MELUR SI ANAK DERHAKA
Hati teringatkan peristiwa yang lama,
Perasaan yang tercarik dapat diatasi,
Hormati dan muliakan ibu dan bapa,
Jangan mengherdik gunakan diplomasi.
Di hujung sebuah kampung yang terpencil di dalam
hutan, tinggal seorang wanita tua yang sangat miskin iaitu
Mak Ton. Dia mempunyai seorang anak bernama Melur.
Kehidupan mereka bagai kais pagi makan pagi kais
petang makan petang. Mereka hidup sebagai keluarga
nelayan di tepi pantai.Melur merupakan seorang kanak-
kanak yang bercita-cita tinggi di mana dia selalu
menginginkan kehidupan yang mewah dan berkhayal
untuk menjadi kaya dan terkenal. Akan tetapi, keadaan
hidupnya yang serba kekurangan dan tiada peluang
untuk dia merasai kehidupan seperti itu menjadi
penghalang bagi cita-citanya. Kadang kala Melur
mengeluh kepada ibunya
“Ibu, kenapa keluarga kita tak seperti keluarga kawan Melur
yang lain. Melur teringin hidup seperti mereka. Melur ingin
memakai baju yang berjenama, makan makanan yang sedap
dan tinggal di rumah banglo yang besar”, rintih Melur.
“Ibu faham perasaan Melur tapi apakan daya kita hanya mampu
hidup seperti ini sahaja. Kita tiada wang ringgit, tiada harta,
tiada apapun seperti mereka.” Kata Mak Ton
“Nantikan ibu, apabila Melur sudah besar,Melur ingin memiliki
sebuah rumah yang mewah dan besar. Waktu itu bolehlah kita
hidup mewah macam orang lain,” kata Melur dengan
semangatnya.
“Boleh saja nak, ibu sentiasa menyokong apa yang kamu
mahukan. Tetapi Melur jangan pernah tinggalkan ibu ya nanti.
Ibu sudah tiada sapa-sapa melainkan anak ibu ini sahaja. Melur
hidup dengan ibu ya sampai ibu menghembuskan nafas
terakhir. Ibu sayang Melur selama-lamanya,” kata Mak Ton
dengan senyuman tawanya.
Apabila Melur sudah meningkat dewasa, ibunya bersusah payah untuk mencari
duit menyara wang persekolahannya. Dengan berkat kesungguhan Mak Ton,
Melur dapat bersekolah seperti rakan-rakannya. Bertahun sudah berlalu kini
Melur sudah di tingkatan enam di mana tahun terakhir dia belajar. Dia sudah
menduduki peperiksaan dan hari keputusan sudah tiba. Nama Melur dipanggil
oleh Pengetua sekolah itu.
“Melur Binti Mohamad, Tahniah! anda berjaya mendapat keputusan yang sangat
cemerlang pada peperiksaan ini.” kata Pengetua sekolah itu.
Melur berjalan dengan megahnya semasa menerima anugerah itu dan terus
mendakapi ibunya dengan erat.
“Ibu, tengoklah Melur mendapat keputusan cemerlang ni ibu. Melur sangat
gembira. Terima kasih ibu kerana sentiasa berasa di sisi Melur selama ni.” kata
Melur kepada ibunya.
“Tahniah anak ibu, ibu sangat bangga dengan Melur. Terima kasih Tuhan.” kata
Mak Ton sambil memegang erat anaknya.
Oleh kerana Melur berjaya mendapat keputusan yang cemerlang, Melur bercadang
untuk bekerja di bandar. Namun begitu, Melur berasa berat hati untuk meninggalkan
ibunya keseorangan di rumah. Melur risau tiada siapa yang akan mengurus ibunya nanti
jika ibunya jatuh sakit. Tetapi, Melur tetap ingin meneruskan cita-citanya.
“Ibu, Melur ingat Melur nak bekerja di bandar. Melur tengok orang yang bekerja di
bandar ini semuanya kaya raya,” kata Melur.
“Melur nak tinggalkan ibu seorang ka? Mesti ibu akan rindukan Melur nanti,” kata Mak
Ton dengan sayunya.
“Melur janji Melur akan bekerja bersungguh-sungguh. Bila Melur sudah kaya, Melur akan
membawa ibu tinggal bersama-sama dengan Melur. Melur janji Melur takkan lupakan
ibu,” kata Melur kepada ibunya.
Walaupun Mak Ton amat keberatan untuk melepaskan Melur pergi, namun dia
terpaksa mengalah. Mak Ton percaya akan kata-kata Melur dan berharap yang suatu
hari nanti Melur akan membawanya tinggal bersama dan mereka akan hidup Bahagia
seperti sedia kala.
“Melur pergi dulu ya ibu. Ibu jaga diri. Kalau ibu sakit jangan lupa makan ubat ya ibu.
Ibu doakan Melur berjaya dan meredai Melur ya ibu,” kata Melur.
“Ibu reda nak, ibu sentiasa akan mendoakan kamu.” Mak Ton mengucapkan kata-kata
terakhirnya kepada anaknya. Tanpa dia sedar air matanya turun kerana terpaksa
berenggang dengan anak kesayangannya itu.
Hari demi hari, Melur sudah pergi ke bandar selama enam bulan. Namun selama
enam bulan itu, Melur tidak bertanyakan khabar ke ibunya. Tetapi, Mak Ton sabar
menunggu kepulangan anaknya dan yakin bahawa Melur akan membawa dia
pergi.
Sewaktu di kampung, ibu Melur sering jatuh sakit. Nek Kiah iaitu merupakan jiran
kepada Mak Ton sering mengunjungi Mak Ton sejak Melur pergi ke bandar.
“Ton, kau sering jatuh sakit. Tapi kenapa Melur tak pernah pulang untuk jenguk
kau. Bukan setakat pulang tanya khabar kau pun tak,” Kata Nek Kiah dengan nada
risau.
“Aku tak tahulah Kiah. Setiap hari aku tunggu dia balik. Aku sentiasa rindu dia.
Tapi aku yakin yang dia akan pulang dan bawa aku pergi”. Kata Mak Ton dengan
perasaan sayu.
“Tak apalah Ton, walau apa pun jadi, aku tetap akan jaga kau selama Melur tak
ada ni. Kau sabar ya Ton,” kata Nek Kiah.
Mak Ton berasa terharu atas sikap Nek Kiah yang sering mengambil berat
tentangnya. Namun rindunya kepada anak kesayangannya Melur tiada penghujung
dan dia berdoa supaya Melur pulang ke rumah.
Setelah setahun berlalu, Melur yang kini bekerja di luar negeri masih
tidak pulang menjenguk ibunya. Mak Ton sangat merindui anaknya
itu. Kini kesabaran Mak Ton sudah tiada batas. Mak Ton bercadang
untuk pergi ke luar negeri mencari anaknya itu. Nek Kiah risau akan
sikap jirannya itu namun dia faham akan keadaan Mak Ton yang
sudah merindui anaknya. Baginya, sikap Melur itu sudah melampui
batas. Mak Ton pergi ke bandar mencari anaknya itu.
Mak Ton bagaikan rusa masuk ke kampung apabila dia tiba di
bandar. Mak Ton tidak mempunyai hala tuju. Dia ulang alik bertanya
kepada orang ramai tentang keberadaan anaknya itu. Hanya
sekeping gambar dan Salinan sijil lahir yang dia gunakan untuk
mencari petunjuk tentang keberadaan anaknya itu. Akhirnya dia tiba
ke sebuah rumah yang sangat besar di tengah bandar. Kata orang
itu rumah anaknya.
“Assalamualaikum Melur, ibu ni bukalah pintu,” Mak Ton dengan
perasaan tidak sabar mengetuk pintu rumah banglo itu,
Seorang perempuan yang merupakan orang gaji kepada anaknya itu
membuka pintu.
“Ya, siapa ni?” Kata orang gaji itu.
“Saya Mak Ton ibu kepada Melur. Boleh saya masuk ke dalam?”.
tanya Mak Ton.
“Sekejap ya puan. Saya kena tanya Puan Melur dahulu kerana
setahu saya Puan Melur sudah tiada ibu. Katanya ibunya sudah
meninggal,” kata orang gaji itu.
Hati Mak Ton seperti disiat dengan pisau yang tajam apabila
mendengar apa yang dikatakan oleh orang gaji itu. Namun, dia hanya
berharap yang itu hanyalah kebohongan. Dia yakin bahawa anak
kesayangannya itu tidak akan melupakannya.
Melur datang dengan keadaan dirinya yang berubah iaitu pakaian yang dia pakai itu
mahal dan berjenama.
“Ibu buat apa kat sini. Kenapa ibu datang tiba-tiba tak cakap dekat Melur pun?” kata
Melur dengan kasar
Mak Ton berasa kecil hati dengan sikap Melur.
“Ibu datang nak jenguk Melur. Ibu rindu sangat dekat Melur. Kenapa Melur tak tanya
khabar ibu pun. Melur dah lupakan ibu ke?” soal Mak Ton dengan nada sayu.
Tiba-tiba seorang lelaki keluar dari rumah dan berdiri di sebelah Melur. Rupanya lelaki
itu ialah suami kepada Melur.
“Siapa tu Melur?” soal lelaki itu.
“Tak tahulah abang. Melur pun tak kenal siapa dia. Tiba-tiba ja datang minta sedekah.”
kata Melur sambil memandang sinis kepada Mak Ton. Melur berasa malu kalau
suaminya tahu bahawa perempuan tua yang berada di depan rumahnya itu ialah
ibunya.
Mak Ton terkejut mendengar apa yang dibicarakan anaknya.
“Ya Tuhan, apa yang Melur cakap ni. Ni ibu nak. Ibu yang
melahirkan kamu. Siapa lelaki tu Melur?” Tanya Mak Ton.
“Ni suami aku. Kenapa kau sibuk tanya. Sudahla aku tak kenal kau.
Kau berambus jela dari rumah ni! Aku sibuk,” herdik Melur kepada
ibunya itu.
“Melur, sampai hati Melur cakap macam tu. Ni ibu nak. Melur sudah
lupakan ibu ka? Ibu yang lahirkan kamu, yang besarkan kamu, yang
menjaga kamu bagai menatang minyak yang penuh. Sedarlah ni
ibu,” Kata Mak Ton dengan hati yang terluka.
“Hei, perempuan tua. Kau ni tak sedar diri ke. Berani kau mengaku
kau ibu aku. Ibu Ayah aku sudah lama meninggal. Lagipun, kau
tengok lah pakaian kau tu kau rasa kau layak ke jadi ibu aku.
Sudah. Baik kau berambus dari sini aku tak nak tengok muka kau
lagi,” tengking Melur kepada ibunya itu.
Hati Mak Ton bagai kaca terhempas ke batu. Dia menangis dan merintis
depan rumah Melur. Mak Ton seakan tidak percaya akan kelakuan anaknya
itu terhadap dirinya. Baginya Melur adalah segala-galanya untuk. Tetapi
macam ini balasan Melur terhadapnya. Melur tidak mengaku dirinya sebagai
ibu. Melur terus masuk ke dalam rumah bersama suaminya tanpa
menghiraukan ibunya yang sedang merintis di depan pagar rumah. Melur
berasa malu akan sikap ibunya itu. Apabila Melur dan suaminya masuk ke
rumah, suaminya terus menanyakan soalan yang bermain di mindanya.
“Melur, betul ka itu ibu Melur?” soal suami Melur
“Tak abang, Melur pun tidak kenal dia siapa. Melur rasa dia itu hanya
meminta sedekah sahaja. Tengok dari pakaianya sahaja pun Melur tahu,”
kata Melur.
“Dah kalau Melur berkata seperti itu tak apalah.” kata suaminya walaupun
dia berasa pelik dengan perangai isterinya itu.
Keesokan harinya, Mak Ton berjalan dan terus berjalan. Mak Ton tiada tempat untuk dituju. Pada
pagi itu, hujan turun dengan derasnya seakan langit mengerti perasaan Mak Ton. Jalan raya pada pagi
itu sangat sibuk diikuti dengan kilat sabung menyabung. Melur dalam perjalanan untuk berangkat ke
kerja. Dia langsung tidak menghiraukan keadaan ibunya dan dia tidak menyesal atas perbuatannya itu.
Baginya, harta dan imej dirinya lebih penting dari ibunya. Kini, dia sudah Bahagia sendirian dengan
kaya raya. Jalan raya yang begitu sibuk membuatkan emosinya tidak stabil. Tiba-tiba
“DUM” bunyi hentakan yang kuat di atas jalan raya.
Melur terlibat dalam kemalangan. Keadaan keretanya parah dan
sekujur tubuh tercampak keluar dari kereta. Secara kebetulan, Mak
Ton berada tepi jalan raya tersebut. Dia terkejut melihat sebuah kereta
terbabas di jalan raya.
“Ya Tuhan. Siapa yang cedera itu,” kata Mak Ton lalu bergegas
menuju ke tengah jalan raya.
Mak Ton berlari ke tengah jalan untuk melihat mangsa tersebut.
Alangkah terkejutnya apabila dia melihat sekujur tubuh yang terbaring
di tengah jalan itu adalah anak kesayangannya sendiri, iaitu Melur
“MELUR, anakku. Ya Allah bagaimana boleh jadi macam ini. Ujian
apa lagi yang engkau berikan ini tuhan,” rintih Mak Ton.
Melur dibawa ke hospital. Mak Ton berada di sampingnya
sambil berdoa supaya tuhan menyelamatkan anaknya itu. Mujur
anaknya Melur masih hidup. Namun, Melur tidak dapat berjalan
seperti biasa. Melur lumpuh sepanjang hayat. Disebabkan dia
lumpuh, suaminya pergi meninggalkannya. Melur sudah tujuh
hari koma di hospital. Dengan kuasa tuhan, pada pagi itu, Melur
membuka matanya. Betapa terkejutnya dia apabila dia melihat
orang yang berada di sampingnya itu ialah seorang perempuan
tua yang dia herdik sebelum ini iaitu ibunya sendiri. Melur cuba
bergerak, namun dia seperti tidak berasa apa-apa. Melur
menangis dan merintis mendapat tahu dia sebernaya lumpuh
sepanjang hayat
“Melur, ni ibu nak. Melur kenal ibu kan. Melur sabar ya. Ini ujian dari tuhan. Melur
kena terima,” kata Mak Ton sambil mengusap kepala anaknya.
“Ibu, adakah Melur mendapat balasan kerana menengking ibu? Ibu, Melur sangat
menyesal ibu. Melur derhaka ibu. Melur anak yang derhaka. Melur sedar yang ini
semua adalah balasan untuk anak derhaka. Kenapa ibu dekat sini? Ibu mesti
membenci Melur kan,” rintih Melur dengan menyesal.
“Melur, ibu ini yang melahirkan kamu. Ibu sayangkan kamu. Kamulah darah daging
ibu. Seteruk mana pun perangai Melur, Ibu takkan membenci Melur. Ibu akan jaga
Melur. Ibu takkan tinggalkan Melur. Melur satu-satunya anak ibu,” kata Mak Ton
dengan tenang.
“ibu, Melur minta maaf. Melur menyesal ibu. Melur sedar yang ibu satu-satunya
orang yang patut Melur jaga dan Melur hargai. Walaupun Melur sudah menengking
ibu, ibu masih menjaga Melur,” ucap Melur sambil menangis teresak-esak.
“Ibu maafkan kamu nak, Melur jangan tinggalkan ibu lagi ya,” kata Mak Ton.
Pada hari itu, Melur dan ibunya berpelukan dan bersedih atas apa yang
terjadi. Namun, mereka sentiasa menerima apa yang terjadi. Melur sedar
bahawa harta dan pangkat itu tidak penting baginya. Yang penting
baginya adalah ibunya sendiri. Walaupun keadaan Melur seperti itu, tetapi
Melur bersyukur kerana dia dikurniakan seorang ibu yang sentiasa
menjaganya dan menyayanginya. Sejak dari itu, Melur melayani Mak Ton
sebagai seorang permaisuri. Mereka hidup bahagia seperti dijanjikan
Melur terharap Ibunya.
TeKraismiha!