The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 875-9-sufia, 2022-06-06 05:01:03

Si Merak Sombong_clone

Si Merak yan (1)

Si Merak yang
Sombong

Jauh berlayar si orang buta ,
Membawa pisang di atas peti ;
Ini cerita bukan sebarang cerita ,
Merak yang sombong sama sama kita hayati.

Pada zaman dahulu , terdapat seekor burung merak jantan yang sangat
cantik tinggal di dalam hutan yang tebal. Merak jantan itu memiliki bulu

dan ekor panjang yang mempersona nan ikonik. Bulunya berkilau
umpama kristal . Ia dapat memberi pancaran cahaya yang begitu apik

sehingga terlihat cemerlang dan boleh memukau mata. Keindahan
gabungan warna warni digunakan untuk menarik perhatian merak
betina. Ada warna hijau, warna merah, warna kuning dan warna biru .
Biasanya merak jantan ini akan mengangkat ekornya dan melebarkannya
dari sisi ke sisi. Kemudian, satu getaran akan dihasilkan. Getaran itu akan

mengirimkan gelombang kepada merak betina

Si merak sangat bangga dengan Wahai cermin ajaib ,
kecantikkannya. Setiap hari, Si merak akan siapakah haiwan paling
bertanya kepada cermin ajaibnnya. Merak
cantik di rimba ini ?
ingin tahu makhluk yang paling cantik di
pelosok rimba. Setiap kali ditanya, cermin itu Sudah
tentulah
akan menjawab bahawa merak adalah kamu SI
haiwan yang paling cantik.

Merak
" HAHAHAHA !”.

Gelak merak dengan penuh bangga



“Sah! Akulah burung yang paling cantik di
dalam hutan ini," kata burung merak.

Hari demi hari , tanpa disedari kecantikannya semakin memakan
dirinya sendiri. Sikap angkuh kian menyelimuti merak. Merak

semakin sombong dan lupa diri. Dia sering memandang rendah dan
menghina fizikal makhluk rimba yang lain sehinggakan ramai yang

tidak mahu berkawan dengannya. Namun , tupai sentiasa ada
menemani dan menasihati merak . Meskipun setiap ungkapan tupai
hanyalah ibarat mencurah air ke daun keladi , namun tupai tidak

pernah berputus asa . Tupai yakin bahawa merak akan berubah
juga suatu hari nanti.

Pada suatu petang yang hening , kelihatan tupai baru sahaja
selamat melahirkan anak anaknya. Penduduk rimba sangat

teruja melihat anak tupai yang begitu mempesona dan
comel . Matanya bulat dan bersinar sinar , Badannya diliputi
bulu bulu halus dan bersih . Segala perhatian kini tertumpu

kepada anak sang tupai

Merak berasa sangat marah dan iri . Merak tercabar . Maka, muncullah
pelbagai agenda yang tidak baik dalam hatinya.



"Tak guna punya tupai , kau ingat anak kau comel sangat ?"
kata merak sambil gelak jahat



"Jangan nak berangan , akulah makhluk tercantik di rimba ini , tak akan
ada sesiapa yang mampu lawan akulah . Kau tunggulah nasib kau tupai"

.
Tanpa membuang masa , merak segera berkunjung ke rumah tupai

Tupai gembira dan terharu dengan kehadiran merak . Tanpa tupai
sedari , orang yang disangkakan temannya itulah yang bakal menjadi
musibat tersebar hidupnya kelak. Merak hadir dengan menghadiahkan

tupai sebakul ceri kegemarannya sebagai umpan. Ceri tersebut
kelihatan sangat lazat dan ranum . Tanpa ragu , tupai terus memakan

buah tangan yang diberi itu dengan gelojoh .

"Nyum! nyum! nyum! . Wah enaknya buah yang kau bawa ni merak !"
kata tupai

Merak tersenyum sinis sambil berkata dalam hati



“ Bodoh punya tupai , akhirnya kau telah masuk dalam jerat aku "



Selepas beberapa minit kemudian , tupai kelihatan semakin lemah dan
lali. Kemudiannya, tupai tidak sedarkan diri . Merak bergegas
menghampiri anak anak tupai.



"Hah , macamni pun mereka kata comel ? Butakah semua makhluk di
rimba ini ? Sungguh aku jauh lebih cantik daripada anak anak kecil ini .

Selamat tinggal anak tupai hodoh"

Merak tanpa simpatinya menikam anak tupai dengan kejam dan
kemudiannya diletakkan dalam lubang yang dalam tanpa dikambus .
“ Hm kalau aku kambus budak hodoh ni , meroyan pulak tupai. kesian
kau tupai , tidak mengapa aku biarkan engkau meratapi anak kau buat

kali terakhir" kata Si Merak
Merak kemudian beredar dengan hati yang puas.
Keesokan harinya , keadaan rimba riuh dengan berita duka kematian
anak sang tupai. Seluruh penduduk bersedih dan simpati atas nasib
tupai. Mereka memberi kata kata semangat supaya tupai terus kuat

dan bersabar.

"Sungguh kejam kau merak , tidak berhati perut . sanggup kau bunuh
anak yang tidak berdosa demi kepuasan engkau . Engkau melampau."

kata Sang Tupai . Tupai sungguh kecewa namun Merak tampak puas
dengan setiap perbuatannya . Merak masih leka melihat cermin

ajaibnya tanpa mengendahkan sang tupai. Penduduk rimba berasa
sakit hati dengan keangkuhan merak . Mereka bertekad untuk tidak

menghiraukan tidak menolong merak lagi .



Selepas beberapa hari , kelihatan sosok tubuh merak muncul bersiar
siar di sekitar rimba. Merak berjalan dengan sombong seperti tiada apa

yang berlaku.

. Si merak menggembangkan kepaknya yang cantik dan berwarna
warni itu .



“Wahai penduduk rimba , lihatlah bulu aku yang cantik. Tidak seperti
bulu kamu semua . Sungguh kasar malah berkerinting pula .," ujar Si

Merak sambil tersenyum



Makhluk rimba yang lain hanya diam sahaja. Mereka tidak mahu
melayan sikap Si Merak yang angkuh itu. Mereka bahkan tidak

sanggup untuk memandang ke arah Si Merak selepas kejadian tragis
yang menimpa si tupai .

"Merak merak , entah bila engkau nak berubah . Tak habis habis
dengan perangai sombong kau tu." kata Arnab

"Kesian si tupai , dulu dia baik sangat dengan merak tu , sekarang
baru dia sedar betapa kejamnya merak." kata burung pipit pula.
"Sebabtu kita ni kalau nak buat baik kenalah berpada pada , kalau tak
kebaikan tu akan makan diri kita sendiri . Takpelah kawan kawan,
kita doakan supaya merak berubah dan tupai ambil iktibar dari apa

yang terjadI." ujar Sang Kancil

Tiba tiba , kedengarangan sebatang ranting jatuh
"Prapppp !!!"

Arnab , kancil dan burung pipit terperanjat .
"Tolong !! tolong !! Tolong !!"

Kemudian mereka mendengar suara sayup meminta tolong . Mereka
bergegas menuju kea rah rimbunan pohon dan dedaun .

“Oh kau rupanya merak . Apa yang telah terjadi ?” tanya sang kancil.
“Kancil , tolonglah aku , kaki aku sakit . kaki aku ditimpa dengan dahan
berat ni . tolonglah aku . aku janji tak akan sombong lagi . maafkanlah

aku kancil .” merayu Si Merak

Mulanya mereka ragu ragu untuk menolong kancil namun rintihan
merak telah melembutkan hati mereka . Kancil mengalihkan dahan
kayu tersebut dan menghantar merak ke rumahnya . Kaki Si Merak
sakit. Sudah tiga hari, Si Merak tidak dapat bergerak untuk mencari

makanan. Tupai bersimpati dengasn keadaan merak. Tupai tahu
tentu Merak kelaparan kerana tidak dapat bergerak mencari

makanan. Sudah Tiada haiwan lain yang sudi untuk membantu Si
Merak yang sombong itu. Tupai membuat keputusan untuk

memaafkan si merak . Tupai yakin ada hikmah disebalik kematian
anaknya . Semua atas kehendak maha pencipta .

Akhirnya, Sang Kancil datang ke rumah Si Merak untuk membawa
makanan.

"Terima kasih, tupai . Kamu masih mahu menolong saya walaupun
saya selalu bersikap sombong.. Saya telah lakukan macam macam
perkara buruk terhadap kamu. Saya ingin berubah , maafkan saya

tupai " kata Si Merak dengan nada sedih.
"Kita hidup saling bantu. Kita tidak terlepas daripada melakukan
kesalahan. Kamu harus meminta maaf kepada kawan-kawan yang

lain. Jangan bersikap sombong lagi," nasihat Sang Kancil
Si Merak berasa insaf. Si Merak menyesal atas sikapnya yang

sombong selama ini.

"Baiklah, Sang Kancil. Saya akan minta maaf atas sikop sombong saya
selama ini Saya tidak akan sombong lagi dengan mereka," janji Si Merak...



Si Merak mengucapkan terima kasih kepada Sang Kancil



Namun , nasib tidak menyebelahi merak . Selepas beberapa hari ,
Kawasan rimba digemparkan dengan berita berkenaan pemburuan .
Mereka memburu burung burung cantik untuk dipasarkan ke luar negara

Datangnyaseorang pemburu memasang jerat.
Jerat tersebut diletakkan berdekatan Kawasan
merak bersiar siar . Lalu , tanpa disedari , merak
telah terpijak lalu terkena jerat itu. Merak panik

dan menjerit meminta simpati .

"Tolong! Tolong!"burung merak menjerit meminta
pertolongan.

Penduduk rimba segera berkumpul dan
membantu merak . Tupai mencuba untuk
mengerit jerat tersebut bersama Arnab . Burung
pipit segera mencari kancil . Belum sempat kancil
tiba di tempat kejadian , kedengaran beberapa
das tembakan memenuhi udara di rimba



Pop !! Pop !! Pop !!



"Maafkan kami merak ! kami tidak berdaya
untukmenolong engkau," Penduduk rimba

memberitahu burung merak

"Engkau ditangkap oleh manusia kerana
engkausangat cantik. Manusiamahu memelihara
dan menjual engkau," kata burung pipit .Burung
merak berasa malu dan menyesal.kerana akhirnya
sikap angkuhnya sebelum ini benar benar telah
memakan dirinya sendiri . Namun,sesal kemudian

sudah tidak berguna lagi



Merak redha atas apa yang berlaku . Mungkin
inilah balasan atas apa perbuatannya terhadap

tupai

Sekianlah kisah merak yang bersendiri,
dijadikan pedoman dunia yang fana;
Janganlah sombong dan bersikap iri ,
Kelak hidup akan merana.

Sekian
Terima Kasih


Click to View FlipBook Version