PROJEK 2
PERMAINAN TRADISIONAL
NAMA : MUHAMMAD SYAHMI AIMAN BIN SHA’ARI
KELAS : 5 IBNU TAIMIYAH
KELAB : PERMAINAN TRADISIONAL
Isi kandungan
Muka Surat Kandungan
3 Tokoh 1 Permainan Tradisional : Gasing
4 Sejarah Gasing
5 Tokoh 2 Permainan Tradisional : Wau
6 Sejarah Wau
7 Terima Kasih
Tokoh 1 permainan tradisional
gasing
Biodata Tokoh Gasing
Nama : Abdul Razak Bin Haji Ali
Panggilan : Pak Teh
Asal : Kampung Kubang Telaga
Umur : 72 Tahun
Pekerjaan : Petani, Pembuat Gasing Uri
Pengalaman: Terlibat sejak Berumur 18 tahun
Sejarah gasing
❖ Gasing Berasal Daripada Permainan Laga Telur
Sumber dari Kedah ada menyatakan bahawa permainan gasing berasal daripada permainan
‘laga telur ayam’. Permainan memusing dan melagakan telur ayam ini menjadi permainan
kegemaran kanak-kanak pada masa dahulu. Kemudian barulah timbul idea untuk
menghasilkan gasing mengikut rupa bentuk telur. Paksi ditambah agar gasing berputar
dengan laju dan tegak. Gasing yang diputar dengan tangan kurang ligat berputar dan
pusingannya tidak tahan lama. Oleh itu tali digunakan supaya dapat memusingkan gasing
dengan lebih ligat dan lama.
❖ Gasing Berasal Daripada Peralatan Memburu Binatang
Pemain gasing veteran dari Sungai Pahang menyatakan bahawa gasing dahulunya
merupakan senjata untuk memburu binatang. Gasing yang berbentuk leper dan bulat akan
berputar dengan ligat apabila dilemparkan ke badan binatang buruan. Idea permainan gasing
dikatakan datang daripada aktiviti masa lapang para pemburu, yang pada mulanya bertujuan
menguji kecekapan melempar gasing ke sasaran.
Tokoh 2 permainan tradisional
wau
Biodata Tokoh Wau
Nama : Shafie Bin Jusoh
Panggilan : Pak Shafie
Asal : Anak Jati Kelantan
Umur : 74 Tahun
Pekerjaan : Belajar Dan Menjual Wau
Pengalaman : Terlibat Ketika berusia 10 tahun
SEJARAH WAU
1. Nama lain bagi wau adalah layang-layang. Perkataan “wau” ini dikatakan berasal dari perkataan
Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan
perkataan tersebut. Kaum yang mempopularkan permainan wau ialah kaum Melayu dan Siam yang
ramai tinggal di negeri tersebut. Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri
seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat
dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-
layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau. Selain itu,
kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila
dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’,
“wau’ secara berirama.
2. Wau Bulan juga boleh didapati daripada Seni Pertukangan iaitu Filigree. Seni pertukangan perak adalah
salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran
pertukangan logam orang-orang dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun
Hindu dan Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan
tembaga. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali
dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri.
Sekian,
terima kasih