan najis yang keluar. – Air kencing • 6 atau lebih lampin basah dalam 24 jam • Pucat, dan cair – Pembuangan air besar • 3 - 8 kali dalam 24 jam – Apabila bayi membesar lebih daripada 1 bulan, najisnya mungkin kurang kerap
Tanda-tanda dipercayai bagi pengambilan susu yang mencukupi • Tanda-tanda klinikal – Bayi peka (alert) – Otot yang pejal – Kulit yang sihat – Penambahan berat badan yang konsisten • Berkembang terlalu besar untuk pakaiannya. • Dengan purata 150 gram seminggu,
Sebab-sebab kurang penghasilan susu ibu A. Penyebab yang biasa: - Tidak menyusu dengan kerap - Menyusu mengikut jadual - Menyusu dalam masa yang pendek - Tidak melekap/menghisap dengan berkesan - Tidak menghisap susu sepenuhnya - Lewat memulakan penyusuan selepas kelahiran
B. Penyebab yang jarang ialah: —Sebab-sebab perubatan • Ubat pencegah kehamilan mengandungi estrogen • Ubat jenis diuretik —Pengambilan alkohol dan merokok —Pembedahan payudara (yang mencederakan kelenjar susu atau saraf di payudara) —Jika ibu mengandung semula Sebab-sebab kurang penghasilan susu ibu
C. Penyebab yang paling jarang berlaku: – Cebisan uri yang tertinggal dalam rahim – Pembesaran payudara yang tidak mencukupi semasa mengandung • Maka hanya sedikit atau tiada sel-sel penghasilan susu berkembang – Malnutrisi yang teruk • Mengalami kekurangan zat makanan untuk tempoh masa yang panjang • Susu terhasil daripada makanan yang diambil oleh ibu tersebut dan termasuklah apa yang tersimpan dalam badan ibu. • Jika ibu habis menggunakan simpanan badan, maka akan mempengaruhi bekalan susu. – Pengambilan air yang tidak mencukupi akan mempengaruhi bekalan susu. Sebab-sebab kurang penghasilan susu ibu
• Faktor- faktor psikologi: a.Ibu yang kurang yakin; letih, dalam keadaan tertekan, bimbang, atau mempunyai kesukaran untuk bertindakbalas terhadap bayinya. b.Ibu yang mengalami tekanan emosi akan • Jarang menyusukan anaknya atau menyusukan dalam tempoh masa yang pendek • Lebih suka memberi makanan bayi atau puting kosong • Mungkin meluangkan masa yang singkat untuk bersama bayi Sebab-sebab kurang penghasilan susu ibu
c.Kurang pengaliran susu dari ibu ke bayi adalah disebabkan: – Bayi tidak melekap dengan betul. – Tidak menghisap dengan efektif. – Bayi kelihatan gelisah semasa menyusu. – Tempoh masa penyusuan yang singkat dan tergesa-gesa atau tidak kerap. – Bayi dialihkan terlalu cepat dari payudara dan tidak mendapatsusu akhir ‘hindmilk’ yang mencukupi. – Bayi itu sakit atau pramatang. – Tidak dapat menghisap dengan kuat atau tempoh masa yang tidak cukup panjang. d.Penghasilan dan pemindahan susu ibu adalah saling berkaitan. – Jika susu ibu tidak dikeluarkan daripada payudara maka penghasilan susu akan berkurangan. Sebab-sebab kurang pengaliran susu dari ibu ke bayi.
2. Apakah pola pertumbuhan normal bagi bayi?
Pola pertumbuhan normal bagi bayi • Kebanyakan bayi mula bertambah berat badan secepat mungkin jika – mereka menyusu secara eksklusif sejurus selepas kelahiran dan – melekap dengan baik dan – menyusu dengan kerap
• Sesetengah bayi – Kehilangan berat badan dalam 6-7 hari yang pertama selepas kelahiran • Kehilangan berat badan ini adalah lebihan cecair yang tersimpan semasa bayi dalam rahim. • Jumlah penurunan ini tidak harus melebihi 7-10% daripada berat lahir. • Berat badan bayi akan meningkat semula mencapai berat lahirnya dalam masa 2 minggu. Pola pertumbuhan normal bagi bayi
• Bayi selalunya meningkat – 100-200 gram setiap minggu untuk 6 bulan yang pertama, – dan antara 85-140 gram setiap minggu pada bulan seterusnya hingga berumur setahun. • Berat badan bayi meningkat 2 kali ganda daripada berat lahir apabila bayi berumur 5 - 6 bulan – 3 kali ganda apabila berumur 1 tahun. • Perkembangan bayi juga dari segi panjang dan lilitan kepala. • Carta Pertumbuhan yang teratur dan lengkap – menunjukkan pola pertumbuhan bayi – Terdapat julat bagi pertumbuhan normal – Tidak ada SATU garisan betul yang perlu diikuti oleh semua bayi Pola pertumbuhan normal bagi bayi
• Jangan tunggu sehingga berat badan bayi tidak meningkat dengan baik – Lakukan penilaian penyusuan susu ibu yang teliti. – Mula dan teruskan dengan amalan penyusuan susu ibu yang baik. Pola pertumbuhan normal bagi bayi
Isu-isu yang perlu dipertimbangkan • Penyusuan susu ibu memastikan – Bayi yang sihat, penambahan berat badan yang normal – Bayi yang menyusu susu ibu lebih tegap ototnya (kurang lemak) berbanding bayi yang diberi susu formula. • Penambahan berat badan yang kurang disebabkan – Tidak mendapat cukup susu – Teknik penyusuan yang kurang baik • Berat badan bayi yang masih tidak meningkat dengan baik walaupun telah diberi susu ibu dengan betul dari segi teknik dan pengaliran susu dari ibu ke bayi, mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan. Jika tidak, periksa teknik penyusuan susu ibu • Bayi yang mempunyai penyakit jantung atau masalah neurologi mungkin akan menambah berat badan dengan lambat.
Untuk memastikan bekalan susu yang mencukupi: Mengamalkan 10 langkah untuk penyusuan susu iby yang berjaya • Bincangkan kepentingan penyusuan susu dan asas pengurusan penyusuan susu ibu (Langkah 4) • Memudahkan sentuhan kulitke-kulit sejurus selepas kelahiran (Langkah 4) • Memberi payudara kepada bayi sebaik sahaja dilahirkan (Langkah 4) • Penyusuan susu ibu eksklusif tanpa makanan dan minuma lain (Langkah 6) • Berada dekat dengan bayi untuk mengesan tanda-tanda bayi ingin menyusu (feeding cues) (Langkah 7) • Menyusu dengan kerap dan selama mana yang bayi mahu (Langkah 8) • Elakkan penggunaan puting susu dan puting kosong. (Langkah 9) • Menyediakan sokongan secara berterusan dan memastikan ibu mengetahui bagaimana untuk mendapatkan sokongan (Langkah 10)
3. Bagaimanakah meningkatkan pengambilan/ pemindahan dan penghasilan susu
Meningkatkan pengambilan/pemindahan susu ibu a.Guna kemahiran komunikasi: • Mendengar ibu, • Tanya soalan yang berkaitan, • Memerhatikan bayi — tindakbalas, — penampilan, — tingkah laku, — Carta berat bayi • Memerhatikan penyusuan susu ibu
Mempertingkatkan pengambilan/pemindahan susu b.Mengenalpasti penyebab pengambilan susu yang sedikit: •Bantu bayi untuk melekap dengan baik •Bincangkan bagaimana ibu menyusukan anaknya dengan lebih kerap •Galakkan sentuhan kulit, beri payudara untuk keselesaan •Elakkan puting susu/puting kosong •Elakkan/Kurangkan suplemen
Meningkatkan penghasilan susu • Untuk meningkatkan penghasilan • Merangsang payudara • Mengeluarkan susu dengan lebih kerap • Selain itu, ibu dinasihatkan: • Urut perlahan-lahan payudara semasa menyusukan anak • Memerah susu di antara penyusuan • Memberi susu dengan cawan/supplementer • Berbincang dengan keluarga: membantu dalam penjagaan bayi • Boleh menggunakan makanan/minuman/herba tempatan yang dipercayai boleh meningkatkan penghasilan susu ibu
Pemantauan dan tindakan susulan • Tindakan susulan terhadap ibu dan bayi – Untuk memeriksa penghasilan/ pemindahan susu adalah bertambah baik. – Kekerapan susulan bergantung kepada tahap keterukan situasi • Lihat kepada tanda-tanda peningkatan yang anda boleh jelaskan kepada ibu – – Tindakbalas meningkat, – Kurang menangis, – Penghisapan yang lebih kuat, – Pembuangan Lebih banyak air kencing dan najis, – Perubahan pada payudara seperti penuh atau meleleh. • Membina keyakinan diri dan menggalakkan ibu bahawa dia melakukan dengan baik.
4. Relaktasi / Laktasi cetusan
Relaktasi / Cetusan laktasi • Relaktasi Untuk mengembalikan semula penghasilan susu ibu dalam keadaaan di mana penghasilannya telah menyusut dengan banyaknya atau ibu yang telah berhenti menyusu • Cetusan Laktasi : Wanita yang tidak melalui proses kelahiran dalam jangka waktu terdekat dirangsang untuk laktasi, dalam perkataaan lain, menyusukan susu ibu tanpa kehamilan.
Relaktasi diperlukan kerana: • Bayi tersebut sakit dan tidak berupaya untuk menghisap, • Ibu tidak memerah susu semasa bayinya tidak berupaya untuk menghisap. • Bayi tidak menyusu susu ibu pada peringkat awal tetapi kemudian ibu ingin menyusukan bayi dengan susu ibu, • Bayi jatuh sakit apabila diberi susu gantian • Ibu sakit dan penyusuan susu ibu terhenti, • Ibu mengambil seorang anak angkat dan sebelum ini dia menyusukan anaknya dengan susu badannya.
Ibu yang berhasrat untuk cetusan laktasi atau relaktasi harus digalakkan : • Membenarkan bayinya menghisap payudara seberapa kerap yang boleh, siang dan malam selama mana bayi mahu • Urut dan perah payudara di antara waktu penyusuan, terutamanya jika bayi tidak menghisap dengan kerap. • Teruskan memberi susu formula yang mencukupi dengan menggunakan alat bantuan penyusuan (breastfeeding supplementer) sehingga bekalan susu adalah mencukupi untuk pertumbuhan bayi. **bayi harus mendapat 150 ml/kg/hari sehingga susu ibu mula dihasilkan, dan kurangkan sebanyak 30- 60ml untuk setiap hari berikutnya.
Cetusan Laktasi • Penggunaan ubat-ubatan “Drug therapy” kadang kala digunakan – Hanya berkesan jika rangsangan payudara juga dipertingkatkan • Adalah mudah untuk merangsang laktasi jika: – Bayi berumur kurang daripada 2 bulan. – Dan masih tidak biasa menggunakan puting susu – Ibu baru melahirkan anak atau dan baru sahaja berhenti penyusuan susu ibu.
Cetusan Laktasi • Laktasi boleh dirangsang untuk bayi yang sebarang umur atau pada bilabila masa • Jika kadang kala bayi masih menyusu susu ibu, bekalan susu boleh dipertingkatkan dalam beberapa hari. • Jika bayi telah berhenti menyusu susu ibu sepenuhnya, • Merangsang laktasi/laktasi semula boleh mengambil masa selama 1-2 minggu atau lebih.
Nasihat untuk ibu • Menggalakkan bayi – Menghisap seberapa kerap yang boleh – Harus menghisap untuk setiap 1-2 jam, – Sekurang-kurangnya 8-12 kali dalam tempoh 24 jam – Harus menghisap dari kedua-dua belah payudara. – Menyusukan bayi dengan susu ibu pada waktu malam.
Nasihat untuk ibu • Periksa penambahan berat badan anak – 125g setiap minggu atau 500g setiap bulan untuk bayi yang berumur kurang daripada 9 bulan – Pengeluaran air kencing lebih daripada 6 kali sehari.
Bincangkan Case Study (optional)
CASE STUDY • Anna telah melahirkan bayi lelaki yang sihat dua minggu yang lalu. Hari ini Anna, bayi dan ibu mertuanya kembali ke hospital kerana bayinya “tidur sepanjang masa” dan hanya membuang najis 3 kali dalam minggu ini. Apabila bidan menimbang berat bayi, dia mendapati berat badan bayi itu ialah 12% kurang berat lahir.
Soalan Perbincangan • Apakah elemen-elemen yang baik dalam situasi ini yang boleh anda bina? • Apakah tiga perkara utama yang perlu keluarga ini tahu sekarang / buat masa ini? • Apakah tindakan susulan yang boleh anda beri / tawarkan?
Ringkasan 1. Isu “Susu Ibu Tidak Mencukupi” -Membina keyakinan ibu -sebab utama penghasilan susu yang tidak mencukupi ialah tidak mengeluarkan susu ibu secukupnya dari payudara -sebab-sebab pemindahan susu ibu yang sedikit: tidak melekap dan menghisap dengan baik, menyusu dalam masa yang singkat dan tidak kerap 2. Pola pertumbuhan bayi yang normal -Bayi mungkin kehilangan 7-10% daripada berat lahir dalam beberapa hari pertama -Bertambah 2 kali ganda daripada berat lahir semasa berumur 6 bulan, dan 3 kali ganda semasa berumur 1 tahun
Ringkasan 3. Mempertingkatkan pengambilan dan penghasilan susu ibu -menggunakan kemahiran komunikasi untuk mendengar, memerhati, respon dan membina keyakinan -menentukan penyebab pemindahan susu ibu yang kurang - Untuk meningkatkan penghasilan: Menyusukan bayi dengan lebih kerap dan tempoh masa yang lebih lama -Memantau dan membuat susulan sehingga penambahan berat badan yang mencukupi 3. Relaktasi / Cetusan Laktasi adalah mungkin untuk sebarang umur bayi atau bila-bila masa walaupun penyusuan susu ibu sudah berhenti.
TERIMA KASIH