The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 875-9-sufia, 2023-03-06 20:02:34

Pembelajaran akses Kendiri

Pembelajaran akses Kendiri

Pembelajaran akses Kendiri Tutorial Minggu 9 Azim | Eryca | Sufia


PENGENALAN DAN KONSEP Pembelajaran akses kendiri adalah satu kaedah pendekatan pembelajaran yang membantu pelajar memperolehi kemahiran dan pengetahuan secara berdikari serta merupakan pengaksesan sumber pembelajaran. Pembelajaran akses kendiri adalah pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran bagi membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri. Bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka


PAK juga lebih dikenali sebagai satu pendekatan lain iaitu kaedah pembelajaran dan pengajaran yang lebih tertumpu kepada para pelajar. Program pembelajaran akses kendiri adalah dibentuk untuk menggalakkan pembelajaran kendiri supaya murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri dengan menyedari bahawa mereka adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan dan gaya dan rentak pembelajaran yang berbeza. Pembelajaran akses kendiri melatih murid belajar untuk belajar dan memberi penekanan kepada usaha memenuhi keperluan individu yang berbeza dengan persekitaran dan suasana pembelajaran yang kondusif


Pembelajaran akses kendiri merupakan satu pendekatan pembelajaran yang membolehkan murid mengakses sumber pembelajaran dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari . PAK adalah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan kepada murid. Murid dapat belajar sendiri dengan menggunakan akses di bawah pengawasan dan bimbingan guru. Persekitaran pembelajaran yang sesuai perlu disediakan kepada murid untuk memenuhi keperluan, minat, cara dan gaya pembelajaran masing-masing. PAK menghasilkan murid yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka, Pendekatan ini memberi kebebasan kepada murid memilih bahan yang sesuai untuk pembelajaran mengikut keperluan, minat, tahap serta gaya masing-masing. Proses pembelajaran ini dapat memotivasikan murid ke arah sikap kendiri. PAK ditubuhkan adalah bertujuan untuk melatih para pelajar untuk lebih berdikari serta berfikir secara kritis dan kreatif. PAK juga berfungsi untuk mewujudkan pelajar yang berautonomi dan bertanggungjawab Penubuhan Pembelajaran Akses Kendiri


Fungsi :


BAHAN BAHAN Prinsip pembelajaran akses kendiri menekankan kepada empat domain pembelajaran iaitu: 1. “Self-Directed” / Akses kendiri 2. “Self-Access ” / Akses kendiri 3. “Self-Asses ” / Kadar kendiri 4. “Self-Paced” / Langkah kendiri


SELF DIRECTED SELF ACCESS pembelajaran akses kendiri di mana pelajar mencari dan mendapatkan maklumat mengenai tajuk yang ingin dipelajari daripada pelbagai sumber bukan guru. Buku rujukan, majalah, CD-ROM atau internet digunakan untuk mendapatkan maklumat. pembelajaran terarah kendiri di mana pelajar akan menentukan sendiri tajuk dalam sesuatu bidang yang ingin dipelajari.


SELF ASSESSED SELF PACED pembelajaran langkah demi langkah mengikut kadar sendiri. Pembelajaran ini memberi ruang kepada pelajar untuk memantau progress pembelajaran diri (KPM, 1997). pembelajaran kadar sendiri di mana pelajar membuat penilaian atau penaksiran sendiri mengenai tajuk yang dipelajarinya, adakah dikuasai atau tidak. Seandainya pelajar tersebut telah menguasai tajuk tersebut maka pelajar itu akan beralih ke tajuk lain.


PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN -Matlamat pendidikan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) dapat dicapai dengan wujudnya pertalian erat antara Kurikulum, Pedagogi dan Pentaksiran. -Murid akan memainkan peranan aktif dalam menentukan haluan (self directed) dan kemajuan (self pace) pembelajaran masing-masing. Ke arah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang ditetapkan pelajar. -Murid akan memainkan peranan aktif dalam menentukan haluan (self directed) dan kemajuan (self pace) pembelajaran masing-masing. Ke arah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang ditetapkan pelajar. -Pelaksanaan pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran menuntut guru untuk mengubah peranan mereka(guru hanya membimbing). Pelajar menentukan dan merancang pembelajaran sementara guru pula bertindak memastikan pelajar berjaya melaksanakan rancangan pembelajaran mereka dan mencapai kriteria yang telah ditetapkan.


PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN -Pengajaran Berbantukan Komputer (Computer Assisted Instruction, CAI) Integrasi Bahan Kursus CAI dalam Bilik Darjah -Antara aspek-aspek mustahak dalam CAI ialah pembangunan bahan kursus, mengintegrasi bahan CAI dengan aktiviti bilik darjah, untuk mendapat sistem komputer, untuk mengedar bahan kursus CAI dan untuk menentukan keberkesanan CAI dalam bilik darjah. -Bagi setiap topik/tajuk dalam CAI telah direka beberapa unit seperti verbal, latih tubi, tutorial, simulasi dan pertanyaan bergantung kepada kumpulan pelajar sasaran. Sebagai tenaga pengajar yang akan menggunakan komputer sebagai medium pengajaran dengan berkesan, seseorang patut tahu tentang kelebihan dan kelemahan sebuah komputer.


PERANAN GURU 1. Menggalakkan murid berinterasi sesama sendiri dalam kelas. 2. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang memberi peluang kepada murid menguji kemampuan mereka. 3. Membantu murid menyedari pelbagai strategi dalam pembelajaran PERANAN MURID 1. Mengenal pasti keperluan mereka. 2. Mengenal pasti tahap kebolehan mereka sendiri. 3. Menetapkan matlamat pembelajaran sendiri. 4. Mengenal pasti masa pembelajaran yang ada. 5. Menyediakan pelan pembelajaran yang realistik.


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version