IKHLAS DARIPADA :
SUFIA BINTI MOHD
ZAID
Selamat Hari Guru saya
ucapkan kepada pensyarah
saya yang tercinta , Dr.
Zanariah binti Hamid . Segala
jasa dan bakti dr sangatlah
besar sehingga tidak mampu
terucap dengan kata kata.
Sesungguhnya dr ialah seorang
insan yang sangat luar biasa ,
dr sanggup berkorban masa,
tenaga dan kadangkala wang
ringgit untuk mencurahkan
ilmu kepada kami.
Setiap pengorbanan yang dr
curahkan adalah seikhlasnya
tanpa mengharapkan
sebarang balasan. Terima kasih
kerana mengajar saya tentang
adab dan ilmu sehingga saya
membesar menjadi insan yang
berguna. Setiap teguran dr
adanya doa dan dalam
marahnya dr ada sayang. Dr ini
umpama lilin yang menerangi
kegelapan.
Semoga segala usahamu yang
murni ini akan diberi ganjaran
yang setimpal kelak . Untuk
guruku yang terhebat , Selamat
hari guru. Terima kasih kerana
selalu ada untuk kami saat
kami memiliki masalah dan
mengajarkan kami setiap hal
baik. Kegigihanmu dalam
mendidik tidak akan kami
lupakan .
Mudik ke hulu mencari palas,
Buat ketupat di hari raya,
Jasa guru tidak terbalas,
Mendidik kami sehingga
berjaya.
Burung kedidi di tepi perigi,
Menyusur lalu mencari makan,
Guru kita sentiasa di hati,
Moga hidup sejahtera dan
aman.