The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by THALIGAVATHI A/P RATHAKRISHNAN Moe, 2020-05-23 22:48:53

NOVEL MENITI IMPIAN (1)

NOVEL MENITI IMPIAN (1)

NOVEL MENITI IMPIAN

TINGKATAN 2
OLEH :CIKGU THALIGA

TEMA

Tema Novel Meniti impian ialah keazaman dan kesungguhan dalam mencapai cita-cita
yang akhirnya membawa kejayaan.
Hurain yang mengukuhkan tema tersebut
:1. Walaupun Zahar tidak dapat meneruskan persekolahan di peringkat yang lebih tinggi,dia
tidak berputus asa sehingga berjaya mendapat sijil MLVK di IKM.
2. Zahar tidak berputus asa belajar dengan tekun di IKM walaupun dipandang rendah dan
hina oleh Suhaili yang berkelulusan ITM.
3. Setaip nasihat daripada Cikgu baharum di dalam kelas diikuti dan difahami dengan
bersungguh-sungguh kerana Zahar ingin mendapat keputusan yang cemerlang dalam
pelajarannya.
4. Sebelum menghadapi peperiksaan,Zahar sudah berasa yakin kerana sejak awal lagi,dia
sudah belajar bersungguh-sungguh dan berazam untuk mendapat kejayaan yang cemerlang.
.5. Penghinaan Suhaili terhadap kelulusan IKM yang susah mendapat pekerjaan dijadikan
sebagai penguat semangat bagi Zahar untuk berusaha dengan gigih untuk berjaya
walaupun hanya belajar di IKM.

PERSOALAN
Kepentingan ilmu
1. Setiap kali pulang ke kampung.Zahar tidak pernah lupa menasihati adik-
adiknya supaya tidak mengabaikan pelajaran.
2. Walaupun gagal memasuki Tingkatan 6, Zahar meluahkan hasrat untuk
memasuki Tingkatan 6 swasta tertapi terbantut kerana kemiskinan
.3. Tauke Lim berharap agar anak perempuannya yang bercita-cita
menjadi akauntan akan lulus dalam peperiksaan SPM.
4. Zahar berjaya dengan cemerlang di IKM kerana dia sedar kepentingan
menuntut ilmu.
5. Pak Yusuf membiayai kedua-dua orang anaknya yang sedang melanjutkan
pelajaran di universiti.

PERSOALAN
Tanggungjawab
1. Setelah kematian suaminya,Mak Kiah menoreh getah,membuat tikar
mengkuang dan mengambil upah menjahit pakaian untuk menyara kehidupan
keluarganya.
2. Mak Temah menghidangkan makanan kepada suaminya Pak Yusuf sebagai
memenuhi tanggungjawabnya sebagai isteri.
3. Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang dipertanggungjawabkan
kepadanya oleh iman masjid

PERSOALAN
Kehidupan yang sederhana
1. Mak Temah menghidangkan hidangan makan tengah hari berlaukan gulai ikan
talang,ulam pucuk pegaga dan sayur tumis pucuk paku.
Perpaduan
1. Tauke Lim menempah empat buah meja kayu daripada Pak Yusuf setelah dia
berpuas hati dengan hasil perabit yang dibuat oleh Pak Yusuf.
Bersabar dengan penghinaan orang
1. Zahar tetap bersabar dengan sikap Suhaili yang menghina mereka yang
berkelulusan IKM yang kononnya akan merempat dan susah untuk mendapat
pekerjaan.

Mematuhi disiplin PERSOALAN

1. Zahar,Ramli dan rakan-rakannya mematuhi arahan untuk berbaris dengan
tegak semasa minggu suai kenal di IKM

.Kegigihan mencari rezeki

1. Mengetahui kesusahan keluarganya, Zahar tetap membantu pekerjaan ibunya
Mak Kiah setiap kali cuti semester.

2. Sejak setahun yang lalu,Zahar bekerja di bengkel Pak Yusuf untuk menyara
keluarganya.

Memandang rendah kepada orang lain

1. Sikap Suhaili yang memandang rendah kepada Zahar kerana dia sedang
belajar di ITM manakala Zahar hanya berjaya menjadi pelatih IKM.

Semangat kesukanan PERSOALAN

1. Walaupun telah memenangi perlawanan bola sepak dengan pasukan IKM Alor
Setar,pelatih-pelatih IKM Sungai Petani tetap mengawal diri supaya tidak
menguris perasaan lawannya.

2. Zahar tidak menganggap bahawa kemenangan pasukan bola sepak IKM
Sungai Petani merupakan usahanya sendiri sebaliknya semua ahli pasukannya
yang telah membawa kejayaan

.Hidup bergotong-royong

1. Pemduduk kampung bergotong-royong mendirikan bengkel Zahar tanpa
mengira terik panas matahari.2. Penduduk kampung bekerja sama apabila
adanya kenduri kendara dan mengeratkan hubungan silatulrahim..

WATAK UTAMA DAN PERWATAKAN

Zahar
– Anak sulung daripada tiga adik-beradik lelaki.
– Berusia awal 20-an
– Telah kematian bapa dan ibunya bernama Mak Kiah.
– Mempunyai bapa saudara sebelah ibu bernama Pak Yusuf
– Zakri dan Halim merupakan adik lelaki Zahar
– Pandai bermain bola sepak
– Bercita-cita membuka bengkel perabotnya sendiri.
– Menamatkan persekolahan di peringkat SPM
– Lulusan IKM
– Berkawan dengan Ramli,Norimi dan Habsah di IKM.
– Berkawan dengan Bakar,Rahim dan Suhaili di kampung halamannya.

WATAK UTAMA DAN PERWATAKAN
Perwatakan :Zahar
1. Seorang yang rajin
Contohnya:Sejak setahun yang lalu, Zahar bekerja di bengkel Pak Yusuf
membuat perabot tempahan penduduk kampung dan jiran-jiran.
2. Tidak mudah putus asa
Contoh:Sejak berhenti sekolah tiga tahun yang lalu,Zahar telah memohon
pelbagai jawatan dan telah beberapa kali menghadiri temu duga, tetapi belum
juga berjaya.
3. Anak yang baik
Contoh:Zahar hanya berjimat-cermat dengan wang imbuhan sebanyak Rm200
yang diterimanya setiap bulan kerana dia tidak mahu menyusahkan ibunya
yang turut membiayai persekolahan dua adiknya.
.

WATAK UTAMA DAN PERWATAKAN
Perwatakan :Zahar
4. Seorang yang tegas
Zahar menolak tawaran Suhaili yang ingin membantunya mendapatkan
pekerjaan di kilang tempat dia menjalani latihan dalam loji di Kamunting
kerana dia ingin berjaya dengan usahanya sendiri.
5. Seorang yang tekun
Zahar tekun mendengar setiap nasihat yang diberikan oleh Cikgu Baharum
sepanjang pengajiannya di IKM.
6. Rasional
Walaupun dihina dan dipandang rendah oleh Suhaili, namun Zahar tidak murah
berasa marah sebaliknya berazam untuk menjadi usahawan perabot suatu hari
nanti.
.

WATAK UTAMA DAN PERWATAKAN
Perwatakan :Zahar
Mempunyai sikap setiakawan
7.Zahar menganggap kemenangan mengalahkan pasukan bola sepak IKM Alor
Setar bukan sumbangan peribadnya malahan usaha seluruh ahli pasukannya
.8. Taat kepada agama
Zahar rajin pergi bersolat Maghrib dan Isyak di masjid semasa di kampungnya.
9. Tahu membalas budiSetelah berjaya,
Zahar menawarkan tiga tempat di bengkelnya untuk pelatih IKM yang terlibat
dengan latihan dalam loji, sebagai memenuhi tanggungjawab sosialnya.
10. Cinta akan kampung halaman
Zahar menanam azam untuk berjaya sebagai tukang perabot/usahawan perabot
sejak mula dia diterima menjadi pelatih IKM.
11. Seorang yang berdikariZahar sedar bahawa dia tidak boleh selama-lamanya
bergantung kepada nama Pak Yusuf, jadi dia berusaha mengembangkan pasaran
perabotnya ke Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kota Bharu.
.

1. PAK YUSUF WATAK SAMPINGAN DAN PEWATAKAN

– Bapa saudara kepada Zahar

– Berusia dalam lingkungan 60-an

– Tubuh badan yang masih sihat

– Mempunyai bengkel sendiri

– Mempunyai seorang isteri bernama Mak Temah

– Mempunyai dua orang anak yang sedang menuntut di universiti

.

WATAK SAMPINGAN DAN PEWATAKAN

1. PERWATAKAN PAK YUSUF
:Mengambil berat
Contoh:Pak Yusuf menghantar Zahar mendaftar diri di IKM kerana mengambil
berat akan keperluan anak saudaranya.
2. Bertanggungjawab
Contoh:Walaupun tahu Zahar boleh menyiapkan rak kasut masjid itu sendiri, tetapi
atas rasa tanggungjawab,dia berusaha menyiapkanya dengan bantuan Zahar.
3. Gigih bekerja
Contoh:Pak Yusuf gigih bekerja di bengkel perabot menyiapkan tempahan
perabot di samping bekerja di kebun.

WATAK SAMPINGAN DAN PEWATAKAN
2. SUHAILI
– Berbadan tinggi lampai
– Berbibir nipis
– Berkulit putih kuning
– Berlesung pipit di ppi kanan
– Kawan sekelas Zahar
– Anak ketua kampung, Pak Karim
– Lulusan ITM
– Pernah bekerja di Petaling Jaya
– Berjawatan sebagai Penolong
Ketua Unit Pemasaran

WATAK SAMPINGAN DAN PEWATAKAN

2. SUHAILI –
. Mengakui kesalahan

Contoh:Suhaili mengakui kesalahanya menghina dan memandang rendah
terhadap Zahar dengan mengatakan lulusan IKM tidak ada masa depan yang
cerah.

2. Memandang rendah terhadap orang lain

Contoh:Suhaili memandang rendah kepada Zahar yang akan menjadi
Pelatih IKM.Dia menganggap bahawa lulusan IKM tidak mempunyai masa depan
yang cerah.

LATAR MASA
ima Tahun– Pak Yusuf mendirikan bengkel perabot berupa bangsal di sebelah
rumahnya sejak lima tahun yang lalu kerana berminat dengan kerja-kerja
pertukangan.S
etahun– Zahar telah bekerja sejak setahun yang lalu di bengkel pak ciknya, Pak
Yusuf.
Tiga Tahun– Sejak tiga tahun yang lalu selepas berhenti sekolah, Zahar sentiasa
berusaha memohon pelbagai jawatan tetapi tidak berjaya.S
atu jam setengah– Selama satu jam setengah Zahar menaiki bas MARA dari Sik ke
Alor Setar untuk bertemu dengan Suhaili.Waktu pagi– Pak Yusuf menghantar Zahar
mendaftar di IKM menaiki teksi Pak Usin pada awal pagi– Zahar pulang ke
kampungnya pada waktu pagi dan mendapati ada kenduri di rumah Suhaili.2.30
petang– Lima mini sebelum 2.30 petang Zahar dan rakan-rakannya dikehendaki
berkumpul di padang pada minggu suai kenal.Waktu malam– Norimi dan Zahar
telah mendeklemasikan sajak hasil ciptaan mereka sendiri pada malam pentup
minggu suai kenal di IKM Sungai Petani.Awal bulan– Semua pelatih IKM termasuk
Zahar akan menerima wang imbuhan sebanyak RM200.00 pada setiap bulan.

LATAR MASYARAKAT
.Masyarakat pekebun
– Selain menerima tempahan perabot di bengkelnya, Pak Yusuf juga sering pergi
membersihkan kebunnya.
Masyarakat pelajar
Pelatih-pelatih di IKM termasuk Zahar,Ramli dan Norimi belajar bersungguh-s
Sungguh sebelum menduduki peperiksaan asas.
Masyarakat yang suka bercerita hal orang lain
– Zahar sedar bahawa cerita akan timbul jika dia dan Suhaili menaiki bas atau
teksi bersama-sama kerana sikap masyarakat suka bercerita dan menokok
tambah cerita.
Masyarakat yang memandang rendah kepada orang lain
– Suhaili selalu memandang rendah kepada Zahar yang akan memasuki IKM
sebagai pelatih berbanding dirinya berkelulusan ITM.
Masyarakat yang rajin bekerja
-Zahar dan Razaki bekerja dengan rajin di kilang perabot Usaha Bersatu
walaupun dia menjalani latihan loji sahaja.
Masyarakat yang mempunyai keazamana yang kuat
– Zahar berusaha untuk mencapai cita-citanya sebagai usahawan perabot
terutama setelah dihina oleh Suhaili semasa pertemuan mereka di Alor Setar.
Masyarakat yang bergotong-royong
– Penduduk kampung bergotong royong mendirikan bengkel perabot milik
Zahar di sudut kanan halaman rumahnya.
Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan
Masyarakat yang ambil berat

LATAR TEMPAT
Bengkel Pak Yusuf
Bengkel Pertukangan Perabot
Padang
Rumah Ketua Kampung
Stesen Bas MARA
Kompleks City Point, Alor Setar
IKM Sungai Petani
Kampung Carok Petitih, Sik

NILAI
Saling memaafkan
1. Bertanggungjawab

Keyakinan
Ambil berat / keprihatin

Berdisiplin
Kerjasama
Ketegasan
Bergotong-royong
Keberanian
Ketekunan

Saling memaafkanZahar telah memaafkan kesalahan Suhaili yang telah
memandang rendah keputusannya melanjutkan pelajaran di IKM.
BertanggungjawabPak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang akan
diletakkan di masjid kerana dia telah dipertanggungjawabkan oleh tok Imam.
KeyakinanPelatih-pelatih IKM diseru agar mempunyai keyakinan diri dan tidak
mudah mengalah kepada pandangan masyarakat.
Ambil berat / keprihatinPak Yusuf mengambil berat tentang anak-anak
saudaranya dan dia berjanji untuk membantu keluarga Zahar setakat
kemampuannya
BerdisiplinPelatih-pelatih baharu di IKM Sungai Petani diminta mematuhi arahan
dan berbaris dengan tegak semasa minggu suai kenal.
KerjasamaSemua ahli pasukan bola sepak IKM Sungai Petani bekerjasama untuk
memastikan kejayaan pasukan mereka.
KetegasanZahar dengan tegas menolak tawaran Suhaili yang hendak
membantunya mendapatkan pekerjaaan di kilang perabot selepas tamat
latihannya di sana.
KeberanianZahar dan Norimi dengan berani mendeklemasikan sajak ciptaan
mereka sendiri semasa penutup minggu suai kenal.
Bergotong-royongOrang-orang kampung bergotong-royong membangunkan
bengkel perabot milik Zahar tanpa menghiraukan terik panas matahari.

PENGAJARAN
Kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain kepada kita.Zahar telah
memaafkan kesalahan Suhaili yang telah memandang rendah keputusannya
melanjutkan pelajaran di IKM.
Kita haruslah bertanggungjawab atas tugas yang telah diamanahkan.Pak Yusuf
berusaha menyiapkan rak kasut yang akan diletakkan di masjid kerana dia
telah dipertanggungjawabkan oleh tok Imam.
Kita perlulah yakin terhadap kemampuan diri sendiriPelatih-pelatih IKM diseru
agar mempunyai keyakinan diri dan tidak mudah mengalah kepada pandangan
masyarakat.
Sikap ambil berat terhadap kesusahan orang lain haruslah dijadikan
amalan.Pak Yusuf mengambil berat tentang anak-anak saudaranya dan dia
berjanji untuk membantu keluarga Zahar setakat kemampuannya.
Sikap berdisiplin mestilah diamalkan agar kita patuh kepada arahanPelatih-
pelatih baharu di IKM Sungai Petani diminta mematuhi arahan dan berbaris
dengan tegak semasa minggu suai kenal.

TAMAT
SELAMAT MEMBACA


Click to View FlipBook Version